You are on page 1of 3

Graviti Bumi

1. Setiap objek yang dilambung ke atas akan jatuh semula ke bawah.


2. Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah pusat bumi oleh suatu daya yang
dinamakan daya tarikan graviti bumi.
3. Graviti atau gravitas dalam bahasa Latin bermaksud berat. Daya tarikan graviti ada
pada semua objek.
4. Tanpa graviti, angkasa akan terapung di udara. Oleh sebab itu, angkasawan perlu
memakai pakaian khas dan menggunakan peralatan khas untuk urusan harian supaya
objek di sekelilingnya tidak terapung. 

9.1.2  Daya Tarikan Graviti Bumi


1. Graviti bumi ialah daya yang menarik objek ke arah pusat bumi.
2. Tanpa daya tarikan graviti bumi, semua objek akan terapung di udara.
3. Semua objek di Bumi dapat berada pada kedudukannya kerana adanya daya tarikan
graviti bumi.

9.1.3  Kepentingan Daya Tarikan Graviti Bumi


1. Daya tarikan graviti bumi penting untuk mengekalkan objek pada kedudukannya.
2. Daya tarikan graviti bumi menyebabkan objek tidak terapung di udara dan kekal
berada pada kedudukannya. 

9.2.1 Putaran dan Peredaran Bumi


1. Bumi dan semua planet lain beredar mengelilingi Matahari mengikut orbit masing-
masing.
2. Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut orbitnya
mengelilingi Matahari.
3. Paksi ialah garis bayangan yang menghubungkan Kutub Utara dan Kutub Selatan. 
Arah dan Tempoh Semasa Putaran dan Peredaran Bumi
1. Bumi berputar pada paksinya dari arah Barat ke Timur.
2. Satu putaran lengkap mengambil masa 24 jam atau 1 hari.
3. Bumi beredar mengelilingi Matahari pada orbitnya mengikut arah lawan jam.
4. Satu peredaran lengkap mengambil masa 1 tahun atau 365 ¼ hari.

Kesan Putaran Bumi pada Paksinya


1. Putaran bumi pada paksinya menyebabkan berlakunya beberapa kejadian:
1. Kejadian siang dan malam
1. Bahagian bumi yang menghadap Matahari akan mengalami siang.
2. Bahagian bumi yang terlindung daripada cahaya Matahari akan
mengalami malam.
2. Kedudukan matahari kelihatan seperti berubah-ubah terbit dari Timur dan
benam ke Barat
3. Perubahan panjang dan arah bayang-bayang

You might also like