You are on page 1of 49

Topik  Pengajaran

1 Rekoder

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti dan membandingkan jenis-jenis rekoder yang
berbeza;
2. Mengaplikasikan tiga teknik bermain rekoder soprano yang
betul;
3. Menerapkan konsep melodi, irama dan warna ton dalam
permainan rekoder; dan
4. Menggunakan pendekatan yang sistematik dalam pengajaran dan
pembelajaran rekoder dalam bilik darjah.

 PENGENALAN
Alat muzik rekoder dicipta pada abad ke-15 di Eropah. Rekoder pada zaman itu
dibuat daripada kayu, gading, ebony dan bahan yang lain. Rekoder selalu
digunakan sebagai alat iringan untuk nyanyian dan muzik latar untuk drama.
Rekoder juga digunakan untuk membunyikan kicauan burung. Penggunaan
rekoder soprano dalam aktiviti pembelajaran muzik di bilik darjah adalah
bertujuan untuk memberi pengalaman muzikal secara „hands-on‰ bagi pelajar
mengembangkan kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman muzikal. Bahan
yang dicadangkan diharapkan dapat membantu proses pembelajaran bagi
mengukuhkan kemahiran dan penguasaan bermain rekoder.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

1.1 KELUARGA REKODER


King Henry VIII (1491ă1547) merupakan seorang maharaja yang meminati
permainan rekoder. Pencipta muzik terkenal seperti Bach, Purcell, Handel
Vivaldi pernah mencipta muzik khas untuk permainan rekoder. Pada abad
ke-18, rekoder dimainkan sebagai alat tiup kayu (woodwind) dalam orkestra.
Selepas itu, rekoder kurang popular dan jarang dimainkan. Selepas Perang
Dunia Pertama, rekoder telah dipopularkan semula. Rekoder menjadi pilihan
kebanyakan negara untuk digunakan dalam pengajaran muzik kerana rekoder
senang dipelajari dan harganya murah serta diperbuat daripada kayu dan plastik
(lihat Rajah 1.1).

Rajah 1.1: Seorang anak muda bermain rekoder


Sumber: http://thumbs.dreamstime.com/x/boy-playing-recorder-5318904.jpg

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  3

Rajah 1.2 menunjukkan jenis rekoder yang terdapat dalam sebuah keluarga
rekoder.

Rajah 1.2: Keluarga rekoder


Sumber: http://musicajmp.files.wordpress.com

Rajah 1.3 menunjukkan carta julat bagi setiap jenis rekoder.

Rajah 1.3: Carta julat


Sumber: http://download.yamaha.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

1.1.1 Bahagian-bahagian Rekoder


Rekoder terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu kepala, badan dan ekor
(kaki). Bahagian kepala terletak pada bahagian pemipit yang menjadi tempat
peletakan bibir semasa meniup. Fipel boleh ditanggalkan dan ia merupakan
bahagian yang menutup rongga dan bahagian ini amat sensitif kerana kerosakan
bahagian ini menyebabkan bunyi sumbang. Bahagian lain ialah bahagian apertur
iaitu lubang yang mengeluarkan bunyi rekoder.

Bahagian badan terdiri daripada enam lubang penjarian di bahagian atas dan
satu di bahagian bawah. Lubang keenam mempunyai dua lubang kecil. Lubang
pertama hingga ketiga ditutup menggunakan jari tangan kiri. Lubang bahagian
belakang ditutup menggunakan ibu jari tangan kiri manakala lubang yang lain
ditutup menggunakan jari tangan kanan.

Bahagian ekor (kaki) boleh diubahsuaikan mengikut kesesuaian dengan jari


pemain.

Sebelum dimainkan, rekoder perlu dipasang dengan lurus (kecuali bahagian


kaki). Rekoder boleh ditiup dengan menjarakkan atau merapatkan sambungan
antara badan dengan kepala. Semakin rapat sambungan maka semakin tinggi pic
yang dihasilkan.

Rekoder hendaklah selalu dibersihkan menggunakan sabun atau air suam untuk
menghilangkan bakteria yang mungkin ada terutama pada pemipit dan lubang-
lubang udara.

Rajah 1.4 menunjukkan bahagian-bahagian sebuah rekoder jenis Soparno.

Rajah 1.4: Bahagian-bahagian rekoder Soprano


Sumber: http://4.bp.blogspot.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  5

Rekoder dicipta dalam bentuk set yang terdiri daripada beberapa jenis rekoder
yang berbeza untuk menghasilkan pelbagai julat pic (pitch range).

Satu set rekoder terdiri daripada enam rekoder seperti berikut (disusun
mengikut saiz paling kecil hingga paling besar):

(a) Rekoder Sopranino : 24cm

(b) Rekoder Soprano/Descant : 31cm (yang digunakan di sekolah)

(c) Rekoder Alto/Trebel : 47cm

(d) Rekoder Tenor : 64cm

(e) Rekoder Bes : 96cm

(f) Rekoder Great Bes : 125cm

1.2 SISTEM PENJARIAN BAROQUE DAN


GERMAN

Rajah 1.5: Pembelajaran rekoder zaman Baroque dan German


Sumber: http://www.wells.edu

Dua sistem penjarian rekoder yang biasa digunakan dalam permainan alat
rekoder seluruh dunia ialah sistem penjarian Baroque dan German. Berdasarkan
sukatan pelajaran Pendidikan Muzik di Malaysia, didapati semua pendidik
muzik menggunakan kedua-dua sistem penjarian ini mengikut keperluan
penjarian yang lebih mudah dikuasai, Barouque atau German dalam pengajaran
dan pembelajaran kemahiran permainan alat muzik rekoder di sekolah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

Rajah 1.6 menunjukkan sekumpulan kanak-kanak yang sedang memainkan jenis


rekoder yang berlainan.

Rajah 1.6: Keluarga rekoder dan penjarian

Perbezaan sistem penjarian Baroque dan German dapat dilihat dalam Rajah 1.7
dan Jadual 1.1.

Rajah 1.7: Carta penjarian sistem German dan Baroque


Sumber: http://blflute.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  7

Jadual 1.1 menunjukkan istilah-istilah yang digunakan untuk merujuk kepada


bahagian-bahagian yang dinomborkan dalam Rajah 1.7.

Jadual 1.1: Pembelajaran Rekoder Zaman Baroque dan German

No. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


1 Foot joint Bahagian bawah
2 Middle joint Bahagian tengah
3 Head joint Bahagian kepala
4 Tone holes Lubang nada
5 Labium Pintu udara
6 Mouthpiece Pemipit
7 Windway Alur udara
8 Right hand Tangan kanan
9 Left hand Tangan kiri
10 Little finger Jari kelingking
11 Ring finger Jari manis
12 Middle finger Jari tengah
13 Index finger Jari telunjuk
14 Thumb Ibu jari
15 Open Buka
16 1/3ă1/4 open 1/3ă1/4 buka
17 Closed Tertutup
G German System Sistem Jerman
B Baroque System Sistem Baroque

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

1.3 TEKNIK BERMAIN REKODER SOPRANO


Untuk bermain rekoder dengan baik, teknik permainan rekoder yang betul perlu
diamalkan.

1.3.1 Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder


Teknik asas yang perlu dipelajari sebelum mula bermain rekoder merangkumi
tiga bahagian iaitu postur, cara memegang rekoder dan penjarian.

(a) Postur:

(i) Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang
rekoder;

(ii) Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan


daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan
kepala); dan

(iii) Tangan patut terbuka supaya tidak mengganggu pernafasan.

(b) Cara Memegang Rekoder:

(i) Pegang dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian atas badan
rekoder dan jari tangan kanan pada bahagian bawah badan rekoder;

(ii) Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan
kanan; dan

(iii) Cara memegang yang selesa memudahkan pergerakan jari semasa


bermain rekoder, seperti dalam Rajah 1.8.

Rajah 1.8: Cara memegang rekoder


Sumber: http://web.moe.gov.my
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  9

(c) Penjarian:
Rajah 1.9 menunjukkan teknik penjarian rekoder.

Rajah 1.9: Cara memegang rekoder dan teknik penjarian rekoder


Sumber: http://1.bp.blogspot.com

(i) Tangan Kiri:

 Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang


rekoder;

 Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama;

 Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua; dan

 Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.


(ii) Tangan Kanan:

 Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat;

 Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima;

 Jari manis bernombor 6 menutup libang rekoder keenam;

 Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh;


dan

 Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7 terdapat dua lubang


kecil. Ini adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flet.

Rajah 1.10 menunjukkan seorang kanak-kanak dengan susunan jari yang betul
pada lubang rekoder manakala Rajah 1.11 menunjukkan susunan jari pada
lubang rekoder dan carta penjarian rekoder.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

Rajah 1.10: Susunan jari pada lubang rekoder

Rajah 1.11: Susunan jari pada lubang rekoder dan carta penjarian rekoder
Sumber: http://sohailahakim.blogspot.com/2011/12/teknik-bermain-rekoder.html
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  11

Kedudukan Tangan:

 Jari-jari mestilah di dalam keadaan lurus semasa menutup lubang-lubang;

 Lengan tangan mestilah diregangkan sedikit daripada badan;

 Kedudukan jari-jari yang rapi memudahkan bermain not dengan


bermacam-macam gaya seperti cepat, lambat, kuat atau lembut;

 Jari-jari yang tidak diperlukan mestilah diangkat daripada lubang dengan


jarak yang sesuai;

 Gerakkan jari dengan lembut, tidak keras dan jangan teragak-agak; dan

 Tutup setiap lubang penjarian yang terlibat dengan kemas menggunakan


isi jari bukan dengan hujung jari.

1.3.2 Teknik Meniup Rekoder


Terdapat tiga teknik yang boleh digunakan untuk meniup rekoder iaitu
„embouchure‰, penglidahan dan pernafasan.

(a) „Embouchure„

(i) Imbangan rekoder terletak pada bibir dan ibu jari tangan kanan;

(ii) Masukkan bahagian pemipit di atas bibir dan rapatkan kedua-dua


bibir; dan

(iii) Perhatian: Elakkan menggigit rekoder (lihat Rajah 1.12).

Rajah 1.12: Teknik meniup rekoder


Sumber: http://www.jtpppg.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

(b) Penglidahan

(i) Menggunakan lidah untuk meniup not atau rangkap-rangkap not;

(ii) Kemahiran lidah dapat dilatih melalui latihan-latihan yang tersusun;

(iii) Bunyikan „du‰ dengan lidah untuk not tengah, „lu‰ untuk not
rendah, „tu‰ untuk not tinggi;

(iv) Untuk „double tongueing‰, bunyikan „du-ku‰ atau „tu-ku‰;

(v) Untuk memainkan not kaitan (slur), penglidahan berlaku pada not
pertama sahaja; dan
(vi) Untuk permainan not „staccato‰, bunyikan „tut‰ untuk menjadikan
not itu pendek.

(c) Pernafasan

(i) Gunakan diafragma untuk mengawal pernafasan. Bahagian dada


tidak bergerak ketika bernafas;

(ii) Semasa meniup not rendah, hembuskan udara secara perlahan dan
semasa meniup not tinggi, hembuskan udara secara laju. Biasanya
hembusan udara perlahan dirasai panas dan hembusan udara laju
dirasai sejuk; dan

(iii) Gunakan satu nafas untuk meniup satu frasa. Kemudian mengambil
nafas selepas meniup setiap satu frasa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  13

Ton:
Ton ditentukan oleh pernafasan yang betul. Pernafasan mestilah berpunca dari
kawalan otot di bahagian „diafragma‰. Elakkan daripada bernafas melalui
hidung atau melalui rekoder. Ton yang sumbang adalah disebabkan:

(a) Meniup dengan keras/kuat atau lemah; dan

(b) Lubang rekoder tidak ditutup dengan sepenuhnya.

Intonasi (kesempurnaan bunyi):


Mendapatkan intonasi yang baik haruslah diutamakan. Bunyi yang sumbang
mestilah diatasi dengan mencari puncanya dan dibetulkan. Antara sebab-
sebabnya:

(a) Tiupan dan pernafasan tidak betul; dan

(b) Ibu jari tangan kiri tidak kemas.

Mutu persembahan atau permainan rekoder adalah hasil ton dan intonasi yang
sempurna.

1.3.3 Penjagaan Rekoder


Penjagaan rekoder yang baik meliputi langkah-langkah berikut:

(a) Ada dua jenis rekoder; satu diperbuat daripada kayu dan satu lagi
diperbuat daripada plastik. Ia mengandungi dua atau tiga bahagian yang
boleh diceraikan. Bila hendak menceraikannya, pulas perlahan-lahan,
jangan ditarik atau direntap kerana mungkin meretakkan bahagian
penyambung rekoder itu. Jangan pusingkan bahagian-bahagian rekoder
secara kasar. Lapisi sambungan dengan krim rekoder jika hendak
menyambung rekoder anda;

(b) Bahagian atas tempat meniup disebut pemipit. Pada bahagian dalam
pemipit ini dibuat saluran angin yang halus. Jika bahagian ini rosak,
rekoder itu tidak berguna lagi. Jangan gunakan alat yang tajam seperti pin
rambut atau pisau untuk mengoreknya jika saluran angin tersumbat.
Gunakan bulu ayam. Jika air masuk ke dalam saluran angin ini, hembus
(daripada saluran angin) ke bawah sambil menutup bahagian bibirnya
dengan jari dan air itu boleh keluar;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

(c) Bahagian badan rekoder mengandungi 10 lubang penjarian termasuk


lubang ibu jari). Jika air bertakung di dalam badan rekoder, ia mestilah
dikeringkan dengan menggunakan secebis kain lembut yang diikat dengan
benang. Badan rekoder yang diperbuat daripada kayu mestilah disapu
minyak sedikit supaya kayu tidak merekah;

(d) Jangan letakkan rekoder di tempat yang panas atau dijemur kerana ia boleh
retak menyebabkan bunyinya rosak; dan

(e) Jangan jatuhkan, ketukkan atau melaga-lagakan rekoder.

1.4 PENGENDALIAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN REKODER DALAM BILIK
DARJAH
Untuk bermain rekoder dengan baik, teknik permainan rekoder yang betul perlu
diamalkan. Oleh itu, dalam proses pengendalian pengajaran dan pembelajaran
rekoder dalam bilik darjah, murid-murid dibimbing untuk mendapatkan
kemahiran bermain dengan teknik yang betul secara amali. Ini dilakukan dengan
memperkenalkan mereka dengan panduan pengajaran rekoder, mengajar cara
membina kemahiran asas penjarian rekoder, memberi latihan penjarian rekoder
dan mengajar permainan rekoder secara kelas.

1.4.1 Panduan Pengajaran Rekoder


Pengajaran rekoder perlu merangkumi perkara-perkara berikut.

(a) Bila memilih lagu, perhatikan elemen-elemen yang terdapat dalam lagu
tersebut. Contoh: julat suara, irama, penjarian not baru, frasa sukar, mood
dan lain-lain.

(b) Permulaan pembelajaran rekoder:

(i) Latihan pernafasan;

(ii) Latihan pelonggaran otot-otot jari;

(iii) Menyanyi frasa, lagu yang dimainkan oleh guru;

(iv) Menepuk irama lagu;

(v) Membuat penjarian rekoder sambil menyanyi;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  15

(vi) Meniup lagu mengikut frasa; dan

(vii) Meniup lagu secara keseluruhan.

(c) Bagi latihan frasa yang sukar dan yang melibatkan koordinasi penjarian,
latih tubi perlu diadakan.

(d) Pelajar perlu menguasai melodi lagu dan melodi bahagian masing-masing
sebelum bermain ensembel.

(e) Dalam permainan ensembel, pelajar perlu boleh mendengar bahagian


lapisan suara.

(f) Dalam permainan ensembel, pelajar perlu mengikut tanda ekspresi.

(g) Pelajar digalakkan memberi komen tentang permainan sendiri.

1.4.2 Membina Kemahiran Asas Penjarian Rekoder


Aktiviti 1

1. Guru menyebut jari satu, dua dan tiga (tangan kiri). Murid menunjukkan
jari yang disebut oleh guru (lihat Rajah 1.13).

Rajah 1.13: Jari tangan kiri

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

2. Pegang pergelangan tangan kanan dengan jari 1 dan ibu jari tangan kiri.
Lihat Rajah 1.14.

Rajah 1.14: Memegang pergelangan tangan kanan

3. Guru memberi latihan penjarian berikut 1, 2, 3/3, 2, 1 dan 2, 1, 3.

4. Murid diarahkan untuk meletakkan jari pada lengan mengikut nombor


yang disebut.

Aktiviti 2

1. Guru memperkenalkan jari 1 sebagai penjarian not „B‰, jari 2 penjarian not
„A‰ dan jari 3 sebagai penjarian not „G‰.

2. Ulang aktiviti seperti di atas dengan menukar angka 1, 2, 3 kepada not B, A


dan G.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  17

Aktiviti 3

1. Guru memperkenalkan penjarian dengan not B, A dan G pada rekoder


(lihat Rajah 1.15.

Rajah 1.15: Penjarian not B, A dan G


Sumber: http://www.jtpppg.com

AKTIVITI 1.1

Ulang aktiviti di atas dengan menggunakan lengan tangan kiri pula.


Gunakan Sistem nombor 4, 5, 6 dan 7 pada jari tangan kanan untuk not-
not F, E, D dan C.

1.4.3 Latihan Penjarian Rekoder


Latihan penjarian rekoder boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:

(a) Memainkan latihan dengan tempo lambat, cepat dan sederhana; dan

(b) Memainkan latihan dengan dinamik lembut ( p ) dan kuat (f ).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

Rajah 1.16: Penjarian not B


Sumber: http://sharifahzulaini.blogspot.com

Not B:

(a) Untuk mendapatkan bunyi not B, ibu jari tangan kiri (0) menutup lubang di
belakang dan jari telunjuk (1) pula menutup lubang bahagian atas;

(b) Jari telunjuk tangan kanan diletakkan di atas rekoder dan ibu jari di bawah
untuk menyokongnya dari jatuh. (lihat Rajah 1.17); dan

(c) Sebagai latihan, sebut „tu‰ bagi tiap-tiap not B yang dimainkan.

Rajah 1.17: Susunan jari bagi not B dan simbol not B

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  19

Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

Rajah 1.18: Penjarian not B

Not A:

(a) Gunakan ibu jari (0), jari telunjuk (1) dan jari hantu/tengah (2) tangan kiri;

(b) Ibu jari tangan kanan diletakkan di bawah rekoder supaya tidak jatuh; dan

(c) Jari haruslah menutup lubang-lubang pada rekoder dengan kemas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

Rajah 1.19: Susunan jari bagi not A dan simbol not A

Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  21

Latihan 4 (Not B dan G)

Rajah 1.20: Penjarian not G

Not G:
Letakkan jari tangan kiri seperti not A dan tambahkan jari manis (3) bagi not G.

Rajah 1.21: Susunan jari bagi not G dan simbol not G

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

Latihan 4 (Not B, A dan G)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  23

Aktiviti Pengukuhan Not B, A dan G

Lagu 1

Lagu 2

Rajah 1.22: Penjarian not CÊ

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

Not CÊ:
Hanya gunakan ibu jari (0) dan jari hantu/tengah (2) tangan kiri.

Rajah 1.23: Susunan jari bagi not CÊ dan simbol not CÊ

Rajah 1.24: Penjarian not CÊ dan nomboran pada rekoder

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  25

Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

Rajah 1.25: Penjarian not DÊ

Not DÊ:
Untuk not CÊ, kita telah menggunakan ibu jari dan jari hantu/tengah tangan kiri.
Sekarang, untuk not DÊ, kita hanya menggunakan satu jari sahaja iaitu jari
hantu/tengah tangan kiri menutup lubang yang kedua dari atas pada rekoder.

Rajah 1.26: Susunan jari bagi not DÊ dan simbol not DÊ

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

Rajah 1.27: Penjarian not DÊ dan nomboran pada rekoder

Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

Aktiviti Pengukuhan Not B, A, G, CÊ dan DÊ

Lagu 1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  27

Lagu 2

Pengukuhan untuk not B, A, G, CÊ dan DÊ boleh dijalankan mengikut aktiviti


muzikal berikut:

(a) Mengajuk pic:

(i) Guru membunyikan pic B, A, G, CÊ dan DÊ; dan

(ii) Murid mengajuk pic yang didengar menggunakan rekoder.

(b) Soal jawab dengan rekoder menggunakan not B, A, G, CÊ dan DÊ:

(i) Guru memperdengarkan frasa melodi dalam dua bar sama ada
dengan cara menyanyi, bermain rekoder atau alat muzik lain; dan

(ii) Murid menjawab melodi yang dimainkan oleh guru dengan


menggunakan rekoder. Contoh:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

Rajah 1.28: Penjarian not F

Not F:

(a) Bagi not F, semua jari tangan kiri dan kanan kecuali jari hantu/tengah
digunakan; dan

(b) Jari kelingking tangan kanan digunakan untuk menutup lubang yang akhir
pada rekoder.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  29

Rajah 1.29: (a) Susunan jari dan simbol not DÊ (b) Penjarian not DÊ dan nomboran
pada rekoder

Latihan 1

Latihan 2

Rajah 1.30: Penjarian not E

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

Not E:

(a) Tangan kiri ă jari telunjuk, jari hantu/tengah dan jari manis; dan

(b) Tangan kanan ă jari telunjuk dan jari hantu/tengah sahaja.

Rajah 1.31: (a) Susunan jari dan simbol not E (b) Penjarian not E dan nomboran
pada rekoder

Latihan 1

Latihan 2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  31

Rajah 1.32: Penjarian not D

Not D:

(a) Bagi not D, kita gunakan semua jari tangan kiri dan tiga jari tangan kanan;
dan

(b) Pegang rekoder seperti not E dan tambah hanya jari manis tangan kanan
untuk menutup lubang yang ketiga.

Rajah 1.33: (a) Susunan jari dan simbol not D (b) Penjarian not D dan nomboran
pada rekoder

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

Latihan 1

Rajah 1.34: Penjarian not C

Not C:

(a) Not C ialah not yang bernada paling rendah dibunyikan oleh rekoder;

(b) Untuk membunyikan not ini, semua jari tangan kiri dan kanan digunakan
untuk menutup lubang-lubang rekoder;

(c) Jika tidak dapat membunyikan not C ini pertama kali, jangan keluarkan
pemipitnya dari mulut, betulkan kedudukan jari pada rekoder; dan

(d) Jari haruslah menutup lubang-lubang pada rekoder dengan kemas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  33

Rajah 1.35: (a) Susunan jari dan simbol not D (b) Penjarian not D dan nomboran
pada rekoder

Latihan 1

Rajah 1.36: Penjarian not Bb

Not Bb:

(a) Letakkan ibu jari, jari telunjuk dan jari manis tangan kiri di atas lubang
rekoder; dan

(b) Kemudian letakkan jari telunjuk tangan kanan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

Rajah 1.37: (a) Susunan jari dan simbol not Bb (b) Penjarian not Bb dan nomboran
pada rekoder

Latihan 1

Rajah 1.38: Penjarian not F#

Not F#:

(a) Untuk not F#, semua jari tangan kiri melainkan jari kelingking digunakan,
berserta dua jari tangan kanan, iaitu jari hantu/tengah dan jari manis; dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  35

(b) Apabila jari hantu dan jari manis tangan kanan menutup lubang kedua dan
ketiga, ibu jari tangan kanan pula diletakkan di belakang rekoder.

Rajah 1.39: (a) Susunan jari dan simbol not F# (b) Penjarian not F# dan nomboran
pada rekoder

Latihan 1

Cara Memainkan Not Tinggi


Dalam rajah yang ditunjukkan dalam buku rekoder, semasa bermain not tinggi,
lubang ibu jari dibuka separuh (rujuk Rajah 1.40).

Sebenarnya, lubang ibu jari dibuka hanya satu celah yang kecil sahaja.

Jika ibu jari dibuka dengan lubang yang besar, bunyi not tinggi akan pecah
terutamanya not GÊ dan AÊ.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

Rajah 1.40: Cara memainkan not tinggi

Pergerakan Ibu Jari untuk Not Tinggi


Ramai murid menggerakkan seluruh ibu jari untuk membuka lubang di bawah
rekoder. Cara ini tidak sesuai jika hendak memainkan not dengan cepat. Cara
yang terbaik ialah dengan menggerakkan sendi ibu jari untuk membuka dan
menutup lubang untuk menghasilkan not tinggi dan rendah. Penjarian enam not
dirumuskan seperti berikut:

(a) Penjarian not DÊ

(b) Penjarian not EÊ

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  37

(c) Penjarian Not FÊ

(d) Penjarian Not F#

(e) Penjarian Not GÊ

(f) Penjarian Not CÊ

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

1.4.4 Pengajaran Rekoder Secara Kelas


Prinsip pengajaran rekoder secara kelas:

(a) Pengajaran mestilah berdasarkan kebolehan semua murid;

(b) Hampir semua murid berpeluang mengambil bahagian dalam pembelajaran;

(c) Murid-murid berasa berjaya dalam aktiviti pembelajaran;

(d) Murid yang lemah juga boleh menguasai kemahiran asasi permainan
rekoder; dan

(e) Pengajaran mestilah menurut prinsip ansur maju.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  39

Masalah pembelajaran rekoder dalam bilik darjah:

(a) Murid tidak gunakan penglidahan yang betul dalam pembelajaran;

(b) Murid tidak tahu membaca notasi skor;

(c) Murid tidak meniup rekoder mengikut frasa;

(d) Murid terlupa penjarian rekoder;

(e) Murid tidak ada minat terhadap pembelajaran rekoder; dan

(f) Murid menghasilkan bunyi rekoder yang tidak baik.

Pendekatan untuk mengatasi masalah:

(a) Latihan tiruan irama:

(i) Guru mainkan irama;

(ii) Murid disuruh menyanyikan irama; dan

(iii) Murid meniup irama itu dengan rekoder.

Secara tidak langsung murid-murid menguasai kemahiran penglidahan.

Contoh irama:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

Teknik meniup rekoder:

Contoh Lagu:

(b) Nyanyian solfa lagu:

(i) Boleh membangkitkan minat murid;

(ii) Boleh membantu murid menguasai konsep melodi lagu;

(iii) Murid dapat memperbetulkan kesalahan kerana sudah menguasai


konsep melodi lagu;

(iv) Membantu murid menguasai frasa lagu; dan

(v) Membantu murid menguasai ekspresi lagu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  41

Contoh Lagu:

(c) Latihan penjarian:

(i) Murid lupa penjarian rekoder kerana tidak ada latihan penjarian;

(ii) Selepas latihan penjarian, murid akan mempelajari lagu baru dengan
senang;

(iii) Latihan ini boleh mengurangkan kadar kegagalan murid dalam


pembelajaran rekoder; dan

(iv) Latihan ini membantu murid-murid membaca skor.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

Latihan not B, A, G:

Latihan not CÊ:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  43

Latihan not DÊ

(d) Latihan tiruan melodi:


(i) Guru memainkan satu rangkai melodi yang pendek;
(ii) Murid-murid nyanyikan solfa lagu; dan
(iii) Murid meniup rangkai melodi itu dengan rekoder melalui
pendengaran.

Contoh tiruan melodi:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

(e) Belajar frasa susah dari belakang:

Kebaikan cara belajar frasa susah dari belakang adalah:

(i) Kebanyakan murid boleh mengambil bahagian;

(ii) Hasil bunyi ton dapat dikawal dengan baik;

(iii) Murid tidak berasa tekanan semasa mengikut kaedah pembelajaran


ini;

(iv) Murid boleh meniup frasa itu dengan betul; dan

(v) Murid senang menguasai permainan legato.

 Rekoder menjadi pilihan kebanyakan negara untuk digunakan dalam


pengajaran muzik kerana rekoder senang dipelajari dan harganya murah
serta diperbuat daripada kayu dan plastik.

 Rekoder terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu kepala, badan dan ekor
(kaki).

 Ada dua sistem penjarian rekoder yang biasa digunakan dalam permainan
alat rekoder seluruh dunia iaitu sistem penjarian Baroque dan German.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  45

 Tiga teknik asas dalam permainan rekoder ialah postur, cara memegang
rekoder dan penjarian.

 Teknik meniup rekoder terdiri daripada „Embouchure‰, penglidahan dan


pernafasan.

 Rekoder perlu dijaga dan disimpan dengan sempurna.

 Pengajaran dan pembelajaran rekoder perlu bermula dari senang ke susah


dan secara berperingkat.

 Sebelum cuba menghasilkan bunyi-bunyi daripada rekoder, adalah


disyorkan bahawa langkah-langkah berikut perlu diambil:

(i) Tepuk tangan sambil menyebut Nama Irama Perancis.

(ii) Nyanyikan latihan dalam solfa dengan menggunakan sistem „Do


Bergerak‰ sambil bertepuk tangan atau ketuk irama (tap).

(iii) Nyanyikan nama huruf not-not dalam Notasi Baluk sambil melakukan
penjarian di rekoder untuk kedudukan not-not yang betul.

(iv) Akhirnya, tiup latihan atau tiun daripada Notasi Baluk dengan
menumpukan perhatian yang khusus kepada intonasi rekoder.

Langkah (i)ă(iii) penting kerana ia membolehkan pelajar mendengar bunyi


dan merasai irama sebelum memainkannya di rekoder, intonasi yang
dihasilkan pada rekoder akan bertambah baik secara automatik.

„Do Bergerak‰ Penjarian


Allegro Pernafasan
Embouchure Postur
Intonasi Renj
Penglidahan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

1. Apakah kebaikan dan kelebihan rekoder kepada murid?

2. Huraikan tiga aspek teknik meniup rekoder supaya dapat menghasilkan


pengeluaran ton yang baik.

Cadangan Latihan Rekoder

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  47

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN REKODER  49

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like