You are on page 1of 38
BAB TIGA LATAR BELAKANG SYARIKAT X BHD. 3.1 Pengenalan Syarikat X Bhd, adalah sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur, Syarikat ini pada asalnya adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam industri lampu dan elektrik. Berdasarkan tekad dan usaha pengasas-pengasas syarikat ini, Syarikat X Bhd, merupakan sebuah syarikat yang terunggul dalam bidang ejuruteraan elektrik Pada peringkat awal, Syarikat X Bhd, terlibat dalam bidang kejuruteraan elektronik dan segala produk dan perkhidmatan yang dimiliki dan diniagakan adalah berdasarkan bidang ini, Kini, syarikat ini telah meneroka beberapa bidang baru seperti hartanah dan perkhidmatan rundingeara kejuruteraan. Penglibatan syarikat ini dalam industri yang mengutamakan teknologi canggih dan sofistikated telah membolehkan syarikat ini mempunyai beberapa projek usahasama dengan negara- negara luar seperti Australia, Jepun dan Switzerland. ‘Antara produk yang dikeluarkan dan dipasarkan oleh syarikat ini adalah 1)Pelbagai jenis lampu 2)Switchgear 3)Kabel 4)Transformer 5)Pembesar suara 6)Pelabel 7)Sistem automasi bangunan Syarikat ini juga terlibat dalam bidang nundingcara kejuruteraan eletrik untuk beberapa syarikat seperti pihak pengurusan KLCC Twin Towers, Menara Maybank dan pelantar-pelantar minyak Berdasarkan maklumat tersebut Syarikat X Bhd merupakan salah sebuah organisasi di negara ini yang mempunyai masa depan yang cerah dan menyumbang kepada usaha negara untuk mencapai taraf negara perindustrian, Namun begitu, adakah syarikat ini bersedia untuk menerima cabaran dari segi pengurusan sumber manusia dalam menempuh era pasca moden (post modem)? Jika dianalisa latar belakang syarikat ini, syarikat ini sebenamya telah melalui tiga peringkat perubahan iaitu daripada sebuah syarikat yang diuruskan oleh sebuah famili kepada sebuah syarikat yang mempunyai beberapa subsidiari dan Kini syarikat ini bukan sahaja merupakan sebuah syarikat yang terdiri daripada beberapa subsidiari tetapi telah berubah kepada sebuah syarikat yang disenaraikan di pasaran saham. Syarikat X Bhd. telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad pada tahun 1982. Pada tahun 1988, syarikat ini telah didaftarkan semula sebagai syariket berhad dan pada tahun berikutnya telah disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Kuala Lumpur. Pada tahun 1995, syarikat ini telah disenaraikan di papan tama. Kini Syarikat X Bhd. bergerak menuju kepada pembentukan sebuah syarikat gergasi kejuruteraan clektronik di Malaysia, Selaras dengan perkembangan positif syarikat ini, tenaga manusia sebagai salah satu faktor kepada kejayaan syarikat di masa akan datang juga ‘turut berubah. Namun apakah persediaan syarikat ini bagi memenuhi citarasa tenaga cs) kerja di alaf baru ini atau adakah syarikat ini mempunyai tanggapan tersendiri mengenai cara pengurusan yang bersesuaian dengan syarikat? 3.1.1 Tenaga Manusia di Syarikat X Bhd. Sebagai sebuah syarikat yang menceburi pelbagai bidang, syarikat ini mempunyai satu gabungan tenaga kerja yang pelbagai. Pekerja-pekerja di syarikat ini telah Gibahagikan kepada beberapa subsidiari dan diletakkan di bawah pengurusan syarikat masing-masing yang dibentuk berdasarkan produk dan perkhidmatan. Namun, syarikat induk, iaitu Syarikat X Bhd. mempunyai kuasa utama dalam hal-hal pengurusan dan dasar pengurusan pekerja-pekerja. Pekerja-pekerja di subsidiari ini ditadbir olch Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran (Human Resource and Administration Division) syarikat ini. Pengurus-pengurus di subsidiari mempunyai kkuasa untuk menyelia pekerja-pekerja tetapi soal-soal berkenaan dengan perlantikan dan pemecatan terletak di bawah tugas dan tanggungjawab Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran. Berdasarkan sumber maklumat yang diperolehi daripada Bahagian Sumber ‘Manusia dan Pengurusan Syarikat X Bhd. syarikat ini mempunyai 455 jumlah orang pekerja yang dibahagikan kepada pelbagai tugas sebagaimana yang ditunjukkan dalam Carta 3.1. Namun begitu, realitinya pekerja-pekerja di syarikat ini dibahagikan kepada Bahagian Sumber Manusia dan Pengurusan, Bahagian Perancangan Korporat ddan subsidiari-subsidiari yang mempunyai produk dan perkhidmatan khusus, Carta 3.1 Pecahan Tenaga Kerja Syarikat X Bhd. pada 1999 @ Kerja am OPengedaran 15 20 15 @ Pengeluaran @ Pengurusan @ Penyelia @Jualan @ Pengurus @ Pengurus Kanan @ Perancangan Korporat ‘Sumber; Bahagian Sumber Manusia dan Pengurusan Syarikat X Bhd. 95 3.2 Analisa Perkembangan Dasar Pengurusan Syarikat “Employee is the heart, employer is the brain. Together, employee and the employer will function (0 achieve a healthy and prosperous combination. Teamwork between these major elements in the company mechanism is as crucial as the coordination between the heart and brain in our body." Sumber: Teks ucapan Ketua Eksekutif, Syerikat X Bhd sempena mailis makan malam syarikat pada 1996 Berdasarkan petikan teks ucapan oleh Ketua Eksekutif ini, syarikat ini amat berpegang kepada prinsip saling mempercayai dan saling membantu dalam syarikat Pekerja dan majikan telah diumpamakan sebagai dua entiti yang saling bergantungan demi untuk mencapai hasil yang lebih produktif dan mekanisme syarikat yang lebih Kukuh, Sementara itu, dalam satu sesi temuramah dengan pengurus kanan Bahagian Sumber Manusia dan Pengurusan syarikat ini iaitu Encik Toh Siew Pat, pengkaji mendapati salah satu pegangan syarikat adalah menggalakkan pekerja dan pihak majikan bekerjasama untuk mencapai hasil kerja yang Jebih menguntungkan syarikat (temuramah pada 21 Mei 1999), Pihak syarikat ini percaya bahawa pekerja dan majikan hendaklah saling mempercayai antara satu sama lain dalam menguruskan dan melaksanakan tugas masing-masing Dua puluh tahun Lalu, syarikat ini tidaklah seteguh kini tetapi dengan gabungan usaha gigih pekerja-pekerjanya, syarikat ini kini telah disenaraikan di papan utara Bursa Saham Kuala Lumpur, Oleh itu, menurutnya tidak ada sebab pihak majikan untuk tidak mempercayai pekerja-pekerjanya, Sementara itu, menurut Encik Toh lagi, sebagai bukti bahawa syarikat ini benar- benar serius dalam menunjukkan komitmennya kepada pekerja, syarikat ini telah 96 menegaskan dalam polisi syarikatnya iaitu the company operates as a whole. Syarikat ini beroperasi sebagai satu organisasi dan tidak bersifat individualistik iaitu tidak ‘mengira kumpulan mahupun pangkat. Syarikat ini juga percaya bahawa tindakan oleh seseorang pekerja akan memberi kesan kepada keseluruhan syarikat dan masing- masing mempunyai tanggungjawab kolektif kepada syarikat. Menurut maklumat yang diperolehi daripada Encik Toh, Syarikat X Berhad telah secara rasminya menjadikan dasar pengurusan kaedah DP sebagai salah satu daripada polisi syarikat pada tahun 1991, Namun, ini tidak bermakna bahawa sebelum tahun 1991, syarikat ini tidak mengamalkan kaedah pengurusan sedemikian. Encik Toh berkata bahawa sepanjang pengetabuannya, polisi sedemikian telah dilaksanakan semenjak syarikat ini masih dikenali sebagai sebuah syarikat sendirian berhad lagi. ‘Akan tetapi, apakah kesan perlaksanaan polisi pengurusan sedemikian? Adakah Kaedah pengurusan ini berkesan dalam meningkatkan produktiviti syarikat? Salah satu indeks yang boleh digunakan untuk mengukur keberkesanan ini adalah perkembangan syarikat ini sendiri, Perbincangan-perbincangan tadi menunjukkan ‘bahawa Syarikat X Berhad telah berkembang daripada sebuah syarikat milik keluarga kepada sebuah syarikat berhad yang disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur, Kemajuan ini mungkin disebabkan oleh faktor pertumbuhan dalam ekonomi Malaysia dan juga pengurusan kewangan yang baik. Namun begitu, faktor pengurusan sumber manusia juga merupakan satu faktor yang harus diambilkira. Sekiranya pihak pengurusan syarikat gagal dalam merangka satu dasar pengurusan yang cekap dan berkesan maka kesannya adalah sama dengan kegagalan syarikat dalam merancang kewangan syarikat dengan baik. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa 7 kaedah pengurusan mirip DP yang dipraktikkan oleh Syarikat X Bhd. adalah salah satu faktor penyumbang kepada kemajuannya. Sementara itu, Syarikat X Bhd. telah menunjukkan prestasi yang baik dari segi Keuntungan sebelum cukainya. Laporan kewangan pada tahun 1996 menunjukkan bahawa syarikat ini telah menunjukkan peningkatan keuntungan sebelum cukai yang, mendadak semenjak tahun 1991. Pada tahun 1991 syarikat ini mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM6 juta, Pada tahun 1996 pula, syarikat ini menunjukkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM12 juta. Ini menunjukkan bahawa syarikat ini telah mencatatkan peningkatan sebanyak 100% dalam jangka ‘masa 5 tahun sahaja. Sementara itu, syarikat ini menunjukkan perkembangan yang amat positif dari segi rurnover kewangannya, Laporan kewangan 1996 menunjukkan ahawa syarikat ini mencatatkan turnover sebanyak RMSO juta pada tahun 1991 dan RM200 juta pada tahun 1996, Kejayaan ini boleh dikaitkan dengan keadaan ekonomi Malaysia yang sedang tumbuh dengan pesatnya Ketika itu serta menunjukkan kecekapan Syarikat X Bhd. dalam mengurus kewangannya, Namun, kesesuaian dan ‘keberkesanan polisi pengurusan sumber manusia syarikat ini iaitu kaedah pengurusan DP juga harus diambilkira sebagai salah satu faktor penyumbang kejayaan syarikat ini, Carta 3.2 Keuntungan Sebelum Cukai Tahunan (dalam RM juta) Sumber: Laporan kewangan Syarikat X Bhd. 1996 Carta 3.3 Turnover Kewangan (RM juta) Sumber Laprn evanga Shr X bi. 1996 Ketika ditanyakan sama ada polisi syarikat seakan-akan melaksanakan cadangan Ouchi dalam Teori Z dan mengambil pendekatan syarikat Jepun dalam mengimplimentasikan pengurusan syarikat, Encik Toh dengan spontannya mengakui Syarikat X Bhd. cuba mengambil pendekatan Teori Z Ouchi dan setakat ini tidak timbul masalah dalam mengaplikasikannya, Beliau percaya bahawa pendekatan Teori 9 Z wajar untuk diaplikasi oleh setiap syarikat di Malaysia yang ingin mencapai kemajuan, Menurutnya lagi, terdapat pelbagai jenis formula untuk diikuti dalam hal pengurusan sumber manusia dan hal ehwal syarikat tetapi beliau percaya bahawa Teori Z Ouchi mampu untuk muncul sebagai yang terbaik berdasarkan rasional pendekatan yang diambil. Tambahnya lagi teori ini bukan sahaja sesuai untuk syarikat Jepun sahaja tetapi kepada semua syarikat di zaman globalisasi ini. Zaman telah berubah dan sikap serta kehendak manusia juga akan berubah tetapi beliau pasti bahawa dalam apa zaman sekalipun manusia tetap mahu untuk dihormati dan diterima sebagai salah seorang anggota sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, beliau berpendapat bahawa Teori Z dan pendekatan pengurusan masyarakat Jepun merupakan sesuatu yang sesuai bagi syarikatnya untuk tempoh masa sekarang dan masa hadapan Encik Toh juga ditanya sama ada ini bermakna syarikatnya bersetuju dengan pengamalan dasar pengurusan DP. Encik Toh menjelaskan syarikatnya bukan sahaja bersetuju tetapi telah melaksanakannya dalam segala hal pengurusan. Encik Toh menambah lagi, bahawa pendekatan ini telah dipraktikkan di syarikatnya untuk satu tempoh yang agak panjang dan kini beliau sendiripun merasakan bahawa sungguhpun bertanggungjawab sebagai seorang pengurus kanan tetapi dia masih perlu untuk mendengar pendapat anak-anak buahnya yang beliau anggap seperti rakan sekerja. Daripada temuramah dengan Encik Tob ini dapat dibuat satu kesimpulan bahawa dasar pengurusan Syarikat X Bhd. berpandukan konsep mempercayai pekerja dan menganggap bahawa pekerja adalah sebahagian daripada syarikat. Persetujuan ‘mengenai sesuatu perkara hendaklah dibuat bersama antara majikan dan pekerja. Ini 100 Kerana jika pihak majikan melaksanakan sesuatu yang tidak bermanfaat kepada syarikat, kesannya akan turut dirasai oleh golongan pekerja-pekerjanya. Oleh yang demikian, pendapat dan pandangan pihak pekerja merupakan sesuatu yang amat penting dalam semua hal. Syarikat adalah sesuatu yang dipunyai oleh kedua-dua pihak dan tidak hanya satu pihak. Pekerja mempunyai hak dalam menentukan hak itu Sebagaimana yang diterangkan dalam Bab Latar Belakang Konsep dan Teori, manusia arah diri hidup dalam persekitaran sebegini iaitu berasa dirinya boleh menentukan haknya sendiri terutamanya dalam menyuarakan pendapat masing- masing, Jika dianologikannya dalam syariket ini, sekiranya pekerja tidak menyuarakan hasrat dan pendapatnya, besar Kemungkinan pendapat orang lain bercanggahan dengan kehendaknya, Dalam Teori Z, Ouchi mengatakan bahawa dalam firma-firma yang mengamalkan pendekatan Z, kepercayaan kepada pekerja adalah sesuatu yang harus diutamakan dan ini termasuklah dalam membenarkan pihak pekerja mengambil peranan dalam pembentukan sesuatu polisi ataupun rancangan syarikat, Firma-firma Jepun yang mengamalkan pendekatan Z selama ini amat berpegang teguh kepada sikap saling mempercayai dan menganggap bahawa pekerja scharusnya berhak mengambil Keputusan bersama dalam semua hal, Keputusan yang diambil oleh satu pihak sahaja mungkin akan menjejaskan pihak pekerja memandangkan dasar pekerjaan sepanjang hayat (life time employment) yang diamalkan di firma-firma utama Jepun, Sekali lagi, senario pengurusan zaman pasca moden di Jepun, manusia arah diri akan menghadapi kegusaran bahawa tindakan orang lain akan mendatangkan kesan kepada dirinya terutama di bawah tekanan pekerjaan sepanjang hayat itu. 101 Dasar yang diamalkan oleh syarikat ini amat bertepatan sekiranya dilihat dari segi pendekatan Teori Z dan dianalisa dari segi manusia arah diri ini. Sungguhpun Encik Toh menjelaskan pendekatan yang sedang digunakan oleh syarikatnya ini bersesuaian untuk semua masa, namun tindakan syarikat ini menjadikannya sebagai satu dasar pengurusan amat bertepatan dengan senario manusia makmur (affluent) dan pasca moden ini, Perbincangan-perbincangan seterusnya dalam bab ini akan menunjukkan bagaimana DP dilaksanakan dalam syarikat ini 3.3 Hierarki di Syarikat X Bhd. Memandangkan Syarikat X Bhd. merupakan sebuah syarikat yang mempunyai pelaburan dalam pelbagai bidang kejuruteraan elektronik, syarikat ini memerlukan satu mekanisme pengurusan yang besar untuk menguruskannya, Tambahan pula sebagai sebuah syarikat yang telah disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur, syarikat ini perlu mempamerkan satu jentera pengurusan yang dapat menunjukkan kemampuan syarikat untuk mengurus syarikat ke arah produktiviti dan Keuntungan yang lebih tinggi bagi meyakinkan pemegang-pemegang sahamnya. Sebagaimana yang telah dinyatakan di bahagian 3.2 bab ini, Syarikat X Bhd. mengamalkan falsafah dan dasar pengurusan kesatuan dan keseluruhan. Justeru itu, 102 YS_X TYLRKS wesnunuag wep exsnueyy soquing UeSeyeR “FoquNS a po ans a8 ans Jas Jes ans ms aon, = artery [ _ sree, non uadeyny aa Jaen samen | | sepa EE ee L sempre pa emmy ome comma | [me = soxtons weeteyee, sunion rend samoay | | snmiiony saan tumng suming | [—axuoy samc waning | [one Fz waning monday aoe sag: eee sano paqaps | | ssuxcysopncg valet ont wen] Lames || meaon | | en rot cerns vm ™ s suntkod soning sete rey vesrunuag qw10d0y cp ufuemay ueiwourseg yeseBuod yemeBuog sneer yeseBuEg ea yemBuog eBequoy “PUR X IHHIWAS tswsIUETIC BBD pg WED dari segi pengambilan keputusan dan perlaksanaan rancangan, syarikat ini memerlukan Komitmen daripada semua pihak. Ini kerana, keputusan untuk perlaksanaan sesuatu rancangan tidak terletak di tangan seseorang atau satu bahagian dalam syarikat tetapi melibatkan kesemua anggota syarikat ini Dasar dan falsafah pengurusan sedemikian ditunjukkan dalam hierarki atau pembahagian tugas syarikat. Syarikat X Bhd. dibahagikan kepada beberapa bahagian dan subsidiari, Pembahagian ini adalah berdasarkan tugas dan fungsi masing-masing, Secara emnya, syarikat ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: 1) Bahagian Perancangan Korporat Bahagian ini bertanggungjawab untuk mengawal perancangan dalam Syarikat X Bhd. serta memastikan perlaksanaan polisi dan rancangan-rancangan syarikat berjalan dengan lancar. 2) Bahagian Operasi Bahagian ini merupakan bahagian yang mengawal perjalanan pengeluaran syarikat sama ada barangan ataupun perkhidmetan. Bahagian ini merupakan bahagian subsidiari-subsidiari beroperasi dan setiap subsidiari ini mempunyai barangan dan perkhidmatan untuk dikeluarkan, Syariket X Bhd. mempunyai lapan bbuah subsidiariiaitu: a) TP Sendirian Berhad® (terlibat dalam teknologi teater dan projektor) b) LK Transformer* (bertanggungjawab ke atas teknologi tranformer elektrik) ©) LK Switch* (pelbagai suis untuk kegunaan industri dan domestik) 4) KL Lamp* (industri lampu) 104 ) LK Light* (industri lampu) f) LK Wire* (industri wayar) 8) LK Elektrik* (pelbagai perkhidmatan elektrik) h) LK Kawal* (industri kawalan keselamatan elektronik) *bukan nama sebenar (sila lihat lampiran untuk carta organisasi Syarikat X Bhd.) 3) Bahagian Kewangan dan Pengurusan Bahagian ini bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal berkenaan dengan hal-hal sumber manusia serta kewangan Syarikat X Bhd. Bahagian ini dibahagikan kepada: a) Bahagian Sumber Manusia b) Bahagian Perakaunan ¢) Bahagian Kawalan Kredit Ketiga-tiga bahagian yang dinyatakan diketuai oleh pengarah. Sementara itu, setiap unit umpamanya subsidiari dan bahagian-babagian di bawah Bahagian Kewangan dan Pengurusan diketuai oleb: a) Pengurus bagi bahagian dan subsidiari yang kecil b) _Pengurus besar bagi bahagian dan subsidiari besar Sebagai sebuah syarikat yang mengamalkan prinsip kesatuan dan keseluruhan, syarikat ini telah mengubah corak pentadbiran subsidiari daripada memberikan autonomi Keseluruhan kepada subsidiari kepada separa autonomi. Ini bermakna, subsidiari mempunyai kuasa autonomi keseluruhan dalam hal-hal tertentu dan dalam- hhal-hal yang lain, kuasa adalah di dalam tangan Syarikat X Bhd.. Umpamanya, dalam hhal-hal seperti kawalan sumber manusia, perancangan belanjawan dan sumber operasi 105 adalah terletak di bawah kawalan Syarikat X Bhd. yang berfungsi sebagai syarikat ibu yang mengkoordinasikan pergerakan sumber-sumber utama ini Sementara itu, dalam hal-hal seperti perancangan dan projeksi subsidiari syarikat, subsidiari syarikat mempunyai kuasa penuh dalam perancangan dan perlaksanaannya dengan penycliaan daripada syarikat pusat, Ini bermakna, syarikat pusat hanya bertindak sebagai satu pusat untuk menyelia dan memastikan sama ada subsidiari ini mempunyai satu perancangan yang benar-benar efektif, Sckiranya didapati sebarang Kemusykilan dalam perancangan yang dikemukakan kepada syarikat pusat, syarikat pusat akan menasihati subsidiari, Ini tidak bermakna syarikat pusat mempunyai kuasa pemutus dalam sesuatu rancangan itu. Sementara itu, di peringkat subsidiari dan bahagian, pihak pengurusan hendaklah memastikan bahawa dalam sebarang perancangan persetujuan semua pihak perlu didapatkan terlebih dahulu sebelum sesuatu rancangan itu dihantar ke syarikat pusat untuk diseliakan, Ini merupakan satu kemestian, Sekiranya langkah ini tidak diambil, pihak syarikat pusat berhak untuk menolak sesuatu rancangan itu. Biasanya, rancangan-rancangan yang memerlukan prosedur sedemikian adalah rancangan- rancangan jangka panjang sesuatu subsidiari atau bahagian itu. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa setiap bahagian dalam syarikat ini memainkan peranan dalam perancangan syarikat, Ini sudah tentu akan melibatkan kesemua anggota syarikat tidak kira bawahan ataupun atasan, roses pengambilan keputusan ini merupakan satu proses di mana persetujuan Garipada pihak bawahan perlu didapatkan terlebih dahulu sebelum peringkat yang lebih tinggi menganalisanya. Sebenamya, proses sedemikian merupakan salah satu 106 daripada kriteria yang dikemukakan oleh kaedah pengurusan penglibatan langsung, (DP) dalam proses pengambilan keputusan. Proses sedemikian juga menggambarkan demokrasi industri dapat dicapai dalam sesuatu syarikat itu, Edward Deming, seorang tokoh yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan kaedah pengurusan kawalan berkumpulan (control circle) amat menyetujui kaedah pengambilan keputusan sedemikan diimplimentasikan di dalam pengurusan sesebuah syarikat (Stevens D., 1993: xviii). Menurut Stevens. D., kaedah pengambilan keputusan dari bawah ke atas ini merupakan sesuatu yang boleh diumpamakan sebagai kaunseling berkumpulan. Dalan kaunseling berkumpulan, sesuatu keputusan dicapai dan kesemua pihak akan menerimanya kerana mereka turut serta dalam proses pengambilan keputusan itu. Oleh itu, rasa tanggungjawab kolektif dapat diwujudkan dan ini dapat ‘mempertinggikan komitmen terhadap sesuatu tugas yang diberikan. Carta 3.5 Kaedah Membuat Keputusan Proses di Syarikat X Bhd. Proses Konvensyenal Pengurusan Subsidiari/Bahagian Kotua jabatan Pekerje-Pekerja Subsidiar/Babagian Pekerja ‘Sumber: Analisis pengka}i 107 Proses membuat keputusan Syarikat X Bhd. adalah seperti Carta 3.5. Menurut Ouchi, salah satu daripada kriteria kejayaan syarikat-syarikat di Jepun adalah dasar pengambilan keputusan secara kolektif atau pengambilan keputusan secara bersama- sama, Ini berbeza dengan syarikat-syarikat di Amerika Syarikat yang mengambil keputusan secara individual atau dari pihak yang tertinggi kepada kepada pihak rendah, syarikat-syarikat ini gagal untuk menyaingi produktiviti syarikat-syarikat Jepun (Ouchi, W. G,, 1986 :36). Huraian lanjut mengenai proses pengambilan Keputusan di peringkat subsidiari Syarikat X Bhd. akan dibincangkan di bahagian 3.42. Oleh itu, ini menggambarkan bahawa kaedah pengambilan keputusan secara bersama merupakan satu kaedah yang terbukti berkesan dalam meninggikan produktiviti sesebuah syarikat, Sungguhpun kaedah pengambilan keputusan secara kolektif ini mengambil masa yang lebih panjang berbanding dengan cara Konvensional, namun sebagai sebuah syarikat yang mementingkan produktiviti tinggi dalam jangka masa panjang, kaedah pengurusan secara kolektif ini dapat memberikan Kesan yang lebih positif, Ouchi menjelaskan sungguhpun syarikat-syariket di ‘Amerika Syarikat mengamalken pendekatan yang persetyjuan lebih mudah dicapai dalam sesuatu perancangan namun telah terbukti ia tidak begitu berkesan dalam menunjukkan hasil yang memuaskan hati berbanding dengan kaedah kolektif yang diamalkan oleh syarikat-syarikat Jepun (Ouchi, W.G., 1986; 37). Nampaknya, Syarikat X Bhd. telah memilih satu dasar pengurusan yang bersifat jangka panjang dalam menentukan produktiviti yang tinggi buat jangka masa panjang. 108 Analisa struktur organisasi Syarikat X Bhd, beserta dengan dasar yang diamalkan menunjukkan bahawa amalan syarikat ini menyerupai Ouchi struktur organisasi M Ouchi, Struktur organisasi M ialah pelbagai bahagian (multidivisional) ‘Menurut Ouchi lagi, struktur organisasi M merupakan struktur yang mengamalkan dasar sentralisasi (kewalan) yang mengabungkan struktur organisasi U dan H (Ouchi, W.G., 1986: 23). Struktur U adalah struktur organisasi yang bersifat unifikesi ataupun tiada pembahagian kawalan dan kuasa, Pihak pengurusan akan mengawal kesemua aktiviti dan operasi syarikat. Struktur H pula ialah struktur sebuah organisasi yang tidak meletakkan sebarang kawalan kepada subsidiari dan syarikat-syarikat berhak dan bebas dalam mengatur operasinya. Struktur M pula merupakan struktur di mana pihak pengurusan syarikat bertindak sebagai sebuah pusat yang menyelia sesetengah hal dan aktiviti-aktiviti subsidiari. Syarikat pusat ini memainkan peranan sebagai sebuah ‘badan pusat yang menyelia kegiatan subsidiari-subsidiari dalam perkara-perkara yang dianggap penting untuk disentralisasikan bagi meningkatkan kecekapan dan ‘menjimatkan kos pengurusan. Antara perkara yang disentralisasikan adalah seperti: 1) Perancangan tahunan 2) Belanjawan tahunan 3) Usaha pembangunan dan penyelidikan (R&D) 4) Perkongsian sumber-sumber lain seperti buruh dan bahan-bahan 109 Carta 3.6 Organisasi Bentuk M. Ketua Pengarah Eksekutif Perancangan ——|-—__Kewangan dan Perakaunan Strategik Diyisi A Divisi Bx, R&D —Pengeluaran Jualan ‘Sumber: Ouchi, W. G,. 1984: 23 Carta 3.6, dapat menjelaskan maksud oleh organisasi bentuk M Ouchi Organisasi bentuk M adalah satu organisasi yang mengamalkan dasar pergantungan antara unit-unit operasi dalam sesuatu organisasi. Unit-unit operasi ini mempunyai fungsi masing-masing tetapi di bawah kawalan syarikat pusat atau syarikat induk, unit-unit ini disatukan (Ouchi, W. G., 1984: 23). Syarikat X Bhd. mengamalkan bentuk pengurusan organisasi sebegini (sila rujuk Carta 3.3). Dalam sesetengah hal, belanjawan akan diletakkan di bawah kawalan syarikat pusat, Tujuan dasar sedemikian dilaksanakan adalah membolehkan subsidiari dapat berkongsi sumber dan mengurangkan pembaziran sumber. Sementara itu, setiap syarikat juga dapat mengekalkan semangat kerjasama sesama mereka dan tidak bertindak secara individual. Struktur organisasi ini akan dibincangkan dengan 10 lebih lanjut dengan mengambil jabatan jualan dan pemasaran subsidiari Syarikat X Bhd, sebagai contoh. Dalam penerangan mengenai jabatan jualan dan pemasaran Syarikat X Bhd. ini, akan menjelaskan perjalanan sebenar proses mengambil Keputusan di Syarikat X Bhd.. Namun, adakah proses mengambil keputusan yang dijalankan di syarikat ini menyerupai apa yang telah dibincangkan sebelum ini? 3.4 Jabatan Jualan dan Pemasaran di Syarikat X Bhd. Sebagai sebuah organisasi perniagaan, Syarikat X Bhd. tidak lari daripada mempunyai sebuah bahagian khas dalam setiap subsidiari untuk menjualkan produk serta perkhidmatannya. Setiap subsidiari mempunyai jabatan jualan dan pernasaran masing-masing. Pengkaji telah mengkategorikan jabatan jualan dan pemasaran di setiap subsidiari di bawah jabatan jualan dan pemasaran Syarikat X Bhd. Ini adalah kerana berdasarkan struktur organisasi Syarikat X Bhd. yang berbentuk M, Syarikat X Bhd secara langsung adalah bertanggungjawab ke atas hal-ehwal kesernua pekerjanya dan ini termasuk pekerja-pekerja di subsidiarinya, Maka, ini menunjukkan bahawa Syarikat X Bhd. adalah bertanggungjawab ke atas kawalan sumber manusia serta dasar pengurusan di syarikat ini, Kesemua subsidiari akan mematuhi polisi dan dasar pengurusan yang telah dipersetujui di peringkat syarikat pusat. Keputusan syarikat pusat ini adalah terbit daripada cadangan-cadangan subsidiari sendiri dan juga dari cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh perundingcara pengurusan luar yang dilantik oleh pihak syarikat. Justeru itu, adalah lebih sesuai untuk mengkategorikan kesemua sales engineer di syarikat ini di bawah pengurusan Syarikat X Bhd, dan tidak di bawah subsidiari-subsidiari syarikat ini, Th Fungsi utama jabatan ini di Syarikat X Bhd. adalah memasarkan barangan dan perkhidmatan, Sungguhpun demikian, perlu dijelaskan di sini bahawa di sesetengah syarikat, pemasaran dan jualan adalah dua maksud yang berlainan iaitu pemasaran Jebih kepada perancangan untuk menguasai sesuaty pasaran sementara jualan hanyalah salah satu daripada alat untuk menguasai pasaran, Namun, dalam konteks kajion ini dan juga definisi yang digunakan oleh syarikat ini, jabatan pemasaran dan jualan mempunyai fungsi yang sama iaitu menjual dan melariskan jualan syarikat Gower menerangkan bahawa aktiviti jualan adalah aktiviti memujuk pelanggan membeli barangan dan perkhidmatan yang diniagakan dan proses memujuk ini merupakan satu proses yang amat kompleks dan sukar. Seorang jurujual mungkin hanya menjual di Kaunter sahaja staupun berada di rumah pelanggan untuk memujuknya membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan, Oleh yang demikian, tuges, lokasi dan fungsi seorang jurujual adalah berbeza mengikut barangan dan perkhidmatan yang dijualnya (Gower, 1995: 18). Gower mendefinisikan jurujual-jurujual di syarikat-syarikat seperti Syarikat X Bhd, ini sebagai jurujual teknikal (Gower, 1995: 20), Klasifikasi ini adalah berasaskan barangan dan perkhidmatan yang diniagakan oleh syarikat-syarikat sedemikian memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi, Memandangkan Kemahiran yang tinggi serta pengetahuan yang mendalam diperlukan untuk menjual barangan dan perkhidmatan ini maka sudah tentu hanya golongan yang mahir tentang, barangan dan teknologi yang diniagakan akan mampu memberikan keputusan jualan ‘yang memuaskan, Justeru itu, kesemua lapan puluh orang jurujual di Syarikat X Bhd. mempunyai Kelayakan Diploma atau yang lebih tinggi. Sebagaimana yang telah 2 dijelaskan di bab satu iaitu Bab Pengenalan, 62 responden iaitu kakitangan jabatan jualan dan pemasaran mempunyai kelayakan ijazah dan 3 lagi mempunyai kelayakan diploma. Namun begitu, adakah tanggungjawab yang besar ini serta kemahiran yang tinggi ini mempengaruhi motivasi pekerja? Kemahiran dari segi skil dalam teknologi serta kemahiran berunding dengan pelanggan merupakan perkara-perkara utama dalam pekerjaan ini ‘Memandangkan kelayakan pendidikan yang tinggi, sudah tentu adalah agak sukar diterima oleh jurujual-jurujual ini menerima gelaran sebagai jurujual atau salesman sahaja. Seperti mana yang ditekankan oleh Gower, jurujual yang berkelayakan tinggi enggan menerima panggilan sedemikian (Gower, 1995: 20). Oleh itu, pihak pengurusan Syarikat X Bhd. telah mengambil panggilan sales engineer bagi jurujual di syarikat ini Jadual 3.1 Kelayakan Sales Engineer Kelayakan ] Bilangan Tjazah ‘| 62 Diploma | 18 Tumiah | 80 Sumber: Bahagian Pengurusan Syerikat X Bhd ne) 3.4.1 Perlantikan dan proses rekrutmen sales engineer Proses perlantikan dan rekrutmen di Syarikat X Bhd. dikendalikan oleh pihak syarikat pusat ataupun syarikat induk, Namun demikian, proses perlantikan dan rekrutmen ini hanya dibuat sekiranya terdapat permintaan daripada subsidiari Definisi kerja (job definition) bagi sales engineer syarikat ini sebagaimana yang diterangkan oleh seorang pengurus jualan syarikat ini adalah: 1)Merancang jualan 2)Memastikan jualan dibuat 3)Mempromosikan barangan dan perkhidmatan syarikat 4)Mendapatkan maklumbales pasaran 5)Menjadi diplomat syarikat 6)Bekerjasama dengan rakan-rakan lain di Syarikat X Bhd. Definisi ini merupakan skop kerja sales engineer syarikat ini, Semasa proses rekrutmen, calon-calon akan ditemuduga terlebib dahulu. Proses temuduga ini terbahagi kepada tiga peringkat. Pada peringkat pertama, calon akan dikemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan peribadi calon. Kesesuaian peribadi adalah penting memandangkan kerja di bidang jualan dan pemasaran mengkchendaki personaliti yang lebih terbuka ataupun overt. Peringkat kedua temuduga adalah berkaitan dengan pengetahuan calon dalam barangan-barangan Syarikat X Bhd. Peringkat ketiga temuduga adalah peringkat Kemahiran calon dalam jualan dan pemasaran, Soalan-soalan yang dikemukakan kepada calon adalah mengenai kesesuaian calon untuk memikul tanggungjawab yang dinyatakan di ates U4 ‘Umpamanya, calon akan ditanya tentang rancangannya sekiranya beliau diberikan salah satu produk Syarikat X Bhd. untuk dijual, 3.4.2. Pengurusan dan pentadbiran Selepas perlantikan, sales engineer akan ditempatkan di subsidiari. Bermula dari sinilah pihak pengurusan subsidiari bertanggungjawab dalam mengurus dan mentadbir sales engineer melalui dasar dan polisi yang digariskan oleh syarikat pusat, Sungguhpun demikian, pihak pengurusan subsidiari mempunyai kuasa untuk mengesyorkan sebarang cadangan pemindaan polisi kepada syarikat pusat. Syor-syor mereka adalah terbit daripada cadangan-cadangan daripada kakitangan yang bertugas 4i subsidiari masing-masing. Sekali lagi, dipamerkan di sini kaedah pengurusan demokratik dilaksanakan oleh Syarikat X Bhd., Pihak pusat hanya menggariskan dasar tetapi pihak subsidiari berhak untuk meminda kaedah pentadbiran setelah berbincang dengan bahagian sumber manusia syarikat pusat. Akan tetapi, hanya syarikat pusat yang berhak ‘memecat seseorang sales engineer sebagai tindakan disiplin. us Carta 3.7 Hierarki Pengurusan Jabatan Jualan dan Pemasaran Syarikat X Bhd. (Bergantung kepada saiz subsidiari syarikat) Subsidiari Besar Subsidiari Kecil [Pow tow Pearees Pengurus Pengurus Jualan [Seecesoeee| Pengurus — Jualan Cawangen ‘Sales Engineer Sales Engineer ‘Sumber: Bahagian Kewangan dan Peogurusan Syarikat X Bhd, Subsidiari_ mungkin diketuai oleh seorang pengurus besar atau seorang pengurus sahaja. Namun demikian, dalam segala hal perancangan strategi jualan, syarikat ini mengamalkan pendekatan kolektif iaitu kesernua pihak perlu mengambil bahagian, Encik Wong, seorang pengurus subsidiari berkata (maklumat daripada temuramah pada 24 Mei 1999), dalam memasarkan produk baru syarikat, sales engineer dikehendaki mengemukakan kertas cadangan tentang strategi penembusan pasaran kepada syariket. Selepas itu, kertas cadangan ini akan dibentangkan dalam satu mesyuarat yang akan dihadiri oleh kesemua pihak yang terlibat dan 6 dipengerusikan seorang oleh ketua subsidiari itu ataupun wakilnya. Sckiranya terdapat sebarang masalah, masalah itu akan dibincangkan dan diselesaikan bersama, Subsidiari biasanya akan mempunyai tiga bentuk mesyuarat singkat setiap bulan. Mesyuarat-mesyuarat ini adalah: 1) Mesyuarat harian Mesyuarat ini akan diadakan pada setiap pagi. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan masalah harian yang dihadapi oleh sales engineer, Selain daripada itu, mesyuarat ini juga diadakan agar pihak pengurusan dapat berjumpa dengan pihak sales engineer bagi mendapatkan maklumat terbaru di samping memberi kata-kata semangat dalam menjalankan tugas harian. 2) Mesyuarat mingguan Mesyuarat mingguan adalah bertyjuan untuk membincangkan masalah yang Gibadapi oleh sales engineer dalam menjalankan tugas mereka, Mesyuarat ini juga akan dihadiri olch bahagian-bahagian lain dalam syarikat umpamanya wakil daripada bahagian kawalan kredit, sumber manusia dan perancangan kkoporat, Pihak pengurus jualan bertanggungjawab untuk mempengerusikan ‘mesyuarat di samping menggariskan agenda mesyuarat. 3) Mesyuarat bulanan Mesyuarat bulanan diadakan untuk membuat satu tinjauan secara ringkas tentang prestasi sales engineer. Pihak pengurusan akan memberikan pendapat mereka tentang prestasi sales engineer dan pada mesyvarat ini jugalah pihak pengurusan akan menamakan sales engineer of the month, initu sales engineer uy yang jumlah jualannya paling tinggi untuk sesuatu bulan itu. Pada mesyuarat ini, pihak pengurusan juga akan mengumumkan projeksi jualan bulan hadapan dan setiap sales engineer dikehendaki mengemukakan pendapat mereka tentang projeksi itu. Biasanya, sales engineer akan memaklumkan kepada pihak pengurusan sama ada projeksi itu mungkin dicapai atau tidak beserta dengan alasan-alasan, ‘Akan tetapi, bukankah kesemua mesyuarat ini melecehkan kerana harus menyediakan paper work yang banyak serta membazirkan masa, Encik Toh, pengurus sumber manusia Syarikat X Bhd, berkata bahawa sungguhpun dari segi mata kasar, pelbagai jenis mesyuarat ini memang melecehkan sales engineer tetapi sebagaimana yang diterangkan dalam Teori Ouchi, keputusan daripada pendekatan ini memanglah positif dan memberangsangkan (maklumat diperolehi daripada temuramah pada 25 Mei 1999), Sales engineer di subsidiari memang telah dibiasakan dengan paper work ‘yang banyak dan ciri ini telah ditekankan semenjak latihan perlantikan lagi Satu lagi faktor yang memudahkan perancangan ini adalah kerana sales engineer di subsidiari berkelayakan tinggi dari segi pendidikan dan amat mudah untuk mereka membiasakan diri dengan pelbagai jenis mesyuarat ini, Faktor lain yang membolehkan sales engineer tidak merasakan beban kerja adalah kebebasan dari segi masa (flexible working hour), Selepas mesyuarat harian, sales engineer dibenarkan untuk keluar daripada pejabat dan membuat kerja mengikut kehendak masing-masing, Ini merupakan satu lambang kepercayaan syarikat kepada pekerjanya dalam mengaturkan masa mereka, Syarikat ini mementingkan keputusan kerja bukannya masa, Kualiti dan mutu kerja diutamakan di syarikat ini berbanding dengan us Kehadiran. Syarikat Xerox, sebuah syarikat pembuat mesin fotostat terkemuka di dunia mengamalkan polisi kebebasan masa dan nampaknya menampakkan kesan yang positif di kalangan pekerjanya (Jennifer M. G., Gareth R. J., 1988: 251). 3.4.3 Lati an untuk sales engineer Selepas proses rekrutmen dan perlantikan, satu peringkat yang penting ialah peringkat orientasi diadakan. Peringkat ini merupakan satu peringkat yang amat penting, memandangkan melalui peringkat inilah seorang sales engineer akan mengenali syarikatnya, Tambahan pula, memandangkan barangan dan perkhidmatan yang diniagakan oleh syarikat ini amat teknikal, maka latihan di peringkat ewal ini amat penting Program latihan akan dikendalikan oleh syarikat pusat bersama-sama dengan subsidiari, Puan Ling, seorang jurulatih sales engineer mengetakan bahawa untuk tujuan keseragaman, satu program latihan telah dijalankan di syarikat ini, Jangka masa latihan bagi sales Engineer yang baru adalah 3 bulan (maklumat diperolehi daripada temuramah dengan Puan Ling pada 4 Jun 1999), Dalam masa tiga bulan ini, sales engineer yang baru akan diorientasikan dengan pelbagai maklumat dan praktis syarikat serta barangan dan perkhidmatan yang akan dikendalikan oleh seseorang sales engineer. Program latihan sales engineer bermula dengan orientasi di syarikat pusat selama seminggu. Sales engineer akan didedahkan dengan pelbagai prinsip dan polisi pengurusan syarikat, Dalam pada itu, sales engineer yang baru akan diperienalkan ng dengan pihak pengurusan di syarikat pusat. Ini adalah untuk mengeratkan perhubungan di peringkat awal karier seorang sales engineer di syarikat ini, Selepas seminggu, sales engineer yang baru akan dihantar ke subsidiari masing- masing. Di sini, sales engineer diberi tempoh seminggu lagi untuk berinteraksi dengan pekerja-pekerja di syarikat masing-masing. Peringkat latihan yang seterusnya adalah latihan produk di mana sales engineer yang baru akan didedahkan dengan barangan dan perkhidmatan yang akan dikendalikannya kelak, Sementara itu bagi latihan praktikal sales engineer yang baru, mereka akan diberi seorang sales engineer senior untuk mendapatkan sebarang maklumat sama ada mengenai produk ataupun proses pengurusan syarikat. Proses latihan ini akan berlangsung sehinggalah ke bulan Ketiga iaitu masa tamat latihan seorang sales engineer yang baru. Sementara itu, bagi sales engineer senior, mereka akan sentiasa dimaklumkan dan diberikan maklumat terbaru mengenai produk jualan. Dalam masa setahun, sales engineer senior ini akan dikehendaki untuk menyertai tiga modu! latihan iaitu dua ‘modu! untuk latihan produk dan satu modul latihan pengurusan, Dari masa ke masa, sales engineer senior ini akan diiringi oleh jurulatih jualan dari syarikat pusat ataupun pengurus jualan dalam aktiviti harian latihan mereka. 3.4.4 Skim kewangan dan faedah sampingan sales engineer ‘Adrian Cadbury, pengerusi Syarikat Cadbury pada tahun 1974 telah menyatakan persetujuannya dengan pendapat Innis Macbeath bahawa masalah wang gaji adalah ‘masalah utama yang harus diberi perhatian oleh sebarang model pengurusan yang ‘mengkhusus dalam hubungan pekerja - majikan (Macbeath, 1, 1975: xiv). 120 Oleh itu, dalam kajian ini, skim kewangan dan faedah sampingan akan dikaji terlebih dahulu dalam Bab Motivasi di Kalangan Sales Engineer sebelum faktor- faktor lain dikaji bagi melihat sama ada sales engineer di Syarikat X Bhd. ini benar- benar berpuas hati dengan pengurusan syarikat ini, Sebelum itu, di bahagian ini akan diterangkan sedikit sebanyak tentang skim kewangan dan kemudahan sampingan yang dinikmati oleh sales engineer syarikat in. 1) Skim kewangan Buat masa ini, sales engineer di syatikat ini diberikan gaji tanpa komisen. ‘NNamun begitu, pihak pengurusan sedang bercadang untuk mengubsh ke skim gaji dan komisen. Rasional syarikat untuk tidak memberikan komisen kepada sales engineer pada masa kini adalah kerana kebanyakan barangan dan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat ini melibetkan jumlah urusniaga yang besar dan mencapai angka berjuta RM. Selain daripada itu, pihak pengurusan syarikat ini masih ragu-ragu dengan keberkesanan skim komisen agi menaikkan potensi jualan sales engineer. ‘Tangga gaji yang ditunjukkan di bawah adalah satu tangga gaji yang berasaskan Kemampuan serta potensi yang ditunjukkan oleh sales engineer dalam melaksanakan tugas mereka. Kebiasaannya scorang sales engineer yang tinda sebarang pengalaman akan diberikan gaji permulaan RM1600-1800 iaitu tangea gaji SEl. Selepas peringkat ini, sales engineer akan dinilai berasaskan Kemampuan mereka dalam melaksanakan tugas. Seorang sales engineer yang telah berichidmat selama dua tahun mungkin akan mencapai tangga gaji SE3. 121 Jadual 3.2 Tangga Gaji Sales Engineer Tangga Gaji Gaji rn ca SE3 RM3000-4000 (SE2 RM2100-3000 ‘SEI RM1600-2100 ‘Sumber: Bahagian Sumber Manusia Syarikat X Bhd, Umpamanya, Patrick Lim, seorang sales engineer yang berkhidmat di LK Wire berjaya meletakkan dirinya ke peringkat SE3 dalam masa satu setengah tahun sahaja (maklumat daripada temuramah dengan Encik Toh Siew Pat pada 24 Mei 1999), Ini kerana kemampuan Patrick Lim untuk meletakkan dirinya sebagai sales engineer of the month selama enam bulan berturut-turut. Namun begitu, senioriti juga merupakan satu aspek Kenaikan tangge gaji Setiap dua tahun perkhidmatan, sales engineer akan diberi kenaikan tanga gaji. Sekiranya, seorang sales engineer berkhidmat buat satu masa yang agek panjang, umpamanya lima tahun, beliau akan diberi kenaikan pangkat dan inilai pada skil yang berlainan. 2) Kemudahan sampingan Selain daripada menikmati skim kewangan gaji, sales engineer di syarikat ini juga menikmati kemudahan-kemudshan sampingan lain, umpamanya: 122 1) Employee Share Option Scheme (ESOS) Syarikat X Bhd. mempunyai peruntuken saham kepada pekerjanya. Syarat untuk seseorang pekerja untuk menikmati kemudahan sampingan ini adalah telah berkhidmat selama lebih dari setahun di mana-mana bahagian di syarikat ini, Melalui ESOS, pekerja akan ditawarkan saham syarikat dengan nilai RMI setiap saham tidak kira sama ada saham itu bernilai lebih daripada nilai RMI atau tidak. b) Bonus Bonus bukanlah sesuatu yang semestinya disediakan oleh pihak syarikat. Ia bergantung kepada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat dalam sesuatu tahun perniagaan. Bonus diberi berasaskan pencapaiannya dalam kerjanya. ©) Kereta Kemudahan ini hanya dinikmati oleh sales engineer dan pihak pengurusan tinggi sahaja, Bagi sales engineer senior atau berada di tangga gaji yang lebih tinggi akan memandu jenis kereta yang lebih ‘baik. Syarikat X Bhd. menyediakan tiga jenis Kereta untuk sales engineer iaitu: i) Proton Iswara 1.3 ii) Proton Wira 1.3 iii) Proton Perdana 13 4) Lawatan ke luar negeri Setiap tahun, Syarikat X Bhd. menganjurkan lawatan ke luar negeri Lawatan ini akan disertai oleh kumpulan sales engineer yang berjaya mencapai sasaran jualan yang ditentukan oleh pihak pengurus jualan masing-masing selepas dirundingkan dengan pihak sales engineer. Target jualan bagi Jawatan ke luar negeri adalah satu jumlah nilai jualan yang dikumpulkan oleh kesemua sales engineer dalam sesuatu pasukan, 3.5 Syarikat X Bhd. dan Bentuk Kepimpinannya Seperti apa yang telah dibincangkan, Syarikat X Bhd. merupakan sebuah syarikat yang mengamalkan kaedah pengurusan DP. Justeru itu, dasar ini akan mempunyai hubungan dengan bentuk kepimpinan yang dilaksanakan di syarikat ini, Falsafah Syarikat X Bhd. menyatakan bahawa Syarikat X Bhd. merupakan satu organisasi yang beroperasi secara kolektif, Pekerja dan majikan adalah penting dalam syarikat ini. Keputusan tidak boleh diambil oleh satu-satu pihak sahaja. Maka, sebarang keputusan yang diambil hendakiah melalui saluran-saluran tertentu agar ia mewakili keputusan yang diambil oleh kesemua abli dalam sesuatu organisasi. Berdasarkan kenyataan di atas dapat dibuktikan bentuk pengurusan yang diambil oleh Syarikat X Bhd, adalah seperti yang dibincangkan. Kajian ini telahpun membincangkan bentuk kepimpinan yang ditekankan di syarikat ini. Sebagai sebuah 124 syarikat yang mengamalkan pengurusan bentuk DP dan juga amat menekankan pengurusan ala-Jepun (Teori Z), Seorang pemimpin (pengarah, pengurus dan ketua-ketua unit) di Syarikat X Bhd, merupakan seorang yang seharusnye tahu mengenai ciri-ciri seorang pemimpin Sebagaimana yang telah dilihat di bahagian teori perlakuan di bab dua, seorang pemimpin perlulah percaya dan menghormati orang-orang bawahannya, Kriteria ini nampaknya telah dapat dilihat dalam dasar pengurusan syarikat ini yang berasaskan teori pengurusan DP. Mengikut teori ini, keputusan yang diambil oleh syarikat ini adalah berdasarkan persetujuan kesemua orang dan tidak dimonopoli oleh seseorang sahaja. Ini menandakan bahawa secara tidak langsung syarikat ini percaya kepada pekerje-pekerjanya dalam kesemua perkara, Pekerja mempunyai Kuasa untuk ‘menentukan sama ada sesuatu itu akan dilaksanakan atau tidak, Pengambilan dasar ini juga menandakan bahawa syarikat ini menghormati pekerjanya. Sekiranya pada peringkat falsafah, syarikat ini sudah menunjukkan komitmennya untuk mempercayai dan menghormati pekerjanya, maka pada peringkat pengarah, pengurus dan ketua- ketua unit hendaklah mempraktikkan dasar pengurusan ini, Sebegai pemimpin- pemimpin di syarikat ini, perlaksanaan dasar oleh mereka akan memberi impak yang menonjolkan kepercayaan dan hormat mereka kepada pekerja-pekerja. Selain daripada kriteria di atas, teori perlakuan yang telah dibincangkan di atas, seorang pemimpin hendaklah menyediakan satu struktur untuk membolehkan pekerja bawahannya mengikutinya dan seterusnya mencapai objektif organisasi Kajian juga telah membincangkan bahawa sekiranya di dalam satu bentuk pengurusan berbentuk penyertaan demokratik, seorang pemimpin akan menentukan operasi 125 syarikat_ mencapai objektif ini menjadi tanggungjawab semua orang dalam organisasi itu. Oleh itu, setiap orang akan menyumbangkan tenaga masing-masing dalam memastikan pencapaian objektif, Pemimpin hanya bertanggungjawab memastikan struktur dan perjalanan proses ini sahaja. Dilihat dari segi pengoperasian di Syarikat X Bhd,. kriteria ini merupakan sebahagian daripada dasar pengurusan DPnya. Dalam kes kajian ini iaitu di jabatan pemasaran dan jualan, aspek ini dipamerkan, Antara ciri yang menampakkan kriteria ini adalah cara di mana mesyuarat- mesyuarat dikendalikan. Sales engineer kan menyertai tiga bentuk mesyuarat sebagaimana yang telah dibincangkan di atas. Pada setiap mesyuarat ini, ia akan dipengerusikan oleh sama ada pengurus jualan ataupun pengurus di subsidiari Syarikat X Bhd., Pada setiap mesyuarat, sales engineer dikehendaki membincangkan agenda-agenda mesyuarat. Umpamanya, di mesyuarat bulanan, pengurus subsidiari akan mengumumkan projek-projek bagi bulan hadapan dan sales engineer dikehendaki memberi idea-idea bagi projek-projek yang disusun. Perbincangan ini melambangkan bahawa seorang pengurus ataupun pemimpin di Syarikat X Bhd, adalah hanya seorang yang menggalakkan cetusan idea-idea dan seterusnya membincangkannya dengan semua pihak agar satu persetujuan dapat dicapai. 1a juga melambangkan bahawa seorang pemimpin di Syarikat X Bhd. hanya mengasaskan struktur dan objektif tetapi cara perlaksanaan adalah terpulang kepada persetujuan bersama. Fungsi seorang pemimpin di sesi-sesi cetusan idea (brainstorming) adalah sebagai seorang koordinator ataupun sebagaimana yang 126 dinyatakan oleh David Stevens sebagai kaunselor (facilitator) ( Stevens, D,. 1993: xvi). Mengikut David Stevens, konsep kodinator ini adalah sama seperti fungsi seorang abli psikologi yang sedang mendengar masalah yang dihadapi oleh pesakitnya Ahli psikologi ini hanya berfungsi sebagai seorang yang mendengar pemasalahan pesakitnya dan seterusnya pesakit itu sendiri akan melahirkan idea-idea untuk menyelasaikan masalahnya. Pendekatan bukan perintah (non-directive approach) ini telah diaplikasikan dalam sesuatu mesyuarat dalam bentuk kepimpinan penyertaan demokratik untuk + membolehkan peserta-pesertanya mencapai penyelesaian dalam sesuatu. projek atas inisiatif sendiri, Fungsi pemimpin dalam mesyaurat-mesyuarat ini hanyalah sebagai kodinator ataupun lebih tepat sebagai fasilitator (Stevens, D., 1993: xvi). Fungsi fasilitator hanyalah mengkodinasikan hubungan antara pekerja dan juga pekerja - majikan, Melalui carta di bawah dapatlah digambarkan fungsi seorang pemimpin dalam bentuk kepimpinan penyertaan demokratik. Dalam kes kajian ini iaitu di jabatan pemasaran dan jualan di Syariket X Bhd, sebarang pemasalahan ataupun projek yang dikemukakan akan dibincangkan oleh para sales engineer, di mana mereka berbak untuk meluahkan pendapat dan idea untuk menyelesaikan sesuatu pemasalahan. Seorang pengurus hanya berfungsi sebagai satu pihak yang menyediakan keperluan idea dan fizikal yang diperlukan untuk membolehkan idea atau pendapat mengenai sesuatu pemasalahan itu dapat dijadikan satu kenyataan dan pada masa yang sama mengkodinasikan hubungan antara sales engineer sesama sales engineer dan antara sales engineer dengan pihak pengurusan. 17 Carta 3.8 Fungsi Pemimpin (pengarah, pengurus) ‘Sumber diperlukan Teentifkasi Projek/Masalah ‘masalah Penyelesaian a. | masaiah berkaumpulen sump Sumber: Stevens, D, 1993: xvi Dalam satu temuramah (temuramah pengkaji di syarikat kajian pada 25 Jun 1999) dengan seorang pengurus jualan di LK Elektrik Sdn. Bhd,. sebuah subsidiari syarikat Z, didapati bahawa pengurus tersebut berpendapat bahawa fungsinya di sesuatu mesyuarat adalah untuk memastikan objektif mesyuarat dapat dicapai dan Keputusan dapat dibuat atas persetujuan bersama, Beliau berpendapat bahawa antara masalah yang dihadapinya dalam mesyuarat-mesyuarat ini adalah kesukaran untuk mencapai satu Keputusan yang dipersetujui, Dalam menghadapi masalah-masalah sedemikian, sebagai seorang fasilitator, beliau akan cuba dengan sedaya upaya untuk memastikan bahawa satu keputusan dapat dicapai dan dipersetujui oleh kesemua pihak, Langkah yang terakhir sekiranya keputusan masih tidak dapat dibuat adalah menggunakan kaedah pengundian. Kenyataan oleh pengurus jualan syariket ini melambangkan bahawa seorang pengurus di Syarikat X Bhd. hanyalah sebenarya seorang fasilitator sahaja dan berfungsi untuk mengkodinasi dan menentukan bahawa keputusan dapat dicapai atas persetujuan semua pihak. 128 3.6 Kesimpulan Berdasarkan apa yang telah diterangkan, Syarikat X Bhd. merupakan sebuah syarikat yang mengamalkan dasar pengurusan kaedah penglibatan langsung, Falsafah syarikat ini yang mempunyai tanggapan bahawa pekerja dan majikan adalah dua unsur penting dalam organisasi nampaknya telah ditunjukkan dalam implementasi pengurusan syarikat ini, Antara ciri pengurusan syarikat ini adalah tanggungjawab Kolektif’ di mana sesuatu keputusan hendaklah dibuat bersama-sama dan tanggungjawab atas keputusan ini akan dipikul bersama-sama oleh pihak pekerja dan majikan. Menurut Ouchi , dalam tradisi sebuah syarikat yang mengamalkan dasar pengurusan Z, pihak majikan sentiasa akan bertanya kepada pekerjanya sama ada pibak syarikat boleh memasuki ke pasaran barangan baru atau tidak (Ouchi, 1981: 68). Tindakan ini boleblah dikaitkan di sini kepada dasar pengurusan Syarikat X Bhd. iaitu persetujuan kedua unsur penting dalam organisasi ini perlu didapatkan terlebih dahulu sebelum sesuatu rancangan itu dilaksanakan. Sudah tentu dasar pengurusan sedemikian merupakan salah satu daripada unsur yang memotivasikan sales engineer i syarikat ini, Delam pada itu, ESOS yang merupakan salah satu daripada Kemudahan sampingan Syariket X Bhd, kepada pekerjanya menggambarkan Kesungguhan pihak syariket untuk memiliki syarikat bersama dengan pekerja- pekerjanya, Sementara itu, pelbagai kemudahan yang disediakan untuk sales engineer merupakan satu lagi faktor yang membolehkan sales engineer ini dimotivasikan untuk lebih produktif yang akhirnya memberi kesan positif kepada syarikat ini, 129

You might also like