You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

KALI PERTAMA 2013

Tarikh

: 12 Mac 2013

Hari

: Selasa

Masa

: 2.00 petang

Tempat

: Bilik Wawasan

KEHADIRAN:

1.

Tn Hj Abdul Aziz b Che Ali

2.

YM Raja Azman b Raja Ibrahim

3.

Pn Hjh Azizah bt Abdullah

4.

En. Rozuki b Abdullah

5.

En Mohd Sabari b Ma Hassan

6.

En Mohd Zahari b Yaacob

7.

Pn Sabariah bt Zakaria

8.

Pn Nik Suryani bt Nik Othman

9.

Pn Siti Nur Hani bt Haja Mydin

10.

Pn Fitriyah bt Ismail

11.

Pn Wan Nor Afniza bt Abd Ghani

12.

Pn Ruhmawati bt Mohd Yassin

13.

Pn Zalina bt Ismail

14.

Pn Rosliza bt Yusof

15.

Pn Rozita bt yaacob

16.

Pn Zainab bt Muhammad

17.

Pn Hjh Rumidah bt Abdullah

18.

En Razmi b Mohamed

19.

Pn Hjh Nik Sah bt Mat Min

20.

Pn Hjh Bisab bt Yahya

21.

En Zabri b Ismail

22.

Pn Hjh Izliayati bt Ishak

23.

En Yep Chye Hock

24.

Pn Musliza bt Mat Jusoh

25.

Pn Che Yam bt Ab Lah

26.

Pn Norizan bt Mohammad

27.

Pn Rosnani bt Ibrahim

TIDAK HADIR BERSEBAB:

1.

Pn Soraya bt Mohamed

2.

Pn Awi bt Mohd Shah

3.

Pn Roswati bt Ramli

4.

Tn Hj Ahmad b Che Mohd Yusof

1.

UCAPAN PENGERUSI

1.1 Tn Hj Abdul Aziz b Che Ali selaku Pengerusi Jawatan kuasa Induk Pusat
Sumber Sekolah mengalu-alukan kehadiran guru-guru.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Pn Nik Suryani bt Nik Othman
kerana menerima jawatan sebagai Guru Pustaka dan Media yang baru
menggantikan Pn Hjh Noriah Mohamad.

2. PEMBAHAGIAN TUGAS DALAM PSS

2.1 Pn Nik Suryani mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan


menguruskan Pusat Sumber Sekolah dan berharap akan mendapat kerjasama
daripada ahli Jawatankuasa yang lain dalam memajukan lagi PSS SMKPC1.

2.2 Pn Nik Suryani menyatakan Mesyuarat AJK Induk sepatutnya diadakan


berasingan dengan mesyuarat AJK Kerja tetapi oleh kerana kekangan masa,
dibuat sekali gus kerana ahlinya adalah ahli yang sama.

2.3 GPM memberitahu bahawa Fail Kuasa boleh dipinda tetapi dengan kelulusan
dan persetujuan Pengetua.
Tindakan: Guru
Pustaka & Media

2.4 Guru Pustaka Dan Media menyatakan bahawa pembahagian tugas yang
perlu diwujudkan dalam carta organisasi Induk adalah sebagaimana berikut:

Guru Perpustakaan Pn Siti Nur Hani bt Haja Mydin


Guru Media/APD Pn Soraya bt Mohamed
Guru BBM Pn Wan Nor Afniza bt Wan Abd Ghani
Guru ICT Pn Fitriyah bt Ismail
Tindakan
: Makluman

2.5 Penyelaras PSS meminta Pengetua melantik seorang Guru Penyelaras Nilam
yang baru kerana berlaku pertindihan tugas di mana Pn Soraya juga sebagai
Guru Nilam.

2.3 Pn Fitriyah Ismail menawarkan diri untuk menjadi Guru Penyelaras Nilam
yang baru
menggantikan tempat Pn Soraya dan dipersetujui oleh Pengerusi
dan Jawatankuasa lain. Pn Che Yam dilantik sebagai Penolong.

3.

PERANCANGAN PSS 2013

3.1 Guru Perpustakaan dan Media membentangkan Perancangan Tahunan Pusat


Sumber Sekolah 2013(merujuk kepada lampiran yang diedarkan) dan beliau
berharap agar segala perancangan yang dibuat dapat berjalan dengan baik dan
lancar.
Tindakan: AJK Induk PSS

3.2 Majlis Perlantikan Pengawas PSS (5 dalam 1) akan diadakan pada 21hb Mac
2013 di mana 5 progaram berlangsung sekali gus iaitu :
(i)

Pelancaran Program Nilam

(ii)

Pelancaran Blog PSS

(iii)

Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas PSS

(iv)

Perlantikan Skuad Nilam

(v)

Perlantikan Frog Click


Tindakan :

AJK Kerja PSS

3.3 Tetamu jemputan adalah Pn Hjh Masdiyah bt Jemain, Ketua Penolong


Pengarah BTPN dan beliau telah bersetuju untuk hadir. AJK Kerja bagi majlis
berkenaan juga sudah ditentukan dan akan bermesyuarat pada hari Khamis.

3.4 GPM menyatakan bahawa Program Nilam sudah pun bermula dan pada 20hb
Mac akan diadakan satu taklimat ringkas kepada guru-guru bahasa cara untuk
log in dalam web-site Nilam untuk memasukkan rekod bacaan pelajar.
Tindakan
: AJK Kerja PSS

3.5 GPM akan meminta semua guru bahasa untuk mengenalpasti pelajar yang
cemerlang dan sudah menjadi Rakan Pembaca untuk dilatih bagi menyertai
Anugerah Nilam peringkat Daerah dan Negeri pada tahun depan. En.Dasuki,
Pegawai PKG Tapang bersedia untuk memberi latihan kepada pelajar.
Tindakan:
Semua guru bahasa

3.6 GPM juga memaklumkan pemantauan akan dibuat oleh pihak PKG mengikut
jadual yang ditetapkan tetapi GPM telah meminta tarikh itu ditunda kerana PSS
kita masih lagi dalam proses pengubahsuaian dan penambahbaikan.
Tindakan : GPM

4.

HAL-HAL LAIN

4.1 Pn Nik Suryani mencadangkan supaya guru-guru bahasa mengunakan PSS 2


waktu dalam seminggu untuk aktiviti Nilam seperti bacaan dsb.
Tindakan :Guru-guru bahasa

4.2 Pengerusi mencadangkan guru-guru Premis ditambah sebagai AJK Pusat


Sumber.
Tindakan :Makluman

4.3 Pn Nik Suryani meminta supaya CD MBM dan MBI diberikan satu salinan
kepada PSS sebagai simpanan stok untuk rujukan guru.
Tindakan :Guru Kanan Bahasa

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..................................................
..............

................................

Pn Nik Suryani bt Nik Othman


Ali
Guru Pustaka dan Media

Tn Hj Abdul Aziz b Che


Pengetua

You might also like