You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT MELANA

DURIAN TUNGGAL
76100 MELAKA Tel : 06-5532499
Kod Sekolah : MBA0026
E-mel :mba0026@moe.edu.my

Ruj. Kami :
Tarikh : 1 Ogos 2022

Ketua Pegawai PPD,


Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah,
d/a: Kuarters Institut Pendidikan (KIP) Alor Gajah,
Jalan Hospital Lama,
Alor Gajah,7800 Melaka.

Up: Puan Hajjah Zuraini binti Bakri


SISC + Bahasa Melayu/Sekolah Rendah

Tuan/ Puan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH BENGKEL INTEGRITI PENSKORAN PBD UNTUK


GURU-GURU SK PARIT MELANA
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dengan sukacitanya, Sekolah Kebangsaan Parit Melana berhasrat untuk mengadakan
Bengkel Integriti Penskoran PBD seperti butiran berikut:

Tarikh : 11 Ogos 2022 (Khamis)


Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Kantin SK Parit Melana

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan rendah hati ingin menjemput pihak tuan/puan untuk
menyampaikan Ceramah Integriti Penskoran PBD tersebut kepada guru-guru di sekolah ini seperti
tarikh,masa dan tempat di atas. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Ramli bin Baba di talian 017-
6999073. Kehadiran pihak tuan/puan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(SALIMI BIN CHE MAD)


Guru Besar
SK Parit Melana
Durian Tunggal, Melaka.

You might also like