Professional Documents
Culture Documents
Kertas Kerja Subjek Pengantar Alquran
Kertas Kerja Subjek Pengantar Alquran
TAJUK :
PENULISAN AL-QURAN ZAMAN SAIDINA
ABU BAKAR DAN UTHMAN
DISEDIAKAN OLEH :
1. Muqaddimah 2
2. Definisi Al-Quran 2
3. Nama-nama Al-Quran 6
4. Penurunan Al-Quran 8
8. Rujukan 16
1
MUQADDIMAH
Allah telah menurunkan Al-Quran kepada manusia sebagai panduan hidup di akhir zaman
hinggalah ke hari kiamat. Al-Quran ini diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. kepada
Rasulullah S.A.W sebagai utusan Allah kepada umat manusia, dalam menyampaikan ajaran dan
Allah dengan mengajarkan Al-Quran kepada para sahabat r.a dan mewariskan mereka dengan Al-
Para sahabat pula meneruskan tugas ini dengan mengajarkan Al-Quran kepada para tabi’ien
selepas mereka, kemudian mewariskan Al-Quran kepada kita dalam bentuk tulisan untuk menjaga
Al-Quran itu dari terus luput dari dada (hafazan) umat Islam. Walaupun Al-Quran itu telah disusun
dalam bentuk tulisan oleh Saidina Uthman r.a., beliau tidak mengabaikan sunnah penyampaian Al-
Quran yang mestilah diwarisi terus dari mulut ke mulut. Dalam menjaga kesahihan bacaaan Al-
Quran, Mushaf Al-Quran yang ditulis tangan pada permulaan Islam, telah dikirimkan bersama guru-
guru untuk mengajarkan bacaannya ke negeri-negeri umat Islam pada masa itu. Begitulah
berkembangnya penyampaian Al-Quran yang diwarisi dari generasi ke generasi sehinggalah sampai
DEFINISI AL-QUR’AN
Perkataan “ “ القرآنdari sudut Bahasa berasal daripada kata “ َ “ قَ َرَأyang bererti “bacaan”.
2
١٨ فَإِذَا قَ َرأْ َن ٰـه فَٱتَّ ِب ْع ق ْر َءانَهۥ١٧ علَ ْينَا َج ْم َعهۥ َوق ْر َءانَهۥ
َ ِإ َّن
Surah Al-Qiyamah (75): 17-18
Maksudnya:
“Sesungguhnya Kami berkuasa mengumpulkan al-Qur’an itu (dalam dadamu), dan (menetapkan)
bacaannya (pada lidahmu); (17) Oleh itu, apabila Kami membacakannya (kepadamu, dengan
Seterusnya, kata terbitan ini telah dijadikan satu nama khas bagi koleksi wahyu Allah atau
Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.). Dari sudut Bahasa, terdapat
1. Ada yang mengatakan perkataan al-Qur’an itu berasal daripada kata nama (isim) yang bukan
musytaq (bukan diambil daripada pecahan mana-mana perkataan Arab), malah ia adalah
nama khas bagi Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.).
2. Ada juga ulama yang berpendapat bahawa ia adalah kata pecahan daripada kata al-qar’i, yang
bereti mengumpulkan. Ini adalah pendapat al-Jauhari dan lain-lain ulama yang selari dengan
pendapatnya.
Sementara dari sudut istilah, al-Qur’an diberikan definisi sebagai Kalamullah yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.), yang mana lafaz-lafaznya menjadi mukjizat yang
membuktikan kenabian baginda, mendapat pahala (menjadi ibadat) bagi sesiapa yang membacanya,
yang diriwayatkan secara mutawatir, yang termaktub dalam mushaf, bermula dengan surah al-
3
Ada ulama yang hanya memberikan definisi ringkas terhadap al-Qur’an, iaitu:
Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.), yang mendapat pahala ibadah jika
، المكتوب في المصاحف، المنزل على النبي صلى هللا عليه وسلم،القرآن هو الكالم المعجز
Maksudnya:
“Al-Qur’an adalah kalamullah yang bersifat mukjizat, yang diturunkan kepada Nabi
sebahagian kecil daripada al-Qur’an seperti satu surah atau satu ayat sahaja. Seseorang yang
membaca satu ayat daripada al-Qur’an akan dianggap sebagai mambaca al-Qur’an. Hal ini adalah
Maksudnya:
“Dan apabila al-Qur’an itu dibacakan, maka hendaklah kamu mendengarnya dan
4
Definisi di atas juga memberikan pengertian bahawa al-Qur’an adalah Kalamullah atau firman Allah.
Justeru, ia bukan perbicaraan manusia, atau percakapan Nabi Muhammad (s.a.w.) dan bukan pula
rekaan malaikat, termasuk Malaikat Jibril (a.s.). Nabi Muhammad (s.a.w.) hanyalah penerima wahyu
al-Qur;an yang disampaikan melalui Malaikat Jibril (a.s.) Ungkapan dalam definisi bahawa “al-
Qur’an” sebagai kalamullah yang bersifat mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
(s.a.w.)” memberi pengertian bahawa al-Qur’an merupakan mukjizat Nabi Muhammad (s.a.w.) dan
Ungkapan yang ada dalam definisi tersebut “yang telah ditulis dalam mushaf-mushaf dana
yang diriwayatkan kepada kita secara mutawatir” memberi pengertian bahawa al-Qur’an adalah
firman Allah yang sudah dibukukan dan dicatat dalam lembaran-lembaran al-Qur’an berdasarkan
perintah Nabi Muhammad (s.a.w.). Lembaran-lembaran ini kemudian dikumpulkan dalam satu
mushaf tersendiri. Riwayat bacaan al-Qur’an dan penulisannya dilakukan secara mutawatir dari
maksud bahawa al-Qur’an, sebagaimana erti namanya adalah “bacaan”, sangat dianjurkan untuk
dibaca. Ia bukan sekadar bacaan biasa, akan tetapi bacaan yang bernilai ibadah dan diberikan pahala.
Hal ini berdasarkan hadith Nabi (s.a.w.) dari riwayat Imam al-Tarmizi:
من قرأ حرفا من كتاب هللا فله به حسنة والحسنة بعشر أمثالها ال أقول الم حرف ولكن ألف حرف
Maksudnya:
5
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Qur’an maka dia akan memperolehi
kebaikan. Dan satu kebaikan itu akan diganda menjadi sepuluh kebaikan yang setanding
dengannya. Maka aku tidak menyatakan “ ”المsebagai satu huruf, akan tetapi “alif” (bernilai)
NAMA-NAMA AL-QURAN
Al-Qur’an mempunyai pelbagai nama yang indah dan memiliki erti yang baik. Syeikh Abu
al-Ma’ali ibn ‘Abd al-Malik mengatakan bahawa al-Qur’an memiliki 55 nama. Di antara nama-nama
al-Qur’an yang sangat masyhur ialah: al-Qur’an, al-Kitab, al-Kalam, al-Huda, al-Syifa’, al-Mau’izah,
Di antara sebab-sebab penamaan al-Qur;an dengan nama-nama tersebut adalah seperti berikut:
1. Al-Qur’an: Al-Qur’an bererti bacaan. Maka ia dianamakan al-Qur’an kerana ia adalah wahyu
yang diturunkan untuk dibaca. Abu ‘Ubaidah berkata: Dinamakan al-Qur’an kerana ia
Maksudnya:
Ayat ini bermaksud nahawa Allah (s.w.t.) menghimpunkan al-Qur;an untuk dibaca. Seperti
yang diketahui bahawa al-Quran diturunkan oleh Allah secara berperingkat-peringkat, sedikit
6
demi sedikit. Maka apabila kesemua bahagian al-Qur’an dihimpunkan, maka ianya
dinamakan al-Qur’an.
2. Al-Kitab: Ia lafaz yang berasal dari kata al-Katbi yang bermaksud al-Jam’ (berkumpul). Hal
ini disebabkan oleh kerana al-Qur’an menghimpunkan pelbagai jenis ayat-ayat yang
3. Al-Mushaf: Al-Mushaf ialah lafaz yang berasal dari kata ashafa yang bererti menghimpunkan
suhuf-suhuf. Al-Suhuf adalah kata jamak daripada al-Sahifah yang bererti lembaran dari kulit
atau kertas yang bertulis. Diriwayatkan bahawa setelah selesai proses pengumpulan al-
Qur’an, Saidina Abu Bakar al-Siddiq (r.a.) telah meminta pandangan daripada orang ramai
merungkai segala kekaburan dengan penjelasan yang pasti dan dengan suatu bukti yang nyata
berkenaan dengan permasalahan halal, haram dan perkara-perkara ghaib yang tidak dapat
5. Al-Furqan: Ia dinamakan al-Furqan kerana ianya dapat membezakan di antara kebenaran dan
7
PENURUNAN AL-QURAN
ulama’ antaranya Imam al-Dzarkasyi, Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dan Imam al-Suyuti mengatakan
bahawa al-Qur’an itu diturunkan dalam tiga peringkat, huraiannya seperti berikut:
i. Penurunan pertama iaitu dari sisi Allah ‘Azza Wa Jalla ke Luh Mahfuzh. Firman
Allah (s.w.t.) :
Maksudnya:
“Bahkan (yang mereka dustakan itu) ialah al-Qur’an yang mulia yang
Ayat di atas menunjukkan bahawa al-Quran itu tersimpan di Luh Mahfuzh. Allah
Nya. Keadaan al-Quran di Luh Mahfuzh tidak diketahui kecuali Allah (s.w.t.). kita
kerana urusan ini termasuk dalam perkara sam’iyyat yang wajib diyakini dan
ii. Penurunan kedua secara serentak dari Luh Mahfuzh ke Bait al-‘Izzah di langit
dunia pada bulan Ramadhan di Malam al-Qadr (Lailatul Qadr). Firman Allah
(s.w.t.) :
8
ِ َاس َو َب ِي َن ٰـ ٍۢت ِمنَ ٱ ْلهدَ ٰى َوٱ ْلف ْرق
ۚ ان ِ نز َل فِي ِه ٱ ْلق ْر َءان ه ٌۭدى ِلل َّن
ِ ضانَ ٱلَّذِى أ
َ ش ْهر َر َم
َ
Maksudnya:
أنزل القرآن في ليلة القدر في شهر رمضان إلى سماء الدنيا جملة واحدة
“Diturunkan akan al-Quran itu pada Malam al-Qadr dalam bulan Ramadhan ke
iii. Penurunan ketiga secara beransur-ansur dari Bait al-‘Izzah ke dada Rasulullah
(s.a.w.) dalam tempoh 23 tahun (22 tahun – 2 bulan – 22 hari). Firman Allah
(s.w.t.) :
ۖ َعلَ ْي ِه ٱ ْلق ْر َءان ج ْملَ ٌۭة ٰ َو ِحدَ ٌۭة ۚ َك ٰذَلِكَ ِلنثَ ِبتَ ِب ِهۦ ف َؤادَك
َ َوقَا َل ٱلَّذِينَ َكفَروا لَ ْو َال ن ِز َل
Maksudnya:
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah Nabi yang paling mulia kerana Baginda
adalah penghulu bagi seluruh para Nabi. Kemuliaan Baginda dikuatkan lagi dengan penurunan Kitab
Suci al-Quran al-Karim yang merupakan mukjizat teragung sepanjang zaman. Penulisan al-Quran
bermula sejak zaman Rasulullah (s.a.w.). menurut ahli sejarah, sebaik sahaja Rasulullah (s.a.w.)
menerima wahyu, Baginda telah memerintahkan para jurutulisnya supaya mencatatkan ayat-ayat al-
Ramai juga di kalangan para sahabat yang menulis ayat al-Quran sama ada untuk dirinya
sendiri atau sebaliknya. Di antara jurutulis (penulis wahyu) Rasulullah (s.a.w.) yang masyhur iaitu
Khulafa’ al-Rasyidin (Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali), Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka’ab, Tsabit
bin Qais, Mu’adz bin Jabal, Amru bin al-‘Ash, Mu’awiyyah bin Abu Sufian, Khalis bin al-Walid,
Abdullah bin Salam, Yazid bin Abu Sufian, Hudzaifah bin al-Yaman, Huwaitib bin Abdul ‘Uzza,
Abban bin Said dan al-Zubir bin al-Awwam. Oleh kerana pada masa itu ketiadaan peralatan
seumpama kertas dan sebagainya, maka para penulis wahyu telah mencatatkannya pada pelepah-
pelepah tamar, batu-batu, kulit-kulit binatang dan sebagainya. Kaum muslimin yang lain menyalin
Kebanyakan daripada sahabat Nabi (s.a.w.) lebih mengutamakan hafazan daripada menulis
kerana sebab-sebab yang tertentu. Di kalangan mereka ada yang telah menghafaz keseluruhan al-
Quran dan ada juga yang menghafaz surah-surah tertentu sahaja. Para sahabat yang hafaz al-Qur’an
10
daripada kalangan Muhajirin iaitu Abu Bakar al-Shiddiq, Umar bin al-Khattab, Othman bin Affan,
Ali bin Abu Talib, Talhah bin Ubaidillah, Sa’ad bin Abu Waqas, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin
Amru bin al-Ash, Abdullah bin Umar, Abdullah bin al-Zubir, Aisyah binti Abu Bakar, Hafsah binti
Para sahabat yang menghafaz al-Qur’an daripada kalangan Anshar iaitu Ibaidah bin al-
Shamit, Muadz bin Jabal, Mujma’ bin Jariah, Fudhalah bin Ubaidi, Musamah bin Makhlad, Zaid bin
Tsabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik. Kesimpulannya, al-Qur’an itu telah ditulis sepenuhnya pada
zaman Rasulullah (s.a.w.) walaupun dalam keadaam terpisah antara satu sama lain. Al-Qur’an juga
Setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w.) maka para sahabat bersepakat melantik Abu Bakat al-
Siddiq sebagai Khalifah. Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah berlaku
banyak peperangan kerana memerangi kaum murtad dan mereka yang enggan membayar zakat.
Dalam satu peperangan yang terkenal dengan peperangan al-Yamamah, ramai daripada kalangan
para huffaz yang terkorban. Ahli sejarah menyatakan sehingga 70 orang para huffaz yang syahid.
Hal ini telah membimbangkan Saiyidina Umar al-Khattab. Beliau telah mencadangkan
kepada Khalifah Abu Bakar al-Shiddiq agar mengumpul al-Qur’an kerana bimbang al-Qur’an itu
akan terhapus dengan sebab kematian para huffaz. Hasil daripada cadangan Umar tersebut maka
Khalifah Abu Bakar al-Shiddiq telah memerintahkan Zaid bin Thabit dengan dibantu oleh beberapa
orang sahabat untuk mengumpul al-Qur’an. Mereka menyalin tulisan-tulisan al-Qur’an yang ada
pada zaman Rasulullah (s.a.w.) dan dikumpulkan dalam satu Mushaf (Suhuf). Kerja mulia tersebut
11
siap sepenuhnya dalam tempoh satu tahun iaitu tahun kedua pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-
Siddiq.
Setelah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq wafat, Mushaf tersebut disimpan di rumah Saiyidina
Umar al-Khattab dan setelah beliau wafat, mushaf tersebut disimpan oleh anak perempuannya
Ummul Mu’minin Hafshah. Mushaf Abu Bakar tidak diserahkan kepada Khalifah Othman bin ‘Affan
kerana Khalifah Umar al-Khattab tidak menentukan siapa bakal penggantinya tetapi beliau
mencadangkan beberapa nama yang berkelayakan menggantikannya. Di samping itu juga, Ummul
Mu’minin Hafshah memang layak menjaga Mushaf tersebut kerana beliau pandai menulis dan
membaca. Mushaf Abu Bakar kekal dalam jagaan Ummul Mu’minin Hafshah sehinggalah beliau
wafat pada tahun 45 Hijrah. Setelah beliau wafat, Mushaf tersebut telah diserahkan oleh adiknya
Abdullah bin Umar kepada Marwan bin Hakam pemimpin Madinah pada zaman Khalifah
Mu’awiyah bin Abu Sufian atas permintaan pemimpin tersebut. Mushaf tersebut telah dibakar oleh
Marwan kerana beliau bimbang menjadi keraguan pada umat manusia mengenai keadaan Mushaf
tersebut.
Adapun penyusunan yang dilakukan semula pada masa Khalifah ‘Uthman (r.a.) ialah setelah
beliau menerima kepulangan Huzaifah bin al-Yaman (r.a.) daripada kunjungan ke beberapa buah
قبل أن يختلفوا في الكتاب اختالف اليهود والنصارى، أدرك هذه األمة،يا أمير المؤمنين
12
“Wahai Amir al-Mu’minin! Selamatkanlah umat ini sebelum mereka berseteru
Huzaifah (r.a.) mendapati bahawa terdapat sebutan yang berbeza dalam bacaan al-Quran penduduk
di sana kerana dipengaruhi oleh loghat bahasa daerah dalam sebutan huruf mereka. Hal ini sehingga
menzahirkan qiraat yang berbeza, lalu dibimbangi boleh mencetuskan pertelingkahan dalam
Maka, Khalifah ‘Uthman (r.a.) mengarahkan supaya diambil naskhah al-Qur’an yang
disimpan oleh Ummu al-Mu’minin Hafshah (r.a.). Hal ini diarahkan oleh ‘Uthman (r.a.) setelah
bermesyuarat dengan para sahabat yang paling kanan. ‘Uthman (r.a.) mengutuskan surat kepada
Kemudian, ‘Uthman (r.a.) mengarahkan Zaid bin Tsabit (r.a.) bersama ‘Abdullah bin al-Zubair (r.a.),
Sa’id bin al-‘Asr (r.a.), dan ‘Abd al-Rahman bin al-Harith bin Hisyam (r.a.) supaya menulis al-Qur’an
dengan Bahasa Arab Quraisy. Mereka diarahkan supaya menulis al-Quran mengikut Bahasa asal
yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW yang berbangsa Arab Quraisy dan yang paling fasih
Seterusnya al-Quran disalin kepada beberapa naskah bagi dihantar ke seluruh pelosok wilayah
Islam. Walau bagaimanapun, Riwayat berbagai-bagai qiraat itu tetap dipelihara berasaskan keizinan
13
Rasulullah SAW yang pernah bersabda apabila terdapat pertelingkahan bacaan dalam kalangan
“Begitulah al-Quran ini diturunkan dengan tujuh huruf (sebutan Bahasa Arab), maka bacalah
Inilah jasa Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan RA yang paling besar dan mulia kerana meninggalkan
pusaka ilmu yang paling bermanfaat kepada seluruh umat hingga akhir zaman.
Al-Quran yang telah ditulis dinamakan sebagai Mushaf. Mengikut pandangan yang masyhur
di kalangan para ulama’antaranya Imam al-Suyuti bahawa kesemuanya ada enam mushaf. Mushaf-
mushaf tersebut telah dihantar ke bandar-bandar utama untuk dijadikan sebagai panduan dan
1. Satu Mushaf telah dihantar ke Mekah yang diketuai oleh Abdullah bin al-Saib dan dikenali
2. Satu Mushaf telah dihantar ke Bashrah yang diketuai oleh ‘Aamir bin Abdul Qais dan dikenali
3. Satu Mushaf telah dihantar ke Kufah yang diketuai oleh Abu Abdul Rahman al-Sulami dan
14
4. Satu Mushaf telah dihantar ke Syam yang diketuai oleh al-Mughirah bin Syihab dan dikenali
5. Satu Mushaf telah ditinggalkan di Madinah yang diketuai oleh Zaid bin Thabit dan dikenali
6. Satu Mushaf disimpan oleh Khalifah Uthman untuk dirinya dan dikenali sebagai Mushaf
Menurut pandangan Imam Abu Hatim al-Sajistani bahawa selain daripada Mashahif (mushaf-
mushaf) yang tersebut di atas, ada juga Mushaf yang dihantar ke Yaman yang dikenali sebagai
Mushaf Yamani dan Mushaf yang dihantar ke Bahrain yang dikenali sebagai Mushaf Bahraini.
Urusan penulisan al-Quran pada masa Khalifah Uthman bin ‘Affan tersebut telah dipersetujui para
sahabat (12,000 sahabat) yang masih hidup Ketika itu. Saiyidina Ali Karramallahu Wajhah berkata
mengenainya:
“Janganlah kamu mengatakann sesuatu terhadap Uthman melainkan yang baik sahaja.
Sesungguhnya Demi Allah! Segala sesuatu yang dilakukan olehnya terhadap mushaf itu adalah
15
RUJUKAN
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Fiqh Siasah Khulafa’ Al-Rasyidin : Khalifah Uthman RA,
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Fiqh Siasah Khulafa’ Al-Rasyidin : Khalifah Abu Bakar RA,
Abu Mardhiyah, Tajwid Al-Quran – Qira’at Asyim Jilid 1, Al-Jendeki Ent., 2019.
Majlis Agama Islam Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor, Perbendaharaan Al-Quran,
Selangor, 2008.
Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM), Modul Pengantar
16