You are on page 1of 2

2.1.

3) MENGHASIL DAN MENTERJEMAH MESEJ MENGGUNAKAN KAEDAH SIFER

1) JULIUS CAESER memperkenalkan kaedah sifer pada tahun 100 sebelum masihi (SM) bertujuan untuk
menghantar pesanan kepada pegawainya dengan menggunakan huruf-huruf Roman yang ketiga daripada
huruf asal.
2) KOD MORSE menggunakan TELEGRAF untuk menghantar pesanan semasa peperangan dengan
menggunakan mesin yang dinamakan ENIGMA (mesin yang menggunakan sistem sifer dan kunci yang
sangnat kompleks).
3) Terdapat 3 kaedah sifer(cipher) iaitu :
i) Reverse Cipher
ii) Substitution Cipher
a) Caeser cipher
b) Pigpen cipher
iii) Transposition Cipher

A. REVERSE CIPHER
1) Kaedah sifer yang paling mudah kerana menggunakan kaedah songsangan untuk menyulitkan mesej.
2) Terdapat tiga jenis reverse cipher iaitu :
a) Songsangan berdasarkan abjad (A – Z)
b) Songsangan berdasarkan perkataan
c) Songsangan seluruh mesej
3) Rajah dibawah menunjukkan contoh penyulitan reverse cipher.

SONGSANGAN BERDASARKAN ABJAD ( A – Z )


A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Z Y X W V U T S R Q P O N M L K J I H G F E D C B A

Contoh :

Teks BIasa Teks Sifer


ASAS SAINS KOMPUTER ZHZH HZRMH PLNKFGVI

SONGSANGAN BERDASARKAN PERKATAAN

Contoh :

Teks BIasa Teks Sifer


ASAS SAINS KOMPUTER SASA SNIAS RETUPMOK

SONGSANGAN SELURUH MESEJ

Contoh :

Teks BIasa Teks Sifer


ASAS SAINS KOMPUTER RETUPMOK SNIAS SASA
B. SUBSTITUTION CIPHER

1. Kaedah ini menyulitkan mesej dengan menggantikan satu unit teks biasa dengan satu unit teks lain
(sifer). Satu unit bermaksud satu abjad, pasangan abjad atau kumpulan abjad
2. Terdapat dua jenis substitution cipher iaitu :
a) Caeser cipher
b) Pigpen cipher
3. Monoalphabetic substitution adalah sejenis substitution cipher yang paling mudah
4. Caeser cipher dan pigpen cipher menggunakan kaedah Monoalphabetic kerana menggantikan
setiap abjad teks biasa kepada abjad yang lain.

 CAESER CIPHER
1. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling awal digunakan oleh manusia untuk menyulitkan
mesej.
2. Caeser Cipher juga disebut Shift Cipher (sifer anjakan).
3. Penyulitan teks biasa (plaintext) dilakukan dengan menggantikan setiap abjad dalam teks itu
dengan abjad yang lain dalam susunan abjad.
4. Bilangan anjakan ini dikenali sebagai kunci dan boleh diwakili dengan sebarang simbol.
Contohnya, K = 5 bermaksud anjakan sebanyak lima tempat ke kanan dilakukan pada senarai
abjad.

A B C D E F G H I Abjad dalam teks biasa

V W X Y Z A B C D Abjad dalam teks sifer

5. Maka, abjad “A” dalam teks biasa akan digantikan dengan abjad “V”, abjad “B” digantikan
dengan abjad “W” dan seterusnya. Pengirim mesej akan menentukan nilai “K” yang akan
dijadikan sebagai kunci penyulitan.

 PIGPEN CIPHER
1. Pigpen Cipher dikategorikan sebagai Substitution Cipher geometri yang mudah
2. Setiap abjad digantikan dengan sImbol grafik yang sepadan seperti rajah di bawah.

3. Pigpen Cipher adalah mudah digunakan kerana penyulitan dan nyahsulit dapat dilakukan dengan
mudah jika simbol-simbol grafik diketahui.
4. Garis sepadan yang menghasilkan symbol grafik unik dalam Pigpen Cipher ialah kunci bagi sifer
ini.
5. Dengan mengetahui kunci ini, proses penyulitan dan nyahsulit dapat dilakukan dengan mudah

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

C. TRANSPOSITION CIPHER
1. Transposition cipher

You might also like