You are on page 1of 1

Amalan gotong-royong merupakan satu amalan yang sering dilakukan terutamanya dalam

kalangan masyarakat di Malaysia. Ia juga merupakan sebahagian daripada cara hidup atau
adat resam dalam masyarakat khususnya apabila adanya kenduri perkahwinan, perayaan,
mahupun sesuatu majlis. Aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam
masyarakat di Negara ini untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara jiran-jiran
serta ianya dapat mengeratkan perpaduan di antara kaum. aktiviti gotong-royong juga dapat
memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting
dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni
yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan
kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat memupuk sikap berjimat cermat
dalam masyarakat.

You might also like