You are on page 1of 2

Rujukan kami : 700/2/2/2( )

Tarikh : 30 Mei 2022

Tuan Haji Mohd Nordin bin Mohd Tohir


Pengetua,
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar,
77500 Selandar, Melaka.

Tuan,

MEMOHON MENGADAKAN PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN


 
Dengan hormatnya saya diarahkan merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, Kelab Bola Sepak SMA Repah, Tampin ingin mengadakan perlawanan persahabatan
bola sepak bersama kelab bola sepak sekolah tuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim di
antara kedua-dua buah sekolah. Ia juga sebagai persiapan pasukan bola sepak sekolah kami bagi
menghadapi kejohanan MSSD yang bakal berlangsung pada tahun ini.

3. Sehubungan dengan itu, butiran lanjut mengenai perlawanan persahabatan bola sepak adalah seperti berikut:

Tarikh : 2 Jun 2022 (Khamis)


  Masa : 4.00 hingga 6.00 petang
Tempat : Padang Bola Sepak, SBPI Selandar.

4. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Mohd Amar Rashidi bin Ismail (Guru Penasihat
Bola Sepak) di talian 014-5121016 / 013-3273906.

Kerjasama daripada pihak tuan bagi menjayakan perlawanan persahabatan bola sepak ini, didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

---------------------------------
(SOLAHUDDIN BIN ABDUL RAHMAN)
Pengetua,
SMA Repah, Tampin.

You might also like