You are on page 1of 4

Latihan 1(Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas perhimpunan kerana


melanggar peraturan sekolah.
2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil
lagi.
3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah
berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan UPSR.
4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.
6. Mereka ke sekolah menaiki bas.
7. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka
menghabiskan masa di warung.
8. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak
pelupusan sampah
Jawapan:
1.Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana
melanggar peraturan sekolah.
2.Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil
lagi.
3.Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah
berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan UPSR.
4.Penculik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.
5.Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.
6.Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.
7. Sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung
ditegur oleh ketua kampung. Sikap Karim dan Derus ditegur oleh ketua
kampung yang suka menghabiskan masa di warung.
8. Keputusan dipertikaikan oleh penduduk setempat untuk membina
tapak pelupusan sampah
Latihan 2:Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Mereka ke sekolah menaiki bas.

2. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram
itu.

3. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu
pengusaha industri kecil itu.

4. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka
menghabiskan masa di warung.

5. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak
pelupusan sampah.
• Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh
penduduk setempat

Jawapan
1.Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.
2.Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak
berkuasa.
3.Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu
pengusaha industri kecil itu.
4.Sikap Karim dan Derus ditegur oleh ketua kampung yang suka
menghabiskan masa di warung.
• Sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung ditegur
oleh ketua kampung.
5.Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh
penduduk setempat

You might also like