You are on page 1of 16

NILAI KINI MANFAAT DAN PREMIUM INSURANS KUMPULAN DANA

PENCEN UNTUK TIGA KES MENGGUNAKAN KAEDAH KOS AGREGAT

Aprijon*, Azmin Sham Binti Rambely, Saiful hafizah Binti Jaaman

*
Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
*
Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau, Indonesia
P110675@siswa.ukm.edu.my

Abstract

Humans are essentially in meeting the necessities of life, likely to encounter a loss called risk.
This risk is also felt by employees working in certain companies or institutions especially
when they have entered old age. Therefore, there should be programs that can be used to
ensure the welfare of employees in old age, one of which is the insurance of pension funds.
However, there are times when participants leave the pension fund insurance before entering
the normal retirement period due to other factors such as death of participants, permanent
disability and early retirement. This causes the premium payment to be paid by the participant
to be different from the premium payment during normal retirement. The purpose of this study
is to determine the present value of insurance benefits and premiums. One of the methods used
to determine the present value of pension benefits and the amount of pension premiums is the
aggregate cost method. The aggregate cost method is a method of calculating premiums that is
influenced by the total salary and the level of salary increase of the insurance participant while
working. His found that the present value of benefit cared is different and the premium to be
paid by male partisipants is larger than that of female partisipants , it is known that for cases of
death, permanent disability and early retirement for male and female participants with the
same salary, level of salary increase and age of entry, the present value of benefits earned is
different and the premium to be paid by male participants is larger than the premium to be
paid by female participants. This affects the initial lifetime annuity for male participants is
smaller than for female participants.
Keywords: Aggregate cost method; Present value of pension benefits; Pension premiums
Abstrak

Manusia pada asasnya dalam memenuhi keperluan hidup, berkemungkinan menghadapi


kerugian yang digelar risiko. Risiko ini juga dirasai oleh pekerja yang bekerja di syarikat atau
institusi tertentu terutama apabila mereka telah memasuki usia tua. Oleh itu, perlu ada
program yang boleh digunakan untuk memastikan kebajikan pekerja di hari tua, dan satu
daripadanya ialah insurans dana pencen. Namun, ada kalanya peserta meninggalkan insurans
tabung pencen sebelum memasuki tempoh persaraan biasa atas faktor lain seperti (1) kematian
peserta, (2) hilang upaya kekal dan(3) bersara awal. Ini menyebabkan bayaran premium yang
perlu dibayar oleh peserta adalah berbeza dengan bayaran premium semasa persaraan biasa.
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan nilai kini faedah insurans dan premium keatas tiga
kes iaitu kematian, hilang upaya kekal dan bersara awal. Satu daripada kaedah yang digunakan
untuk menentukan nilai kini faedah pencen dan jumlah premium pencen ialah kaedah kos
agregat. Kaedah kos agregat adalah kaedah pengiraan premium yang dipengaruhi oleh jumlah
gaji dan tahap kenaikan gaji peserta insurans semasa bekerja. Kajian mendapati, nilai kini
faedah yang diperoleh adalah berbeza dan premium yang perlu dibayar oleh peserta lelaki
adalah lebih besar daripada premium yang perlu dibayar oleh peserta perempuan. Ini memberi
kesan kepada anuiti seumur hidup awal bagi peserta lelaki dan nilainya lebih kecil berbanding
peserta perempuan.
Kata kunci: Kaedah kos agregat; Nilai kini faedah; Premium pencen

Pengenalan

Pekerja yang bekerja di syarikat atau institusi tertentu bimbang tentang ketidakpastian yang
mungkin menyebabkan banyak kerugian, terutamanya apabila mereka memasuki usia tua.
Program yang tepat untuk direalisasikan ialah program tabung pencen atau insurans kumpulan
dana pencen. Insurans dana pencen ialah insurans yang memberikan dana kepada peserta
apabila mereka memasuki usia persaraan. Ini adalah mengikut perjanjian yang telah
dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu antara peserta insurans dan syarikat insurans (Sibuea,
2013).

Sibuea (2013) mengatakan bahawa dalam insurans kumpulan dana pencen, jumlah
premium pencen dipengaruhi oleh faedah atau dana yang akan diterima oleh peserta insurans.
Premium pencen adalah tanggung jawab yang dibayar oleh peserta insurans kumpulan dana
pencen kepada syarikat insurans mengikut peraturan dana pencen. Menurut Futami (1993)
jumlah premium yang dibayar adalah dipengaruhi oleh jenis insurans dan anuiti. Dalam
menentukan jumlah premium pencen anuiti hayat yang digunakan ialah anuiti seumur hidup.
Menurut Dickson (2009), satu daripada bentuk penentuan peluang hidup dan peluang keluar
peserta insurans kumpulan dana pencen adalah dengan menggunakan andaian seragam,
dengan andaian seragam ialah andaian peluang keluar peserta insurans adalah sama pada
setiap masa.
Satu daripada kaedah yang digunakan untuk menentukan amaun premium pencen ialah
kaedah kos agregat. Kaedah ini merupakan satu pendekatan yang bertujuan memadan dan
memperuntukkan kos dan jumlah manfaat pelan pencen untuk sepanjang hayat pelan tersebut.
Kaedah ini menilai nilai kini faedah pencen dan menolaknya daripada nilai aset dan jika
terdapat lebihan iaakan diberikan kepada pekerja melalui penggajian. Kaedah kos agregat
digunakan terhadap sekumpulan pekerja dan bukannya kepada pekerja individu. Pengiraan kos
agregat pelan pencen kebiasaannya dibuat berdasarkan peratusan yang merupakan sebagian
daripada jumlah gaji tahunan syarikat.

Beberapa kajian telah dilakukan yang berkaitan dengan premium dana pencen
menggunakan kos agregat, seperti Sibuea (2013) yang mengkaji premium tahunan insurans
kumpulan dana pencen bagi kes pencen biasa. Ridwana (2018) mengkaji secara am premium
tahunan dana pencen ke atas insurans hayat.

Oleh itu kajian ini bertujuan mengkaji nilai kini faedah dan premium pencen bagi
beberapa kes seperti kes kematian, hilang upaya kekal dan bersara awal. Dalam kajian ini,
cara pengiraan bagi ketiga-tiga kes dengan menggunakan kaedah kos agregat untuk nilai
kini faedah pencen dan premium pencen dibincangkan.

Bahan dan Kaedah

Peluang Hidup dan Keluar untuk Tiga Kes


Pengurangan dalam bilangan pelanggan sering berlaku dalam insurans, termasuk insurans
dana pencen. Pengurangan jumlah peserta insurans dana pencen akan menjejaskan peluang
hidup dan keluar. Pengurangan peserta insurans yang disebabkan oleh satu kes digelar
pengurangan tunggal, manakala punca pengurangan lebih daripada tiga kes dgelarl
pengurangan berganda.

Misal x ialah umur peserta yang memasuki insurans dan masa potongan dari
perkhidmatan dilambangkan dengan T ( x )=T , iaitu masa apabila x meninggalkan insurans.
Tambahan pula, diandaikan terdapat m kes yang menyebabkan pengurangan peserta. Juga
diberikan J ( x )= j yang merupakan kes yang menyebabkan pengurangan peserta dengan
j=1,2 ,… , m .

Misalkan f T ( x ) , J ( x ) ( t , j ) mewakili gabungan fungsi taburan peluang bagi T ( x )dan J ( x ).


Gabungan fungsi taburan peluang ini boleh digunakan untuk mengira peluang peristiwa yang
diterangkan oleh T ( x )dan J ( x ). Menurut Finan (2011), peluang keluar untuk kes pengurangan
berganda ditakrifkan oleh:
t
q =∫ f T ( x ) , J ( x ) ( s , j ) ds
j
x (1)
0

Pecutan Mortaliti

Peluang keluar untuk tiga kes dipengaruhi oleh pecutan kematian. Menurut Bowers et al.
(1997) pecutan kematian bagi kes j dinyatakan sebagai

f T ( x ) , J ( x ) (t , j )
μ(xj) ( t ) = T (2)
px
Berdasarkan Persamaan (1) dan Persamaan (2), pecutan mortaliti bagi kes j boleh ditulis
seperti berikut:
1 d j
μ(xj) ( t ) = qx (3)
pTx dt

dan jumlah pecutan kematian bagi semua kes, iaitu:


(T ) 1 d (T)
μx ( t ) = qx (4)
pTx dt

Menurut Bowers et al. (1997) menyatakan bahawa peluang keluar untuk tiga kes adalah
seperti berikut:
t
q x =∫ p x μ x ( t ) dt
(j) (T ) ( j)
(5)
0

Anuiti

Dalam menentukan jumlah premium pencen anuiti hidup yang digunakan adalah anuiti
seumur hidup. Menurut Futami (1993) anuiti seumur hidup awal bagi tiga kes dinyatakan
dengan:
ω− x−1
ä x = ∑ v t p(T
x
)
(6)
t=0

dengan ωanggaran umur maksimum peserta insurans, x ialah umur peserta insurans, p(Tx ) ialah
jumlah peluang hidup peserta insurans kumpulan dana pencen berumur x tahun dan bertahan
sehingga umur x +t tahun, dan faktor diskaun yang dilambangkan dengan v seperti berikut:
1
v= (7)
1+i
dengan i adalah kadar faedah

Kaedah Kos Agregat


Satu daripada kaedah yang digunakan untuk menentukan nilai manfaat pencen dan premium
pencen untuk beberapa kes ialah kaedah kos agregat. Dalam kaedah ini, gaji yang diperoleh
setiap tahun akan meningkat dengan kadar kenaikan gaji yang berterusan.

Langkah-langkah yang perlu dijalankan ke atas kaedah kos agregat ialah:


Langkah 1 : Menentukan gaji peserta insurans kumpulan pencen
Langkah 2 : Mendapatkan nilai faedah pencen
Langkah 3 : Menentukan nilai kini manfaat pencen
Langkah 4 : Menentukan premium pencen insurans.
Menurut Futami (1994) gaji peserta insurans kumpulan dana pencen pada umur x tahun bagi t
tahun berikut adalah seperti berikut:
c x+t =c x (1+ z )t (8)

dengan c x ialah jumlah gaji peserta insurans kumpulan dana pencen pada umur x tahun dan z
mewakili kadar kenaikan gaji tahunan yang diberikan oleh syarikat. Biarkan r sebagai umur
persaraan biasa peserta dana pencen dan peratusan nilai faedah pencen yang ditentukan oleh
syarikat insurans dinyatakan dengank , maka nilai faedah pencen bagi insurans kumpulan dana
pencen adalah seperti berikut:
Br =k ( r−x ) Cr −1 (9)

Selepas mendapat nilai faedah pencen, nilai kini manfaat pencen boleh ditentukan. Nilai kini
manfaat pencen boleh ditentukan seperti berikut:
~ (T ) r−x
(10)
A x =B r p x v är

Sebagai contoh, jumlah premium yang perlu dibayar oleh peserta insurans kumpulan dana
pencen pada umur x dilambangkan dengan P x, maka secara amnya rumus premium pencen
insurans kumpulan dana pencen menggunakan kaedah kos agregat adalah seperti berikut:
~
A −F
P x= x (11)
ä r
dengan F merupakan jumlah dana pencen yang diberikan syarikat kepada peserta insurans.
Hasil dan Perbincangan
Premium yang dibayar oleh peserta yang meninggalkan insurans kumpulan dana pencen atau
punca penyediaan dana pencen untuk peserta selain pencen umur biasa iaitu yang disebabkan
oleh kes kematian, hilang upaya kekal dan bersara awal. Peluang keluar dan peluang hidup
dikira berdasarkan andaian seragam. Peluang keluar untuk tiga kes adalah seperti berikut:

Kes kematian j=1, berdasarkan Persamaan (5), kesamaan peluang peserta keluar untuk kes
kematian adalah seperti berikut.
1
q =∫ p x μ x ( t ) dt
( 1) (T) (1 )
x
0

( 1)
q x =q x
1 (1 )
( 1 1 ( 2 ) 1 1 ( 3) 1 1 ( 2) 1 ( 3 )
1− q − q + q q x
2 x 2 x 3 x ) (12)

Bagi kes hilang upaya kekal ( j=2) dan kes persaraan awal ( j=3) kaedah yang sama
dilakukan seperti dalam kes ( j=1¿ , dan diperoleh seperti berikut:

( 2)
q x =q x
1 (2 )
( 1 1 ( 1 ) 1 1 ( 3) 1 1 ( 1) 1 ( 3 )
1− q − q + q q x ( 13 )
2 x 2 x 3 x )
dan

( )
1( 1) 1 ( 2) 1 ( 1)
(3 ) 1 (3 ) 1 1 1
q =q
x x 1− q − q + q q1x (2) ( 14 )
2 x 2 x 3 x

Anuiti Seumur Hidup Awal Dengan Andaian Seragam Untuk Tiga Kes
Selepas mengetahui peluang untuk keluar bagi tiga kes menggunakan andaian seragam, maka
berdasarkan Persamaan (9) dapat ditentukan persamaan anuiti seumur hidup awal bagi tiga
kes.
ω−r −1
ä r= ∑ ¿¿
t =0

1 ( 3) t 1 (2 )
q r +v tq r q r −v tq r q r q r
1 ( 3) t 1 (1) 1 ( 2) 1 ( 3)
] .(15)

Nilai Kini Faedah Peserta Insurans Kumpulan Dana Pencen


Selepas mengetahui nilai anuiti seumur hidup awal bagi kes susut berganda, dengan
menggantikan Persamaan (6) dan Persamaan (15) ke dalam Persamaan (10) persamaan nilai
kini untuk faedah pencen bagi kes susut berganda adalah seperti berikut:
~
A x =( k ( r −x ) C r−1 ) p(T ) r−x
x v ¿

+ v t t q 1r ( 1) q1r (2 )+ v t tq 1r ( 1) q1r (3 )+ v t tq 1r ( 2) q1r (3 ) −v t tq 1r (1 ) q 1r (2) q1r (3 ) ] (16)

Premium Pencen untuk Tiga Kes Menggunakan Kaedah Kos Agregat


Selepas mendapat persamaan bagi nilai anuiti seumur hidup awal dan persamaan nilai kini
faedah pencen, berdasarkan Persamaan (11) rumus am untuk premium insurans kumpulan
wang pencen menggunakan kaedah kos agregat adalah seperti berikut:
~
A −F
P x= x
ä r
¿ ( k ( r −x ) C r−1 ) ❑r− x p(Tx ) v r −x ¿ ¿ (17)
Contoh:
Seorang lelaki dan seorang perempuan yang menjadi pekerja sebuah syarikat dan menyertai
insurans dana pencen pada usia 23 tahun. Umur persaraan yang ditetapkan oleh pihak syarikat
ialah 56 tahun. Gaji pokok yang diterima oleh pekerja pada bulan pertama bekerja adalah sama
iaitu RM1,241,250.00 sebulan dengan kenaikan gaji 5% setahun dan nilai faedah pencen yang
diberikan oleh syarikat kepada peserta insurans kumpulan wang pencen adalah 2.5. %. Pada
Februari 2020, peserta lelaki mengalami sakit tenat sehingga menyebabkan kematian,
manakala peserta perempuan mengalami kemalangan maut yang mengakibatkan hilang upaya
kekal. Syarikat insurans akan mengira jumlah premium terakhir yang perlu dibayar oleh
peserta dan jumlah faedah persaraan semasa yang perlu dibayar oleh syarikat insurans.

a. Langkah pertama yang harus dilakukan untuk menentukan nilai kini faedah dan jumlah
premi insuran dana pencenberdasarkan kenaikan gaji setiap tahunnya dari tahun pertama
peserta masuk kerja sehingga setahun sebelum memasuki masa pencen normal.

Gaji tahun pertama pekerja lelaki dan pekerja perempuan adalah gaji pokok sebulan
didarabkan dengan 12 bulan sehingga jumlahnya adalah RM1,241,250,00 × 12 =
RM14,895,000,00. Berdasarkan Persamaan (11), gaji setahun kemudian bagi peserta lelaki dan
perempuan ialah c 24 =RM15,639,750.00 sehingga c 55= RM70,973,803.17.

Jadual 1 Data kenaikan gaji peserta lelaki dan perempuan dari usia
24 tahun hingga Usia 55 Tahun
t x (1+ z)t c x+t =c x (1+ z)t
1 24 1,05 RM15.639.750,00
2 25 1,10 RM16.421.737,50
3 26 1,16 RM 17.242.824,38
4 27 1,22 RM18.104.956,38
5 28 1,28 RM19.010.213,87
6 29 1,34 RM19.960.724,57
7 30 1,40 RM20.958.760,80
8 31 1,48 RM22.006.698,84
9 32 1,55 RM23.107.033,78
10 33 1,63 RM24.262.385,47
11 34 1,71 RM25.475.504,74
12 35 1,80 RM26.749.279,98
13 36 1,89 RM28.086.743,97
14 37 1,98 RM29.491.081,17
15 38 2.08 RM30.965.635,23
16 39 2,18 RM32.313.916,99
17 40 2,29 RM34.139.612,84
18 41 2,40 RM35.846.593,49
19 42 2,52 RM37.638.923,16
20 43 2,65 RM39.520.869,32
21 44 2,79 RM41.496.912,78
22 43 2,93 RM43.571.758,42
23 46 3,07 RM45.750.346,34
24 47 3,22 RM48.037.863,66
25 48 3,39 RM50.439.756,84
26 49 3,55 RM52.961.744,69
27 50 3,73 RM55.609.831,92
28 51 3,92 RM58.390.323,52
29 52 4,11 RM61.309.839,69
30 53 4,32 RM64.375.331,68
31 54 4,53 RM67.594.098,26
32 55 4,76 RM70.973.803,17

b. Berdasarkan Jadual 1 ditunjukkan gaji pertama saat peserta asuransi dana pencen untuk
lelaki dan perempuan yang berusia 24 tahun sehingga gaji terakhir yang diperoleh peserta
insurans dana pencen berusia 55 tahun, iaitu satu tahun sebelum memasuki masa pencen
normal.

Berdasarkan Persamaan (9), jumlah faedah pencen dengan k =2.5% dan menggunakan jumlah
gaji terakhir adalah seperti berikut:

Br =k ( r−x ) Cr −1
B56=Rp 58.553.387,62 .

c. Langkah seterusnya ialah menentukan peluang setiap kes keluar untuk peserta lelaki dan
perempuan. Peluang keluar peserta berumur x = 23 tahun, bagi kes j = 1, iaitu:

( 1)
(
1( 1 ) 1 1 ( 2 ) 1 1 ( 3) 1 1 ( 2) 1 ( 3 )
q 23=q 23 1− q − q + q q23
2 23 2 23 3 23 )
¿ 0,00186 1−
( ( 1
2
1
2
1
)( )(
× 0,00030 − × 0 + ×0,00030 ×0
3 ))
q (231) =0,00186
( 2)
peluang keluar untuk kes j=2 adalah sebesar q 23=0,00030 dan peluang keluar untuk kes
j=3 adalah q (233 )=0serta jumlah peluang keluar pada usia 23 tahun adalah sebesar

q (23T )=q (231) + q(231 ) +q (233) =0,00216.untuk q (241) ,q (242 ) ,dan q (24T )dari usia 24 tahun hingga usia 56 tahun,
( 1) ( 2) ( 3) (T )
diperoleh dengan cara yang sama seperti q 23 , q 23 , q 23dan q 23 diatas.

d. Langkah seterusnya sebelum mengira faedah pencen semasa dan jumlah premium adalah
dengan mengira nilai tunai anuiti seumur hidup permulaan bagi peserta lelaki dan perempuan.
Untuk pengiraan nilai anuiti seumur hidup awal, kadar faedah yang digunakan ialah 7%.
Berdasarkan Persamaan (15), jumlah anuiti seumur hidup awal untuk peserta lelaki adalah
seperti berikut:
100−56−1
ä r ( a )= ∑ ¿¿
t=0

ä 56(a)=10,80870923 .

Jadual 2 Anuiti seumur hidup awal peserta lelaki untuk usia 56 tahun
dengan kadar faedah 7%
t v
t
t p(56T ) Anuitas
0 1 1 1
1 0,9345794 0,97862 0,914598131
2 0,8734387 0,95724 0,836090488
3 0,8162979 0,93586 0,763940530
4 0,7628952 0,91448 0,697652413
5 0,7129862 0,89310 0,636767956
6 0,6663422 0,87172 0,580863842
7 0,6227497 0,85034 0,529549015
8 0,5820091 0,82896 0,482462266
9 0,5439337 0,80758 0,439270011
10 0,5083493 0,78620 0,399664212
11 0,4750928 0,76482 0,363360471
12 0,4440120 0,74344 0,330096250
13 0,4149644 0,72206 0,299629228
14 0,3878172 0,70068 0,271735783
15 0,3624460 0,67930 0,246209580
16 0,3387346 0,65792 0,222860266
17 0,3165744 0,63654 0,201512262
18 0,2958639 0,61516 0,182003646
19 0,2765083 0,59378 0,164185117
20 0,2584190 0,57240 0,147919036
21 0,2415131 0,55102 0,133078540
22 0,2257132 0,52964 0,119546720
23 0,2109469 0,50826 0,107215862
24 0,1971466 0,48688 0,095986746
25 0,1842492 0,46550 0,085767992
26 0,1721955 0,44412 0,076475462
27 0,1609304 0,42274 0,068031703
28 0,1504022 0,40136 0,060365432
29 0,1405628 0,37998 0,053411058
30 0,1313671 0,3586 0,047108248
31 0,1227730 0,33722 0,041401513
32 0,1147411 0,31584 0,036239837
33 0,1072347 0,29446 0,031576329
34 0,1002193 0,27308 0,027367898
35 0,0936629 0,25170 0,023574962
36 0,0875355 0,23032 0,020161166
37 0,0818088 0,20894 0,017093139
38 0,0764569 0,18756 0,014340248
39 0,0714550 0,16618 0,011874393
40 0,0667804 0,14480 0,009669799
41 0,0624116 0,12342 0,007702836
42 0,0583286 0,10204 0,005951847
43 0,0545127 0,08066 0,004396993
Total 10,80870923

Sementara itu, jumlah anuiti seumur hidup permulaan untuk peserta perempuan adalah seperti
berikut:
103−56−1
ä r ( b )= ∑ ¿¿
t=0
ä 56( b)=10,81426900
Jadual 3 Anuiti seumur hidup awal peserta perempuan
untuk Usia 56 Tahun dengan kadar faedah 7%
t v
t
t p(56T ) Anuitas
0 1 1 1
1 0,9345794 0,97862 0,914598131
2 0,8734387 0,95724 0,836090488
3 0,8162979 0,93586 0,76394053
4 0,7628952 0,91448 0,697652413
5 0,7129862 0,89310 0,636767956
6 0,6663422 0,87172 0,580863842
7 0,6227497 0,85034 0,529549015
8 0,5820091 0,82896 0,482462266
9 0,5439337 0,80758 0,439270011
10 0,5083493 0,78620 0,399664212
11 0,4750928 0,76482 0,363360471
12 0,4440120 0,74344 0,330096250
13 0,4149644 0,72206 0,299629228
14 0,3878172 0,70068 0,271735783
15 0,3624460 0,67930 0,246209580
16 0,3387346 0,65792 0,222860266
17 0,3165744 0,63654 0,201512262
18 0,2958639 0,61516 0,182003646
19 0,2765083 0,59378 0,164185117
20 0,2584190 0,57240 0,147919036
21 0,2415131 0,55102 0,133078540
22 0,2257132 0,52964 0,119546720
23 0,2109469 0,50826 0,107215862
24 0,1971466 0,48688 0,095986746
25 0,1842492 0,46550 0,085767992
26 0,1721955 0,44412 0,076475462
27 0,1609304 0,42274 0,068031703
28 0,1504022 0,40136 0,060365432
29 0,1405628 0,37998 0,053411058
30 0,1313671 0,35860 0,047108248
31 0,1227730 0,33722 0,041401513
32 0,1147411 0,31584 0,036239837
33 0,1072347 0,29446 0,031576329
34 0,1002193 0,27308 0,027367898
35 0,0936629 0,25170 0,023574962
36 0,0875355 0,23032 0,020161166
37 0,0818088 0,20894 0,017093139
38 0,0764569 0,18756 0,014340248
39 0,0714550 0,16618 0,011874393
40 0,0667804 0,14480 0,009669799
41 0,0624116 0,12342 0,007702836
42 0,0583286 0,10204 0,005951847
43 0,0545127 0,08066 0,004396993
44 0,0509464 0,05928 0,003020105
45 0,0476135 0,03790 0,001804551
46 0,0444986 0,01652 0,000735117
Total 10,81426900

e. Langkah terakhir ialah menentukan nilai kini faedah pencen dan premium nilai kini faedah
untuk peserta lelaki dan perempuan yang keluar dari insurans dana pencen. Berdasarkan
Persamaan (19) dengan
r−x (T )
v =0,25841901, dan p36 =0,94522.
Kemudian nilai kini faedah pencen untuk peserta lelaki diperolehi:
~
A x (a)=Br p (xT ) v r− x ä r (a)
¿ RM 58.553 .387,62× 0,94522× 0,258419001×10,80870923
~
A 36 (a)=RM 154.591 .036,55

Manakala, bagi peserta perempuan, nilai kini manfaat pencen diperoleh:


~ ( T ) r− x
A x (b)=B r p x v ä r (b)
¿ RM 58.553 .387,62× 0,94522× 0,258419001×10,81426900
~
A 36 (b)=RM 154.617 .723,54

kemudian, menentukan jumlah premium insurans kumpulan dana pencen yang perlu dibayar
oleh peserta insurans kumpulan dana pencen. Katakan jumlah dana pencen yang diberikan
oleh syarikat kepada peserta insurans kumpulan dana pencen yang dilambangkan dengan F
ialah RM 61.925 .963. Berdasarkan Persamaan (19), jumlah premium peserta lelaki pada umur
x = 36 tahun adalah seperti berikut:

(T ) 56−36
B56 p36 v ä56 (a)−F
P36 ( a )=
ä56 (a)
RM 154.591.036,55−RM 61.925.963
¿ =RM 8.573.185,90
10,80870923
Sedangkan besar premium untuk peserta perempuan pada usia x=36 tahun adalah seperti
berikut:
(T ) 56−36
B 56 p36 v ä56 (b)−F
P36 ( b )=
ä56 (b)

RM 154.591.036,55−RM 61.925.963
¿ =RM 8.571.246,06
10,81426900
Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar oleh peserta lelaki insurans kumpulan dana pencen
untuk peserta terakhir pada umur x=36 tahun adalah sebesar RM 8.573 .185,55 , manakala
premium insurans yang perlu dibayar oleh peserta perempuan adalah berjumlah
RM 8.571 .246,06 yang dibayarkan peserta pada awal tahun 2020.

Jadual 3 Nilai Kini Manfaar dan Premium insurans dana pencen peserta lelaki
untuk tiga kes
~ ~
x A x (a) P x (a) x A x ( a) P x ( a)
23 Rp63.031.058,68 Rp102.241,23 40 Rp200.943.940,88 Rp12.861.663,21
24 Rp67.692.970,72 Rp533.551,93 41 Rp214.637.460,32 Rp14.128.560,04
25 Rp72.716.564,21 Rp998.324,68 42 Rp228.999.619,08 Rp15.457.318,03
26 Rp78.078.519,01 Rp1.494.401,94 43 Rp244.651.443,93 Rp16.905.393,33
27 Rp83.776.140,14 Rp2.021.534,36 44 Rp261.675.615,93 Rp18.480.435,42
28 Rp89.858.392,60 Rp2.584.252,11 45 Rp279.704.437,49 Rp20.148.425,67
29 Rp96.324.638,06 Rp3.182.496,11 46 Rp297.898.023,39 Rp21.831.659,58
30 Rp102.946.846,01 Rp3.795.169,44 47 Rp319.602.140,29 Rp23.839.680,74
31 Rp110.255.718,63 Rp4.471.371,61 48 Rp342.937.653,32 Rp25.998.635,39
32 Rp118.095.866,03 Rp5.196.726,25 49 Rp368.363.191,81 Rp28.350.954,98
33 Rp126.414.644,35 Rp5.966.362,86 50 Rp396.197.612,57 Rp30.926.139,51
34 Rp135.310.814,26 Rp6.789.418,58 51 Rp426.596.021,82 Rp33.738.539,09
35 Rp144.796.346,78 Rp7.667.000,94 52 Rp459.790.659,21 Rp36.809.640,05
36 Rp154.591.036,55 Rp8.573.185,90 53 Rp496.442.303,77 Rp40.200.576,36
37 Rp165.028.280,66 Rp9.538.818,69 54 Rp537.072.292,02 Rp43.959.581,01
38 Rp176.199.237,80 Rp10.572.333,14 55 Rp582.110.588,68 Rp48.126.433,47
39 Rp188.135.565,85 Rp11.676.658,16

Jadual 4 Nilai kini manfaat dan premium insurans dana pencen peserta perempuan
untuk tiga kes
~ ~
x A x (b) P x (b) x A x (b) P x (b)
23 Rp63.041.939,71 Rp103.194,84 40 Rp200.978.629,75 Rp12.858.258,54
24 Rp67.704.656,53 Rp534.358,22 41 Rp214.674.513,10 Rp14.124.722,63
25 Rp72.729.117,24 Rp998.972,21 42 Rp229.039.151,20 Rp15.453.026,76
26 Rp78.091.997,68 Rp1.494.880,02 43 Rp244.693.678,01 Rp16.900.607,43
27 Rp83.790.602,38 Rp2.021.832,39 44 Rp261.720.788,89 Rp18.475.111,53
28 Rp89.873.904,82 Rp2.584.357,93 45 Rp279.752.722,76 Rp20.142.532,03
29 Rp96.341.266,54 Rp3.182.397,58 46 Rp297.949.449,41 Rp21.825.191,00
30 Rp102.964.617,68 Rp3.794.861,65 47 Rp319.657.313,08 Rp23.832.526,27
31 Rp110.274.752,03 Rp4.470.832,84 48 Rp342.996.854,52 Rp25.990.743,48
32 Rp118.116.252,88 Rp5.195.939,72 49 Rp368.426.782,21 Rp28.342.259,58
33 Rp126.436.467,26 Rp5.965.313,44 50 Rp396.266.008,01 Rp30.916.564,50
34 Rp135.334.172,91 Rp6.788.088,03 51 Rp426.669.664,93 Rp33.728.003,43
35 Rp144.821.342,92 Rp7.665.370,62 52 Rp459.870.032,69 Rp36.798.055,39
36 Rp154.617.723,54 Rp8.571.246,06 53 Rp496.528.004,42 Rp40.187.833,45
37 Rp165.056.769,43 Rp9.536.549,02 54 Rp537.165.006,60 Rp43.945.554,12
38 Rp176.229.655,01 Rp10.569.710,45 55 Rp582.211.078,20 Rp48.110.983,29
39 Rp188.168.043,62 Rp11.673.658,26

Berdasarkan jadual lelaki dan perempuan di atas didapati bahawa bagi peserta lelaki dan
perempuan yang mempunyai gaji yang sama, tahap kenaikan gaji dan umur kemasukan, nilai
kini faedah yang diperoleh adalah berbeza dan premium yang perlu dibayar oleh peserta lelaki
adalah lebih besar daripada premium yang perlu dibayar oleh peserta perempuan.

Kesimpulan
Berdasarkan hasil perbincangan di atas, didapati nilai kini faedah dan premium yang perlu
dibayar oleh peserta lelaki dan peserta perempuan adalah berbeza dengan nilai kini manfaat
pencen bagi peserta lelaki yang diterima adalah lebih kecil berbanding peserta perempuan.
Tambahan lagi premium yang perlu dibayar oleh peserta lelaki adalah lebih besar daripada
jumlah.premium yang perlu dibayar oleh peserta perempuan. Ini kerana anuiti seumur hidup
permulaan peserta insurans kumpulan dana pencen bagi lelaki adalah lebih kecil daripada
anuiti seumur hidup awal peserta perempuan kerana umur maksimum pencen lelaki adalah
lebih kecil daripada umur maksimum pencen perempuan. Pengiraan peluang keluar
menggunakan andaian seragam turut mempengaruhi anuiti sehingga menjejaskan jumlah
premium yang dibayar oleh peserta insurans dana pencen.

Penghargaan
Penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Professor Madya Dr.Azmin Sham
Rambely dan Professor Madya Dr.Saiful hafizah Binti Jaaman kerana telah sudi membimbing
penulis dalam membuat artikel ini.
Rujukan
Sibuea, L. 2013. Metode Aggregate Cost untuk Perhitungan Premi Tahunan pada Asuransi
Jiwa Gabungan. JOM FMIPAUNRI, Pekanbaru.

Turfa, R.2018. Metode Agrgate Cost untuk Perhitungan Premi Tahunan Dana Pensiun pada
Asuransi Jiwa.UIN ALAUDDIN, Makasar.

Adriani, Y., 2009. Perhitungan Dana Pensiun untuk Pensiun Normal Berdasarkan Metode
Constant Dollar. Jurnal Penelitian Sains FMIPA Universitas Sriwijaya Vol. 12 (2A): 12202,
Palembang.

Futami, T. 1993. Life Insurance Math, Part I. Incorporated Fondation Oriental Life Insurance
Cultural Development Center; Japan.

Futami, T. 1994. Life Insurance Math, Part II. Incorporated Fondation Oriental Life Insurance
Cultural Development Center; Japan.

Salim, A. 1993. Asuransi dan Manejemen Resiko. PT Raja Grafindo Persada,Jakarta.

Dickson, D. C. M. 2009. Actuarial Mathematics for Life Contingent Risks. Cambridge


University Pres, Cambridge.

Bower, N. L. 1997. Actuarial Mathematics.The Society or Actuaries, United States Of


Amerika.

Bowers, C. J., Gerber,N.L., Hickman,H.V., Jones,D.A., Nesbit. 1997. Achtuarial Mathematics.


Schaumburg: The Society of Actuaries.

Winklevoss, H.1993. Pension Mathematics with Numerical Illustrations. 2th Edition Pension
Research Council.
Marwa, M.H.M. 2020. Analisis Status Badan Hukum Dana Pensiun. Jurnal Yustika: Media
Hukum Dan Keadilan, vol. 23 (01): 1–12.

S. P. Aktuaria. 2019. Standar Praktik Aktuaria Dana Pensiun Persatuan Aktuaris Indonesia.
Jakarta.

You might also like