You are on page 1of 3
PEJABAT KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Aras 10 Utara, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 3 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, — = 62596 PUTRAJAYA. a) No. Tel: 03-88822100 No. Fax : 03-88895880 Laman Web : wnww.customs.gow. my Ruj. Kami IM.CKP.100-1/5/4( Tarikh Jamadilakhir 1443H { anuari 2022 Semua Penolong Ketua Pengarah Kastam Semua Pengarah Bahagian, IBU PEJABAT Semua Pengarah Operasi Zon Tengah Semua Pengarah Kastam Negeri Pengarah ‘Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Pengarah Kastam WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN Ketua Cawangan Integriti IBU PEJABAT Pemungut Cukai Kastam Persekutuan SINGAPURA. YBhg. Dato’ / Tuan / Puan, SEKATAN YANG AKAN DIKENAKAN KE ATAS PEGAWAI JKDM YANG BELUM MELENGKAPKAN IMUNISASI COVID-19 Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2021 adalah berkaitan. 2. Berdasarkan laporan bulanan pelaksanaan imunisasi COVID-19 Jabatan, masih terdapat pegawai yang belum mendapatkan imunisasi lengkap COVID-19 seperti mana yang telah diarahkan melalui surat no rujukan: JKDM.500-5/8/2 (71) bertarikh 12 November 2021. Merujuk kepada perenggan 11, Pekeliling Perkhidmatan Bil4 Tahun 2021, Ketua Jabatan boleh mengambil tindakan yang sewajamya terhadap pegawai yang gagal mematuhi arahan Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. BERKHIDMAT MEMAKMURKAN NEGARA. REELECTED SE FN EE Ruj. Kami: JKDM.CKP.100-1/5/4( 3. Sehubungan itu, pengurusan tertinggi Jabatan telah memutuskan beberapa sekatan/tindakan tambahan yang akan dikenakan ke atas pegawai yang gagal mematuhi arahan untuk mendapatkan imunisasi lengkap COVID-19 seperti berikut i) Permohonan keluar negara atas urusan rasmi dan peribadi tidak akan diluluskan; ii) Pembayaran Bantuan Khas Kewangan 2022 akan ditangguhkan sehingga 31 Mac 2022. (Tidak akan dibayar sekiranya masih gagal mendapatkan imunisasi lengkap COVID-19 selepas tarikh tersebut); iii) Tidak akan dipertimbangkan untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC); iv) Tidak akan dipertimbangkan sebarang anugerah Jabatan; v) Status imunisasi COVID-19 pegawai akan dijadikan salah satu kriteria didalam menentukan kelayakan untuk mendapat Pergerakan Gaji Tahunan (PGT); vi) Semua jenis permohonan Cuti Belajar tidak akan dipertimbangkan; vii) Tidak akan dipertimbangkan untuk pemangkuan ke gred yang lebih tinggi; viii) Tidak akan diperakukan untuk kenaikan pangkat bagi pegawai yang sedang memangku; ix) Permohonan pertukaran tidak akan diproses; x) Akan ditukarkan ke tempat-tempat yang tidak berurusan dengan pihak awam; xi) Tidak akan dipertimbangkan untuk menanggung tugas; xii) Permohonan menduduki kuarters Jabatan tidak akan diluluskan; xiii) Tidak dipertimbangkan untuk mendapatkan apa-apa pinjaman kerajaan seperti pinjaman komputer, kenderaan, perumahan dan lain-lain 4. Kerjasama YBhg. Dato'/Tuan/Puan adalah diharapkan agar dapat memastikan setiap pegawai dibawah seliaan mendapatkan imunisasi lengkap COVID-19 bagi mengelakkan dikenakan sekatan/tindakan seperti di atas. Pengecualian hanya boleh dipertimbangkan sekiranya pegawai telah mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan berdaftar bahawa pegawai tidak layak untuk menerima imunisasi Covid-19 atas sebab kesihatan, Pihak pengurusan tertinggi Jabatan boleh menentukan apa-apa sekatan yang difikirkan wajar dimasa akan datang BERKHIDMAT MEMAKMURKAN NEGARA. TT SE Ruj. Kami: JKDM.CKP.100-1/5/4(_) Arahan ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan. Sekian, terima kasih. “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (DATO SRI A BIN ABDUL KADIR) Ketua Pengaral} Kasta Malaysia. uy sk - _ Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman & CDN) - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan) - _ Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) BERKHIDMAT MEMAKMURKAN NEGARA SATE

You might also like