You are on page 1of 2

PANDUAN MENGHADIRI UJIAN / TEMU DUGA

(UJIAN UMUM, KURIKULUM AGAMA & KEMAHIRAN AL-QURAN / UKKQ)


KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI
TERENGGANU
A. TARIKH UJIAN :

TARIKH
SEKOLAH & PUSAT UJIAN
UJIAN
1) KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA (HARIAN)
a. Sekolah Menengah Agama Khairiah, K.Trg (Perempuan Shj)
b. Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, K.Trg (Lelaki Shj)
c. Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut
12
d. Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun
FEBRUARI
e. Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Besut
2022
f. Sekolah Menengah Agama Marang, Marang
(SABTU)
g. Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu
h. Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman
i. Sekolah Menengah Setiu, Setiu

2) KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA (BERASRAMA PENUH)


a. Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, K.Trg
b. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI)
19
FEBRUARI
3) KEMASUKAN KE MADRASAH MODEN TERENGGANU
2022
a. Madrasah Moden Terengganu Besut (Lelaki Shj)
(SABTU)
b. Madrasah Moden Terengganu Hulu Terengganu (Perempuan Shj)
c. Madrasah Moden Terengganu Kuala Nerus (Lelaki Shj)

B. TEMPAT UJIAN :

Mengikut pusat ujian yang telah ditetapkan (slip rujuk slip panggilan ujian).

C. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA :

1. Slip panggilan ujian.

2. Satu (1) salinan (yang disahkan) dan asal kad pengenalan / MYKID calon.

3. Satu (1) salinan (yang disahkan) dan asal kad pengenalan ibu / bapa / penjaga.

4. Satu (1) salinan (yang disahkan) dan asal sijil/slip UPKK (MPKAFA) atau sijil fardu ain yang
berkaitan.

5. Alat tulis : pen, kalkulator, pensil 2B & pemadam

Peringatan : Kegagalan membawa slip dan dokumen yang dikehendaki di atas boleh
menyebabkan calon tidak dibenarkan masuk ke sesi ujian / temuduga

D. Sila hadir mengikut tarikh yang ditetapkan. Sebarang perubahan tarikh tidak dibenarkan.
E. Calon diwajibkan berpakaian kemas (uniform sekolah berkasut dan berstokin) ketika hadir
ke pusat ujian.

PROSEDUR OPERASI STANDARD YANG PERLU DIPATUHI.

1. Calon yang telah lengkap menerima vaksin disarankan menjalani Ujian Kendiri
Covid-19 tiga (3) hari sebelum menghadiri ujian / temuduga. Bagi calon yang belum menerima
vaksin lengkap, calon adalah DIWAJIBKAN menjalani Ujian Kendiri Covid-19 tiga (3) hari
sebelum hadir ke pusat ujian. Sila lengkapkan dan serahkan Slip Pengesahan Pelaksanaan
Ujian Kendiri Covid-19 kepada urusetia pendaftaran di pusat ujian.

2. Calon yang sihat / tidak bergejala sahaja dibenarkan masuk & menduduki ujian / temuduga.
Calon yang tidak sihat / bergejala tidak dibenarkan menduduki ujian / temuduga. Pihak pusat
ujian berhak menghalang calon daripada menduduki ujian / temuduga jika didapati calon tidak
mengikut tatacara ditetapkan.

3. Hanya calon sahaja dibenarkan masuk & berada di pusat ujian / temuduga. Ibu bapa atau
penjaga dikehendaki menghantar calon di tempat yang dibenarkan & dikhaskan oleh pihak
sekolah sahaja. Sila patuhi arahan dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah. Pihak sekolah
berhak mengambil tidakan sewajarnya sekiranya arahan dan peraturan tidak dapat dipatuhi.

4. Sila scan Mysejahtera / catat buku pendaftaran kehadiran / tandakan senarai kehadiran
calon di tempat yang telah disediakan. Sila scan suhu badan; suhu melebihi 37.5 darjah tidak
dibenarkan masuk / berada di pusat ujian.

5. Calon diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul sepanjang masa proses ujian /
temuduga berlangsung. Sila patuhi penjarakan fizikal 1 meter sepanjang tempoh ujian /
temuduga sepanjang masa.

6. Pelaksanaan tatacara ini adalah sebagai langkah keselamatan bagi mengekang penularan
wabak Covid-19 khususnya semasa proses ujian / temuduga ini berlangsung. Kerjasama
semua ibu bapa / penjaga amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

No. Tel : 09-6325218 (Unit Hal Ehwal Murid


E-mel : hempendidikan@gmail.com
Facebook : Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu
Telegram Channel : Info Kemasukan Pelajar ke SMANT

“TERENGGANU MENDEPANI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN”

You might also like