You are on page 1of 6

SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM TUN

RAZAK,
Lot 1679, Jalan Wakaf Utama 7,
Kg. Tun Razak,
75450 Bukit Katil,
Melaka

KERTAS KERJA
PERMOHONAN SUMBANGAN
PENDINGIN HAWA
1.0 Pendahuluan
Pusat Sumber SRAJTR, iaitu Pusat Sumber Ibnu Rusyd merupakan
platform murid dan guru untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan
dengan menggunakan bahan bacaan yang telah dibekalkan oleh pihak
kerajaan. Berdasarkan rekod penggunaan, permintaan daripada murid
dan guru untuk menggunakan Pusat Sumber sangat menggalakkan.

Walau bagaimanapun terdapat kekurangan di Pusat Sumber tersebut.


Kekurangan utama ialah, tiada pendingin hawa bagi memastikan tahap
keselesaan dan pengudaraan yang baik kepada murid dan guru ketika
menggunakan Pusat Sumber tersebut.

2.0 Rasional
Rasional keperluan mendesak pemasangan pendingin hawa seperti
berikut:

2.1 Keselesaan Para Pengguna


- Disebabkan permintaan yang tinggi oleh murid dan guru
untuk menggunakan kemudahan di Pusat Sumber semasa
PdP ini, maka amat wajar para pengguna berada dalam
keadaan yang selesa.

2.2 Memenuhi keperluan pembelajaran berkonsepkan abad ke


21
- Pusat Sumber ini dilengkapi dengan computer dan bahan
bacaan bagi kegunaan PdP dan sesi bacaan buku NILAM.
Namun, ketiadaan pendingin hawa menyebabkan bilik ini
kurang kondusif dan panas dengan hanya berbekalkan 2
buah kipas siling.
2.3 Penjagaan Alatan Komputer dan Bahan Bacaan
- Komputer dan bahan bacaan memerlukan pengudaraan
yang dingin bagi memastikan set CPU komputer dan buku-
buku dalam keadaan sejuk dan terpelihara kualitinya.

3.0 Jawatankuasa Pusat Sumber Srajtr

Pengerusi : Pn. Rosna binti Arshad


Naib Pengerusi I : En. Zakaria bin Ab Ghani
Naib Pengerusi II : Pn. Izdihar binti Ismail
Naib Pengerusi III : En. Mohd Yusoff bin Zakaria
Setiausaha (GPM) : Pn. Salasiah binti Abd Said
Guru Perpustakaan : En. Mohammad Firdhaus bin Abu Bakar
Guru Nilam : Cik Nabilah binti Ahmad Zulkefli
Wakil PIBG : Cik Nurin Farhana binti Omar

4.0 Aktiviti Gambar Penggunaan Pusat Sumber

Seperti di lampiran

5.0 Anggaran Kos Pendingin Hawa

Butiran Anggaran kos Jumlah


1 unit pendingin hawa (3hp) RM4400 RM 4400.00
Menyelenggara 1 unit RM300 RM300.00
pendingin hawa
Pendawaian elektrik RM250.00 RM250.00
RM4950.00

6.0 Penutup

Harapan besar agar pihak pengurusan sekolah dan Jawatankuasa Persatuan


Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRAJTR dapat menimbangkan permohonan
sumbangan ini untuk kemajuan murid dan warga sekolah.
Disediakan oleh,

………………………………….
(SALASIAH BINTI ABD SAID)
Guru Perpustakaan dan Media,
SRA Jaim Tun Razak,
Bukit Katil, Melaka

Disokong oleh,

……………………………..
(ROSNA BINTI ARSHAD)
Guru Besar,
SRA Jaim Tun Razak,
Bukit Katil, Melaka

*Diluluskan / Tidak Diluluskan

……………………………….
(DZIAUDDIN BIN SHARIF)
Pengerusi,
Persatuan Ibu Bapa & Guru,
SRA Jaim Tun Razak,
Bukit Katil, Melaka
5rfLampiran: Gambar Penggunaan Pusat Sumber
Guru terpaksa membuka tingkap untuk mengurangkan bahang dan menambah kipas
tambahan di sisi.

You might also like