You are on page 1of 15

SULIT

SAINS
Kertas 1
Tahun 4
Disember
1 jam

SK SACRED HEART BIAU PAPAR


PENTAKSIRAN SUMATIF AKHIR TAHUN
TAHUN 4 2021

Nama : ……………………………………………………… Kelas : ………………………

SAINS
Kertas 1

Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan objektif diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak

[Sila lihat sebelah


1. Rajah menunjukkan sistem pernafasan manusia.

Urutan yang manakah betul bagi pengaliran udara semasa menarik nafas?

A. Hidung → Trakea → Peparu C. Trakea → Peparu → Mulut


B. Mulut → Hidung → Peparu D. Peparu → Trakea → Hidung

2. Rajah menunjukkan seorang budak lelaki menarik tangannya dengan pantas apabila tersentuh
cerek yang panas.

Gerak balas ini menunjukkan bahawa

A. manusia bernafas
B. manusia membiak
C. manusia boleh bergerak balas
D. manusia bergerak balas terhadap rangsangan

3. Seorang murid mendapati bilangan pergerakan dadanya selepas berlari selama 60 saat adalah
sebanyak 30 kali.

Antara aktiviti berikut, yang manakah boleh mendapatkan bilangan pergerakan dada yang
lebih banyak?

A. Berehat selama 15 minit


B. Melompat selama 5 saat
C. Bermain catur selama 1 jam
D. Berjogging selama 30 minit

4. Antara berikut yang manakah haiwan dan organ pernafasannya mengikut padanan yang betul?
Haiwan Organ Pernafasan
A Udang Kulit lembab
B Salamander Peparu dan Kulit Lembab
C Semut Peparu
D Cacing Spirakel
Jadual 2

5. Apakah jenis rangsangan bagi bahagian tumbuhan yang ditunjukkan dalam Rajah 2?

Rajah 2
A Air dan graviti
B Udara
C Sentuhan
D Cahaya matahari

6. Seorang murid menyiram pokoknya yang diletakkan di dalam bilik gelap setiap hari. Walau
bagaimanapun, dia mendapati pokok itu layu selepas seminggu. Apakah yang perlu dilakukan
bagi memastikan pokoknya tumbuh dengan sihat?

A. Dia perlu meletakkan baja ke dalam pasu


B. Dia perlu menyiram pokok dengan lebih kerap
C. Dia perlu mendedahkan pokok tersebut kepada cahaya matahari
D. Dia perlu memasang kipas untuk pokok tersebut

7. Rajah menunjukkan tiga jenis haiwan.

Apakah kesimpulan yang paling tepat tentang haiwan-haiwan itu?

a. Hidup di darat
b. Bernafas melalui kulit lembap
c. Mempunyai kulit yang lembap
d. Mempunyai cara pembiakan yang berbeza

8. Rajah menunjukkan pengelasan haiwan berdasarkan struktur pernafasan masing-masing.


Antara berikut, yang manakah mewakili X dan Y?

X Y
A Kelawar Rama-rama
B Katak Ular
C Ikan paus Tapak sulaiman
D Lembu Buaya

9. Rajah menunjukkan tiga jenis haiwan, K, L dan M.

Antara berikut, yang manakah betul berdasarkan organ pernafasan haiwan tersebut?

K L M
A Spirakel Peparu Insang
B Spirakel Insang Peparu
C Insang Spirakel Peparu
D Peparu Insang Spirakel

10. Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan.

Gerak balas itu adalah terhadap

A. sentuhan C. graviti
B. air D. cahaya matahari
11. Rajah menunjukkan satu tumbuhan muda yang digantung secara terbalik dalam satu kotak
gelap dan dibiarkan di kawasan yang cerah. Satu lubang dibuat pada satu bahagian kotak itu.

Ke arah manakah pucuk tumbuhan itu akan tumbuh selepas seminggu?

A. R C. T
B. S D. U

12. Rajah menunjukkan bahagian daun yang ditutup dengan kain hitam.

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan penyiasatan ini?

A. Tumbuhan memerlukan air


B. Tumbuhan memerlukan udara
C. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari
D. Tumbuhan memerlukan makanan

13. Rajah menunjukkan satu anak benih kacang hijau dalam sebuah pasu yang diletakkan dalam
satu kotak dengan hanya satu lubang di bahagian tepi.

Apakah yang akan berlaku kepada anak pokok itu selepas dua minggu?

A. Ia akan mati
B. Ia akan tumbuh secara menegak
C. Ia akan layu dan menjadi kuning
D. Pucuknya akan tumbuh menghala ke bahagian lubang itu
14. Rajah menunjukkan satu proses yang berlaku dalam tumbuhan hijau.

Apakah proses tersebut?

A. Pernafasan C. Percambahan
B. Pembiakan D. Fotosintesis

15. Rajah di bawah menunjukkan sebuah lampu suluh memancar pada satu objek.

Antara berikut, bayang manakah akan terbentuk pada skrin?

A. C.

B. D.

16. Rajah di bawah menunjukkan bayang-bayang terbentuk apabila cahaya dipancarkan kepada
objek.

Bayang-bayang terbentuk di atas skrin. Bagaimanakah saiz bayang-bayang itu boleh


dibesarkan?

A. Dekatkan bola ke arah skrin


B. Dekatkan bola ke arah lampu suluh
C. Besarkan saiz skrin
D. Tambah kecerahan lampu suluh
Rajah 12

17. Fenomena yang ditunjukkan dalam rajah 12, menunjukkan bahawa sifat
Cahaya

A. Boleh dipantulkan C. Boleh dibiaskan


B. Boleh bengkokkan D. Bergerak lurus

18. Bagaimanakah bunyi ini dihasilkan

A. Tiupan C. Gesekan
B. Tepukan D. Ketukan

19. Apabila bunyi terkena pada permukaan ................ , bunyi akan dipantulkan semula

A. kasar C. lembut
B. berkilat D. keras

20. Apakah faedah bunyi seperti dalam rajah ini?

A. membolehkan berkomunikasi C. memberikan maklumat


B. memberikan hiburan D. memberi isyarat kecemasan

21. Berikut adalah penebat elektrik kecuali?


A. logam C. getah
B. kayu D. plastik
22. Berikut adalah kondukter elektrik kecuali?
A. logam C. getah
B. kayu D. plastic

23. objek ini diperbuat daripada?

A. pellet plastik C. logam


B. kain sintetik D. getah

24. Berikut merupakan objek-objek legap kecuali


A. logam C. getah
B. kayu D. kertas surih

25. Gambar menunjukkan suatu penyiasatan

Bahan N

Manakah berikut benar tentang bahan N?


I Ia membenarkan sebahagian besar cahaya melaluinya
II Ia membenarkan sebahagian kecil cahaya melaluinya
III Bahan N mungkin gelas disejukbekukan
IV N ialah bahan legap

A I dan III sahaja


B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

26. Apakah yang dimaksudkan dengan konduktor elektrik ?


A Bahan yang tidak menyerap air
B Bahan yang menghalang arus elektrik menembusinya
C Bahan yang boleh kembali ke bentuk asal apabila diregangkan
D Bahan yang membenarkan arus elektrik melaluinya

27. Rajah menunjukkan empat objek, W, X, Y dan Z di dalam bikar yang berisi air.
Susunkan objek-objek itu mengikut urutan yang betul daripada yang paling sukar
terapung hingga yang paling senang terapung.

A. X, Z, W, Y C. Y, W, Z, X
B. X, W, Z, Y D. Z, X, Y, W
28. Rajah menunjukkan empat objek.

Antara objek berikut, yang manakah bersifat legap?

A. W dan Y C. X dan Y
B. W dan Z D. X dan Z

29. Bahagian termos berlabel yang manakah diperbuat daripada plastik?

30. Rajah menunjukkan sumber asas sesuatu objek.

Apakah X dan Y?

X Y
A Tanih Plastik
B Logam Getah
C Batuan Sutera
D Batuan Kapas
31. Ridzuan mahu menyimpan secawan minuman koko panas untuk masa yang lebih lama. Cara
yang manakah paling sesuai digunakan untuk menyimpan minuman tersebut?

A. Tutup cawan itu dengan piring kaca


B. Balut botol itu dengan satu helaian plastik
C. Balut cawan itu dengan tuala
D. Tutup cawan itu dengan piring kaca dan balut cawan itu dengan tuala

32. Rajah menunjukkan sebuah khemah.

Apakah yang perlu dipertimbangkan semasa memilih bahan untuk membuat khemah?

A. Kalis air
B. Warna
C. Kekuatan
D. Mengkonduksi elektrik

33. Rajah di bawah menunjukkan sebuah pelantar petroleum.

Mengapakah petroleum merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui?

A. Petroleum merupakan sumber yang terhad dan pembentukkannya mengambil masa


sangat panjang
B. Petroleum dijana daripada tenaga biojisim
C. Petroleum dihasilkan daripada sisa tumbuhan
D. Petroleum boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan

34. Bulan berputar di atas paksinya. Antara berikut, yang manakah arah putaran bulan yang betul
di atas paksinya.

A. Timur ke Barat
B. Barat ke Timur
C. Utara ke Selatan
D. Selatan ke Utara

35. Matahari kelihatan di Timur pada waktu pagi dan kelihatam di Barat pada waktu petang.
Apakah inferens kamu?

A. Bumi berbentuk sfera


B. Putaran Bumi pada paksinya
C. Bumi mempunyai orbit sendiri
D. Peredaran Bumi mengelilingi Matahari

36. Antara berikut, yang manakah benar tentang masa yang diambil oleh Bumi dan Bulan untuk
melengkapkan satu peredaran lengkap mengikut takwim masihi?

Bumi Bulan
A 1 Tahun 1 Bulan
B 365 ¼ hari 27 1/3 hari
C 24 jam 27 1/3 hari
D 24 jam 28 hari
37. Rajah 7 menunjukkan kedudukan Bumi dan Matahari.

Rajah 7
Apakah kejadian yang berlaku di X dan Y?

38. Rajah 22 menunjukkan satu fenomena.


Antara penyataan berikut, yang manakah betul tentang fenomena itu?

A. Bumi berputar pada paksinya dari Barat ke Timur


B. Bulan berputar pada paksinya dan beredar mengelilingi Bumi
C. Bulan, Bumi dan Matahari berputar pada paksinya dari Barat ke Timur
D. Bulan beredar mengelilingi Bumi dan pada masa yang sama Bulan dan
Bumi beredar mengelilingi Matahari

39. Alat ini adalah mesin ringkas jenis ...

A. Baji C. tuas
B. Satah condong D. roda dan gandar

40. Apakah kegunaan mesin ditunjukkan di bawah?


A Untuk memindahkan kotak-kotak berat dalam gudang.
B Untuk mengorek lubang bagi menanam pokok di lading.
C Untuk mengangkat kereta rosak di bengkel kereta.
D Untuk mengangkat perabot rumah semasa pindah rumah.

Soalan Tamat

Disediakan oleh Disahkan oleh Diluluskan oleh

_________________ _________________ _________________


Lee Cie Hua Christopher Polinus Sam Louyoh
K.Panitia Sains PK Pentadbiran Guru Besar

You might also like