You are on page 1of 1

Praktis Formatif 2.

1
1 Jalinan endoplasma kasar mempunyai ribosom yang melekat padanya
manakala jalinan endoplasma licin tiada ribosom.

2 Mikroskop cahaya lazimnya memberi pembesaran 1000x. Sebaliknya,


mikroskop elektron bolehmembesarkan sel sebanyak 2000000x. Tanpa
mikroskop elektron, struktur sel tidak dapat dilihat dengan jelas kerana
mikroskop cahaya hanya dapat memerhati komponen sel tertentu seperti
membran sel, dinding sel, nukleus, sitoplasma dan kloroplas sahaja.

3 Sel bawang kerana bebawang hidup dalam tanah. Pokok bawang mendapat
makanan daripada organ simpanannya iaitu bebawang.

4 Persamaan:
Kedua-dua sel mempunyai nukleus, sitoplasma, membran plasma, jasad Golgi,
mitokondrion, jalinan endoplasma dan ribosom.
Perbezaan:
• Sel tumbuhan mempunyai bentuk sel tetap manakala sel haiwan tidak
mempunyai bentuk sel tetap.
• Sel tumbuhan mempunyai dinding sel manakala sel haiwan tidak mempunyai
dinding sel.
• Sel tumbuhan mempunyai kloroplas manakala sel haiwan tidak mempunyai
kloroplas.
• Sel tumbuhan mempunyai vakuol bersaiz besar manakala sel haiwan tidak
mempunyai vakuol (sekiranya ada, saiznya kecil).
• Sel tumbuhan tidak mempunyai sentriol manakala sel haiwan mempunyai
sentriol.

You might also like