You are on page 1of 24

MODUL JSS TINGKATAN 3

@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar


SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

2.1 Sistem Respirasi

Sistem respirasi manusia  Sistem respirasi berfungsi membekalkan OKSIGEN dan


mengeluarkan KARBON DIOKSIDA daripada sel badan

Struktur sistem respirasi  Terdiri daripada : Rongga hidung, trakea, bronkus,


peparu, sangkar rusuk, diafragma dan otot interkostal.

Struktur sistem respirasi manusia Struktur peparu manusia

 Fungsi Struktur Sistem Respirasi

Struktur Fungsi
Rongga nasal Memanaskan, melembapkan dan menapis udara yang masuk melalui
lubang hidung sebelum ia sampai ke peparu

Trakea Membenarkan laluan udara ke

peparu Tulang rusuk Melindungi peparu


Otot interkosta Menaik dan menurunkan tulang rusuk semasa pernafasan
Diafragma Mengubah tekanan udara dalam rongga toraks dengan menambah atau
mengurangkan isipadu toraks
Alveolus Tempat pertukaran gas-gas
( oksigen dan karbon dioksida )
Kapilari darah Membawa darah beroksigen dari alveolus dan darah terdeoksigen ke alveolus

 Mekanisme Pernafasan

Lubang hidung Rongga hidung Farinks Larinks

Trakea Bronkus Bronkiol Alveolus

1
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

Latihan 1

1. Labelkan struktur pernafasan bagi manusia menggunakan perkataan di bawah ini .

Bronkiol kapilari darah hidung alveolus mulut bronkus diafragma


2. Lengkapkan jadual di bawah.

Struktur Fungsi 8 Rongga


Melindungi peparu
1 Membenarkan laluan udara ke peparu
7 Rongga
Memanaskan, melembapkan dan menapis udara yang
masuk melalui lubang hidung sebelum ia sampai ke
2 peparu 6
Tempat pertukaran gas-gas
(oksigen dan karbon dioksida)
Mengubah tekanan udara dalam rongga 5 toraks dengan
3 menambah atau mengurangkan isipadu toraks
Menaik dan menurunkan tulang rusuk semasa
pernafasan
4

3. Nyatakan fungsi bagi struktur respirasi manusia

Struktur Fungsi

Rongga nasal

Trakea

Tulang rusuk

Otot interkosta

Diafragma

Alveolus

Kapilari darah

2
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

Contoh Soalan PT3 [2016]

1. (a) Rajah 2.1 menunjukkan struktur peparu manusia. Tandakan ( √ ) bagi label yang betul.

[2 markah]

2. Rajah 2.1 menunjukkan sebahagian daripada system respirasi manusia.

Labelkan X dan Y pada Rajah 2.1 menggunakan perkataan yang diberi di bawah.

[2 markah]
Alveolus Sangkar Pepar
3. (a) Rajah di bawah menunjukkan bahagian badan manusia.
Alveolus rusuk u

3
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

(i) Pada rajah di atas :

Tandakan (√ ) pada jawapan yang betul untuk menunjukkan organ yang terlibat
dalam perubahan tekanan udara dalam rongga toraks.
[2 markah]
(i) Tandakan (√ ) bagi fungsi bahagian yang berlabel P.

Mengangkut udara ke alveolus

Mengangkut udara ke brokus

[1 markah]

(ii) Tandakan (√ ) bagi fungsi bahagian yang berlabel Q.

Menyingkirkan karbon dioksida dari darah

Tempat berlakunya pertukaran gas

[1 markah]

4. Rajah di bawah menunjukkan sistem respirasi manusia.

(a) (i) Namakan W.


……………………………………………………………………………………………………………………..
(1 markah)

(ii) Nyatakan satu ciri spesifik W. Seterusnya, nyatakan kepentingan struktur yang
dinamakan.
…………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………….

(2 markah)

4
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

 Proses Menarik Nafas (Menyedut udara)

Perkara- perkara yang berlaku semasa menarik


nafas :
(a) Otot interkosta luar mengecut, otot
interkosta dalam mengendur.
(b) Sangkar rusuk naik ke atas dan dada
bergerak ke depan
(c) Otot diafragma mengecut dan bergerak ke
bawah dan menjadi rata.
(d) Rongga toraks membesar
(e) Tekanan udara di dalam rongga toraks
berkurang
(f) Udara dari luar akan dipaksa masuk ke
dalam peparu.

 Proses Menghembus Nafas (Menghembus udara)

Perkara- perkara yang berlaku semasa


menghembus nafas :
(a) Otot interkosta luar mengendur, otot
interkosta dalam mengecut.
(b) Sangkar rusuk turun ke bawah dan dada
bergerak ke dalam
(c) Otot diafragma mengendur dan
melengkung ke atas
(d) Rongga toraks mengecil
(e) Tekanan udara di dalam rongga toraks
meningkat.
(f) Udara dipaksa keluar dari peparu.

Perbezaan Kandungan Gas dalam Udara Sedutan dan Udara Hembusan

Udara sedutan  Udara yang disedut ke dalam peparu

Udara hembusan  Udara yang dihembus keluar dari peparu

 Komposisi udara sedutan dan udara hembusan

Kandungan Udara sedutan Udara hembusan


Oksigen 21% 16%
Karbon dioksida 0.04% 4%
Nitrogen 79& 79%
Wap air Berubah-ubah Tepu
Suhu Berubah-ubah 34%

 Kandungan oksigen lebih tinggi dalam udara sedutan berbanding dengan udara hembusan.
 Kandungan karbon dioksida pula lebih tinggi dalam udara hembusan berbanding dengan udara
sedutan.

5
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

Latihan 2

1. Lengkapkan carta alir di bawah yang memerihalkan laluan udara semasa menarik nafas.

Lubang hidung Rongga hidung Farinks Larinks

(a) (b) (c) Alveolus

2. Rajah menunjukkan organ-organ di dalam toraks.

Padankan P, Q, R dan S dengan pernyataan di dalam kotak yang disediakan.

(a) Bergerak ke bawah semasa kita menarik nafas

(b) Bergerak ke bawah semasa kita menghembus nafas.

(c) Permukaan yang luas untuk pertukaran gas.

(d) Mengecut untuk menggerakkan sangkar rusuk ke atas.

3. Terangkan perubahan tekanan udara di dalam rongga toraks semasa proses menarik dan
menghembus nafas.
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

4. Nyatakan perbezaan antara komposisi udara sedutan dan udara hembusan.


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

5. Tandakan (√) bagi proses yang berlaku semasa menarik nafas

(a) Sangkar rusuk bergerak ke atas dan ke


luar
(b) Otot interkosta luar mengendur dan otot
interkosta dalam mengecut
(c) Diafragma mengecut dan mendatar ke
bawah
(d) Isipadu rongga toraks berkurang

(e) Tekanan udara di dalam rongga toraks


berkurang

6
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

6. Bagi setiap pernyataan berikut, namakan struktur dalam sistem peparu yang berkaitan.

(a) Tempat pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida ………………………………….


(b) Menyalurkan udara atmosfera ke dalam peparu ………………………………….
(c) Kepingan otot yang melapisi bahagian bawah rongga toraks. ………………………………….

7. Rajah menunjukkan sebuah model ringkas yang digunakan untuk menunjukkan mekanisme
pernafasan

(a) Nyatakan bahagian sistem respirasi manusia yang diwakili oleh bahagian berikut :
(i) Balang kaca : …………………………………………………………………………….
(ii) Kepingan getah nipis : ………………………………………………………................
(iii) Tiub kaca berbentuk Y : …………………………………………………………………
(iv) Belon : ……………………………………………………………………………………….

(b) Mengapakah kepingan getah nipis dan bukan getah tebal digunakan dalam model di atas?
………………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………………….

(c) Nyatakan proses dalam pernafasan yang ditunjukkan oleh tindakan terhadap kepingan getah
nipis yang berikut:
i. Kepingan getah nipis ditarik ke bawah : ………………………………………………
ii. Kepingan getah nipis ditolak ke atas : …………………………………………………

(d) Mengapakah balang kaca gagal berfungsi seperti sangkar rusuk dalam mekanisme
pernafasan yang menggunakan model di atas?
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………

7
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

Contoh Soalan PT3 (2016)

1. Rajah 2.2 menunjukkan mekanisme pernafasan semasa menghembus nafas.

Bulatkan mana-mana dua pernyataan yang betul, P, Q, R atau S tentang mekanisme


tersebut.

P Sangkar rusuk bergerak ke bawah dan ke dalam.

Q Diafragma mengecut dan mendatar.

R Tekanan udara dalam peparu meningkat.

S Isi padu rongga toraks bertambah.

[2 markah]

2. Rajah 2.2 menunjukkan mekanisme pernafasan semasa menarik nafas.

Tandakan ( √) bagi pernyataan yang betul tentang mkanisme tersebut.

(i) Udara masuk ke dalam peparu apabila diafragma bergerak ke bawah.

(ii) Ketika tarik nafas, sangkar rusuk bergerak kebawah.

(iii) Tekanan udara dalam peparu meningkat.

(iv) Isi padu rongga toraks bertambah.

[2 markah]

8
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

3. Rajah di bawah menunjukkan mekanisme pernafasan manusia.

(a) Tandakan (√ ) bagi pernyataan yang benar tentang P dan Q.

Rongga toraks P mengecil

Tulang rusuk P dinaikkan

Rongga toraks Q membesar

Tulang rusuk Q diturunkan

[2 markah]

4. Rajah menunjukkan padangan sisi sistem respirasi manusia ketika pernafasan.

Lengkapkan jadual berikut untuk menerangkan perubahan terhadap diafragma, sangkar rusuk
dan rongga toraks pada mekanisme F dan mekanisme G.

Struktur Mekanisma F Mekanisma G

(i) Diafragma

(ii) Sangkar rusuk

(iii) Rongga toraks

(3 markah)

9
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

5. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan komponen udara dalam dua situasi.

Situasi Bas dengan penumpang Bas tanpa penumpang

Nitrogen
78 % 78 %
Oksigen
16 % 21 %
Karbon dioksida
4% 0.03 %
Gas Nadir
1% 1 %

(a) Mengapakah terdapat perbezaan peratus komponen udara dalam kedua-dua situasi?
…………………………………………………………………………………………………….…………………
………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………….
[2 markah]
6. Respirasi dalam manusia merupakan suatu proses yang melibatkan penyedutan dan
penghembusan udara melalui peparu.
Rajah 7.1 menunjukkan komposisi udara yang dihembus oleh seorang budak lelaki yang sihat.

(a)(i) Carta pie menunjukkan 16 % P dihembus semasa penghembusan. Apakah P?


…………………………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(ii) Adakah kandungan wap air dalam udara hembusan berubah-ubah atau tepu?
…………………………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(iii) Alveolus dan kapilari darah merupakan struktur yang penting untuk pertukaran gas
dalam proses respirasi. Terangkan proses pertukaran gas di dalam alveolus.
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………….
[3 markah]

1
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

7. Pernafasan ialah proses di mana udara disedut dan dihembus daripada badan manusia.
Rajah di bawah menunjukkan dua carta pai yang menunjukkan komposisi udara di dalam
udara sedutan dan udara hembusan nafas.

(a)(i) Carta pai yang manakah mewakili …..

Udara sedutan : …………………………………………….

Udara hembusan : ……………………………………………..

[2 markah]

(ii) Adakah terdapat sebarang perbezaan dalam jumlah bagi nitrogen semasa tarikan dan
hembusan nafas? Terangkan jawapan anda.
……………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………
[2 markah]

(b) Pernafasan melibatkan proses penarikan dan penghembusan nafas yang berselang- seli.
Nyatakan dua organ yang memainkan peranan penting dalam mekanisme
pernafasan.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………........................................................................................................................................................
[2 markah]

1
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

2.2 Pergerakan dan Pertukaran Gas di dalam Badan Manusia

Udara sedutan  Udara yang disedut ke dalam peparu

Udara hembusan  Udara yang dihembus keluar dari peparu

 Pergerakan gas dalam badan manusia

1. Pergerakan oksigen dari alveolus ke dalam


kapilari darah adalah melalui proses
resapan.
2. Semasa menarik nafas, kepekatan oksigen
dalam udara yang disedut adalah lebih
tinggi berbanding dengan kepekatan
oksigen dalam darah yang mengalir ke
peparu.
3. Perbezaan kepekatan ini akan
menyebabkan resapan
berlaku.
4. Oksigen akan meresap masuk daripada
alveolus ke dalam kapilari darah.
5. Oksigen yang meresap masuk akan
bergabung dengan hemoglobin dalam
sel darah merah untuk membentuk
oksihemoglobin.

6.Darah yang berkepekatan oksigen tinggi


akan mengalir dari peparu ke jantung dan
dipam ke bahagian lain dalam badan.

7.Apabila sampai di sel badan, oksihemoglobin


akan terurai dan membebaskan oksigen.

8.Oksigen akan meresap ke dalam sel kerana


kepekatan oksigen dalam sel adalah rendah.

9. Di dalam sel badan, berlaku proses repirasi


sel ( oksigen mengoksidakan molekul glukosa
kepada karbon dioksida, air dan tenaga)

10. Karbon dioksida yang dibebaskan oleh sel


meresap masuk ke dalam kapilari darah dan
diangkut ke alveolus untuk disingkirkan.
 Adaptasi struktur alveolus

Pertukaran gas di alveolus adalah sangat cepat


dan cekap disebabkan oleh :
(a) Dinding alveolus dan dinding kapilari darah
hanya setebal satu sel.
(b) Dinding alveolus adalah sentiasa lembap.
(c) Alveolus dikelilingi oleh banyak kapilari
darah.
(d) Alveolus mempunyai luas permukaan yang
besar.

1
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

Latihan 3

1. Rajah menunjukan proses pertukaran gas di alveolus.

P Q
(a) Berdasarkan rajah, tentukan sama ada kepekatan oksigen Tinggi atau Rendah pada
kedudukan berikut. [ 3 marks ]

i) P : ..............................................................
ii) Q : .............................................................
iii) R : ............................................................

(b) Pergerakan gas dari alveolus ke dalam kapilari darah dikenali sebagai proses …………………
(1 markah)

(c) Nyatakan empat adaptasi struktur alveolus untuk pertukaran gas yang cekap.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(4 markah)

2. Rajah menunjukkan proses pertukaran gas yang berlaku di alveolus.

(a) Apakah ciri-ciri penyesuaian alveolus untuk proses pertukaran gas yang cekap?
………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………….
(2 markah)
(b) Jelaskan apa yang berlaku kepada oksigen di dalam alveolus.
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………..
(2 markah)
(c) Sel B berfungsi sebagai pengangkutan untuk oksigen. Berikan dua ciri penyesuaian sel B
untuk menjalankan fungsinya dengan cekap.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
(d) Terangkan bagaimana sel B mengangkut oksigen dalam kapilari darah.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

1
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

3. Rajah menunjukkan proses pertukaran gas yang berlaku di sel badan.

(a) Oksigen diangkut dari peparu ke sel badan untuk digunakan. Namakan proses yang berlaku
dalam sel badan yang menggunakan oksigen
………………………………………………………………………………………………..
( 1 markah)

(b) Berikan hasil bagi proses yang anda nyatakan di (a).


…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

Contoh Soalan PT3

1. Rajah di bawah menunjukkan pertukaran gas-gas yang berlaku antara alveolus dengan
kapilari darah.

(a) Kenal pasti gas-gas yang dilabel


P : …………………………………………………………………………………………..
Q : ………………………………………………………………………………………….
[2 markah]
(b) Mengapakah gas Q bergerak dalam arah yang demikian ?
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
(1 markah)

2. Rajah 6.1 di bawah menunjukkan model peparu untuk mengkaji mekanisme pernafasan manusia.

(a) Dengan menggunakan model itu, terangkan proses penarikan nafas


…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

1
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

(b) Rajah di bawah menunjukkan model peparu dan sistem pernafasan manusia.
Pada Rajah 6.2, lukiskan garisan untuk memadankan bahagian model itu dengan bahagian
pada sistem pernafasan manusia. (2 markah)

(c) Rajah 6.3 menunjukkan struktur alveolus dan kapilari darah.

Terangkan proses pengangkutan gas oksigen ke sel badan bermula daripada alveolus.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(3 markah)

(d) Merokok membahayakan kesihatan manusia. Nyatakan satu sebab.


…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(1 markah)

1
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

2.3 Kesihatan Sistem Respirasi Manusia

Bahan yang memudaratkan system  Tar rokok


respirasi manusia  Karbon monoksida
 Sulphur dioksida
 Nitrogen dioksida
 Jerebu, debu dan debunga

Kesan Bahan Cemar kepada Sistem Respirasi

Bahan cemar Kesan


1. Sulfur dioksida Merosakkan tisu peparu kerana ia berasid
2. Nitrogen oksida Menghakis dinding alveolus
3. Tar rokok Membunuh sel di dalam laluan pernafasan
4. Karsinogen Menyebabkan kanser peparu
5. Karbon monoksida Mengurangkan jumlah oksigen dalam darah
6. Jerebu Kesukaran untuk bernafas

1
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

Latihan 4

1. Nyatakan tiga bahan dalam udara yang memudaratkan sistem respirasi.


……………………………………………………………………………………………………………………………..

2. Namakan satu penyakit yang berkaitan dengan sistem respirasi. Nyatakan punca dan gejala yang
dapat dikesan pada pesakit itu?
………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………..

3. Siapakah “perokok pasif?


……………………………………………………………………………………………………………………………..

4. Lengkapkan teka silang kata berikut

5. Melintangsatu simptom bagi setiap penyakit respiratori yang


Nyatakan Menegak
berikut :
1.
(a) Sejenis penyakit keradangan pada peparu 5. Sejenis bahan yang terdapat pada rokok
Emfisema : …………………………………………………………………………………………………………
2. Alahan
(b) kepada
Kanser habuk,debu,
peparu debunga 6. Individu yang tidak merokok tetapi
: ………………………………………………………………………………………………….
(c) dan bulu haiwan merupakan
Bronkitis : antara menyedut asap rokok dikenali
…………………………………………………………………………………………………………..
(d) simptom
Asma : …………………………………………………………………………………………………………….
penyakit ini. sebagai perokok .
3. Punca kebanyakan penyakit respirasi 7. Kesan bahan karsinogen terhadap peparu.
4. Pesakit yang mengalami 8. Sejenis bahan dalam rokok
peparu mengembang. yang menyebabkan
ketagihan.

1
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

2.4 Adaptasi dalam Sistem Respirasi

Tiga ciri struktur respirasi pada  Permukaan yang lembap


kebanyakan organisma  Struktur yang nipis , setebal satu sel.
- Untuk memastikan  Luas permukaan yang besar.
pertukaran gas berlaku
dengan cekap
Struktur respirasi yang beradaptasi  Kulit luar lembap
dalam persekitaran berbeza  Insang
 Trakea

A. Kulit luar lembap  Amfibia seperti katak mempunyai dua organ respirasi
iaitu peparu dan kulit lembap.
 Semasa berada di darat, katak menggunakan peparu
untuk bernafas.
 Semasa berada di dalam air, katak menggunakan kulit
lembap untuk bernafas.
 Penyesuaian struktur kulit:
(a) Nipis, sangat telap pada gas
- Supaya gas dapat meresap dengan cepat.
(b) Sentiasa lembap
- (diselaputi lapisan mukus) yang melarutkan
gas respirasi.
(c) Terdapat banyak jaringan kapilari darah
- Untuk mengangkut gas respirasi ke sel badan
dengan cepat

B. Insang  Insang ialah struktur respirasi ikan untuk pertukaran gas


di dalam air.
 Mempunyai empat pasang insang yang dilindungi oleh
operkulum.
 Insang terdiri daripada dua barisan filamen dan
mempunyai banyak unjuran nipis dan pipih, lamella.
 Kepentingan filament dan lamella
– meningkatkan luas sistem respirasi untuk
meningkatkan kecekapan pertukaran gas.

 Struktur penyesuaian insang :


(a) Membran yang nipis
- Membolehkan penyerapan gas ke dalam
saluran darah berlaku dengan cepat.
(b) Kapilari darah yang banyak
- Untuk mempercepatkan pertukaran
dan pengangkutan gas respirasi.
(c) Dikelilingi oleh air
- Membolehkan gas respirasi dapat diserap
(d) Luas permukaan yang besar

 Semasa bernafas, air akan masuk melalui mulut ikan.


 Salur darah pada filament insang akan menyerap
oksigen yang terlarut dalam air dan menyingkirkan
karbon dioksida melalui operkulum.

1
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

C. Trakea  Sistem respirasi serangga ialah sistem trakea yang terdiri


daripada tiub udara (trakea)
 Udara akan masuk dan keluar dari trakea melalui liang
pernafasan (spirakel).
 Spirakel mempunyai injap yang membolehkan udara
keluar dan masuk ke dalam badan
 Dinding trakea dilindungi oleh gelang kitin supaya
trakea tidak menjadi kempis dan ranap akibat tekanan
udara.
 Setiap trakea berakhir dengan trakeol.
 Ciri-ciri trakeol untuk meningkatkan kecekapan
pertukaran gas :
(a) Dinding yang nipis dan lembap
(b) Bilangan trakeol yang banyak – hasilkan luas
permukaan yang besar untuk memudahkan
pertukaran gas melalui resapan terus ke sel.
 Sistem serangga untuk serangga yang besar
mengandungi kantung udara . Contoh :
belalang

Latihan 5

1. Nyatakan struktur respirasi haiwan-haiwan di bawah yang beradaptasi dalam persekitaran yang
berbeza.
(a) Katak : ………………………………………………………………………………..
(b) Ikan : ……………………………………………………………………………….
(c) Belalang : ………………………………………………………………………………..
(3 markah)

2. Nyatakan tiga ciri penyesuian struktur kulit pada haiwan amfibia untuk meningkatkan kecekapan
sistem respirasi.
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
(3 markah)

3. Nyatakan kepentingan struktur filamen dan lamella seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

4. Nyatakan perbezaan sistem respirasi antara manusia dengan serangga.


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
(2markah)

5. Serangga mempunyai liang halus di bahagian sisi badannya. Namakan liang tersebut dan
nyatakan fungsinya.
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

1
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

2.5 Pertukaran Gas dalam Tumbuhan


 Mekanisme Pertukaran gas dalam Tumbuhan
Tempat berlakunya proses pertukaran  Daun
gas dalam tumbuhan dengan  Batang
persekitaran  Akar

Stoma  Fungsi utama: Membenarkan gas meresap masuk dan


keluar daripada daun.
 Stoma lebih banyak terdapat di permukaan
bawah daun daripada permukaan atas.
 Setiap stoma dikelilingi oleh sepasang sel benbentuk
kacang yang dipanggil sel pengawal.
 Sel pengawal berfungsi megawal pembukaan
dan penutupan liang stoma.

Struktur stoma

Pembukaan dan penutupan liang  Liang stoma tumbuhan terbuka untuk menjalankan
stoma proses fotosintesis apabila terdapat cahaya.
 Liang stoma tertutup apabila keadaan menjadi gelap
kerana air keluar daripada sel pengawal melalui osmosis
atau semasa tumbuhan kehilangan air yang banyak
pada hari panas.

Pertukaran gas di daun semasa fotosintesis


 Peresapan karbon dioksida berlaku melalui stoma mengikut perbezaan kepekatan karbon
dioksida di dalam sel dengan ruang udara antara sel.
 Resapan ialah proses pergerakan zarah dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang
berkepekatan rendah.

3..Karbon dioksida 4. Karbon dioksida yang


yang dihasilkan berlebihan meresap ke dalam
semasa respirasi pada ruang udara di antara sel.
siang hari digunakan
untuk fotosintesis
5.. Kepekatan karbon dioksida
2..Oksigen melarut dalam ruang udara di antara sel
dalam lapisan lembap menjadi lebih tinggi berbanding
dan meresap ke dengan kepekatan karbon
dalam sel untuk proses dioksida dalam udara di
respirasi atmosfera

6..Perbezaan kepekatan ini


1. menyebabkan karbon dioksida
Oksigen dari atmosfera
meresap keluar melalui liang
meresap masuk melalui stoma stoma ke atmosfera.
ke dalam ruang udara di
antara sel

2
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

Latihan 6

1. Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada struktur daun.

Rajah 1

(a) Namakan bahagian berlabel A dan B?


A : ……………………………………………………………….
B : ……………………………………………………………….
(2 markah)
(b) Di manakah struktur A dan B boleh didapati?
…………………………………………………………………………………………………………………………
(1 markah)

(c) Apakah fungsi bahagian berlabel A?


…………………………………………………………………………………………………………………………
(1 markah)

(d) Bagaimanakah bahagian berlabel B berfungsi untuk pertukaran gas dalam tumbuhan?
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
2. Rajah 2 menunjukkan tumbuhan bakau

Rajah 2

(a) Namakan tiga bahagian dalam tumbuhan bakau yang melakukan pertukaran gas
…………………………………………………………………………………………………………………………
(3 markah)

3. Rajah 3 menunjukkan struktur stoma bagi tumbuhan

Rajah 3

(a) Adakah liang stoma terbuka atau tertutup pada waktu siang? Terangkan.
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

2
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

(b) Adakah liang stoma terbuka atau tertutup pada waktu malam? Terangkan.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………..
(2 markah)

(c) Mengapakah liang stoma tertutup pada hari panas?


…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

4. Farid melakukan satu eksperimen untuk memerhatikan struktur stoma. Dia mengambil sampel
daun pada pukul 3.00 petang. Dia memerhatikan slaid yang disediakannya di bawah mikroskop.
Luliskan struktur stoma yang mungkin diperhatikan oleh Farid. Wajarkan.

Wajaran : …………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

5. Rajah 4 menunjukkan struktur yang terdapat pada epidermis daun.

Rajah 4

(a) Namakan struktur X dan Y dalam Rajah 4 di atas


(i) X : ……………………………………………………….
(ii) Y : ………………………………………………………..
(2 markah)
(b) Namakan contoh situasi P dan Q.
Situasi P : ……………………………………………………..
Situasi Q : ……………………………………………………..
(2 markah)
(c) (i) Apakah yang menyebabkan liang stoma terbuka pada situasi P?
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

(ii) Apakah yang menyebabkan liang stoma tertutup pada situasi Q


……………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………
(2 marka

2
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

Proses Osmosis Mempengaruhi Liang Stoma


Konsep Osmosis  Osmosis ialah pergerakan MOLEKUL AIR dari kawasan
berkepekatan molekul air yang TINGGI (larutan
berkepekatan zat terlarut yang rendah) ke kawasan
berkepekatan molekul air yang RENDAH (larutan
berkepekatan zat terlarut yang tinggi) merentas
membran separa telap.
 Sifat membran separa telap :
- Telap kepada air
- Tidak telap kepada sesetengah zat terlarut seperti
molekul sukrosa

Proses osmosis di dalam sel pengawal  Apabila terdapat cahaya,


dan kesannya pada liang stoma - Sel pengawal menjalankan fotosintesis
untuk menghasilkan glukosa.
- Kepekatan glukosa di dalam sel pengawal
meningkat.
- Ini menyebabkan air meresap masuk ke dalam sel
pengawal secara osmosis.
- Sel pengawal menjadi segah dan membengkok.
- Liang stoma akan terbuka.
 Pada waktu malam atau hari panas,
- Air meresap keluar dari sel pengawal secara
osmosis.
- Sel pengawal menjadi flasid dan lurus.
- Liang stoma akan tertutup.

2
MODUL JSS TINGKATAN 3
@Cikgu Abby Abiana Bt Ja’afar
SMK.Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka

Kepentingan Persekitaran Tidak Tercemar Untuk Kemandirian Tumbuhan

Kesan pencemaran ke atas tumbuhan Langkah pencegahan

Pencemaran udara Penguatkuasaan undang-undang melalui


- Menyebabkan kekurangan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
karbon dioksida dalam udara dan
menjejaskan fotosintesis tumbuhan
Hujan asid Kilang – kilang diwajibkan memasang alat
- Menyebabkan tanah berasid dan penapis asap
menghalang penyerapan
nutrient dalam tumbuhan
Jerebu Melarang aktiviti pembakaran secara terbuka
- Menyebabkan kurang cahaya yang menyebabkan jerebu.
matahari sampai ke pemukaan Bumi
dan menjejaskan fotosintesis
tumbuhan
Asap Menyelenggara kenderaan secara berkala
- Boleh menyumbatkan liang stoma untuk mengurangkan pelepasan asap dari
dan menghalang pertukaran gas kenderaan
pada daun tumbuhan menyebabkan
proses transpirasi dan fotosintesis
tumbuhan terjejas

Latihan 7

1. Pencemaran udara akibat jerebu boleh menjejaskan system respirasi kita dan tumbesaran
tumbuhan. Sebagai warganegara yang prihatin, nyatakan langkah-langkah yang boleh
anda lakukan untuk mencegah fenomena ini.
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………..
(2 markah)

2. Pembakaran terbuka menghasilkan zarah-zarah debu dan habuk yang berterbangan di


udara. Zarah-zarah ini akan melekap pada permukaan daun. Nyatakan kesannya kepada
tumbuhan.
………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………..
(2 markah)

You might also like