You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JK.

KERJA KEM BINA INSAN KALI PERTAMA 2012 Tarikh Masa Tempat Kehadiran : 16 Oktober 2012 : 1.30 hingga 2.30 petang : Bilik Mesyuarat SKSR : : Guru Besar : PK.Kokurikulum : PK. 1 : PK.HEM

1. En. Mat Razhi b. Omar 2. En. Norhaisham b. Mat 3. En. Ali b. Ayob 4. Pn. Roslinda bt. Mohd Khalib 5. En. Muhamad Ali b. Ab. Hamid 6. En. Abd Hamid Osman 7. En. Aznor Aziz 8. Pn. Norida Ismail 9. En. Mohd Farid Effendy Shabudin 10. En. Mohd Aswad Sulaiman 11. En. Rusydi Hussein 12. En. Mokhtar Saad 13. En. Marzuki b. Elias 14. En Mohd Syazwan Jamalluddin 15. En Mohd Aizuddin Fadziya 16. Pn. Norhashimah Ramli 17. En. Roslen Abd. Ghani 18. Pn. Wan Shariza Ahmad 19. En. Mohd Azfar Mohd Khushairi 20. En. Ahmad Munzir Mohamed 21. En. Shahrul Ikram b. Md. Shariff 22. Pn. Majdah Salwiyah bt. Mohamad

: Setiausaha

Agenda Mesyuarat : 1.0 Ucapan aluan pengerusi, Penolong Kanan Kokurikulum. 1.1 PK.Kokurikulum mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran ajk dalam mesyuarat bagi program Kem Bina Insan. 1.2 Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk mendapatkan makluman tentang proses kerja dalam melaksanakan Kem Bina Insan.

2.0 Ucapan Guru Besar 2.1 Adalah diharapkan supaya program yang dirancangkan, iaitu Kem Bina Insan dapat dijalankan dengan baik dan mencapai objektifnya.

2.2

Guru-guru yang bertugas diminta untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang tidak diingini. Tindakan : PK. Kokurikulum/AJK Kerja

3.0 Taklimat tentang Kem Bina Insan 3.1 Berikut adalah maklumat berkenaan program: 3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4 3.2 3.3 Nama program Tarikh Tempat Bilangan Murid : Kem Bina Insan : 19 hingga 21 Oktober 2012 : Pulau Aman : 40 orang

Senarai Ajk Kerja: Rujuk Lampiran Tentatif program : Rujuk Lampiran Tindakan : AJK Kerja

4.0 Makluman oleh AJK Induk. 4.1 Penginapan murid adalah di asrama lelaki SK. Pulau Aman. Penyertaan murid setakat ini adalah seramai 40 orang. 4.2 Ajk Makanan menyatakan bahawa bekalan basah telah ditempah. Makanan murid akan dimasak oleh En. Norhaisham. PK. 1 meminta ajk untuk menyenaraikan bahan mentah lain yang akan digunakan sepanjang program. 4.3 Ajk Persiapan Tempat menyatakan bahawa kemudahan yang dibenarkan untuk program ini adalah kawasan padang dan penginapan sahaja. Oleh itu, pihak sekolah akan menggunakan masjid yang mempunyai kelengkapan P.A. sistem bagi aktiviti-aktiviti tertentu. Pihak sekolah akan membawa P.A sistem dan projektor sebagai persediaan atas segala kemungkinan. 4.4 Ajk Rawatan/Kecemasan akan membawa kit kecemasan dan kelengkapan lain yang difikirkan perlu. 4.5 Pengangkutan yang akan digunakan adalah sebuah bas dan bot telah pun ditempah lebih awal. 4.6 Ajk Pendaftaran, iaitu Pn. Majdah perlu memastikan kehadiran peserta kem pada hari Jumaat (19 Oktober 2012) bagi memastikan keselamatan murid.

Tindakan : PK. Kokurikulum/AJK Kerja

5.0 Hal-hal lain. 5.1 En. Muhamad Ali terpaksa menghadiri kelas PPG pada hari Sabtu dan hanya dapat menghadirkan diri pada waktu petang sehingga hari Ahad. 5.2 Pn. Majdah akan mengedarkan surat kebenaran ibu bapa/penjaga kepada murid pada hari Rabu (17 Oktober 2012) dan juga taklimat akhir tentang peraturan kem dan keperluan yang perlu dibawa oleh peserta.

6.0 Mesyurat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh :

Disemak dan disahkan oleh :

.................................................................... (PN. MAJDAH SALWIYAH BT. MOHAMAD) Setiuasaha JK. Induk Kem Bina Insan SK. Sungai Rambai

........................................... (EN. MAT RAZHI B. OMAR) Guru Besar SK. Sungai Rambai

You might also like