You are on page 1of 25

Topik  Nyanyian

4
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan beberapa kaedah pengajaran nyanyian dalam
pendidikan muzik;
2. Menyatakan kepentingan pendekatan dan kaedah-kaedah
pengajaran nyanyian dalam pendidikan muzik;
3. Mengaplikasikan konsep-konsep muzik dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran nyanyian; dan
4. Mengelolakan kelas dengan aktiviti-aktiviti muzikal yang kreatif
dan menarik.

 PENGENALAN
Sebagai pendidik muzik, anda perlu memahami bidang nyanyian dan
menyampaikannya kepada pelajar dengan cara yang berkesan dan bermakna
kepada mereka. Dengan memasang rakaman audio seperti cakera padat dan
menyuruh murid menyanyi dengan seronok tidak memadai. Sebenarnya,
terdapat banyak aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik di sekolah terutama nyanyian.

Pengajaran dan pembelajaran nyanyian akan lebih terancang dan berkesan


sekiranya anda sebagai pendidik muzik dapat mengenal pasti dan menguasai
kaedah-kaedah yang akan digunakan serta konsep-konsep muzik yang boleh
diaplikasikan dalam bilik darjah. Pendidik juga harus peka mengenai perubahan
dan pembaharuan terkini terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan
pendidikan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NYANYIAN  101

4.1 KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN


Pengajaran dan pembelajaran muzik di hampir seluruh dunia pada masa
sekarang boleh dikatakan banyak dipengaruhi dan berdasarkan pendekatan-
pendekatan yang telah diasaskan oleh beberapa orang pendidik muzik yang
termasyhur di dunia. Pendidik-pendidik muzik yang dimaksudkan ialah Johann
Heinrich Pestalozzi (Swiss), Emile Jacques Dalcroze (Swiss), Carl Orff (Jerman),
Shinuchi Suzuki (Jepun), Zoltan Kodaly (Hungary) dan Edwin Gordon (US).

Rajah 4.1: Johann Heinrich Pestalozzi


Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Johann_Heinrich_Pestalozzi

Walaupun jaguh-jaguh ini mempunyai latar belakang yang amat berbeza, setiap
seorang telah banyak memberi perhatian yang teliti kepada bagaimana konsep-
konsep muzik harus diperkenalkan kepada murid-murid yang mempelajari
muzik di peringkat sekolah rendah dan prasekolah. Konsep-konsep ini telah
diteliti dengan lebih halus dan mendalam sebelum diubahsuaikan untuk
kegunaan sehinggalah ke peringkat sekolah menengah pada masa sekarang.
Namun begitu, dalam pengajaran dan pembelajaran nyanyian, terdapat beberapa
kaedah yang perlu diikuti mengikut urutan untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih kreatif serta menarik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 4 NYANYIAN

Prinsip-prinsip Muzik Mengikut Sistem Pestalozzi:

(a) Mengajar BUNYI sebelum SIMBOL (isyarat). Pelajar mesti menjalani


aktiviti nyanyian dahulu, kemudian baru belajar membaca dan menulis
(rote to note).

(b) Mengajar pendengaran secara aktif bukan pasif. Contohnya, mendengar


dan mengajuk balik bunyi:

(i) Yang sama, yang berbeza (berlainan); dan

(ii) Yang enak dan yang kurang enak.

(c) Mengajar sesuatu konsep atau perkara mengikut urutan:

(i) Irama;

(ii) Melodi; dan

(iii) Ekspresi.

(d) Pelajar perlu memahiri satu konsep sebelum beralih atau maju ke perkara
baru.

(e) Menjalankan aktiviti amali sebelum memberi bahan-bahan teori dan


prinsipnya.

(f) Menganalisis bunyi (sebarang bunyi), membuat latihan, mengaplikasikan


kepada muzik dan bunyi-bunyian muzik.

(g) Mengaitkan dan menyelaraskan not-not vokal dengan peralatan


instrumental.

4.1.1 Kaedah Mengajar Nyanyian


Untuk mengajar nyanyian, anda perlulah mengambil kira beberapa perkara
seperti berikut:

(a) Pilihan lagu-lagu yang sesuai dengan renj (julat) suara murid;

(b) Pilihan lagu-lagu perlulah menarik dari segi mood, tempo, bentuk, irama,
ekspresi dan lirik lagu;

(c) Pilihan lagu haruslah mempunyai hubung kait dengan pelajaran yang
hendak diajar;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NYANYIAN  103

(d) Memastikan postur, pernafasan, penghasilan ton dan ekspresi murid


adalah betul semasa mereka menyanyi;

(e) Mengenal pasti konsep muzik yang ingin difokuskan. Contohnya irama,
melodi, ekspresi dan lain-lain;

(f) Mengenal pasti kaedah pengajaran yang akan digunakan untuk mengajar
nyanyian; dan

(g) Penyediaan carta lagu dengan pilihan lagu yang sesuai. Guru boleh
menggunakan gambar-gambar untuk menggantikan perkataan supaya
mudah untuk pelajar mengingatinya.

Pemilihan Lagu
Pemilihan lagu yang baik banyak bergantung pada beberapa aspek seperti usia,
minat serta kebolehan murid. Antara garis panduan yang perlu diikuti semasa
memilih lagu ialah:

(a) Lagu sesuai dengan renj suara;

(b) Nadanya tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah;

(c) Irama yang mudah dan menarik;

(d) Seni kata tentang kegembiraan;

(e) Berkaitan dengan sesuatu perayaan atau peristiwa;

(f) Berkaitan dengan kehidupan harian mereka;

(g) Seni katanya berulang-ulang;

(h) Iramanya mudah, menarik dan berulang-ulang;

(i) Melodinya menarik; dan

(j) Mood lagu hendaklah riang dan bervariasi.

Jenis-jenis Lagu
Jenis-jenis lagu yang boleh digunakan untuk mengajar nyanyian ialah:

(a) Lagu-lagu rasmi;

(b) Lagu-lagu beraksi;

(c) Lagu-lagu permainan anggota badan;

(d) Lagu-lagu berdasarkan gambar/cerita;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 4 NYANYIAN

(e) Lagu-lagu patriotik;

(f) Lagu-lagu tradisional;

(g) Lagu-lagu jenaka;

(h) Lagu-lagu nasihat;

(i) Lagu-lagu mengenai persekitaran;

(j) Lagu-lagu perayaan; dan

(k) Lagu-lagu solfa do....so...(pic C sahaja).

4.1.2 Kaedah Mengajar Lagu


Ada beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah-kaedah
yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning).
Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk.
Penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory) murid.
Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah seperti berikut:

(a) Kaedah Keseluruhan Lagu


Kaedah ini sesuai untuk mengajar lagu yang pendek. Teknik ini amat
berkesan untuk kelas yang baik. Langkah mengajarnya adalah seperti
berikut:

(i) Memperdengarkan lagu secara keseluruhan dengan muziknya


(tiga/empat kali);

(ii) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan dengan iringan dan


tanpa iringan muzik (guru mesti mempunyai kemahiran vokal yang
baik);

(iii) Membimbing murid membaca seni kata lagu dengan sebutan yang
betul;

(iv) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara „humming‰ atau


sebutan vokal a, e, i, o, u, berulang kali; dan

(v) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NYANYIAN  105

(b) Kaedah Baris Demi Baris


Kaedah ini adalah yang biasa digunakan, terutamanya bagi kelas yang
lemah. Sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran lagu
secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudian diikuti dengan
cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir dan menyanyi
keseluruhan lagu. Langkah-langkah untuk menjalankannya adalah seperti
berikut:

(i) Memperdengarkan lagu secara keseluruhan;

(ii) Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara „humming‰ baris


demi baris;

(iii) Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara


„humming‰;

(iv) Mengajar murid membaca seni kata lagu;

(v) Membimbing murid menyanyi dengan seni kata lagu satu demi satu
baris, berulang kali;

(vi) Guru dan murid menyanyi lagu secara keseluruhan bersama-sama;


dan

(vii) Menyuruh murid menyanyi sendiri dengan iringan muzik dan tanpa
iringan muzik.

(c) Kaedah Solfege dengan Isyarat Tangan Curwen (lihat Rajah 4.2)
Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan „rote‰ dan
bacaan notasi menggunakan suku kata (d, r, m, f, s, l, t, dÊ) digunakan
sebagai pic. Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk
membantu pengajaran secara solfege (rujuk Lampiran).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 4 NYANYIAN

Rajah 4.2: Isyarat tangan „curwen‰

Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut:

(i) sm

(ii) lsm

(iii) l s m r

(iv) l s m r d

(v) lsmrdl

(vi) l s m r d l s

(vii) f

(viii) t

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NYANYIAN  107

(d) Kaedah Menggunakan Carta Bola Ping Pong


Kaedah ini adalah sesuai untuk lagu-lagu pendek dan mempunyai kontur
melodi yang jelas. Langkah-langkah untuk menjalankannya adalah seperti
berikut:

(i) Memperdengarkan rakaman sambil membimbing pelajar mengenal


pasti naik turun rangkai lagu;

(ii) Melatih pelajar menunjukkan naik turun rangkai lagu berpandukan


carta dan iringan muzik;

(iii) Melatih pelajar menyanyi secara „humming‰ atau „la‰;

(iv) Membimbing pelajar membaca seni kata lagu mengikut naik turun
rangkai lagu; dan

(v) Membimbing pelajar ikut menyanyi dengan seni kata.

(e) Kaedah Sebahagian-sebahagian (Part Method /Chime in Method)


Teknik ini melibatkan suatu jemputan kepada pelajar-pelajar untuk
menyanyi dengan guru semasa guru menyanyi bahagian-bahagian lagu
yang senang atau kerap dinyanyi seperti korus atau rangkai lagu yang
kerap diulang seperti perkataan „trek tek tek‰ pada lagunya.

Teknik ini berguna apabila guru ingin mengajar lagu yang susah dari
segi seni kata, irama atau melodi. Jika guru ingin mengajar lagu yang
mengandungi banyak perkataan kepada pelajar yang kurang maju, teknik
ini amat berkesan. Sekiranya guru ingin mengajar lagu bahasa Inggeris
kepada pelajar yang kurang maju dalam mata pelajaran itu, teknik ini boleh
digunakan.

Penggunaan kaset/CD untuk teknik ini oleh guru adalah sangat baik,
supaya guru tidak menjadi terlalu letih. Semasa kaset atau CD dimainkan,
guru boleh meminta pelajar menyanyi bahagian-bahagian yang mereka
tahu nyanyi. Lagu diulangi sehingga pelajar boleh menyanyi dengan tepat.

(f) Kaedah Solfa


Teknik ini memerlukan banyak masa kerana pelajar mesti diberi banyak
latihan dalam nyanyian solfa. Mereka mesti biasa dengan solfa dan dapat
mengecam pic solfa dengan tepat tiap-tiap kali not solfa tersebut
dinyanyikan. Guru pula mesti sangat mahir dalam nyanyian solfa dan
dapat mengecam pic tiap-tiap not solfa itu dengan tepat setiap kali not itu
dinyanyikan. Langkah-langkah mengajar:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 4 NYANYIAN

(i) Berlatih membunyikan tangan ada mengikut solfa do ă doÊ skel C;

(ii) Berlatih membunyikan arpeggio  do, me, so, doÊ dan Âre, fa, la, teÊ
atau jeda do ă re, do ă me dan sebagainya;

(iii) Mendengar keseluruhan lagu mengikut solfa. Lagu yang senang


dipelajari digunakan dahulu;

(iv) Mengikut nyanyian lagu dengan bunyi solfa; dan

(v) Mengikut lagu dengan seni kata.

Kelebihan Kaedah Solfa:


Pelajar dapat mengecam pic dengan tepat sekali. Maka, pelajar dapat
menyanyikan sebarang lagu yang dicatatkan dalam bentuk muzik atau
solfa dengan lebih cepat.

(g) Kaedah Melakar Bertema


Teknik ini amat sesuai digunakan untuk mengajar murid tahap satu,
terutamanya pada peringkat awal mereka mula bersekolah (kerana
kemungkinan besar, mereka masih tidak boleh membaca pada masa itu).
Lagu yang sesuai untuk diajar mengikut cara ini mesti mempunyai tema
yang menarik dan boleh diiringi dengan gambar, contohnya, lagu „Burung
kakak tua‰, „Gerak binatang‰. Langkah-langkah mengajar dengan kaedah
ini adalah seperti berikut:

(i) Guru membincangkan isi lagu kepada murid;

(ii) Guru menunjukkan carta yang telah diajar dengan gambar-gambar


yang menarik dan tersusun mengikut cerita lagu (satu rangkai lagu
satu gambar);

(iii) Guru menanya soalan mengikut gambar sambil mengajar murid


membaca lirik lagu secara gambar demi gambar atau baris demi baris;

(iv) Guru memperdengarkan lagu kepada murid sambil menunjukkan


gambar-gambar pada carta;

(v) Murid diajar menyanyi gambar demi gambar/rangkai demi rangkai;

(vi) Murid menyanyi seluruh lagu dengan iringan muzik; dan

(vii) Menggabungjalinkan nyanyian dengan gerakan dan genderang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NYANYIAN  109

4.1.3 Aspek-aspek yang Harus Dipertimbangkan


dalam Mengajar Nyanyian
Terdapat beberapa aspek penting yang harus dipertimbangkan dalam proses
pengajaran nyanyian, antaranya ialah:

(a) Memilih Tajuk dan Objektif


Guru mestilah memikirkan tajuk dan objektif aktiviti tersebut.

(b) Menyesuaikan Lagu dengan Tema atau Tajuk Mingguan


Aktiviti muzik yang dipilih haruslah sebaik-baiknya mempunyai kaitan
dengan tema pelajaran mingguan berkenaan.

(c) Memilih Lagu yang Sesuai


Guru haruslah memilih lagu-lagu yang sesuai dengan pelajar. Tajuk, seni
kata, renj atau peringkat kemampuan pelajar harus difikirkan juga. Lagu
yang dipilih perlulah mudah dan senang dinyanyikan oleh pelajar.

(d) Mempelbagaikan Teknik


Sesuatu aktiviti boleh dijalankan berulang kali dengan pelbagai teknik
penyampaian supaya pengajaran menjadi lebih berkesan dan
menyeronokkan. Misalnya aktiviti nyanyian dengan permainan anggota
badan, beraksi dengan gambar dan lain-lain.

AKTIVITI 4.1

Berdasarkan kaedah pengajaran nyanyian dan lagu, senaraikan lima


aktiviti nyanyian yang kreatif dan boleh diaplikasikan dalam bilik
darjah.

SEMAK KENDIRI 4.1

Berikan beberapa contoh kaedah pengajaran nyanyian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 4 NYANYIAN

4.2 MENGAPLIKASIKAN KONSEP MUZIK


MELALUI AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN NYANYIAN
Dalam pendidikan muzik, terdapat tujuh unsur/konsep asas yang perlu
diketahui dan difahami oleh seseorang pendidik muzik sebelum diaplikasikan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran muzik. Berikut diterangkan secara
ringkas konsep-konsep muzik iaitu;
(a) Irama;
(b) Melodi;
(c) Harmoni;
(d) Tekstur;
(e) Warna ton;
(f) Bentuk; dan
(g) Ekspresi.

4.2.1 Elemen Irama


Elemen irama termasuklah detik muzik, tempo dan not-not muzik. Detik ialah
unit ukuran masa dalam muzik. Dalam erti kata yang mudah, detik muzik
adalah sama dengan detik jam biasa. Detik muzik selalunya adalah sekata iaitu
tidak semakin cepat atau semakin lambat.

Tempo ialah istilah yang menunjukkan kelajuan detik. Tempo yang cepat
mempunyai detik yang cepat. Tempo yang perlahan pula mempunyai detik yang
lambat.

Panjang atau pendeknya sesuatu bunyi diukur menggunakan detik. Lambang


yang menunjukkan panjang atau pendeknya bunyi itu dapat dikenali dengan
merujuk kepada bentuk-bentuk not.

Oleh kerana itu, ia menjadikannya sukar bagi ahli muzik mengira setiap detik
satu persatu. Oleh itu meter dicipta. Meter ialah detik-detik yang dikumpulkan
dengan bilangan tertentu. Meter duaan, tigaan dan empatan menunjukkan
bilangan detik dalam setiap kumpulan. Kumpulan-kumpulan detik ini
dinamakan bar.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NYANYIAN  111

Jadual 4.1 menunjukkan nilai not yang terdapat dalam irama.

Jadual 4.1: Jenis, Bentuk, Kiraan Meter dan Nilai Not-not dalam Irama

Jenis Not Bentuk Not Kiraan Meter Nilai Not


Semibrif 4 1
Minim 2 1/2

Krocet 1 1/4

Kuaver 1/2 1/8

Semikuaver 1/4 1/16

Dalam setiap bar, terdapat tekanan bunyi yang berbeza. Ini dapat „dirasai‰
secara muzikal. Dalam setiap bar, detik pertama dimainkan lebih kuat daripada
detik-detik yang lain. Meter dikenal pasti dengan melihat tanda masa. Tanda
masa mempunyai dua nombor, satu di atas dan satu di bawah. Nombor di atas
menunjukkan bilangan detik dalam setiap bar. Manakala nombor di bawah
menunjukkan jenis not.

Nombor 4 menunjukkan not krocet.


Nombor 2 menunjukkan not minim.

Jadual 4.2: Meter Lazim dan Meter Tidak Lazim

Meter Lazim Meter Tidak Lazim


Meter duaan 2 2 2 Meter duaan 6 6 6
4 2 8 4 8 16
Meter tigaan 3 3 3 Meter tigaan 9 9 9
4 2 8 4 8 16
Meter empatan 4 4 4 Meter empatan 12 12 12
4 2 8 4 8 16

4.2.2 Elemen Melodi


Pic ialah unsur asas dalam elemen melodi. Pic adalah tinggi/rendah dalam
muzik. Pic tinggi ialah bunyi yang kecil atau nyaring, manakala pic rendah ialah
bunyi besar. Pic ditandakan dengan huruf-huruf ABCDEF dan G.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 4 NYANYIAN

Baluk ialah lima garisan selari. Klef digunakan untuk menandakan pic yang
ditunjukkan pada garisan-garisan atau ruangan-ruangan baluk. Klef yang
digunakan dalam muzik ialah klef Trebel, klef Alto, klef Tenor dan klef Bes.

Pic dapat dikenali dengan melihat kedudukan kepala not pada garisan atau
ruangan baluk. Garisan lejar ditulis pada bahagian atas atau bahagian bawah
baluk. Ia digunakan apabila diperlukan sahaja, bagi menunjukkan pic yang
terlalu tinggi atau terlalu rendah (yang tidak terdapat pada baluk).

Not-not yang disusun dengan struktur tertentu dinamakan skel. Kadangkala ia


juga disebut sebagai tangga nada. Contoh ciri-ciri skel major adalah seperti
berikut:

(a) Mempunyai turutan menaik atau menurun;


(b) Mempunyai lapan not yang disusun secara berturutan;
(c) Bermula dan berakhir dengan not dan skel yang sama (misalnya, skel C
major mesti bermula dan berakhir dengan not C); dan
(d) Jarak antara not 3ă4 dan juga 7ă8 ialah satu langkah pada mata piano (satu
langkah pada mata piano dipanggil semiton).

Ton dan semiton ialah unit ukuran (jeda) antara dua pic dalam muzik.

Tanda kromat digunakan untuk menunjukkan suatu pic itu telah dinaikkan atau
diturunkan. Tanda kromat SYAP (#) menunjukkan pic telah dinaikkan sebanyak
satu semiton (satu langkah). Tanda kromat FLET (b) menunjukkan pic telah
diturunkan sebanyak satu langkah dari pic asal. Tanda kromat NEUTRAL
digunakan untuk mengembalikan not yang telah diubah (sama ada telah
dinaikkan atau diturunkan).

4.2.3 Elemen Harmoni


Harmoni ialah gabungan beberapa suara yang dibunyikan serentak.

Kaden ialah pengakhiran atau penutup frasa yang menjadi penanda kepada
setiap ayat dalam muzik. Kaden terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu:

(a) Kaden Perfek

(i) Contoh kaden perfek: diakhiri dengan kod V ă I;


(ii) Dalam sesebuah lagu dalam nada C Major, ia mestilah diakhiri
dengan kod G Major iaitu kod yang dominan kepada C; dan
(iii) Kaden perfek bertindak sebagai kaden penamat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NYANYIAN  113

(b) Kaden Imperfek

(i) Contoh kaden imperfek: merupakan kaden yang tidak lengkap, ia


diakhiri dengan kod I ă V;

(ii) Dalam lagu yang bernada C Major, ia diakhiri dengan kod C Major
dan G Major, kaden ini bertindak sebagai tanda koma dalam muzik;
dan

(iii) Kaden imperfek bertindak sebagai kaden pertengahan.

(c) Kaden Plagal

(i) Contoh kaden plagal: ia diakhiri dengan kod IV ă I;

(ii) Dalam sesebuah lagu yang bernada D Major, ia mestilah diakhiri


dengan kod G Major dan D Major kerana G ialah kod yang dominan
kepada D Major; dan

(iii) Kaden plagal bertindak sebagai kaden penamat.

4.2.4 Elemen Tekstur/Jalinan


Tekstur ialah bilangan jenis suara yang terdapat dalam suatu lagu. Misalnya,
dalam sebuah lagu terdapat alat muzik gitar, piano, suara manusia dan dram.

Rajah 4.3: Alat muzik gitar dan piano


Sumber: http://mizamazlan.blogspot.com/2013/03/piano.html

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 4 NYANYIAN

Tekstur lagu itu dikatakan tebal. Lagu yang mempunyai satu suara sahaja
dikatakan mempunyai tekstur yang nipis. Elemen tekstur terbahagi kepada
empat iaitu:

(a) Monofoni
Muzik satu suara tanpa iringan.

(b) Homofoni
Sistem interpretasi yang berharmoni dalam siri muzik polifoni.

(c) Polifoni
Berbilang suara.

(d) Heterofoni
Gaya improvasi dalam siri muzik polifoni.

4.2.5 Elemen Warna Ton


Ciri-ciri bunyi dinamakan warna ton. Bunyi suara lelaki dewasa adalah lebih
kasar dan garau, manakala bunyi suara wanita adalah nyaring dan lembut.
Tentu anda dapat membezakan antara suara nyanyian Siti Nurhaliza dengan
Ziana Zain. Sifat-sifat suara mereka adalah berbeza ă perbezaan ini dinamakan
warna ton.

Vokal ialah nyanyian oleh suara manusia.

Perkusi ialah alatan muzik yang dimainkan dengan cara mengetuk, memukul
atau memalu. Contohnya tamborin, kerincing dan gendang.

Perkusi badan ialah bahagian badan manusia yang ditepuk atau pukul supaya
menghasilkan bunyi. Misalnya bertepuk tangan, tepuk paha, hentak kaki, petik
jari dan sebagainya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NYANYIAN  115

Rajah 4.4: Contoh perkusi badan


Sumber: http://www.zaubereinmaleins.de/kommentare/bildkarten-bodypercussion-
tanzen....861/

4.2.6 Elemen Bentuk


Bentuk muzik merupakan satu esei atau lagu yang mempunyai pelan ataupun
bagaimana corak melodi itu berubah. Jika sebuah lagu tidak mempunyai salah
satu bentuk muzik, lagu yang dihasilkan itu akan menjadi tidak teratur dan
kelam kabut. Bentuk ialah seksyen atau bahagian-bahagian lagu. Sebuah lagu
biasanya mempunyai permulaan (introduction), rangkai (verse) dan korus.
Bahagian akhir lagu dinamakan Coda.

4.2.7 Elemen Ekspresi


Bentuk muzik merupakan satu esei atau lagu yang mempunyai pelan ataupun
bagaimana corak melodi itu berubah. Jika sebuah lagu tidak mempunyai salah
satu bentuk muzik, lagu yang dihasilkan itu akan menjadi tidak teratur dan
kelam kabut. Bentuk adalah seksyen atau bahagian-bahagian lagu. Sebuah lagu
biasanya mempunyai permulaan (introduction), rangkai (verse) dan korus.
Bahagian akhir lagu dinamakan koda (coda). Elemen ekspresi merangkumi dua
aspek iaitu:

(a) Dinamik
Dinamik adalah kekuatan bunyi sesuatu muzik. Ada muzik yang kuat dan
ada muzik yang perlahan. Dalam bidang muzik, istilah „perlahan‰ tidak
digunakan kerana ia mungkin berkaitan dengan aspek dinamik ataupun
tempo dan boleh mengelirukan. Bunyi yang perlahan dikenali sebagai
bunyi lembut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 4 NYANYIAN

Bunyi yang kuat ditandakan dengan simbol f yang bermaksud forte. Bunyi
yang lembut ditandakan dengan simbol p yang bermaksud piano. Tanda-
tanda ini ditulis di bahagian bawah not pada baluk.

(b) Suasana (Mood )


Deskripsi mood di dalam muzik; riang, sedih, bersemangat, cemas, takut,
tenang.

AKTIVITI 4.2

Rancangkan satu aktiviti nyanyian dengan mengaplikasikan konsep


irama, melodi dan ekspresi dalam pengajaran dan pembelajaran muzik.

4.3 PENGENDALIAN KELAS


Guru berperanan dalam menentukan tahap keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan. Oleh itu, guru merupakan pemudah cara,
penggalak dan pembimbing dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Muzik. Ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru-guru
yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
muzik, tetapi juga mempunyai pengetahuan, kemahiran, dedikasi dan inovasi
dalam pengendalian kelas. Kebolehan untuk mengendakan kelas dengan baik
adalah penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih kreatif dan mencapai objektif pelajaran.

Seseorang guru perlu memahami beberapa prinsip pembelajaran sebelum


merancang sebarang pengajaran dan pembelajaran. Antara beberapa prinsip
pembelajaran tersebut ialah:

(a) Pertalian
Pembelajaran mudah berlaku bagi perkara-perkara yang mempunyai
pertalian antara satu sama lain. Misalnya, perkara-perkara yang seiras,
sepadan, berlawan dan berlaku dalam jarak masa yang singkat.

(b) Pengulangan
Perkara yang kerap diulang dapat membantu proses pembelajaran.

(c) Kepuasan
Tindakan belajar yang menghasilkan ganjaran dan kepuasan akan
mendorongkan pembelajaran dan kekal dalam ingatan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NYANYIAN  117

(d) Pengalaman
Pembelajaran dan kefahaman lebih mudah berlaku apabila pelajar pernah
mengalami sendiri sesuatu aktiviti, misalnya aktiviti yang memerlukan
pelajar menggunakan organ-organ derianya.

(e) Pelaziman
Kebiasaan membuat sesuatu berulang kali dapat menghasilkan
pembelajaran dengan lazimnya.

(f) Kesediaan
Pembelajaran hanya boleh berlaku apabila seseorang itu mempunyai
kesediaan untuk belajar. Paksaan tidak dapat menghasilkan pembelajaran
yang berkesan.

(g) Penyertaan
Pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran akan
menghasilkan kefahaman yang berkesan dan apa yang dipelajari itu dapat
diingat dengan lebih lama.

(h) Peniruan
Pembelajaran boleh berlaku dengan meniru perbuatan orang lain, misalnya
menyanyi, melakukan aktiviti fizikal dan tingkah laku.

(i) Minat
Pembelajaran lebih mudah berlaku apabila seseorang itu berminat atau
sanggup mempelajari sesuatu.

(j) Motivasi
Seseorang yang digerakkan (mempunyai motivasi) untuk belajar akan
menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Motivasi ini boleh wujud
dalam bentuk ekstrinsik (ganjaran luar) mahupun intrinsik (keinginan
dalaman).

(k) Peneguhan
Peneguhan yang sesuai dapat menambahkan pembelajaran dan
pengekalannya. Peneguhan positif seperti pujian lebih berkesan untuk
menggalakkan pembelajaran. Sebaliknya, peneguhan negatif seperti denda
boleh menimbulkan perasaan kurang sihat dan melemahkan semangat
pembelajaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 4 NYANYIAN

(l) Pemeringkatan Pembelajaran


Isi pelajaran hendaklah disusun secara sistematik daripada yang mudah
kepada yang lebih kompleks untuk memudahkan pembelajaran.
Contohnya, daripada mudah ke susah, maujud kepada mujarad, umum
kepada khusus dan daripada fakta kepada penaakulan.

(m) Kaedah Pembelajaran


Kaedah pengajaran guru yang baik dan kaedah pembelajaran pelajar yang
sesuai dapat menambahkan keberkesanan pembelajaran.

(n) Maklum Balas


Guru dan pelajar perlu mendapatkan maklum balas berkaitan proses dan
kemajuan dalam pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Ini
membolehkan guru menyesuaikan kaedah pengajarannya, sementara
pelajar pula dapat memperbaiki pembelajarannya.

(o) Pengalaman Harian


Pelajaran yang disampaikan hendaklah dihubungkaitkan dengan
pengalaman seharian pelajar. Pelajaran seperti ini lebih bermakna dan
berguna kepada pelajar untuk menguasai sesuatu pembelajaran.

Guru/Pendidik muzik harus mempunyai sifat positif dalam segala hal. Mereka
perlu mempunyai kemahiran dan kreativiti yang tinggi terutamanya dalam
penggunaan alat dan bahan bantu mengajar serta cara penyampaian isi pelajaran
menggunakan pendekatan dan kaedah mengajar yang pelbagai mengambil kira
gaya pembelajaran pelajar agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan
dan menyeronokkan. Pemilihan bahan bantu mengajar yang akan digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran nyanyian haruslah berfungsi, menarik,
mencukupi, berkesan dan boleh juga menggunakan sesuatu yang telah
diimprovisasikan.

4.3.1 Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran


Proses pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada dua langkah yang penting,
iaitu induksi set dan penyampaian. Ciri-ciri kedua-dua langkah ini adalah seperti
berikut.

(a) Induksi Set


(i) Definisi:

 Tindakan dan penyertaan guru yang bertujuan menggabungkan


pengalaman murid dengan objektif-objektif dalam sesuatu
pengajaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NYANYIAN  119

 Kemahiran menyediakan murid dan menarik perhatian awal


merupakan permulaan sesuatu proses pengajaran.

 Bertujuan untuk membina aliran fikiran dan mencetuskan minat


murid supaya mereka menumpukan segala perhatian terhadap
aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan oleh guru.

(ii) Tujuan:

 Mendapatkan perhatian murid;

 Membolehkan murid memahami pelajaran yang akan diikuti


nanti dengan mudah, kerana maklumat awal yang berkaitan
dengan pelajaran yang diajar telah diketahui mereka;

 Cuba melibatkan murid dan menambahkan minat untuk


mengetahui dan mempelajari pelajaran tersebut; dan

 Menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi.

(iii) Bilakah Induksi Set Digunakan?

 Memulakan pelajaran baru;

 Memperkenalkan satu konsep atau prinsip;

 Memulakan aktiviti untuk mendapatkan kemahiran seperti


kemahiran penjarian rekoder;

 Memulakan sesi soal jawab;

 Mengubah cara penyampaian sekiranya murid kurang atau tidak


faham; dan

 Memulakan kerja amali.

(iv) Bagaimanakah Caranya?

 Guru bercerita;

 Menjalankan aktiviti yang menarik seperti nyanyian, lakonan,


simulasi dan lain-lain;

 Menggunakan alat bantu mengajar yang menarik seperti radio,


gambar berwarna, objek-objek maujud, model, carta serta lain-lain
yang bersesuaian dengan tajuk yang diajar;

 Bersoal jawab ă menyoal pengalaman harian murid atau murid


bercerita;
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
120  TOPIK 4 NYANYIAN

 Menggunakan teknik „memeranjatkan‰ seperti menjatuhkan


sesuatu secara tiba-tiba, mengeluarkan bunyi ganjil dan
sebagainya;

 Menggunakan isu-isu yang mencabar murid misalnya, „Bagaimana


mempopularkan lagu-lagu rakyat kepada masyarakat?‰; dan

 Melakukan tunjuk cara. Contohnya, mengajar satu teknik baru


dalam nyanyian atau murid mengulang perbuatan yang telah
diajarkan sebelumnya kepada mereka.

(b) Penyampaian
Amalkan strategi-strategi berikut:
(i) Segera memulakan pengajaran agar murid tidak ternanti-nanti,
sedangkan mereka telah bersedia.
(ii) Set induksi perlu menarik minat murid dan dapat memberi kesan.
(iii) Kembangkan pelajaran langkah demi langkah tanpa gangguan.
Mulakan dari prinsip mudah ke susah dan sebagainya.
(iv) Gaya percakapan guru yang jelas, tidak terlalu cepat dan boleh diikuti
oleh semua murid
(v) Elakkan gangguan manerisme. Contohnya, terlalu banyak berjalan,
melambung pen/kapur atau penerangan tidak licin
(vi) Bahasa ă tertib, terang, sesuai dengan keadaan/situasi.
(vii) Penyoalan ă baik taburannya dan berkaitan dengan objektif atau isi
pelajaran.
(viii) Teknik-teknik menyoal dilakukan dengan betul.
(ix) Memberi bimbingan kepada murid-murid secara beransur-ansur
hingga mereka akhirnya boleh berdikari.
(x) Berikan peneguhan seperti ganjaran. Contohnya, pujian, galakan dan
lain-lain;
(xi) Berikan latihan-latihan supaya kemahiran-kemahiran yang diberikan
itu teguh dalam ingatan murid.
(xii) Awasi segala latihan dengan teliti.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NYANYIAN  121

(xiii) Adakan VARIASI (berubah-ubah) dalam cara penyampaian:

 Guru bergerak bebas tetapi tidak terlalu pantas dan mengganggu.

 Pusatkan perhatian murid secara lisan (beri arahan tertentu) atau


bukan lisan (senyum, mengangguk kepala dan sebagainya).
 Pelbagaikan interaksi:
 Guruăkumpulan;
 Guruămurid (individu); dan
 Muridămurid.

 Adakan HENTIAN sebentar untuk murid berfikir selepas


penerangan.

 Pelbagaikan pengalaman (penerimaan) deria seperti mendengar,


melihat, merasa dan lain-lain.
(xiv) Perkara-perkara yang harus dipertimbangkan semasa menjalankan
aktiviti nyanyian:

 Memilih lagu yang sesuai dan menarik minat murid;

 Membuat aktiviti muzik dengan baik mengikut urutan dan betul;


dan

 Tidak mengulangi teknik atau pendekatan yang sama.

4.3.2 Variasi Kaedah Latih Tubi dalam Pengajaran


dan Pembelajaran Nyanyian
Proses pengajaran dan pembelajaran yang baik sentiasa mengambil kira variasi
dalam kaedah latih tubinya. Antara variasi yang boleh diambil kira ialah:

(a) Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan:

(i) A: menyanyi;

(ii) B: tepuk tangan/perkusi badan; dan

(iii) C: beraksi/melakukan gerakan.

(b) Menyanyi secara solo.

(c) Menyanyi rangkai lagu mengikut barisan murid yang berlainan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 4 NYANYIAN

(d) Mengurangkan bilangan murid semasa nyanyian mengikut arahan guru.

(e) Selang-seli nyanyian murid perempuan dengan lelaki.

(f) Menyanyi mengikut dinamik ă kuat dan lembut.

(g) Menyanyi secara „humming‰ dan seni kata berselang-seli.

Dalam mengimplementasikan pengajaran dan pembelajaran, seseorang pendidik


muzik haruslah menitikberatkan:

(a) Pengajaran yang dilakukan mengikut langkah-langkah kecil adalah lebih


berkesan daripada menjalankan satu langkah besar;

(b) Beri peluang kepada semua murid dalam kelas untuk menyelesaikan satu
masalah yang dihadapi oleh rakan mereka;

(c) Selain menjalankan ulangkaji, perhatikan juga sama ada terdapat


peningkatan prestasi atau kemahiran murid;

(d) Berwaspada terhadap tanda-tanda yang menunjukkan murid bosan atau


tertekan dengan sesuatu aktiviti. Jika ada, segera ambil langkah-langkah
untuk mengatasinya;

(e) Periksa sama ada murid dapat menjalankan sesuatu aktiviti yang
diarahkan;

(f) Ada kalanya sesuatu aktiviti yang nampaknya mudah, tidak dapat
dijalankan dengan baik oleh murid;

(g) Latihan kemahiran patut dilakukan dalam pelbagai tempo dengan


menetapkan frasa, agar murid dapat meningkatkan kefahaman konsep.
Pilihlah tempo yang bersesuaian bagi menjalankan aktiviti;

(h) Selalulah menukar peraturan aktiviti sesuatu aktiviti jika ditukar


peraturannya akan menghasilkan suatu aktiviti yang baru; dan

(i) Jika bercakap, gunakanlah konsep irama tetapi ingat bahawa demonstrasi
akan menjimatkan masa dan lebih memudahkan murid menjalankan
sesuatu.

(Aplikasi pendekatan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran muzik di


bilik darjah)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NYANYIAN  123

AKTIVITI 4.3

Tulis satu rancangan mengajar nyanyian tahap dua selama 30 minit


mengikut langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang
dinyatakan dalam topik ini.

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Senaraikan 7 konsep muzik yang boleh diaplikasikan dalam


pengajaran dan pembelajaran.

2. Bagaimanakah anda merancang satu rancangan mengajar


nyanyian? Apakah kaedah yang akan anda gunakan untuk
merancang pengajaran dan pembelajaran? Huraikan.

 Kaedah-kaedah pengajaran dapat melatih guru membuat perancangan dan


rancangan pelajaran muzik (nyanyian) secara berperingkat mengikut
perkembangan pelajar serta mengambil kira kebolehan mereka.

 Kepelbagaian kaedah mengajar, pendekatan dan teknik pengajaran dan


pembelajaran menepati gaya pembelajaran pelajar yang berbeza dan unik
untuk pembelajaran yang efektif, menarik dan bermakna.

 Semua pendidik muzik juga harus mengikut nasihat Dorothy McDonald


yang pernah berkata bahawa:

„The success of any method depends upon the conviction, euthusiasm and
competency of the teacher using it‰ dan kita juga harus menyedari bahawa
„few teachers remain with a method long without changing, adapting or
refining it.‰

 Pendidik muzik dalam bilik darjah harus diberi kebebasan untuk memilih,
menambah, menukar dan mengubah suai kaedah-kaedah pengajaran
mengikut keperluan murid-muridnya di dalam bilik darjah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 4 NYANYIAN

Aural Melodi
Harmoni Pic
Irama Renj

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like