You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PRISTANA

JALAN SP 2/1 SERI PRISTANA

47000 SUNGAI BULOH SELANGOR

---------------------------------------------------------------------------------------

KERTAS KERJA

PROGRAM MENAIK TARAF DAN

MENAMBAH BAIK BAHAN PAMERAN

BILIK SUMBER PPDa

TAHUN 2019

DISEDIAKAN OLEH:

SITI HADIJAH BT. NASRI

PENYELARAS PPDa

SK SERI PRISTANA
1.0 PENGENALAN

Bilik Sumber PPDa SK Seri Pristana telah dijadikan bilik kedai buku
sekolah pada tahun 2017 disebabkan keperluan semasa murid yang
memerlukan kelas atas faktor tidak mencukupi selain prinsip sekolah yang
mengutamakan keperluan akademik.
Walau bagaimanapun, setelah bangunan baharu siap dibina dan
selamat diduduki oleh murid berjaya disempurnakan di kawasan sebahagian
padang sekolah, pihak pentadbiran telah menstruktur semula kedudukan
kelas-kelas dan bilik-bilik khas termasuk kedai buku sekolah yang
dipindahkan ke tingkat bawah bangunan.
Oleh itu, bilik sumber PPDa telah dikembalikan dan perlu dilakukan
kerja-kerja menaik taraf dan menceriakan disebabkan banyak kekurangan
fizikal seperti dinding yang telah tertanggal warna catnya, fizikal dinding
yang telah dicabut kata-kata antidadah dan tingkap yang tidak berlangsir.

2.0 OBJEKTIF
2.1 1. Menyampaikan maklumat semasa tentang program PPDa kepada
murid-murid
2.2 Memberi pendedahan utama kepada murid-murid tentang
maklumat PPDa
2.3 Murid-murid mengetahui tentang bahaya dadah kepada diri mereka,
masyarakat dan juga negara

3.0 TEMPAT

Bilik Sumber PPDa dan Laluan PPDa

4.0 SASARAN

Semua murid dan warga SK Seri Pristana


5.0 JAWATAN KUASA PENGELOLA

Pengerusi: Pn. Zazaluma bt Harun (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi: Tn Haji Ruzaidi bin Sidek (PK HEM)


Naib Pengerusi: En. Zawawi bin Hussin (PK Pentadbiran)
Pn.Suzana bt. Mohamed (PK Kokurikulum)
Pn. Suhaini bt Hamat (PK Petang)
Pn. Norlela bt Mohd Salleh (PK PPKI)

Setiausaha: Pn. Asma’u bt. Ismail

Penyelaras UBK: Pn. Suhaida bt Samsudin


Pn. Fauziah bt Ahmad
Cik. Shalini a/p Thurairaj

AJK PPDa: Pn. Siti Nazura bt Sabri (Pagi)


Pn. Siti Hadijah bt. Nasri(Petang)
Cik. Shantini a/p Raman (Setiausaha)
Pn. Siti Maidzon bt. Mat Desa
Pn. Noraida bt Zakaria
Pn. Rugayah bt. Yasin
Pn. Fadzillah bt Mahadzir
Pn. Shah Rizul Irma Zulkiply
Pn. Hasnita bt Tajuddin

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH

1. Banner 4 unit RM 700.00


2. Kayu bingkai 4 btg RM 300.00
3. Bunga dan keceriaan 5 unit RM 300.00
4. Batu putih 5 unit RM 100.00
5. Pasu dan tanah 10unit RM 200.00
6. Rumput karpet 20 m RM 400.00

Jumlah besar RM 2000.00


7.0 PENUTUP

Semoga program-program yang telah dirancang dapat dijayakan dengan


cemerlang hasil usaha dan kerjasama semua pihak. Diharapkan permohonan
ini dapat menjadikan Bilik Sumber PPDa sebagai medium sebaran am
memandangkan banyak maklumat yang disampaikan kepada murid-murid
dan juga warga sekolah. Bilik sumber PPDa yang kondusif dan bermaklumat
dapat membantu menyebar luas info bahaya dadah dan sekaligus memupuk
perasaan benci dadah sejak kecil lagi.

Sekian, terima kasih.

“Belia Benci Dadah”

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

SITI HADIJAH BT. NASRI


Penyelaras PPDa 2019
Sk Seri Pristana
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PRISTANA

JALAN SP 2/1 SERI PRISTANA

47000 SUNGAI BULOH SELANGOR

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

EN. MOHD AZAMANIZAM BIN BAHAROM


Yang Dipertuan PIBG,
SK Seri Pristana

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI MENAIK TARAF DANMENCERIAKAN BILIK PPDa

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan


Seri Pristana dalam usaha menaik taraf dan menceriakan Bilik Pendidikan Pencegahan
Dadah.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan atau apa-apa
sumbangan lain yang munasabah daripada pihak tuan. Adalah diharapkan dengan
sumbangan ini dapat menampung kos yang ditanggung oleh pihak sekolah untuk
menceriakan bilik PPDa yang telah dirancang sepanjang tahun ini.

4. Atas keperihatinan dan bantuan yang dihulurkan oleh pihak tuan, pihak sekolah
terlebih dahulu merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

______________________________

( PN. ZAZALUMA BT. HARUN )

GURU BESAR,
SK Seri Pristana,
47000 Sungai Buloh, Selangor

You might also like