You are on page 1of 2

Rujukan: SRAJTR.

600-7/1/2 ()
Tarikh: 1 April 2022
Puan Salasiah binti Abd Said,
Guru Perpustakaan dan Media,
SRA Jaim Tun Razak,
Lot 1679, Jalan Wakaf Utama 7,
Kg. Tun Razak,
75450 Bukit Katil, Melaka.

Kepada,
Persatuan Ibu Bapa & Guru,
SRA Jaim Tun Razak,
Lot 1679, Jalan Wakaf Utama 7,
Kg. Tun Razak,
75450 Bukit Katil, Melaka.

Melalui,
Guru Besar,
SRA Jaim Tun Razak,
Lot 1679, Jalan Wakaf Utama 7,
Kg. Tun Razak,
75450 Bukit Katil, Melaka.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PENDINGIN HAWA DI PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak Pusat Sumber Sekolah ingin memohon sumbangan tunai sebanyak RM6000.00
dari pihak tuan untuk menampung pembelian pendingin hawa untuk Pusat Sumber SRAJTR.

3. Tujuan pembelian peralatan ini untuk pengoperasian semula Pusat Sumber Sekolah
bagi kegunaan guru dan murid. Selain itu, pendingin hawa ini sangat diperlukan untuk
menampung dan mewujudkan keselesaan kepada pengguna Pusat Sumber. Dengan
persekitaran yang kondusif dan selesa, murid-murid berpeluang untuk menggunakan PSS bagi
mendapatkan ilmu pengetahuan dan sumber maklumat.

4. Saya juga melampirkan Kertas Kerja Permohonan Sumbangan Pendingin Hawa untuk
semakan tuan. Diharap sumbangan ini dapat mengurangkan bebanan kewangan PSS dalam
pembelian peralatan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.
Kerjasama tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………….……………
(SALASIAH BINTI ABD SAID)
Guru Perpustakaan dan Media,
Sek. Ren. Arab JAIM Tun Razak,
Bukit Katil, Melaka.

You might also like