You are on page 1of 14

RANCANGAN PERNIAGAAN

KHESHNI BAMBOO BIRIYANI

18, JALAN KENARI, BANDAR PUCHONG JAYA, 47100


PUCHONG,SELANGOR.

NAMA CALON ARHIVINI A/P GUNENTIRAN


NO KAD PENGENALAN 030502-14-1100
ANGKA GILIRAN BH001A110

SENERAI KANDUNGAN
ELEMEN MUKA SURAT

1.0-Ringkasan Eksekutif

2.0-Pengenalan

3.0-Latar Belakang Perniagaan

4.0-Latar Belakang Pemilik

5.0-Rancangan Pentadbiran

6.0-Rancangan Operasi

7.0-Rancangan Pemasaran

8.0-Rancangan Kewangan

9.0-Penutup

10.0-Lampiran

1.0-Ringkasan Eksekutif
Kheshni Bamboo Biriyani merupakan sebuah perniagaan trak makanan yang
berstatus milikan tunggal yang terdiri daripada seorang dengan modal permulaan
sebanyak RM 140,000.Aktiviti perniagaan yang dijalankan untuk menjual Bamboo
biriyani seperti Bamboo biriyani Ayam , Bamboo Biriyani Kambing , Bamboo Biriyani
Ikan , Bamboo Biriyani Sayuran , Bamboo Biriyani Udang , Bamboo Biriyani Telur ,
Bamboo Biriyani Ketam dan Bamboo Biriyani Ayam Belanda.Perniagaan Kheshni
Bamboo Biriyani bermula dengan modal sebanyak RM 100,000 dan baki sebanyak RM
40,000 adalah dari Institusi Kewangan Majlis Amanah Negara (MARA) melalui Skim
Pembiayaan Tekun Niaga.

Berikut adalah Penetapan Visi,Misi dan Objektif bagi Kheshni Bamboo Biriyani:-

Visi -Menjadi peneraju utama pemakanan Negara kea rah pembangunan


generasi yang sihat.
-Menjadi pengusaha trak makanan yang mempunyai jenama
unggul,dipercayai dan terkenal di Seluruh Malaysia.
-Menjadi di antara trak makanan yang terbaik di Malaysia.
Misi -Menguasai pasaran dengan menjana jualan dan keuntungan yang
berkembang melalui perancangan objektif dan strategi perniagaan yang
cekap dan berkesan.
-Membangun dan melaksanakan program pemakanan yang berkesan
kepada individu,kumpulan dan masyarakat.
-Menginterasikan pemakanan ke dalam dasar dan program pembangun
Negara.
-Mempertingkatkan kerjasama antara agensi dalam melaksanakan aktiviti
pemakanan.
Objektif -Menilai dan memantau taraf pemakan masyarakat.
-Mempromosi amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat.
-Menegah dan mengawal masalah berkaitan dengan kekurangan dan
berlebihan pengambil zon makanan.
-Menyediakan kumpulan pengurusan dan sokongan yang komited,cekap
dan berdisiplin untuk memastikan operasi perniagaan dapat berjalan
dengan lancar.
-Meluaskan pasaran produk Kheshni Bamboo Biriyani ke seluruh
semenanjung dan menembusi pasaran sabah dan Sarawak.
-Meluaskan pasaran dengan menyertai tapak-tapak perniagaan trak
makanan di pelbagai ekspo makanan yang dianjurkan di Seluruh Malaysia.
Selain itu,Rancangan Pentadbiran Kheshni Bamboo Biriyani terdiri daripada
pengurus yang bertindak untuk mengawal dan mengenal pasti dasar dan misi
organisasi perniagaan.Di bawah ,pengurus terdapat tiga pekerja operasi iaitu pembuat
Bamboo Biriyani ,mengambil pesanan dari pelanggan dan Juruwang.Kami memasarkan
jualan akan meningkat sebanyak 5% manakala keuntungan berdasarkan jualan adalah
sebanyak 5% setiap bulan.
Di Samping itu,Kheshni Bamboo Biriyani telah menggunakan strategi pemasaran
yang terdiri daripada sasaran pasaran dan campuran pasaran.Analisis SWOT yang
digunakan untuk menilai dan menganalisis kekuatan,kelemahan yang dipengaruhi oleh
factor dalaman perniagaan dan peluang serta ancaman yang dipengaruhi oleh faktor
luaran perniagaan seperti faktor ekonomi,politik,sosiobudaya,teknologi,ekologi dan
undang-undang.
Seterusnya,Rancangan Operasi Kheshni Bamboo Biriyani telah menyediakan carta
aliran operasi,keperluan bahan mentah,senerai mesin dan peralatan,susun atur ruang
operasi,perbelanjaan operasi perniagaan dan pembahagian tugas pekerja di bahagian
operasi.
Manakala,dari sudut Rancangan Kewangan,prestasi perniagaan berada dalam
keadaan baik kerana perniagaan dijangka akan menikmati keuntungan.Dari sudut
prosedur mengurus aset,perniagaan akan mengambil insurans kebakaran untuk
melindungi trak makanan daripada risiko kebakaran.Insurans kecurian perlu diambil
untuk melindungi kehilangan atau kerosakan stok akibat daripada kecurian atau
rompakan.Mesin dan peralatan akan sentiasa diselenggara secara berkala bagi
memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar.
Akhir Sekali,tujuan rancangan perniagaan ini adalah untuk pembelian aset tetap
seperti dapur,peralatan membuat Bamboo Biriyani dan modal pusingan bagi memenuhi
sasaran jualan yang telah ditetapkan Kheshni Bamboo Biriyani memandang jauh
potensi bidang usaha ini dalam menyediakan makanan yang berkualiti,selamat dan
mampu memenuhi permintaan pelanggan.Dalam perancangan jangka panjang
perniagaan ini merancang untuk mencapai perkembangan dan kemajuan dalam bidang
perniagaan berasaskan makanan.
2.0-Pengenalan

Kheshni Bamboo Biriyani merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal


berasaskan makanan yang beralamat di Lot 379 Kampung Bunga Melor Puchong Batu
14,47100 Selangor,Darul Ehsan.Trak makanan ini menjalankan perniagaan menjual
Bamboo Biriyani serta menjalankan perkhidmatan melalui Instagram, Whatsapp,
Facebook,E-Commerce,Televisyen dan poster menggunakan nama Kheshni Bamboo
Biriyani.Ia beroperasi 19a,Jalan Kenari 9,Bandar Puchong Jaya,47100 Puchong,
Selangor.Kheshni Bamboo Biriyani menjual Bamboo Biriyani sempena Hari
Perkahwinan,Hari Jadi,Karnival,Ulang Tahun Perkahwinan dan mengikut permintaan
pelanggan.
Kheshni Bamboo Biriyani dimiliki oleh Arhivini A/P Gunentiran dan telah berdaftar
dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan No.Pendaftaran 202003531-H.Kheshni
Bamboo Biriyani telah mendaftar pada 1 Mac 2020.Saya akan membantu seorang
tenaga pekerja sebagai pembuat Bamboo Biriyani.
Untuk tempoh satu tahun akan dating,saya menjangkakan perniagaan trak makanan
ini akan menjadi satu trend baru kepada masyarakat Malaysia kerana lokasinya mudah
dikunjungi,harga makanan yang berpatutan standing dengan kualiti masakan yang kami
sediakan.Saya juga memasarkan dalam tempoh satu tahun.Saya mempunyai 5 trak
makanan yang akan ditempatkan di 5 lokasi berbeza yang menjadi tumpuan ramai.
Antara perisa Bamboo Biriyani yang dijual ialah seperti Bamboo Biriyani Ayam,
Bamboo Biriyani Kambing,Bamboo Biriyani Ikan,Bamboo Biriyani Telur dan Bamboo
Biriyani Sayuran.Bamboo Biriyani yang dijual ini mendapat sambutan yang
memberangsangkan.Pelbagai perisa Bamboo Biriyani baharu akan ditambah bagi
memenuhi permintaan pelanggan terutamanya untuk majlis-majlis perkahwinan.
Antaranya seperti perisa Bamboo Biriyani Udang,Bamboo Biriyani Ayam Belanda,
Bamboo Biriyani Ketam dan pelbagai perisa lagi.Harga Bamboo Biriyani tersebut amat
berpatutan sesuai dengan kenakan rasa Bamboo Biriyani tersebut.Bilangan Bamboo
Biriyani yang dapat dijual dalam sebulan lebih kurang 700 buah Bamboo Biriyani.
Kebiasanya pelanggan bagi Kheshni Bamboo Biriyani terdiri daripada penduduk sekitar
Bandar Puchong Jaya seperti Kakitangan Kerajaan murid sekolah dan bakal pengantin.
Pada peringkat awal penubuhan perniagaan,sebanyak RM8 dan disediakan sebagai
modal perniagaan bagi membiayai kos pembelian bahan dan alatan membuat Bamboo
Biriyani.Hal ini kerana,saya telah mempunyai pelbagai alat kelengkapan membuat
Bamboo Biriyani di rumahnya sendiri.Modal Permulaan tersebut diperolehi daripada
Simpanan Sendiri.
Perniagaan trak makanan ini adalah sering dengan trend sosiobudaya masa kini di
mana masyarakat lebih berminat dengan makanan yang ringkas dan menyelerakan
serta mudah diperoleh dan cepat dihidangkan.Mereka juga gemar dengan gaya hidup
seperti berkumpul dengan santai bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.
3.0-Latar Belakang Perniagaan

Jadual di bawah menunjukkan maklumat berkaitan latar belakang perniagaan.

Butiran Maklumat
Nama Perniagaan Kheshni Bamboo Biriyani

Alamat Perniagaan 19a,Jalan Kenari 9, Bandar Puchong


Jaya ,47100 Puchong Selangor,Darul
Ehsan.
No.Telefon 012-206-0875
Instagram/Emel KheshniBamboo_Biriyani_6892
Bentuk Perniagaan Milikan Tunggal
Kegiatan Utama Perniagaan Menyedia dan Menjual Bamboo Biriyani
Tarikh Pendaftaran 1 Mac 2020
Tarikh Mula Perniagaan 1 April 2020
No.Pendaftaran Perniagaan 2020035321-H
Modal Sendiri RM 100,000
Modal Pinjaman RM 40,000
Modal Keseluruhan RM 140,000
Sumber Pembiayaan Skim Insitusi Kewangan Majlis Amanah Rakyat
(MARA)

Nama Bank MayBank

No.Akaun 228456789354

4.0-Latar Belakang Pemilik

Kheshni Bamboo Biriyani merupakan perniagaan milikan tunggal .Berikut merupakan


latar belakang pemilik perniagaan.
Butiran Maklumat
Nama Penuh Arhivini A/P Gunentiran
No.Kad Pengenalan 990610-14-581
Tarikh Lahir /Umur 10 Jun 1999/21 Tahun
Alamat Rumah Lot 379,Kampung Bunga Melor Puchong
Batu 14,47100 Selangor Darul Ehsan.

No.Telefon 018-688-9461
Emel/Fb Arhivinigunentiran@gmail.com
Kelulusan Akademik Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan

Kemahiran -Mengikuti Program Ushawan Muda


Bamboo Biriyani
-Membuat Bamboo Biriyani
Pengalaman -Bekerja sebagai pembantu chef di Hotel
Oya.
-Menjual makanan secara di atas talian
melalui@KheshniBamboo_Biriyani_6892
Status Perkahwinan Bujang
Kursus Yang Dihadiri -Kursus Pemantapan Ushawan Trak
Makanan Kementerian Perdagangan
Dalam Negara dan Hal Ehwal
Pengguna(KPDHEP)
-Kursus Pembangunan Ushawan dan
Latihan Perbadanan Ushawan Nasional
Berhad (PUNB)

5.0-Rancangan Pentadbiran

5.1-Jenis Struktur Organisasi


Berikut merupakan carta organisasi bagi perniagaan trak makanan Kheshni Bamboo
Biriyani.

Pengurus

Pekerja Operasi 1 Pekerja Operasi 2 Pekerja Operasi 3

5.2-Spesifikasi Tugas Pentadbiran

Berikut merupakan jadual spesifikasi kerja bagi trak makanan Kheshni Bamboo Biriyani
bagi melicinkan pengurusan perniagaan.
Jawatan Tugas
Mengawal dan mengenal pasti
Pengurus dasar dan misi perniagaan.
Mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah dengan
berkesan.
Mengawal selia dan memantau
perjalanan perniagaan.
Mengurus perjalanan dan aktiviti
perniagaan.
Menguruskan kewangan dan
pentadbiran perniagaan.
Membeli bahan mentah yang
diperlukan.
Berurusan dengan pembekal.
Menentukan menu dan harga
jualan.
Mengambil tindakan sewajarnya
sekirannya berlaku laporan-
laporan negative berkaitan operasi
perniagaan.

5.3-Pengajian

5.3.1-Jadual Imbuhan/Gaji Pekerja


Jawatan Gaji Kwsp Perkeso Jumlah
RM RM RM RM
Pengurus 2,500 325 12.75 2,838
Tukvang 1,200 84 6.25 1,290
Masak
JuruWang 1,200 84 6.25 1,290
Mengambil 1,200 84 6.25 1,290
Pesanan
Jumlah 6,100 577 31.5 6,708

5.3.2-Bentuk Insentif Pekerja

Pembayaran gaji lebih masa sebanyak RM5 sejam.


Tempat tinggal untuk pekerja.
Cuti tahunan sebanyak 14 hari setahun.
Cuti sakit dibenarkan beserta sijil sakit yang diiktiraf sebanyak 12 hari.
Kursus kemahiran pekerja.
Bonus tahunan berdasarkan prestasi kerja.

5.4-Kos Perbelanjaan Lain

5.4.1-Peralatan/Kelengkapan Pejabat
Berikut merupakan senarai peralatan dan kelengkapan yang diguna untuk urusan
pentadbiran perniagaan.

Jenis Peralatan Harga Seunit Kuantiti Harga


RM RM
Komputer 3,600 2 Buah 7,200
Telefon dan Mesin 2,600 2 Set 5,200
Faksimili
Meja dan Kerusi 600 3 Set 1,800
Komputer Riba 6,000 2 Set 12,000
Telefon Pintar 3,000 1 Unit 3,000
Jumlah 15,800 - 29,200

6.0-Rancangan Operasi

6.1-Senarai Jenis Produk


Bil Menu
1 Bamboo Biriyani Ayam
2 Bamboo Biriyani Kambing
3 Bamboo Biriyani Ikan
4 Bamboo Biriyani Sayuran
5 Bamboo Biriyani Udang
6 Bamboo Biriyani Telur
7 Bamboo Biriyani Ketam
8 Bamboo Biriyani Ayam Belanda

Setiap sajian akan dihidangkan bersama 4 jenis kuah iaitu kurma,kari


kambing ,kambing rendang dan ayam sambal.

6.2-Proses Pengeluaran/Jualan (Carta Alir)

Berikut merupakan carta aliran proses jualan bagi perniagaan Kheshni Bamboo
h
Biriyani.

You might also like