You are on page 1of 2

LAPORAN MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA PROGRAM HARI

ANTIDADAH KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2022

Tarikh : 16 Mac 2022

Tempat : Bilik Mesyuarat Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Kg Guar


Syed Alwi

Masa : 2:30 petang – 5:00 petang

Makluman:

1. Program Semarak Ramadhan sempena Hari Antidadah Kebangsaan

Peringkat Negeri Perlis akan diadakan seperti butiran di bawah:

1.1. Tarikh: 16 April 2022

1.2. Tempat : Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Kg Guar Syed Alwi, Kangar.

2. Tema program adalah “Lebih Baik Cegah” dengan sasaran pengunjung

sebanyak 250 orang.

3. Jabatan Kemas dijemput untuk menjemput kanak-kanak tabika Kemas

berhampiran untuk menyertai Pertandingan Mewarna Kanak-kanak.

Tindakan Jabatan

1. Pertandingan mewarna kanak-kanak tabika dijadualkan berlangsung pada

sebelah pagi hari tersebut.

2. Sebanyak 50 penyertaan dianggarkan dengan pecahan 40 orang kanak-

kanak tabika KEMAS yang berhampiran dan 10 orang dari tabika-tabika lain

di kampung berkenaan
Makluman lain:

1. Wakil jabatan telah memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa hadiah

penyertaan perlu disediakan oleh pihak penganjur, bukan hanya melibatkan

hadiah-hadiah utama sahaja.

2. Mesyuarat dimaklumkan perbincangan jawatankuasa kecil akan dibuat.

3. Pegawai AADK untuk dihubungi: En Alias Bin Jasin (012-402 1966).

Disediakan oleh:

KU AHMISUHAIRI BIN KU AHMAD


PEN PEG PEMB MASY
Jabatan KEMAS Negeri Perlis

You might also like