You are on page 1of 4

SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM TUN RAZAK,

Lot 1679, Jalan Wakaf Utama 7,


Kg. Tun Razak,
75450 Bukit Katil,
Melaka

KERTAS KERJA
NAIK TARAF PRASARANA
PUSAT SUMBER IBNU RUSYD
SRAJTR

DISEDIAKAN OLEH:

PUAN SALASIAH BINTI ABD SAID


GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA
SRAJTR
1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Hal ini supaya
PSS dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku dalam situasi
yang selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya. Sehubungan
dengan itu, sumber dan prasana yang cukup serta keceriaan Pusat Sumber Ibnu Rusyd
ialah aspek paling utama bagi menarik minat seluruh warga SKPP2 untuk menggunakan
PSS dengan optimum.

Pertambahan bahan bacaan, alat bantu belajar dan menambah baik keadaan fizikal serta
mutu perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang sedia ada boleh menjadikan sebuah pusat
sumber yang lengkap, bermaklumat, selesa serta berfungsi sepenuhnya bagi mencapai
objektif proses Pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan kehendak Pusat
Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 MATLAMAT PROGRAM

2.1 Mengadakan sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan beberapa
kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya
disamping lebih mudah dan selesa digunakan oleh seluruh warga SRAJTR.

2.2 Mempromosikan semula PSS mengikut SOP dalam tempoh endemik Covid-19.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif yang diharapkan dari projek menaiktaraf ini ialah;

i. Dapat meningkatkan bilangan pengunjung ke PSS.


ii. Dapat meningkatkan bilangan buku baharu yang dapat menambah ilmu
pengetahuan.
iii. Dapat menambahkan rasa sayang kepada Pusat Sumber yang telah diceriakan.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Seluruh warga sekolah

5.0 TARIKH PELAKSANAAN


Sepanjang tahun
6.0 TEMPAT
Pusat Sumber Ibnu Rusyd

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM


Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Kerja Naik Taraf PSS dibantu oleh
pustakawan-pustakawan SRAJTR.

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Ahli Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Pn. Rosna binti Arshad

Naib Pengerusi I : Ustaz Zakaria bin Abd Ghani

Naib Pengerusi II : Ustazah Izdihar binti Ismail

Naib Pengerusi III : Ustaz Mohd Yusoff bin hj. Zakaria

GPM : Pn. Salasiah binti Abd Said

Guru Perpustakaan : En. Mohammad Firdhaus bin Abu Bakar

Guru Nilam : Cik Nabilah binti Ahmad Zulkefli

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil. Senarai Barang Kuantiti Jumlah


1 Bahan Buku
a. Buku Fiksyen Bahasa Arab 4 set
b. Karya am 1 set
c. Falsafah 1 set RM1845.00
d. Geografi & sejarah 1 set

2 Bahan-bahan proses teknik


a. Ring file 50mm 6 set
b. Management File a4 12 set RM108.40
c. Stiker warna 5 set
d. Protector sheet 5 set
3 Alat Tulis dan Alatan Pejabat
a. Laminating film 1 set RM296.80
b. Dakwat pencetak 2 set

JUMLAH BESAR RM2250.20


9.0 PENUTUP

Besarlah harapan pihak PSS Ibnu Rusyd agar program ini dapat berjalan dengan
jayanya serta mampu memberi impak seperti yang diharapkan. Semoga dengan usaha
yang sedikit ini akan menjadi titik permulaan kepada Pusat Sumber untuk menjadi lebih
cemerlang dan gemilang.

Disediakan Oleh,

……………………………............
( SALASIAH BINTI ABD SAID )
Guru Perpustakaan dan Media,
Pusat Sumber Sekolah
SRA Jaim Tun Razak

Disemak Oleh,

…………………………….......
(ZAKARIA BIN ABD GHANI)
Penolong Kanan Pentadbiran,

SRA Jaim Tun Razak

Diluluskan Oleh,

……………………………
(ROSNA BINTI ARSHAD)
Guru Besar,
SRA Jaim Tun Razak

You might also like