You are on page 1of 1

PENUTUP

Pusat Kegiatan Guru Pengkalan Hulu bersedia untuk menjadi pemangkin kepada pihak

sekolah terutama pelanggan utama PKG disekolah yang terdiri daripada Guru

Perpustakaan dan Media (GPM) dan juga Guru Penyelaras Bestari / ICT (GPB/ICT).

Antara Fokus utama latihan yang telah diberikan ialah memantapkan kemahiran dalam

penggunaan Komputer, kemahiran dalam bidang Teknologi Pendidikan (TEKNOPEN) ,

Penghasilan Buletin, Jejak Maklumat dan sebagainya.

Latihan dan kemahiran yang telah diberikan berkonsep kecariran maklumat dimana

guru-guru yang mendapat latihan akan memberikan tunjuk ajar kepada guru-guru

disekolah dan juga murid-murid. PKG Pengkalan Hulu juga memainkan peranan agar

segala maklumat yang disalurkan mencapau matlama bagi memastikan generasi kini

mahir dan celik ICT terutamanya di kalangan murid-murid melalui pembelajaran secara

maya iaitu (Virtual Learning Environment) VLE.

 Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT dan Media penting pada masa

sekarang untuk Warga sekolah terutamanya dikalangan guru dan murid untuk

melangkah ke dunia global yang semakin maju. Pegawai dan Staf PKG Pengkalan Hulu

bersedia untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pihak sekolah.

Justeru, usaha untuk memantapkan penggunaan ICT, Kem membaca dan juga aktiviti

literasi maklumat di kalangan mereka amat dititikberatkan. Dengan adanya Pusat

Kegiatan Guru Pengkalan Hulu di harap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua

warga pendidik di kelompok sekolah-sekolah dibawah seliaan PKG Pengkalan Hulu.

You might also like