You are on page 1of 1

Latar belakang Pendidikan

Tunku Abdul Rahman dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak lelaki yang
ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah.
Tunku mendapat pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu,
Alor Setar. Tunku Abdul Rahman diberi peluang mempelajari bahasa Melayu, bahasa Inggeris
dan bahasa Siam. Tunku dihantar ke Bangkok unuk menetap dan belajar di Sekolah
Thebsirintrawat. Tunku Abdul Rahman pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free
School.
Ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan
pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut
pertama untuk menerima Pendidikan di United Kingdom di bawah tajaan Kerajaan Negeri
Kedah.
Mula-mulanya, Tunku Abdul Rahman dihantar ke England untuk belajar undang-undang di
Universiti Cambridge. Selepas pemulangannya ke Tanah Melayu, beliau bertugas sebagai
pegawai tempatan sementera. Beliau menyambungkan semula pendidikannya di Inner Temple.
Akhirnya, beliau dilayakkan menjadi peguam.

- UMNO
- Perikatan
- Dua kali pergi ke London

You might also like