You are on page 1of 1

Pengenalan Kaedah Orff-Schulwerk

Oleh : Mastor Hj Jarkaseh


21 Ogos 2009

Orff Schulwerk atau juga dikenali dengan


“Pendekatan Orff” adalah salah satu daripada
kaedah yang menggabungkan kaedah Kodaly
dan Suzuki yang digunakan dalam pembelajaran
muzik. Ia merangkumi aktiviti muzik, gerakan,
drama dan percakapan yang dijalankan bersama
aktiviti permainan kanak-kanak. Oleh yang
demikian, guru hendaklah menyediakan suasana
permainan dalam kelas-kelas muziknya. Kaedah
ini diperkenalkan oleh seorang komposer German
bernama Carl Orff (1895-1982) dan rakannya
Gunild Keetman pada 1920an. Perkataan
Schulwerk bermaksud “dunia persekolahan” yang
berkaitan dengan aktiviti muzik.

Menurut Orff, muzik tidak harus berdiri sendiri


(dalam elemen irama, melodi, harmoni, dinamiks,
format / bentuk, ton dan tekstur / jalinan ),
sebaliknya ia hendaklah dikaitkan dengan elemen
pergerakan, tarian dan pertuturan. Untuk menjadikan muzik sesuatu yang bermakna,
kanak-kanak perlu terlibat secara langsung dengan aktiviti muzik itu sendiri. Antara
unsur muzik yang boleh diterapkan awal ialah penggunaan ostinato dan konsep
format rondo yang mudah.

Sebarang aktiviti pembelajaran hendaklah dijalankan dalam keadaan tanpa tekanan,


tanpa ada perasaan dinilai oleh guru atau rakan. Orff juga menggalakkan
penglibatan orang dewasa dalam aktiviti muzik termasuk keluarga dewasa pelajar.
Penggunaan alat muzik seperti glokenspil dan marimba adalah perlu untuk membina
ketepatan pic tetapi ianya perlu diubahsuai dengan menanggalkan bar yang tidak
digunakan. Pengggunaan alat muzik tanpa pic seperti dram, tamborin dan lain-lain
dapat “meluaskan” konsep muzik yang dipelajari.

Menurut Orff, empat peringkat utama pembelajaran muzik ialah

• Imitasi iaitu meniru / mengajuk aktiviti muzikal


• Eksplorasi iaitu meneroka lebih jauh dengan imiganisi kanak-kanak tentang
sesuatu konsep muzik.
• Literasi iaitu penguasaan kemahiran dan bahasa (perlambangan) muzik.
• Improvisasi iaitu mengubahsuai unsur muzik bagi menghasilkan muzik yang
baru.

You might also like