You are on page 1of 23

Topik  Perkusi

3
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyenaraikan nama dan jenis-jenis alat perkusi tanpa pic serta
memahami fungsinya;
2. Menyatakan teknik bermain alat-alat perkusi dengan betul secara
konvensional;
3. Memperoleh ekspresi diri dan daya kreativiti;
4. Menulis skor permainan alat-alat perkusi tanpa pic dengan tepat;
5. Menjelaskan daya penghargaan estetik terhadap karya dan
persembahan ensembel perkusi; dan
6. Mengaplikasikan nilai kerjasama dalam pasukan, sikap positif
dan ingin mencuba.

 PENGENALAN
Alat-alat perkusi boleh didefinisikan sebagai alat-alat muzik yang dihasilkan
dengan cara diketuk, dipalu, digoncang, digores dan bermacam cara lagi yang
bukan konvensional bagi menghasilkan bunyinya. Alat-alat muzik perkusi
lumrahnya didapati dalam muzik tradisional atau sesuatu muzik etnik suku
kaum di Malaysia khususnya. Sebahagian daripada alat perkusi ini digunakan
dalam persembahan orkestra masa kini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 3 PERKUSI

Sehingga kini sebilangannya masih mengalami proses evolusi yang berterusan


dan menyahut perubahan masa serta perkembangan sains dan teknologi. Satu
alat perkusi mungkin dicipta atau diubah suai daripada bahan kayu, logam
dan plastik dan mungkin diguna pakai dalam persembahan muzik sekarang
mahupun masa depan.

3.1 SEJARAH ALAT PERKUSI


Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu
mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga
secara tidak sengaja dan hasil bunyi daripada ketukan dijadikan sebagai isyarat
atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu.

Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu
upacara adat kelompok kaum berkenaan. Lama-kelamaan, ia menjadi tradisi dan
kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adat dan seni budaya
suku kaum tersebut.

Alat-alat perkusi boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu alat perkusi berpic
dan alat perkusi tidak berpic atau tanpa pic.

3.2 ALAT PERKUSI BERPIC


Alat perkusi jenis ini boleh memainkan sekurang-kurangnya dua not dengan pic
yang tepat dan standard. Alat-alat ini boleh memainkan melodi atau lagu.

Contohnya: vibrafon, xilofon, gambang, slentem, selest, tubular bells, glockenspiel


dan timpani (rujuk Rajah 3.1).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKUSI  79

Rajah 3.1: Contoh alat-alat perkusi berpic

3.3 ALAT PERKUSI TANPA PIC


Alat perkusi jenis ini menghasilkan bunyi tanpa ketentuan pic dan kekal
bunyinya. Alat-alat perkusi ini hanya boleh dimainkan secara irama dan bukan
tiun (tune).

Contohnya: dram samping, dram tenor dan dram bes, tamburin, kastanet,
loceng, marakas, simbal, kayu tik-tok, shaker, guiro, gong, kompang, beduk,
kertuk kayu (wood block), klaves, dram konga dan bonggo (lihat Rajah 3.2).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 3 PERKUSI

Rajah 3.2: Contoh alat-alat perkusi tidak berpic

Cara bermain alat-alat perkusi tidak berpic ini berbeza antara satu sama lain.
Alat-alat perkusi yang dimainkan dengan cara paluan, tepukan atau ketukan
ialah:
(a) Dram (samping/getar (snare), tenor dan bes);
(b) Gendang tradisional (rebana, tetawak, gedombak, jidur, beduk);
(c) Kerincing;
(d) Kayu tik-tok;
(e) Tamburin;
(f) Kertuk kayu (wood block);
(g) Kompang;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKUSI  81

(h) Gong;
(i) Canang;
(j) Kenong;
(k) Sarun;
(l) Klaves;
(m) Kastanet;
(n) Loceng (sleigh bells);
(o) Bonggo;
(p) Konga; dan
(q) Simbal.

Alat-alat perkusi tidak berpic yang dimainkan dengan menggoncang atau


menggoyangkannya ialah:
(a) Marakas;
(b) Shaker;
(c) Cabasa;
(d) Loceng (sleigh bells); dan
(e) Tamburin.

Ada juga alat perkusi tidak berpic yang dimainkan dengan menggesel atau
menggoresnya seperti:
(a) Pengkerik (guiro); dan
(b) Simbal tangan.

Tiap jenis alat perkusi tidak berpic ini terdiri daripada berbagai bentuk dan
saiznya. Alat perkusi tidak berpic yang bentuk dan saiz yang berbeza
menghasilkan bunyi ton yang tidak sama. Ada yang menghasilkan bunyi yang
tinggi dan ada yang rendah tonnya. Contohnya, bunyi gendang dengan
permukaan gegendangnya yang lebih besar menghasilkan bunyi yang rendah
(lihat Rajah 3.3). Jika kecil permukaan gegendangnya, maka tinggi atau
nyaringlah bunyi yang dihasilkannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 3 PERKUSI

Rajah 3.3: Gendang

Seperkara mengenai alat perkusi tidak berpic ini ialah mengenai bahan
buatannya yang berbeza. Ada alat perkusi yang dibuat daripada bahan logam,
kayu, plastik serta kulit haiwan yang sudah tentunya menghasilkan bunyi ton
yang berbeza. Bunyi yang dihasilkan daripada bahan yang berbeza ini
menjadikan muzik itu lebih harmoni dan kaya iramanya.

Alat perkusi tidak berpic yang biasa dibekalkan di sekolah-sekolah rendah


adalah seperti dram, tamburin, kastanet, kerincing, simbal tangan, marakas,
sleigh bells dan kayu tik-tok.

3.4 TEKNIK BERMAIN ALAT PERKUSI TANPA


PIC
Teknik bermain alat perkusi tanpa pic ialah seperti berikut:

(a) Dram Samping


Dram samping boleh dilaras bahagian gegendangnya untuk mendapatkan
bunyi yang tegang atau kendur. Ada beberapa nat berskru dipasang di
bingkai alat tersebut bagi melaraskan ketegangan bahagian kulitnya. Dram
samping juga dipanggil dengan nama dram getar kerana ada kawat
bergetar yang dipasang di bahagian bawah gendang bagi mendapatkan
bunyi getar (snare). Dram samping memerlukan satu atau dua batang kayu
pemukul dram (drumstick) bagi memainkannya (rujuk Rajah 3.4).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKUSI  83

Rajah 3.4: Contoh dram samping dan dram bes

Dram samping, dram tenor dan juga dram bes boleh dimainkan secara
digalas alat itu atau diletakkan pada dirian khas. Mainan dram secara galas
memerlukan tali galas khas yang dipasang pada alat itu yang boleh
dilaraskan parasnya bagi keselesaan pemain (lihat Rajah 3.5). Cara
menggunakan tali galas khas (strap) sesuai untuk bermain sambil berkawat
dalam sesuatu persembahan pancaragam kawad (marching band). Alat
dirian khas untuk dram juga digunakan bagi permainan secara statik atau
setempat sahaja.

Rajah 3.5(a): Teknik bermain dram samping

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 3 PERKUSI

Rajah 3.5(b): Cara dram digalas dalam persembahan


pancaragam kawad (marching band)

(b) Tamburin
Alat perkusi tamburin ada berbagai bentuk dan saiz yang berbeza
(Rajah 3.6). Ada yang mempunyai gegendang yang diperbuat daripada
bahan kulit lembu atau plastik. Lazimnya terdapat dua jenis tamburin, iaitu
tamburin yang berkulit gegendang dan tanpa kulit gegendang.

Pada kebiasaannya tamburin berukuran lapan hingga sepuluh inci.


Bentuknya lebih kurang seperti single headed drum. Terdapat dua pasang
ceper loyang yang diletakkan di sekeliling bingkai tamburin. Kepingan
loyang ini menghasilkan lebih getaran bunyi bila diketuk atau digoncang.

Rajah 3.6: Alatan muzik perkusi tamburin

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKUSI  85

Teknik bermain tamburin (rujuk Rajah 3.7):

(i) Tamburin dimainkan dengan tangan kiri memegang alat ini dengan
tetap dan tangan kanan membuat ketukan atau paluan pada bahagian
gegendang (kulit) secara bertalu-talu. Teknik paluan atau ketukan ini
menggunakan hujung jari; dan

(ii) Mainan tril atau getaran boleh dibuat dengan menggoncangkan alat
ini cara berterusan. Tamburin merupakan alat perkusi yang menarik.
Ianya boleh dimainkan dengan pelbagai cara bagi menghasilkan
bunyi yang berlainan. Bunyi tamburin yang gemercing boleh
mencapai tahap yang maksimum bergantung kepada kekuatan atau
kecepatan goncangannya.

Rajah 3.7: Teknik bermain tamburin

(c) Kerincing
Kerincing adalah alat perkusi berbentuk segi tiga yang dibuat dari logam
besi (rujuk Rajah 3.8). Pada bingkai logam segi tiga ini diikatkan dengan
seutas tali pendek. Ianya menggunakan alat pemalu yang juga diperbuat
dari bahan logam besi bagi menghasilkan bunyi yang panjang dan lanjut.

Rajah 3.8: Alatan muzik kerincing

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 3 PERKUSI

Teknik bermain kerincing (rujuk Rajah 3.9):

(i) Kerincing dipegang dengan sebelah tangan kiri pada utas talinya dan
tangan kanan membuat paluan atau ketukan yang sederhana. Ada
dua cara atau bahagian pada alat kerincing dipalu iaitu di bahagian
dalam atau luar logam segi tiga tersebut; dan

(ii) Ketika kerincing dipalu, tangan yang memegangnya mestilah tidak


menyentuh bahagian logam segi tiga itu. Ini akan menyebabkan
bunyinya pendek atau berdetik sahaja. Paluan yang dibuat perlu
lembut dengan jarak tangan yang terdekat. Cara begini dapat
mengekalkan tempo yang seimbang serta bunyi yang sekata.

Rajah 3.9: Teknik bermain kerincing

(d) Kastanet
Kastanet ialah alat perkusi yang agak kecil dan ringan. Kastanet yang juga
dipanggil ceracap diperbuat dari bahan kayu atau plastik. Terdapat dua
jenis kastanet iaitu kastanet tangan (hand castenet) dan kastanet Sepanyol
(Spanish castenet) (lihat Rajah 3.10). Kastanet tangan mempunyai bahagian
pemegangnya yang diikat kepada bahan kepingan yang berlaga bunyinya.
Kastanet Sepanyol mempunyai tali pengikatnya pada dua kepingan
berbentuk bulat leper.

Rajah 3.10: Contoh alat perkusi kastanet

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKUSI  87

Teknik bermain bagi kedua-dua kastanet ini adalah berbeza seperti berikut:

(i) Bagi kastanet tangan yang mempunyai pemegang, ia dimainkan


dengan menggoyangnya ke atas dan ke bawah; dan

(ii) Kastanet Sepanyol pula dimainkan dengan mengetuk dengan jari


pada bahagian atas kepingan yang dilagakan bunyinya. Kastanet ini
juga boleh diletakkan di tapak tangan kiri dan diketuk secara
terkawal dengan jejari tangan kanan (Rajah 3.11).

Rajah 3.11: Teknik bermain kastanet Sepanyol

Peringatan:
Kastanet yang mempunyai pemegang nampak mudah dimainkan tetapi
menghasilkan kerapan bunyi yang berlebihan jika tidak mengawal cara
menggoncangnya ke atas dan ke bawah (rujuk Rajah 3.12).

Rajah 3.12: Kastanet yang mempunyai pemegang (hand castanet)

(e) Kayu Tik-tok (Double Tone Block)


Kayu tik-tok adalah alat perkusi yang diperbuat daripada bahan kayu. Ada
dua bahagian alat ini yang berbentuk silinder yang menghasilkan bunyi ton
yang berbeza. Bahagian yang berbentuk silinder di kedua-dua bahagian
hujungnya, mempunyai rongga terbuka yang menghasilkan ton yang
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
88  TOPIK 3 PERKUSI

cantik dan padu. Justeru, ianya dipanggil dengan nama kayu tik-tok kerana
bunyi tonnya „tik‰ dan „tok‰. Alat ini mempunyai pengetuk atau pemalu
khas yang juga diperbuat daripada keratan kayu (rujuk Rajah 3.13).

Rajah 3.13: Kayu tik-tok dengan dua jenis alat pengetuk atau pemalu yang berbeza

Teknik mainan kayu tik-tok (rujuk Rajah 3.14):

(i) Kayu tik-tok dimainkan dengan tangan kiri memegang alat tersebut
pada paras yang selesa dan tangan kanan membuat ketukan dengan
alat pemalu khas;

(ii) Paluan dibuat pada kedua-dua bahagian atas bongkah kayu secara
bergilir;

(iii) Paluan yang dibuat juga perlu dikawal dari segi kekuatan ketukannya
yang sederhana sahaja;

(iv) Jarak antara pengetuk dengan bongkah kayu tersebut perlulah dekat
dan tidak terlalu jauh antara satu sama lain; dan

(v) Tangan kanan tidak perlu dihayun semasa membuat paluan.


Memadai dengan pergerakan pergelangan tangan sahaja.

Rajah 3.14: Jarak dan kekuatan paluan adalah penting dalam permainan tik-tok

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKUSI  89

(f) Simbal
Alat perkusi simbal ialah alat perkusi tidak berpic yang bunyinya lanjut
dan bergema. Lazimnya alat ini diperbuat daripada bahan logam perak.
Simbal dalam orkestra moden ialah sepasang piring logam perak yang
bulat dan besar. Ianya diperbuat daripada bahan tembaga sebanyak 20%,
aloi 80% dan bahan timah sebanyak 20%. Kualiti tertinggi simbal
mengandungi perak yang tulen.

Simbal diperbuat dalam pelbagai saiz dan gred bunyinya (Rajah 3.15). Bagi
kegunaan orkestra, simbal yang mempunyai diameter berukuran 40 hingga
50 sentimeter digunakan untuk memperoleh nada bunyi yang cukup baik,
bergema dan bernada tinggi yang berlipat ganda. Di bahagian tengah-
tengah simbal, dipasang pemegang yang biasanya diperbuat dari kulit
haiwan.

Rajah 3.15: Pelbagai saiz simbal tangan

Teknik mainan simbal adalah seperti berikut:

(i) Simbal boleh dimainkan dengan menggesel atau melagakan pasangan


piring tersebut secara lembut atau kuat (sizzle) (lihat Rajah 3.16);

Rajah 3.16: Dimain dengan menggesel atau melagakan piring simbal

(ii) Memukul simbal dengan menggunakan sama ada alat pemalu khas
yang lembut atau keras;
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
90  TOPIK 3 PERKUSI

(iii) Menghasilkan deruman yang bunyinya gemerencing bahagian


tepinya dengan jari atau pisau bagi menghasilkan bunyi yang
minima;

(iv) Menggunakan alat dirian atau sokongan khas bagi meletakkan piring
simbal dan kemudian memalu alat-alat tersebut dengan kayu dram
(lihat Rajah 3.17); dan

Rajah 3.17: Alat sokongan dirian tripod bagi simbal berlapis

(v) Memainkan dengan cara mengetuk simbal yang digantung pada tali
(lihat Rajah 3.18). Cara ini memerlukan alat pemalu iaitu kayu dram
yang keras atau lembut sebagai pengetuknya. Tangan kiri memegang
tali simbal pada aras yang selesa dan tangan kanan memalu secara
sederhana pada bahagian permukaan atas piring simbal.

Rajah 3.18: Memalu bahagian atas permukaan simbal dengan pengetuk kayu

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKUSI  91

(g) Marakas
Marakas adalah sejenis alat perkusi ringan yang menghasilkan bunyi
meresik. Pada zaman dahulu alat perkusi ini berasal daripada sejenis buah
yang tidak masak dan tidak boleh dimakan. Isinya dibuang manakala
bijinya diambil, dijemur dan dimasukkan semula ke dalam buah
berkenaan. Sebatang kayu disambungkan kepadanya sebagai pemegang.

Lazimnya marakas dibuat berpasangan tetapi setiap satunya menghasilkan


bunyi yang berbeza berdasarkan jumlah kandungan bijian atau manik-
manik yang terdapat dalam labu-labu berkenaan. Marakas juga dihiasi
dengan corak atau lorekan berseni bagi menampakkan kehebatan alat
perkusi itu sendiri (rujuk Rajah 3.19).

Rajah 3.19: Marakas

Alat perkusi lain yang menyamai bunyi marakas ialah shaker dan cabasa.
Alat-alat ini digunakan dalam muzik kugiran, kombo atau orkestra (rujuk
Rajah 3.20).

Rajah 3.20: Alatan perkusi yang menghasilkan bunyi seiras marakas

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 3 PERKUSI

Cara mainan marakas:

(i) Marakas dimainkan dengan cara digoncang labunya ke atas dan ke


bawah atau dibuat henjutan bagi mendapatkan bunyi detik;

(ii) Kedua-dua belah tangan digunakan bagi menghasilkan bunyi yang


dinamik dengan menggoncang ke atas dan ke bawah secara terkawal;
dan

(iii) Mainan tril boleh dibuat dengan menggoncang marakas berterusan


dengan pergelangan tangan sahaja. Marakas juga boleh digunakan
untuk membuat kesan bunyi seperti hujan atau bunyi ular
(rattlesnake).

(h) Loceng (sleigh bells)


Loceng atau sleigh bells adalah alat perkusi tanpa pic yang ringan dan
mempunyai beberapa biji loceng kecil yang boleh menghasilkan bunyi
yang kuat serta gemersik (rujuk Rajah 3.21).

Loceng atau sleigh bells dibuat dalam pelbagai bentuk dan saiz yang
berbeza.

Rajah 3.21: Loceng atau „sleigh bells‰

Loceng atau sleigh bells biasanya berbentuk separuh bulat. Bahagian


pemegangnya dibentuk khas cukup untuk dimasukkan tiga atau empat
jari. Butiran loceng yang longgar dipasangkan di bahagian bingkainya
supaya dapat menghasilkan bunyi yang gemersik.

Teknik mainan loceng atau sleigh bells (rujuk Rajah 3.22):

(i) Loceng dimainkan dengan tangan kiri memegang alat itu secara tetap
sementara tangan kanan menumbuk belakang tangan kiri pada jarak
yang dekat; dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKUSI  93

(ii) Loceng juga boleh dimainkan tril dengan tangan kanan membuat
goncangan yang berterusan pada paras yang selesa.

Rajah 3.22: Teknik bermain loceng

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Jelaskan perbezaan antara alat perkusi berpic dengan alat


perkusi tidak berpic.

2. Senaraikan lima alat perkusi tradisional dan nyatakan fungsinya.

3.5 BERMAIN ALAT PERKUSI DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MUZIK
Alat perkusi boleh diibaratkan sebagai sebuah medium bagi murid-murid untuk:

(a) Ekspresi Diri


Murid berpeluang mendapat akses kepada alat muzik tanpa rasa takut
tentang kebolehan muzikal mereka khususnya bagi alat perkusi ringan dan
mudah dimainkan. Mereka boleh memainkan alat perkusi tanpa bimbang
tentang bunyi sumbang atau tidak muzikal. Murid-murid juga berpeluang
bermain secara bebas dan eksperimental mengikut naluri sebelum
mengetahui cara dan teknik memainkannya.

Kebanyakan alat muzik tradisional terdiri daripada alat-alat perkusi tanpa


pic juga. Perbezaan antara alat perkusi tradisional dengan yang lain ialah
alat tradisional menjadi pusaka warisan sesuatu kaum atau bangsa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 3 PERKUSI

(b) Mempelajari Konsep Muzik


Murid mempelajari pelbagai konsep muzik melalui permainan alat perkusi.
Perkara yang mudah dan ketara ialah detik diikuti dengan tekanan, meter,
tempo dan corak irama (ostinato dan rentak).

Melalui skor perkusi yang mudah, murid dapat mempelajari isyarat dan
tanda muzik secara tidak langsung dan mengukuhkan pengetahuan
Pendidikan Muzik.

Murid mempelajari konsep muzik dengan cara praktikal melalui


permainan alat perkusi dalam keadaan yang tidak formal dan dalam
konteks sebenar.

(c) Mengapresiasi Muzik


Dengan bermain alat perkusi (mengikuti, mengiringi, mencipta lagu),
murid dapat menghayati muzik yang didengar atau yang dimainkan.

Murid dalam merasakan kerumitan yang dihadapi semasa menghasilkan


muzik yang bermutu serta dapat mengenal pasti peranan alat perkusi
dalam sesebuah karya muzik.

(d) Menjana Kreativiti


Murid mendapat kebebasan meneroka dan menemui potensi alat perkusi.
Selain membunyikan alat perkusi secara sebenar dan konvensional, murid
boleh mencuba pelbagai cara tersendiri membunyikan alat tersebut secara
kreatif.

Murid dapat mengeksperimen dengan bunyi daripada alat perkusi dan


membuat improvisasi muzik dengan alat perkusi. Murid-murid boleh
memanfaatkan hasil penerokaan membunyikan pelbagai alat perkusi dan
menjadikannya sebagai bahan kesan bunyi (sound effect).

3.6 MEMBINA KEMAHIRAN DAN


PENGALAMAN MUZIKAL
Murid berpeluang mempelajari teknik bermain alat muzik dengan cara
konvensional dan bukan konvensional. Mereka juga dapat membina kemahiran
untuk memainkan alat muzik dengan lebih bermakna. Ada alat perkusi yang
dimainkan dengan cara diketuk, ditepuk, digoncang, digesel, digores dan
sebagainya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKUSI  95

Murid dapat melibatkan diri bermain alat muzik secara solo dan berkumpulan
(ensembel) Pengalaman bermain alat perkusi secara solo, berpasangan dan
berkumpulan memberi lebih kemahiran dan keyakinan dalam mempertingkatkan
muzikaliti murid.

Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik, murid dilibatkan dalam aktiviti


nyanyian dan permainan alat perkusi. Selain daripada aspek nyanyian, murid
membina kemahiran bermain alat muzik perkusi dengan mengikut teknik yang
betul secara amali.

Rajah 3.23: Aspek pengalaman muzikal

Dalam permainan alat perkusi, pada asasnya murid dilatih teknik-teknik


konvensional seperti berikut:

(a) Postur:

(i) Cara berdiri atau duduk yang selesa; dan

(ii) Cara memegang alat mengikut kesesuaian arasnya.

(b) Cara memainkannya:

(i) Mainan cara konvensional;

(ii) Mainan cara bukan konvensional; dan

(iii) Mainan mengikut kreativiti seseorang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 3 PERKUSI

Alat-alat perkusi yang biasa digunakan untuk Pendidikan Muzik adalah


seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Ciri-ciri alat perkusi yang digunakan untuk Pendidikan Muzik

Nama Alat Imej Alat Sifat Bunyi Warna Simbol

Kastanet Detik/Tekanan Hijau

Kerincing Lanjut/Tril Biru

Tamburin Detik/Tril/Tekanan Merah

Loceng/Genta
Detik/Tril Jingga
(Sleigh Bells)

Simbal Lanjut/Tril Kuning

Kayu Tik-tok Detik/Tekanan Ungu

Dram Samping/
Detik/Tekanan/Tril Coklat
Dram Tenor

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKUSI  97

3.7 LATIHAN BERMAIN ALAT PERKUSI


Selepas mengenal dan memahami cara dan teknik bermain setiap alat perkusi
yang lazimnya terdapat di sekolah rendah, sesi latihan asas mainan alat perkusi
ini disediakan untuk merangsang kemahiran bermain secara konvensional di
peringkat permulaan.

Latihan asas ini boleh dimulakan dengan membuat tepukan dan meniru sebutan
mirip bunyi alat perkusi berkenaan seperti skor di bawah. Gunakan mulut untuk
meniru bunyi alat perkusi yang sebenar. Seterusnya, mainkan alat perkusi yang
sebenar itu berpandukan skor berkenaan.

Aktiviti 1: Dalam kumpulan, mainkan dua jenis alat perkusi ini dengan serentak.

Aktiviti 2: Dalam kumpulan, mainkan tiga jenis alat perkusi ini dengan serentak.

Berikut ialah contoh-contoh latihan irama sebagai pengukuhan permainan alat


perkusi (gunakan perkusi mulut pada peringkat permulaan).

(a)

(b)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 3 PERKUSI

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

(h)

(i)

(j)

AKTIVITI 3.1

1. Buat gubahan skor perkusi mulut bagi meniru dua jenis alat
perkusi untuk lapan bar.

2. Cipta empat bar corak irama yang mengandungi empat bahagian


perkusi sebenar dalam meter empatan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKUSI  99

 Alat perkusi adalah alatan muzik yang dihasilkan dengan pelbagai cara
seperti mengetuk, memalu, menggoncang, menggores, dan sebagainya.

 Alatan muzik perkusi selalunya terdapat dalam kategori alatan muzik


tradisional.

 Alatan muzik perkusi diperbuat daripada pelbagai bahan seperti kayu,


logam, plastik dan sebagainya.

 Antara alatan muzik perkusi ialah kompang, dram, tamburin, kastanet,


marakas dan lain-lain lagi.

Alat perkusi berpic Kastanet


Alat perkusi tidak berpic Kompang
Alatan muzik perkusi Marakas
Alatan muzik tradisional Tamburin
Dram

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like