You are on page 1of 3

* ARAHAN : Pelajar boleh salin atau cetak (print) dan tampal dalam buku latihan.

2.2) UKURAN DATA

1) Imej digital ialah gambar yang dirakam melalui kamera digital dan disimpan dalam
bentuk pola-pola bit ( 0 dan 1).
2) Imej digital juga boleh dihasilkan melalui pengimbas(scanner) dan disimpan dalam
memori komputer.
3) Audio digital adalah isyarat bunyi yangditukar kepada nombor perduaan dan disimpan
dalam bentuk pola-pola bit.

2.2.1) UNIT UKURAN BAGI IMEJ DIGITAL DAN AUDIO DIGITAL

1) Imej digital mempunyai atribut-atribut seperti :


i) Resolusi
ii) Dimensi
iii) Kedalaman warna
2) Atribut audio digital adalah :
i) Kadar sampel
ii) Kedalaman bit
3) Warna bagi setiap pixel ditentukan oleh pola bit yang terdiri daripada 0 dan 1. Bilangan
bit maklumat yang disimpan bgi setiap piksel dipanggil piksel per bit (bit per pixel).

A. UNIT UKURAN BAGI IMEJ DIGITAL

1) Imej digital diukur melalui saiz dan kualiti seperti “


i) Resolusi
ii) Dimensi
iii) Kedalaman bit warna
2) RESOLUSI
a) Merupakan imej digital yang dipaparkan pada monitor komputer terdiri
daripada bintik-bintik kecil yang dikenali sebagai piksel.
b) Piksel ialah elemen yang terkecil untuk paparan imej pda skrin atau dalam
bentuk cetakan. Satu imej terdiri daripada banyak piksel. Resolusi
memerihalkan ketajaman dan kejelasan sesuatu imej.
c) Resolusi sesuatu imej ialah bilangan piksel yang terdapat pada imej tersebut.
d) Unit ukuran piksel adalah dalam dots per inch(dpi). Jika resolusi 3 dpi, maka

bilangan piksel adalah 9 piksel seinci (3 x 3 = 9 piksel).


3) DIMENSI
a) merujuk kepada ukuran panjang dan lebar imej dalam unit piksel (bilangan
piksel panjang x bilangan piksel lebar).
b) Dimensi juga boleh dinyatakan dalam bentuk jumlah piksel yang membentuk
imej. Misalnya bagi imej (640 x 480) jumlah piksel ialah 307 200 piksel.
c) Jika paparan monitor mempunyai dimensi 1300 piksel x 800 piksel, maka imej
128 piksel x 72 piksel akan diperhatikan dalam Rajah 2.5. imej dengan dimensi
256 piksel x 14 piksel akan diperhatikan seperti rajah 2.6.

4) KEDALAMAN BIT WARNA bermaksud bilangan bit 0 dan 1 yang digunakan untuk
menandakan satu warna yang tertentu dalam sesuatu imej digital. Lebih banyak
bit yang digunakan, maka lebih tinggi kedalaman bit warna,
5) Bagi imej hitam dan putih di wakili oleh bit 0 untuk mewakili putih dan 1 untuk
mewakili hitam. (rujuk buku teks Page 40, bahagian tahukan anda?)
6) Jadual di bawah menunjukkan kedalaman bit warna bagi imej.
Kedalaman Bilangan warna
Pengiraan
bit warna yang boleh diwakili
1 bit 21 = 2 2
2 bit 22= 2 x 2 4
3 bit 23 = 2 x 2 x 2 8
4 bit 24 = 2 x 2 x 2 x 2 16
8 bit 28 = 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 256
2 =2x2x2x2x2x2x2x2x2x2x2x
16
16 bit 65 536
2x2x2x2x2
224 = 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x
24 bit 16 777 216
2x2x2x2x2x2x2x2x2x2x2x2x2

You might also like