You are on page 1of 3

SIRI PRAKTIS PERUNCINGAN LULUS [ PLUS ]

MATEMATIK SPM

PANDUAN GURU
1. Siri Praktis Peruncingan Lulus ( Siri PLUS ) ini disusun bertujuan untuk latihan pengukuhan dan
persediaan menghadapi Peperiksaan SPM

2. Kandungannya merupakan suatu peruncingan bertujuan membantu pelajar dengan kemahiran


Matematik yang sederhana, mengasah kemahirannya secara konsisten supaya berjaya mencapai target
lulus dalam Peperiksaan SPM.

3. Boleh digunakan sama ada sebagai aktiviti dalam waktu Pengajaran dan Pembelajaran biasa atau
waktu kelas bimbingan atau juga sebagai praktis kendiri oleh pelajar di waktu ulangkajinya, selepas
selesai mengikuti kurikulum Matematik di peringkat tingkatan empat dan tingkatan lima.

4. Kandungan Siri PLUS - di susun dalam 3 set :

SET T – latihan topikal ( merupakan topic-topik peruncingan sahaja)

Set A – model latihan dengan gabungan beberapa topik, yang boleh digunakan dalam waktu
pengajaran dan pembelajaran yang memakan masa 40 minit

SET B - model latihan dengan gabungan beberapa topic, yang boleh digunakan dalam waktu
pengajaran dan pembelajaran yang memakan masa 80 minit

5. Cadangan Penggunaan :

Dimulai dengan praktis topikal (Set T) dan kemudian diikuti dengan Set A atau Set B

6. Siri Praktis PLUS adalah satu model bentuk praktis perlu dilaksanakan secara konsisten bagi
membantu pelajar mengekalkan dan memantapkan kemahiran asas yang telah dicapai. Lebih banyak
praktis yang sebentuk dengannya boleh disusun menggunakan soalan yang boleh diambil daripada
modul-modul latihan terdahulu, iaitu Modul P3T, Modul MAP dan Modul PRiSM T.

7. Siri Praktis Peruncingan ini dicadangkan digunakan setelah selesai menghabisi sukatan Matematik
Menengah Atas (Untuk Peperiksaan SPM) iaitu persediaan akhir menghadapi Peperiksaan SPM,
yang boleh dibahagikan kepada 3 Fasa:

Fasa 1 – Praktis Topikal

Fasa 2 – Praktis dengan gabungan beberapa topic

Fasa 3 – Praktis menggunakan model Soalan Peperiksaan SPM


KANDUNGAN
SET T - PRAKTIS TOPIKAL

SET T1 PENJELMAAN

SET T2 GEOMETRI PEPEJAL

SET T3 PERSAMAAN SERENTAK

SET T4 PERSAMAAN KUADRATIK

SET T5 SET

SET T6 RANTAU KETAKSAMAAN

SET T7 PENAAKULAN MATEMATIK

SET T8 LUAS DAN PANJANG LENGKOK SEKTOR BULATAN

SET A – PRAKTIS GABUNGAN BEBERAPA TOPIK [ 1 waktu - 40 minit )

SET KERTAS 1 KERTAS 2A KERTAS 2B

SET Bentuk piawai* Persamaan Serentak* Tiada


A1 Penjelmaan
SET Asas Nombor* Set Tiada
A2
SET Persamaan linear* Geometri Pepejal Tiada
A3 Ungkapan
kuadratik
SET Penjelmaan Persamaan kuadratik* Tiada
A4 Pecahan algebra

SET Asas nombor* Ketaksamaan Tiada


A5 Set
SET Bentuk piawai* Set Tiada
A6 Statistik
SET Persamaan linear* Penaakulan Matematik Tiada
A7 Asas Nombor*

SET Bentuk piawai* Geometri Pepejal Tiada


A8 Pecahan Algebra
SET B - PRAKTIS GABUNGAN BEBERAPA TOPIK [ 80 Minit ]

SET KERTAS 1 KERTAS 2A KERTAS 2B

SET B1 Bentuk piawai * Persamaan kuadratik* Graf fungsi


Penjelmaan
SET B2 Asas Nombor* Ketaksamaan Statistik
Persamaan serentak * [Histogram]
SET B3 Persamaan linear* Pepejal geometri Statistik [Ogif ]
Ungkapan kuadratik
SET B4 Penjelmaan Set Pelan
Pecahan algebra Persamaan serentak*
Penaakulan Matematik
SET B5 Asas nombor* Luas dan panjang lengkok Graf fungsi
Set sector bulatan Statistik
Ungkapan kuadratik
SET B6 Bentuk piawai* Ketaksamaan Graf fungsi
Statistik
SET B7 Persamaan linear* Pepejal Geometri Statistik
Asas Nombor*

SET B8 Bentuk piawai* Penaakulan Matematik Statistik


Pecahan Algebra Persamaan kuadratik*
Luas dan panjang Lengkok
sektor bulatan

* - boleh disokong dengan kemahiran( teknik khas ) menggunakan kalkulator

You might also like