You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN PROJEK

PEMBANGUNAN BOLASEPAK
SMA REPAH
TAMPIN,
NEGERI SEMBILAN

1
KERTAS CADANGAN PROJEK KECEMERLANGAN BOLASEPAK SMA REPAH
TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

1.Pendahuluan

SMA Repah merupakan sebuah sekolah agama berasrama penuh di daerah Tampin yang
aktif di dalam bidang sukan khususnya bolasepak. Bolasepak menjadi sukan yang diminati ramai
dan dimainkan oleh hampir keseluruhan pelajar lelaki yang berjumlah hampir 150 orang .

Bagi tahun 2019, pasukan sekolah telah berjaya sebagai juara bagi kategori bawah 18 buat pertama
kali sepanjang penglibatan SMART dalam pertandingan peringkat daerah Tampin.

Untuk tahun 2022, Kelab Bola Sepak SMART telah mensasarkan sasaran yang agak tinggi dan lebih
baik berbanding tahun 2019. Kami telah mensasarkan JOHAN bagi pasukan bawah 15 tahun dan
bawah 18 tahun bagi kejohanan MSSD Tampin dan sekurang-kurang peringkat akhir bagi pasukan
bawah 18 tahun bagi Kejohanan Sukan Sekolah Agama Negeri Sembilan.

Bagi merealisasikan impian tersebut, pihak sekolah melalui Kelab Bolasepak sekolah telah
merancang PROJEK PEMBANGUNAN BOLASEPAK SEKOLAH bagi mempersiapkan
pasukan kearah mencapai impian tersebut.

TUJUAN:

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mendapatkan dana melalui sumbangan orang ramai
dan pihak–pihak tertentu untuk menampung kos keseluruhan projek ini.

OBJEKTIF

Projek Kecemerlangan Bolasepak ini mempunyai objektif seperti berikut:

1. Menyediakan pasukan bolasepak sekolah yang kuat bagi menghadapi kejohanan-kejohanan di


peringkat daerah dan negeri.

2. Melengkapkan pasukan dengan peralatan yang mencukupi agar pasukan dapat menunjukkan
prestasi yang terbaik.

3. Memupuk minat bolasepak di dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah ini .

4. Merancang pembangunan bolasepak secara berterusan bagi mencungkil bakal dan melahirkan
pemain-pemain yang berkualiti di dalam kalangan pelajar sekolah ini.

5. Menyediakan pelapis pasukan pada setiap tahun agar pasukan sentiasa berkualiti dan bersedia
menghadapi kejohanan yang mendatang.

2
3.AHLI JAWATANKUASA.

Pengerusi : Ustaz Solahuddin bin Abd. Rahman (Pengetua SMART)


Naib Pengerusi I : Pn. Syuhada binti Ramli (GPK Ko-Ko)
Naib Pengerusi II : Ustaz Suhaimi bin Isa (GPK1)
Naib Pengerusi III : Ustaz Mazlan bin Jidin (GPK HEM)
Penyelaras : Ustaz Amar Rashidi bin Ismail
Setiausaha : En. Muhammad Farhan bin Omar
N. Setiausaha : En. Sahal bin Alias
Bendahari : En. Aidil bin Daud
AJK Kerja : Muhammad Alif Hatim
: Muhammad Nuqman
: Adib Syafiq

4. KEWANGAN

Sumber kewangan akan didapatkan melalui:

4.1 PIBG
4.2 Pihak Sekolah
4.3 Orang Perseorangan

4.1 ANGGARAN PERBELANJAAN : RUJUK LAMPIRAN

Bil Perkara Jumlah


1 Baju Pasukan Sekolah (RM30 x 25 x 2) RM 1500.00
2 Peralatan Latihan & Keselamatan

1. Tiang Slalom 10 set : RM40 RM 400.00


2. Spray 3 botol : RM 30 RM 30.00
3. Hanseplast 1 kotak : RM10 RM 10.00
4. Bandage 3 gulung : RM 20 RM 60.00

JUMLAH RM 2000.00

3
4.2 ANGGARAN PERBELANJAAN : PERLAWANAN PERSAHABATAN

Bil Perkara Jumlah


1 Pengangkutan (RM150 x 4) RM 600.00
2 Minuman (RM20 x 4) RM 80.00

JUMLAH RM 680.00

Adalah diharapkan usaha murni ini mendapat sokongan daripada semua pihak dan dapat
meningkatkan pencapaian pasukan bolasepak sekolah ini ke tahap yang tinggi dan seterusnya dapat
menaikkan nama sekolah.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………………. …………………………………………….
Mohd Amar Rashidi bin Ismail Puan Norshuhada binti Ramli
Guru Penasihat Guru Penolong Kanan Kokorikulum
Kelab Bolasepak SMART SMA Repah, Tampin.

Disahkan oleh :

……………………………….

Tuan Haji Solahuddin Bin Abd. Rahman


Pengetua,
SMA Repah, Tampin.

You might also like