You are on page 1of 3

BAHAYA DAN KESAN DADAH

Syabu atau nama saintifiknya methamphetamine hydrocloridemerupakan satu lagi jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadang-kadang seperti tawas. Syabu juga dikenali dengan nama Ice. Kebanyakan dadah jenis methamphetamine termasuk syabu diproses secara haram di dalam clandestine laboratories oleh mereka yang tidak terlatih. Dari aspek perubatan, syabu didapati tidak mempunyai kegunaan perubatan. Cara guna dadah ini chasing the dragon tetapi biasanya ditagih dalam bilik atau menggunakan peralatan yang hampir menyerupai penghisap candu. Kualiti syabu boleh dikategorikan kepada 3 kategori. Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal diikuti dengan yang berwarna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa pahit. Kesan Dan Bahaya Penggunaan SYABU Perasaan yakin pada diri sendiri,bertenaga dan cergas serta dapat melakukan apa jua keadaan Boleh berjaga tanpa tidur sehingga 2-3 hari Penagih yang sudah lama menagih mengalami penurunan berat badan yang ketara dan mata kelihatan lebam. Tingkah laku yang agresif

Kesan psikologi seperti halusinasi dan paranoid.

KOKAIN Kokain berasal daripada daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok Erythroloxylon yang terdapat di Peru,Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes,Amerika Syarikat.Bahan ini kebanyakannya digunakan di Amerika Syarikat. Kesan Dan Bahaya Penggunaan Euforia Bercakap berlebih-lebihan.Dengan dos yang tinggi menyebabkan percakapan tidak difahami oleh orang lain kerana tidak munasabah. Rasa puas hati yang diperoleh dengan dos rendah bertukar kepada rasa bimbang dan rasa gelisah dengan dos tinggi Rasa cergas yang diperoleh dengan dos rendah menimbulkan kekeliruan dengan dos tinggi Tidak dapat tidur Tidak menghiraukan kesihatan dan kebersihan diri Halusinasi dan paranoia Desakan untuk melakukan kerja yang berulang-ulang Pergantungan fizikal dan psikologi serta meningkatkan daya tahan Psikosis kokain seperti psikosis amfetamin. AMFETAMIN Contoh-contoh stimulan jenis amfetamin ialah amfetamin(Benzedrine), dextroamfetamin(Dexedrine),metham fetamin(Methedrine,Desoxyn) dan phenmetrazine(Preludin).Lain-lain jenis bahan yang menyerupai amfetamin dari segi kesannya termasuk diethypropion,pehetermine dan ephedrine.Ia terdapat dalam pelbagai bentuk dan kapsul. Kesan Dan Bahaya Penggunaan Perasaan yakin,bertenaga dan cergas.Ia kerapkali disalahgunakan oleh pelajar dan pekerja. Kesan-kesan fizikal dan psikologi seperti berikut: -menggeletar -resah gelisah

You might also like