You are on page 1of 2

PERTUBUHAN MURID-MURID KITAB TURATH (PMKT)

NEGERI MELAKA
MADRASAH ARRABANIYAH,
LOT 5561, KM 19, MUKIM SEBATU, 77300
MERLIMAU MELAKA
NO. 1601-08-MEL

Ruj. Kami : PMKT/MAA/0818/007

Tarikh: 08 Ogos 2018

Assalamualaikum w.b.t

Eksekutif Pusat Zakat Melaka


En. Noor Zakry Bin Nor Jamal
NO 1,3 & 5, Jalan PNBB 1,
Pusat Niaga Bukit Baru,
Bandar Bukit Baru Seksyen IV,
75150, Bukit Baru,
Melaka

Tuan / Puan

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MAJLIS RUMAH TERBUKA MADRASAH AR RABBANIYAH DAN


JUGA PEMBENTANGAN KERTAS KERJA RABBANIYYAH MUJADDIDIYYAH

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Madrasah Arrabaniyah yang berada di bawah bumbung


Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath (PMKT) dengan kerjasama bersama Pertubuhan Rimaj
Malaysia akan menganjurkan majlis di atas seperti maklumat di bawah: :-

TARIKH : 25 OGOS 2018 ( 13 ZULHIJJAH 1439H)


MASA : 8.30 pagi
TEMPAT : MADRASAH AR-RABANIYAH, LOT 5561, KM 19, MUKIM SEBATU,
77300, MERLIMAU, MELAKA

3. Sehubungan itu, pihak kami dengan rendah diri memohon sumbangan ikhlas bagi
menjayakan majlis pada hari tersebut. Pihak kami menerima apa jua bentuk sumbangan dari jenis
bahan-bahan mentah, bahan basah, bahan kering atau pun dalam bentuk wang ringgit.

4. Keterangan mengenai PMKT boleh dilihat di laman sesawang www.pmkt.com.my dan


sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Al-Fadil Ustaz Fuad Ebnu Ali Bin Mohd Ali
pada talian 017-6367400 atau Ustaz Zulkifli Bin Mohd Amin pada talian 012-7005469. Segala
sumbangan selain daripada bentuk lain boleh dihantar terus ke Madrasah Arrabaniyah dan
sumbangan dalam bentuk wang ringgit bolehlah pihak tuan salurkan ke akaun,

Bank Islam di atas nama:

Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath

A/C : 0401 5010 0618 46

This study source was downloaded by 100000797200308 from CourseHero.com on 09-11-2022 18:52:33 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/66783732/Surat-Mohon-Sumbangan-Pusat-Zakatdocx/
PERTUBUHAN MURID-MURID KITAB TURATH (PMKT)
NEGERI MELAKA
MADRASAH ARRABANIYAH,
LOT 5561, KM 19, MUKIM SEBATU, 77300
MERLIMAU MELAKA
NO. 1601-08-MEL

Pihak PMKT menyanjung tinggi dan merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas keprihatinan
Tuan / Puan dalam membantu kami merealisasikan objektif dan matlamat murni pertubuhan kami
demi cintakan Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup kita dan di
kurniakan keredhoanNya di dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU FAHAMAN, BERSATU PEGANGAN”

Yang menjalankan tugas

……………………………………

(Al Fadhil Ustaz Fuad Ebnu Ali Bin Mohd Ali)

Mudir/Pengetua Madrasah Ar-Rabbaniyah,Merlimau,Melaka

Pengerusi PMKT Negeri Melaka

This study source was downloaded by 100000797200308 from CourseHero.com on 09-11-2022 18:52:33 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/66783732/Surat-Mohon-Sumbangan-Pusat-Zakatdocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like