You are on page 1of 3

Sumber Tenaga Boleh Dibaharui dan Tidak Boleh

Dibaharui
1. Sumber tenaga boleh dikelaskan kepada sumber tenaga boleh dibaharui
dan sumber tenaga tang tidak boleh dibaharui.
2. Sumber tenaga boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang boleh dijana
secara berterusan. Contoh:
1. Matahari ialah sumber tenaga yang sentiasa ada.
2. Ombak wujud secara semula jadi.
3. Air sentiada ada di persekitaran.
4. Angin tidak terhad dan sentiada ada.
5. Biojisim sentiasa ada kerana berasal daripada bahan semula jadi.
3. Sumber tenaga tidak boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang terhad dan
tidak boleh dijana semula. Contoh:
1. Bahan api fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum akan
kehabisan suatu masa nanti.
2. Bahan nuklear seperti uranium adalah terhad.
3. Bateri akan kehabisan satu hari nanti.
4. Biodiesel ialah bahan api yang dihasilkan daripada minyak sayuran atau
lemak haiwan. Bermula Februari 2019, semua stesen minyak di Malaysia
membekalkan munyak diesel yang dicampur dengan biodiesel sawit.
7.2.2  Berhemat Menggunakan Tenaga
1. Kebanyakan tenaga yang kita gunakan pada hari ini berasal daripada
sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui.
2. Untuk memastikan kita mempunyai sumber tenaga yang mencukupi pada
masa yang akan datang, kita perlulah berhemat menggunakan tenaga.
3. Berhemat bermaksud berjimat cermat. Berhemah bermaksud mempunyai
budi perketi yang mulia.
4. Cara-cara berhemat menggunakan tenaga:
1. Tutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
2. Gunakan peralatan yang kurang menggunakan tenaga.
3. Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta.
4. Kitar semula bahan yang terbuang.
5. Kepentingan penggunaan sumber tenaga secara berhemat adalah:
1. Menjimatkan kos penjanaan tenaga elektrik.
2. Mengelakkan pembaziran sumber tenaga.
3. Mengurangkan pencemaran alam sekitar 

You might also like