You are on page 1of 1

Cadangan kaedah-kaedah untuk meningkatkan keberkesanan pembuatan keputusan dalam organisasi tersebut.

Antara kaedah-kaedah yang berkesan untuk meningkatakan pembuatan keputuan dalam Syarikat Nadi Ayam adalah dengan
mengenalpasti masalah, mewujudkan alternatif, menilai dan memilih alternatif dan melaksanakan alternatif.

Langkah 1: Mengenalpasti Masalah

Langkah ini melibatkan penafsiran secara jelas masalah yang berlaku. Apakah penyebab kepada masalah tersebut? Pengurus perlu
mengumpulkan maklumat-maklumat penting dan petanda-petanda penting yang mempunyai perkaitan dengan masalah yang dihadapi. Setelah
dikenalpasti barulah pengurus boleh mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, jika jualan produk
organisasi semakin menurun, pengurus perlulah mencari sebab-sebab kenapa berlakunya keadaan tersebut. Ia mungkin disebabkan oleh
kelemahan jurujual, promosi yang tidak menarik, kualiti barangan yang rendah atau disebabkan oleh kemelesetan ekonomi

Langkah 2: Mewujudkan alternatif

Setelah masalah dikenalpasti, pengurus perlu mencari beberapa kemungkinan alternatif penyelesaian bagi masalah tersebut. Maklumat-maklumat
yang lebih penting diperlukan bagi mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Dalam langkah ini pengurus perlu melibatkan
seramai mungkin pekerja kerana mereka mungkin mempunyai lebih banyak idea dan pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Kebiasaanya setiap masalah mempunyai banyak alternatif  yang boleh digunakan dan hanya sebilangan kecil masalah yang hanya ada satu cara
untuk diselesaikan. Oleh itu pengurus perlu mencari beberapa alternatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Teknik “brainstorming” banyak
digunakan dalam mencari idea yang bernas dan kreatif.
Sebagai contoh, alternatif bagi menyelesaikan masalah penurunan jualan ialah seperti memberi latihan kepada jurujual, meningkatkan promosi
dan meningkatkan kualiti barangan.

Langkah 3: Menilai dan Memilih Alternatif

Pengurus boleh memilih alternatif yang paling baik dan sesuai selepas setiap alternatif  dinilai Penilaian ini dibuat dari aspek kesan dan akibat
bagi setiap alternatif yang ada. Penilaian ini dibuat untuk setiap alternatif  bagi mencari yang terbaik. Dalam penilaian ini pengurus perlu
menimbangkan 4 perkara:

I. Kesan bagi setiap alternatif. Apakah kebaikan dan keburukan bagi alternatif yang dipilih
II.  Anggaran kebarangkalian kesan setiap alternatif sekiranya dipilih. Kesan-kesan yang mungkin di dapati apabila melaksanakan
alternatif tersebut
III. Membandingkan kesan setiap alternatif sekiranya dipilih.
IV. Kos-faedah dalam melaksanakan alternatif tersebut.

Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan pengurus yang terlibat untuk mencari alternatif yang terbaik. Sebagai contoh di atas, daripada
beberapa alternatif yang ada, pengurus perlu memilih satu sahaja yang terbaik untuk dilaksanakan. Jika penurunan jualan disebabkan promosi
maka pengurus mestilah memilih bentuk promosi yang terbaik untuk dilaksanakan setelah mengambilkira keempat-empat faktor di atas.

Langkah 4: Melaksanakan Alternatif dan Susulan

Setelah pengurus memilih alternatif yang terbaik maka satu bentuk rancangan  untuk melaksanakan alternatif tersebut akan dibentuk. Pengurus
melihat kemungkinan kesan kepada tindakan–tindakan yang dibentuk. Jika ketiga-tiga langkah sebelumnya dijalankan dengan baik maka
peringkat perlaksanaan juga akan berjalan dengan lebih berkesan.
Sebagai contoh, selepas pengurus menetapkan keputusan bagi memilih promosi bagi menyelesaikan masalah maka pegurus dan pekerja mestilah
bersama-sama menjalankan kegiatan promosi dengan lebih agresif. Tindakan susulan mestilah dibentuk bagi memastikan alternatif yang diambil
merupakan alternatif yang terbaik.

Langkah 5: Menilai Hasil

Setelah alternatif dilaksanakan maka pengurus perlu menilai semula hasil yang diperolehi samada memuaskan hati pihak pengurusan ataupun
tidak. Jika memuaskan, usaha-usaha semasa hendaklah diteruskan dan jika tidak memuaskan, maka proses penyelesaian masalah hendaklah
dijalankan semula dan mengambil tindakan pembetulan.

You might also like