You are on page 1of 3
Contoh Soalan Pendapar / Perorncangen Akhirakhir ini, isu penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai sektor ekonomi negara menjadi perbualan masyarakat. Penggunaan bahasa Inggeris secara meluas dalam kalangan masyarakat dikatakan mengancam penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Bincangkan pernyataan ini. Rangka Karangan Pendahuluan Penggunaan bahasa Inggeris di Malaysia yang kian meluas dikatakan mengancam kedudukan. bahasa Melayu j Cadangan isi 4 1 Penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat dikatakan mengancam dan ; ‘merupakan cabaran baharu kepada bahasa Melayu 2 Terdapat sesetengah pihak membantah usaha-usaha untuk memberikan penekanan” kepada kepentingan bahasa Inggeris 3. penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat dapat memberikan keyakinan untuk berinteraksi dengan pelbagai bangsa lain “4. Memudahkan masyarakat untuk menceburi pelbagai bidang pekerjaan tanpa mengabaikan bahasa Melayu Penutup Gama-samalah kita mempelajari bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama memelihara bahasa ibunda Contoh Karangan Bahasa Melayu begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang mengamalkan budaya Melayu walaupun Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Tiga bangsa ulama gi Malaysia ialah bangsa Melayu, Cina, dan India. Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa ebangsaan sejak lima dekad yang lalu setelah bendera Union Jack diturunkan dan turut menjadi lingua franca sejak berabad-abad yang lalu. Penggunaannya yang meluas dalam alangan masyarakat telah menjadikan kedudukan bahasa Melayu mantap dan teguh Namun, penggunaan bahasa Inggeris di Malaysia yang kian meluas dikatakan mengancam kedudukan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Belakangan ini, penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat dikatakan mengancam dan merupakan cabaran baharu kepada bahasa Melayu. Memandangkan bahasa Inggeris menjadi bahasa antarabangsa, penggunaan bahasa Inge sebagai bahasa kedua tidak dapat disangkal lagi. Malahan, bahasa Inggeris sudah menjadi mata pelajaran wajib dalam peperiksaan di sekolah-sekolah kerajaan mahupun sekolah swasta Sungguhpun begitu, penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat hanya diperlukan untuk mencapai abjektif menjadi sebuah negara membangun. Hal ini sama sekali tidak akan mengambil alih atau melumpuhkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalanganimasyarakat. Bahasa Melayu masih lagi digunakan di sekolah-sekolah dan juga di jabatan-jabatan kerajaan. Bahasa Melayu yang digunakan dalam pertuturan seharian sejak sekian lama ini tidak mungkin dan tidak akan dilupakan oleh masyarakat. Terdapat sesetengah pihak yang mem- bantah usaha-usaha untuk memberikan penekanan kepada kepentingan bahasa Inggeris kerana menurut mereka kononnya bahasa ini akan mencemari bahasa Melayu. Kebimbangan dan kerisauan mereka bertambah apabila pihak kerajaan mengisytiharkan mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris beberapa tahun lalu. Pada zaman sains dan teknologi maklumat ini, pemikiran yang cetek seperti ini harus dikikis kerana seluruh dunia telah mengiktiraf bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Penguasaannya tidak akan mengancam kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Sementelahan, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara tercinta kita, Malaysia telah diperkukuhkan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Namun begitu, kita tidak boleh menyangkal penggunaan dan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengucapan harian yang diamalkan di Malaysia. Hal ini adalah kerana bahasa Inggeris sudah lama bertapak di Malaysia sejak zaman pascamerdeka lagi. Walaupun demikian,rakyat Malaysia masih fasih berbahasa Melayu. Oleh itu, adalah mustahil bagi orang yang berlidah Melayu melupakan bahasa ibunda mereka sendiri. Secara tidak langsung, penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat dapat memberikan keyakinan untuk berinteraksi dengan pelbagai bangsa lain yang tidak menguasai bahasa Melayu. spot on 121 Contah Karangan Terplih Bahasa Malaysia SPM TJambahan pula, bahasa Inggeris tidak akan mengancam bahasa kebangsaan Mala jaitu bahasa Melayu kerana bahasa Melayu mempunyai kekuatan yang tersendiri. Namue hakikatnya kita tidak dapat menyangkal bahawa terdapat masyarakat yang melazimi bahay, Inggeris. Hal ini kerana bahasa Inggeris mempunyai banyak kepentingannya. Salah a kepentingan menguasai bahasa Inggeris ialah dapat memudahkan masyarakat untuk menceburi pelbagai bidang pekerjaan tanpa mengabaikan bahasa Melayu. Lazimnya, bahasa Inggeris digunakan hanya untuk melancarkan pelbagai urusan pekerjaan dan memudahkan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain. Konklusinya, penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat tidak akan mengancam penguasaan bahasa Melayu ekoran kemampuan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Oleh itu, tidak perlulah kita bimbang dan risau akan keadaan ini, Perkembangan pesat yang dicapai oleh Malaysia kini dalam bidang teknologi dan maklumat tidak akan menyebabkan bahasa Melayu dilupakan dan tidak menolak kepentingan bahas Inggeris sebagai bahasa kedua. Oleh itu, sama-samalah kita mempelajari bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama memelihara bahasa ibunda, iaitu bahasa Melayu. GALERI ISTILAH

You might also like