You are on page 1of 1

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Selamat sejahtera kepada pengerusi majlis, barisan hakim, guru-


guru dan hadirin sekalian. Hari ini saya akan menyampaikan sebuah
cerita bertajuk anak ikan yang suka menipu. Di sebuah lautan, terdapat
seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi
rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan
mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit,
“Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari
dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan
rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang
garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan. Sebab itulah
mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung! Jerung!”

You might also like