You are on page 1of 33

1.

0 PENGENALAN

Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. ialah subsidiari kepada sebuah syarikat
kumpulan makanan QAF Ltd dan juga syarikat besekutu Padiberas Nasional
(BERNAS). Gardenia mempunyai kilang roti di Malaysia, Singapura dan Filipina.
Pemilikan saham terbesar Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. adalah Tan Sri Syed
Mokhtar Albukhary iaitu sebanyak 30 peratus saham syarikat Gardenia dimiliki
beliau. Roti pertama Gardenia telah diuli buat pertama kali di kilang pengeluarannya
pada tahun 1986 (http://www.gardenia.com.my/about us.html). Gardenia kini menjadi
pengeluar dan pemasar roti terbesar di Malaysia dengan mempunyai 60 peratus
bahagian pasaran. Gardenia telah menghasilkan 20 jenis roti, roti krim dan kek snek
dan menghantarnya ke 18,000 cawangan di seluruh negara. Gardenia mempunyai
empat buah kilang dan 3000 orang pekerja dengan kapasiti pengeluaran sebanyak
30,000 roti setiap jam. Gardenia juga ialah pengedar roti terbesar di Asia Tenggara
(https://www.star.com.my/business/business-news/2004/09/18/gardenia-expects-
sales-to-reach-rm300mil-this-year/).

Pengkaji akan menentukan proses pengeluaran serta menghuraikan


perancangan pengeluaran yang merangkumi jenis pengeluaran dan susun atur
pengeluaran. Selain itu, pengkaji juga akan membincangkan tentang persekitaran
perniagaan yang mempengaruhi kejayaan Gardenia dan menjelaskan dua elemen
campuran pemasaran yang digunakan oleh Gardenia terhadap produknya dalam
meningkatkan jualan dan keuntungan.

Lini produk Gardenia telah berkembang selama bertahun-tahun, menjadi lebih


baik dan lebih baik dengan setiap langkah dengan memanfaatkan kekuatan
jenamanya, Gardenia kini menghasilkan pelbagai produk untuk memenuhi permintaan
pengguna di pasaran khusunya produk roti keping
(http://www.gardenia.com.my/aboutus.html).

1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji menjalankan kajian ini untuk mencapai empat objektif kajian


berkaitan produk roti keping yang dikeluarkan dan dipasarkan oleh Gardenia
Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

Objektif kajian tersebut ialah:

2.1 Menentukan proses pengeluaran produk roti keping Original Classic


Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

2.2 Menghuraikan perancangan pengeluaran yang diaplikasikan oleh Gardenia


Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

2.2.1 Jenis pengeluaran

2.2.2 Jenis susun atur pengeluaran

2.3 Membincangkan persekitaran perniagaan yang mempengaruhi pengeluaran


produk roti keping Original Classic Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

2.3.1 Persekitaran umum iaitu persekitaran sosiobudaya serta


persekitaran persaingan dan jaringan

2.3.2 Persekitaran tugas iaitu pekerja dan pesaing

2.4 Menjelaskan dua elemen campuran pemasaran bagi produk roti keping
Original Classic yang dikeluarkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.
iaitu produk dan promosi

2
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pada tahun 1969, Horatiau Sye Slocum, seorang warga Amerika telah dihantar
oleh International Executive Service Corp (IESC) ke Malaysia untuk membuka kilang
membuat roti. Beliau mempunyai pengalaman 35 tahun dalam pembuatan roti yang
diperoleh semasa bekerja di salah satu rangkaian roti terbesar di Amerika. Maka
lahirlah jenama Gardenia di Malaysia. Jenama Gardenia diasaskan di Kuala Lumpur
pada tahun 1969. Hanya dalam masa 4 tahun sahaja, Gardenia berjaya menerajui
pasaran roti iaitu satu pencapaian mengagumkan dengan kadar 99 peratus pengguna
mengingati produk Gardenia (brand recall) dan 80 peratus menjadi pilihan pengguna
(top-of-mind recall) (http://www.gardenia.com.my/aboutus.html).

Menurut Sushil Gupta dan Martin Star (2013), proses pengeluaran ialah proses
yang mengubah input yang melibatkan bahan mentah, modal insan dan teknologi
dalam penghasilan sesuatu produk. Dalam kajian ini, pengkaji akan menentukan
proses pengeluaran produk roti keping Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. .
Perancangan pengeluaran melibatkan jenis pengeluaran, susun atur pengeluaran, reka
bentuk pengeluaran dan lokasi kilang. Jenis pengeluaran merupakan kaedah yang
digunakan dalam penghasilan sesuatu barang dan perkhidmatan yang melibatkan
aktiviti pengurus pengeluaran menentukan sumber yang mengalir dalam sistem yang
ditetapkan, diubah dan digabungkan dengan cara terkawal (Suresh, 2008). Susun atur
pengeluaran pula ialah susun atur kemudahan kilang pembuatan atau kemudahan
perkhidmatan. Susun atur pengeluaran akan menentukan lokasi pelbagai mesin dan
kelengkapan diletakkan yang akan memberikan kesan kepada produktiviti dan kos
pengendalian bahan dan peralatan dalam kilang. (Starr, 2013). Pengkaji akan
menghuraikan perancangan pengeluaran yang diaplikasikan oleh Gardenia.

Campuran pemasaran ialah satu konsep yang digunakan oleh pemilik


perniagaan dalam mengaplikasikan strategi produk, harga, pengedaran dan promosi
dalam perniagaan yang dijalankan (Philip Kotler, 2015). Pengkaji akan menjelaskan
campuran pemasaran Gardenia yang terdiri daripada produk dan promosi. Produk
merupakan kombinasi barangan dan perkhidmatan syarikat yang ditawarkan oleh
syarikat, manakala promosi ialah aktiviti menyampaikan merit produk dan memujuk
pengguna untuk membelinya (Philip Kotler, 2015).

3
Menurut P. Subba. Rao (2008), persekitaran perniagaan ialah gabungan faktor
dalaman dan luaran yang mempengaruhi keadaaan operasi syarikat. Pengkaji akan
membincangkan persekitaran umum yang terdiri daripada persekitaran sosiobudaya
serta persekitaran persaingan dan jaringan yang mempengaruhi Gardenia. Pengkaji
juga akan membincangkan dua aspek persekitaran tugas iaitu pengguna dan pesaing
bagi syarikat Gardenia.

4
4.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian terdapat dua jenis data yang digunakan iaitu data
primer dan data sekunder. Data primer ialah data langsung yang dikumpulkan dan
dianalisis. Data primer diperolehi dengan menggunakan kaedah kualitatif dan
kuantitatif, contohnya kaedah eksperimen dan kaji selidik. Kaedah kaji selidik terdiri
daripada kaedah soal selidik, kaedah pemerhatian dan kaedah temu bual (Kothari,
2004). Data sekunder pula ialah data yang sudah tersedia iaitu merujuk kepada data
yang telah dikumpulkan dan dianalisis oleh orang lain. Data sekunder terdiri daripada
data yang telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum (Kothari, 2004). Data
sekunder meliputi maklumat yang diperoleh daripada bahan-bahan ilmiah seperti
buku, majalah, jurnal, dan surat khabar dan laman sesawang.

Bagi mendapatkan definisi istilah-istilah perniagaan seperti proses


pengeluaran, perancangan pengeluaran, campuran pemasaran dan persekitaran
perniagaan, pengkaji menggunakan buku elektronik yang dikenali sebagai e-book
melalui carian di internet. Pengkaji menggunakan buku Production and Operations
Management Systems terbitan 2014 yang ditulis oleh Sushil Gupta dan Martin Starr
untuk mendapatkan definisi proses pengeluaran dan susun atur pengeluaran. Selain
itu, pengkaji menggunakan buku Production and Management terbitan 2008 karya S.
Anil Kumar dan N. Suresh bagi mendapatkan definisi jenis pengeluaran. Manakala
bagi mendapatkan definisi campuran pemasaran pula, pengkaji merujuk buku
Marketing: An Introduction terbitan 2015 yang dikarang oleh Kotler dan Amstrong.
Bagi istilah persekitaran perniagaan, pengkaji menggunakan buku International
Business Environment terbitan 2008 edisi kedua yang ditulis oleh P. Subba. Rao.

Pengkaji melayari laman sesawang rasmi syarikat Gardenia Bakeries (KL)


Sdn. Bhd. iaitu http://www.gardenia.com.my untuk mendapatkan maklumat
mengenai latar belakang syarikat, sejarah penubuhan syarikat, jenis keluaran yang
ditawarkan kepada pengguna dan bentuk promosi yang digunakan oleh Gardenia.

Bagi objektif pertama iaitu proses pengeluaran, pengkaji mendapatkan


maklumat mengenai input iaitu pembekal tepung gandum utama kepada Gardenia di
pautan http://gardenia.com.my/wordpress/?tag=federal-flour. Maklumat mengenai
kilang dan sumber kewangan Gardenia diperoleh daripada berita Mstar Online di
pautan https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2012/09/21/gardenia-umum-

5
pembukaan- kilang-baru-yang-terbesar-di-asia-tenggara. Bagi maklumat mengenai
teknologi yang digunakan, pengkaji mendapat maklumat di laman sesawang Prezi
yang boleh dicapai di pautan https://prezi.com/m/4zmj4f6xjybc/copy-of-operation-
management/. Bagi proses transformasi pula pengkaji melayari laman sesawang
Youtube. Di laman sesawang tersebut, video bertajuk ‘Gardenia Stories Corporate
Video 2016 HD’ menerangkan langkah-langkah pembuatan roti Original Classic.
Video tersebut boleh dicapai melalui pautan https://youtu.be/gemFTj3YfX0.
Maklumat mengenai output, saiz hidangan roti Gardenia diperoleh di laman sesawang
syarikat di pautan http://www.gardenia.com.my/product_delicia.html. Akhir sekali,
maklumat mengenai kawalan kualiti Gardenia diperoleh di pautan
https://www.gardenia.com.sg/quality.aspx, http://www.gardenia.com.my/rnd.htm dan
http://www.qaf.com.sg/wp-content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.pdf.

Selain itu, bagi objektif kedua, pengkaji melayari laman sesawang Scribd
untuk mendapatkan maklumat berkaitan jenis pengeluaran Gardenia di pautan
https://www.sribd.com/document/348238342/1-Gardenia-docx. Pengkaji juga
melayari laman sesawang rasmi syarikat, laman sesawang Youtube dan laman
sesawang Prezi untuk mendapatkan maklumat berkaitan jenis pengeluaran Gardenia.
Bagi susun atur pengeluaran, pengkaji melayari laman sesawang yang sama bagi
mengetahui kedudukan mesin dan pekerja di kilang Gardenia.

Di samping itu, bagi objektif ketiga, terdapat dua persekitaran perniagaan iaitu
persekitaran umum dan persekitaran tugas. Pengkaji mendapatkan maklumat
mengenai persekitaran umum melalui laporan tahunan QAF Ltd bagi tahun 2017 dan
di berita dalam talian Star. Pengkaji turut mendapatkan maklumat mengenai
persekitaran tugas di laporan tahunan QAF Ltd bagi tahun 2017.

Akhir sekali, bagi objektif keempat, pengkaji mendapatkan maklumat di


laporan tahunan QAF Ltd, laman sesawang Scribd, laman sesawang rasmi syarikat,
portal Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), laman sesawang Phdessays, laman
sesawang Youtube bagi mendapatkan maklumat berkaitan campuran pemasaran yang
terdiri daripada produk dan promosi.

6
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menghuraikan proses pengeluaran dan perancangan pengeluaran


iaitu jenis pengeluaran dan susun atur pengeluaran yang diaplikasikan oleh
Gardenia Bakeries Sdn. Bhd. . Bahagian ini juga akan membincangkan
persekitaran perniagaan yang mempengaruhi Gardenia iaitu persekitaran
umum dan persekitaran tugas. Akhir sekali, pengkaji akan menjelaskan
campuran pemasaran yang digunakan oleh Gardenia iaitu produk dan promosi.

5.1 Proses pengeluaran

Proses pengeluaran ialah proses menukarkan input kepada output (barang dan
perkhidmatan). Ia melibatkan tiga perkara utama iaitu input, proses
transformasi dan output (Abu Bakar Hamed, 2006).

5.1.1 Input

Input merupakan sumber yang diperlukan untuk digunakan dalam kerja


pengeluaran. Sumber yang diperlukan sebagai input ialah aset (bangunan dan
peralatan), modal, bahan mentah, modal insan dan maklumat (Suresh, 2008).
Input digabungkan dalam proses transformasi, menghasikan barang atau
perkhidmatan. Input berubah menjadi output untuk dijual semula atau untuk
kegunaan pengguna akhir (Starr, 2013).

Gardenia mendapatkan bahan mentah utama iaitu tepung gandum daripada


Federal Flour Mills (FFM) dan Malayan Flour Mill Berhad (MFMB).
Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. [GBKL] telah menjadi rakan FFM sejak
awal lagi. Hubungan kerja antara kilang tepung dan roti adalah akrab. Semua
rahsia perdagangan Gardenia seperti spesifikasi ramuan dan resipi dikongsi
bersama. Dengan datangnya pesaing baru yang semakin banyak, pada tahun
1998, Gardenia meminta FFM untuk tetap setia kepada Gardenia FFM.
Gardenia turut memilih untuk membeli tepung dari keluarga TEH di Perak,
iaitu Malayan Flour Mill Berhad (Lampiran 1)
(http://gardenia.com.my/wordpress/?tag=federal-flour). Gardenia menekankan
bahawa produknya menggunakan tepung gandum tanpa protein untuk semua

7
produk dan juga tanpa bahan pengawet buatan dan sintetik
(http://gardenia.com.my/wordpress/?p=198).

Kilang kedua Gardenia ditubuhkan di Singapura pada bulan Jun 1993,


dengan kapasiti pengeluaran 8,000 roti sejam. Untuk memenuhi permintaan
yang semakin meningkat serta mendapatkan teknologi pembakar moden, dana
yang banyak telah dilaburkan untuk membina kilang roti baru yang serba
canggih di Singapura. Pelaburan sebanyak S$18.5 juta telah dilaburkan untuk
membina kilang roti Gardenia yang baru di Singapura. Kilang ini dapat
meningkatkan kapasiti pengeluaran sebanyak 2.5 kali ganda berbanding kilang
Gardenia di Selangor tanpa menjejaskan kualiti. Dilengkapi dengan peralatan
komputer yang terbaru, kilang yang sangat berautomasi ini merupakan kilang
tercanggih di rantau Asia Tenggara. Pada tahun 2012, Gardenia Bakeries (KL)
Sdn. Bhd. mengumumkan pembukaan kilangnya yang kelima, dilengkapi
dengan peralatan berteknologi tinggi untuk menghasilkan tiga jenis roti dan
waffles. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu, kilang
baru ini ialah yang terbesar dan termoden di Asia Tenggara. Ia terletak di
Seksyen 26 di Kuala Lumpur. Kilang automasi penuh ini mampu menambah
pengeluarannya sehingga 8,000 buku roti sejam. Dengan kira-kira 2,500 orang
pekerja di seluruh negara, Gardenia mempunyai tiga lagi kilang di sekitar
Kuala Lumpur dan sebuah di Puchong, Selangor
(https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2012/09/21/gardenia-umum-
pembukaan- kilang-baru-yang-terbesar-di-asia-tenggara).

5.1.2 Proses Transformasi

Proses transformasi ialah proses pertukaran dan tambah nilai ke atas input
dengan menggunakan teknologi dan manusia bagi menghasilkan output
(Suresh, 2008).

Gardenia menggunakan mesin berteknologi tinggi dalam menghasilkan


produknya. Antara teknologi yang digunakan ialah Mixer, Divider, Rounder,
Checkweigher, Proofer, Tunnel Oven, Conveyor Belts dan Bread Bodies
(Lampiran 2). Mixer digunakan untuk mencampur bahan-bahan mentah (Rajah
2, Lampiran 2). Divider pula digunakan untuk membahagikan doh kepada saiz
yang memenuhi standard piawai (Rajah 3, Lampiran 2). Rounder berfungsi

8
menguli setiap doh untuk memerangkap karbon dioksida (Rajah 4, Lampiran
2). Manakala Checkweigher digunakan untuk memeriksa berat doh supaya ia
tidak akan kurang atau lebih daripada berat yang diperlukan (Rajah 5,
Lampiran 2). Proofer pula digunakan untuk menetapkan masa rehat sehingga
10 minit di bawah suhu 100℉ dan 85 peratus darjah kelembapan (Rajah 6,
Lampiran 2). Doh akan dibakar selama 20 minit pada suhu 200℃ di dalam
Tunnel Oven (Rajah 7, Lampiran 2). Conveyor Belts digunakan untuk
menggerakkan roti dari satu tempat ke tempat lain (Rajah 8, Lampiran 2).
Akhir sekali, Bread Bodies merupakan van yang akan menghantar roti ke
cawangan Gardenia (Rajah 9, Lampiran 2).
(https://prezi.com/m/4zmj4f6xjybc/copy-of-operation-management/).

Proses transformasi roti keping Original Classic mempunyai 11 langkah


iaitu Ingredient preparation, Spounge mixing, Fermentation, Dough Mixing,
Make-up line, Final Proofing, Oven Baking, Depanning, Tumbling, Slicing,
Packaging dan Dispatch (Lampiran 3) (https://youtu.be/gemFTj3YfX0).

Proses transformasi bermula dengan ingredients preparation. Proses ini


melibatkan penyediaan ramuan utama iaitu tepung, gula, dan serbuk penaik
diletakkan di dalam tong besar yang dikenali Silos yang dikendalikan oleh
komputer sebelum dilepaskan ke pengadun span (Rajah 10, Lampiran 3)
(https://youtu.be/gemFTj3YfX0).

Seterusnya, proses sponge mixing bermula. Sponge mixing ialah proses awal
pembuatan roti di mana separuh daripada bahan-bahan dicampur dalam
pengadun gergasi (Rajah 11, Lampiran 3) (https://youtu.be/gemFTj3YfX0).

Selanjutnya proses fermentation. Setelah mencampurkan bahan-bahan,


adunan akan terbentuk, lalu dipindahkan ke bekas segi empat tepat dan akan
ditapai selama beberapa jam di dalam bilik sejuk untuk meningkatkan aroma,
rasa dan tekstur (Rajah 12, Lampiran 3) (https://youtu.be/gemFTj3YfX0).

Selepas proses fermentation, proses dough mixing dijalankan. Dari bilik


penapaian, adunan akan dituang ke pengadun doh. Baki separuh tepung dan
bahan lain kemudian ditambah untuk membentuk. Selepas dituangkan ke

9
pengadun doh, doh bersedia untuk dipindahkan ke make-up line (Rajah 13,
Lampiran 3) (https://youtu.be/gemFTj3YfX0).

Make-up line terdiri daripada empat operasi kawalan komputer utama iaitu
pembahagian (dividing), pembulatan (rounding), pemeriksaan pertengahan
(intermediate proofing) dan pembentukan (moulding). Pertama, pembahagian,
doh dipindahkan daripada pengadun doh ke pembahagi. Doh akan dipotong
mengikut saiz dan berat roti sebuku, lalu menghasilkan kepingan doh
mengikut ukuran yang tepat dan seragam (Rajah 14, Lampiran 3). Kedua,
pembulatan, setiap doh dibulatkan di dalam bola dengan permukaan licin. Hal
ini dilakukan dengan peralatan yang dikenali sebagai the rounder (Rajah 15,
Lampiran 3). Kemudian, potongan doh melepasi mesin penyemak berat
(checkweigher) untuk memastikan berat setiap buku doh. Ketiga, penyemakan
pertengahan, di sini setiap buku doh dipindahkan ke bakul individu
(individual basket). Hal ini membolehkan setiap buku doh dapat berehat
sebelum pergi ke pembentuk tanpa terkoyak (Rajah 16, Lampiran 4). Akhir
sekali, pembentukan, setiap buku doh akan dibentuk menjadi bentuk silinder.
Doh akan ditempatkan di dua talam pembakar. Talam pembakar pertama di
sebelah kanan, manakala talam pembakar kedua di sebelah kiri (Rajah 17,
Lampiran 4) (https://youtu.be/gemFTj3YfX0).

Pada peringkat seterusnya, proses final proofing bermula. Talam pembakar


yang berisi doh yang telah dibentuk dipindahkan ke dalam bilik pengawal
suhu dan kelembapan untuk pemeriksaan terakhir. Talam pembakar akan
melakukan perjalanan melalui pelbagai peringkat penyemakan untuk
memberikan masa doh mengembang. Selepas penyemakan terakhir, talam
pembakar secara automatik akan ditutup dengan penutup aluminium
menggunakan robot. Selanjutnya, talam pembakar akan disembur dengan
minyak bakar yang khusus (Rajah 18, Lampiran 4)
(https://youtu.be/gemFTj3YfX0).

Seterusnya, proses oven baking dijalankan. Pembakaran roti dilakukan di


dalam ketuhar dengan sistem pembakaran tidak langsung yang dipanaskan
oleh gas petroleum cecair mesra alam. Komputer yang diprogramkan akan
memastikan haba memenuhi ruang ketuhar dalam jarak 30 meter dengan lima

10
suhu yang berbeza-beza. Hal ini menghasilkan pembakaran yang konsisten.
Penutup aluminium ditanggalkan secara automatik dan disimpan di stor untuk
penyejukan (Rajah 19, Lampiran 4) (https://youtu.be/gemFTj3YfX0).

Proses selanjutnya ialah depanning. Sekarang roti-roti dilonggarkan


daripada setiap talam pembakar dengan udara yang diledakkan di sisi antara
roti dengan talam. Roti-roti itu dibawa keluar daripada talam pembakar
menggunakan penyedut lembut ke dalam penghantar yang tidak disentuh oleh
tangan manusia. Sementara itu, penutup aluminium yang panas melepasi
penyejuk kemudian diletakkan di kawasan stor (Rajah 20, Lampiran 4)
(https://youtu.be/gemFTj3YfX0).

Selanjutnya, proses cooling. Proses ini merupakan salah satu bahagian yang
paling popular dalam proses pembuatan roti, penyejuk lingkaran (spiral
cooler). Roti panas yang baru dibakar akan dihantar dari atas menara
penyejukan hingga ke bawah. Proses ini membolehkan roti memperoleh suhu
yang sesuai dan dikehendaki sebelum memasuki proses pemotongan dan
pembungkusan (Rajah 21, Lampiran 4) (https://youtu.be/gemFTj3YfX0).

Selepas proses cooling, proses tumbling dilakukan. Setiap buku roti


melewati stesen tumbling di mana semua empat sisi roti disemak oleh
penyemak yang terlatih untuk melakukan pemeriksaan luaran roti. Hanya roti
yang memenuhi standard kualiti tinggi Gardenia yang akan dipotong dan
dibungkus (Rajah 22, Lampiran 5) (https://youtu.be/gemFTj3YfX0).

Seterusnya, proses pemotongan bermula. Setiap buku dipotong dengan


pemotong di mana pemotong secara automatik memotong mengikut ketebalan
yang dikehendaki (Rajah 23, Lampiran 5) (https://youtu.be/gemFTj3YfX0).

Proses packaging bermula di mana setiap buku roti yang telah dipotong
kemudian ditolak ke dalam beg secara automatik tanpa disentuh (Rajah 24,
Lampiran 5). Akhirnya, untuk memastikan kesegaran, Gardenia
menggunakan pengunci warna yang dicetak dengan harga dan tarikh luput
iaitu pengunci G-lock. G-lock memberitahu pengguna hari roti dibakar. Hal
tersebut merupakan kaedah Gardenia memastikan anda hanya mendapat roti
yang segar setiap hari (Rajah 25, Lampiran 5). Selepas pembungkusan, setiap

11
roti melepasi pengesan logam untuk memastikan tiada pencemar logam
sebelum roti diletakkan di atas dulang yang bersih (Rajah 26, Lampiran 5)
(https://youtu.be/gemFTj3YfX0).

Akhir sekali, roti yang telah siap dibungkus dibawa ke kawasan merah. Roti
yang ditempatkan di bakul merah akan disusun di dalam lori (Bread bodies),
lalu dihantar ke cawangan yang berdekatan dengan rumah pengguna siap
untuk dibawa pulang dan dinikmati oleh seisi keluarga (Rajah 27, Lampiran 5)
(https://youtu.be/gemFTj3YfX0).

5.1.3 Output

Output merujuk kepada hasil akhir daripada proses tambah nilai atau
transformasi yang dijalankan (Suresh, 2008).

Produk roti keping Gardenia didatangkan dengan pelbagai pilihan berat


membolehkan pengguna membuat pilihan. Produk roti keping Gardenia
mempunyai tiga pilihan saiz iaitu 300g, 400g dan 600g ( Lampiran 6)
(http://www.gardenia.com.my/product_delicia.html). Gardenia menerima
cabaran pasaran roti semakin kompetitif dan mantap dengan pertumbuhan
yang berterusan dalam permintaan untuk roti yang sihat kerana keutamaan
gaya hidup dan permintaan pengguna yang semakin meningkat. Pasukan
Penyelidikan & Pembangunan Gardenia sentiasa berusaha untuk
menghasilkan produk baru melalui proses penyesuaian dan percubaan yang
ketat dengan ujian rasa dan maklum balas yang mendalam daripada orang
ramai. Gardenia akan terus memajukan pasaran roti dengan menetapkan
piawaian baru yang lebih mendalam supaya menjadi produk yang pertama
dalam industri roti yang memperkenalkan produk yang lebih baik dengan idea-
idea yang menyegarkan. Gardenia juga berbangga dengan pasukan Kawalan
Kualiti yang membantu memastikan bahawa hanya kualiti dan roti segar yang
terbaik sahaja sampai di tangan pengguna setiap hari. Dengan ini, pengguna
akan sentiasa yakin dengan komitmen Gardenia terhadap kualiti dan
kesegarannya (https://www.gardenia.com.sg/quality.aspx). Untuk memastikan
setiap produk Gardenia berada di tahap yang unggul secara konsisten, pihak
Gardenia telah menjalankan pemeriksaan kualiti secara rawak sepanjang masa

12
dan memantau kualiti produk pada setiap peringkat pengeluaran
(http://www.gardenia.com.my/rnd.html).

Selain mempertahankan keselamatan makanan, Gardenia juga berusaha


untuk memperbaiki kandungan nutrisi produk roti supaya produknya bukan
sahaja mempunyai rasa yang baik, tetapi juga memberi manfaat kesihatan
kepada pengguna. Gardenia mengekalkan makmal yang memberi tumpuan
terhadap pembangunan produk baru, pemilihan nilai nutrisi produk tertentu,
pengujian hayat produk dan penyediaan input teknikal serta spesifikasi
peralatan untuk peralatan pengeluaran baharu. Makmal tersebut
bertanggungjawab untuk pemilihan dan pengujian bahan mentah dan bahan-
bahan, pengujian pembakaran, penentuan nilai nutrisi produk, penentuan
parameter proses pengeluaran, dan kos produk. Mereka juga
bertanggungjawab untuk memastikan produk baru dan ramuan mematuhi
peruntukan undang-undang makanan tempatan termasuk keperluan pelabelan
dan memulakan proses pensijilan halal. Makmal tersebut dilengkapi dengan
peralatan untuk menjalankan penilaian kualiti roti, pembungkusan, parameter
kawalan kualiti dan menjalankan ujian mikrobiologi asas. Untuk
mengekalkan kualiti makanan, Gardenia bersama dengan rakyat Singapura
menjalankan usahasama dalam penyelidikan dan pembangunan yang terdiri
daripada 28 orang iaitu 14 kakitangan profesional, 9 juruteknik makmal dan 5
teknologi pembakar
(http://www.qaf.com.sg/wp-content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.pdf).

5.2 Perancangan pengeluaran

Perancangan pengeluaran melibatkan jenis pengeluaran, susun atur


pengeluaran, reka bentuk pengeluaran dan lokasi kilang.

5.2.1 Jenis pengeluaran

Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mengaplikasikan pengeluaran


secara massa terhadap produknya. Pengeluaran massa dapat ditentukan
melalui volum pengeluaran, mesin disusun dalam barisan atau mengikut susun
atur produk dan keseragaman produk dan proses wujud serta semua keluaran
mengikut kaedah yang sama. Antara ciri-ciri pengeluaran secara massa ialah

13
keseragaman produk dan urutan proses, mesin mempunyai fungsi khusus yang
mempunyai kapasiti pengeluaran dan kadar pengeluaran yang tinggi, jumlah
produk yang banyak, masa kitaran pengeluaran yang pendek, inventori proses
rendah, barisan pengeluaran yang seimbang, aliran bahan komponen dan
bahagian adalah berterusan, pengeluaran dan kawalan pengeluaran mudah
serta pengendalian bahan adalah automatik (Suresh, 2008).

Penghasilan roti keping Original Classic Gardenia menggunakan


pengeluaran secara massa. Roti yang dihasilkan secara berterusan dengan
volum pengeluaran dianggarkan 2000 buku roti sejam. Proses pengeluaran
Gardenia melibatkan mesin automatik yang mempunyai fungsi khusus. Bahan
yang sedang diproses bergerak secara berterusan di mana ia dikendalikan oleh
mesin automatik yang dikenali Silos. Gardenia biasanya beroperasi 24 jam
sehari, 7 hari seminggu dengan penutupan penyelenggaran (maintenance
shutdown) yang jarang berlaku. Gardenia kini menyesuaikan penyelengaraan
pencegahan (preventive maintenance) di mana kemudahan dan jentera sentiasa
diperiksa dan dibersihkan untuk mengelakkan penutupan pengeluaran yang
tidak dijangka. Sekali dalam sebulan syarikat akan melakukan
penyelenggaraan sepanjang hari di kilang
(https://www.sribd.com/document/348238342/1-Gardenia-docx).

Gardenia mempunyai urutan proses yang seragam iaitu sebanyak 11


langkah digunakan meliputi Ingredient preparation, Spounge mixing,
Fermentation, Dough Mixing, Make-up line, Final Proofing, Oven Baking,
Depanning, Tumbling, Slicing, Packaging dan Dispatch
(https://youtu.be/gemFTj3YfX0). Mesin Gardenia mempunyai fungsi khusus
yang disusun mengikut susun atur produk. Antara mesin yang digunakan
Gardenia ialah Mixer, Divider, Rounder, Checkweigher, Proofer, Tunnel
Oven, Conveyor Belts dan Bread Bodies
(https://prezi.com/m/4zmj4f6xjybc/copy-of-operation-management/). Selain
roti keping Original Classic, Gardenia mempunyai barisan produk lain iaitu
twiggies, waffle, soft roll, fluffy buns, quick bites, squiggles, toastem dan
muffin (http://www.gardenia.com.my/products.html).

5.2.2 Susun atur pengeluaran

14
Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mengaplikasikan susun atur produk.
Dalam susun atur ini, mesin dan perkhidmatan tambahan diletak mengikut
urutan pemprosesan produk. Jika jumlah pengeluaran sesuatu produk adalah
banyak, susun atur ini akan digunakan untuk mencapai aliran bahan yang
cekap dan kos seunit yang rendah. Mesin dengan fungsi khusus digunakan
untuk melaksanakan tugas yang ditentukan dengan cepat dan tepat. Oleh hal
yang demikian, susun atur produk dipilih apabila volum pengeluaran produk
adalah tinggi (Suresh, 2008).

Terdapat 11 proses pengeluaran roti Original Classic di kilang


Gardenia iaitu Ingredient preparation, Spounge mixing, Fermentation, Dough
Mixing, Make-up line, Final Proofing, Oven Baking, Depanning, Tumbling,
Slicing, Packaging dan Dispatch (https://prezi.com/m/bu0xe5cxtn7h/facility-
layout/). Gardenia menyusun bahan mentah, pekerja, mesin dan peralatan
mengikut urutan proses transformasi (Lampiran 7). Dalam setiap peringkat
pengeluaran, fungsi mesin tidak berubah dan bahan-bahan yang diperlukan
ditambah serentak sepanjang proses berlaku tanpa henti. Susun atur ini jarang
diubah oleh Gardenia (Lampiran 8)
(https://www.sribd.com/document/348238342/1-Gardenia-docx).

5.3 Persekitaran perniagaan

Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (GBKL) ialah syarikat


multinasional. Syarikat multinasional ialah sebuah organisasi perniagaan yang
menjalankan perniagaan di lebih daripada satu negara. Sebuah syarikat
multinasional terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti mengeksport,
mengimport dan pengeluaran di negara-negara yang berbeza. Syarikat
multinasional mempunyai penglibatan di seluruh dunia dan perspektif global
dalam pengurusan dan pengambilan keputusannya. Syarikat multinasional
bertindak balas terhadap keperluan khusus pasaran negara yang berbeza-beza
dari segi produk, harga dan promosi. Oleh hal yang demikian, syarikat
multinasional beroperasi di lebih daripada satu negara, tetapi beroperasi
seperti syarikat domestik negara berkenaan (Rao, 2008). Selain GBKL,
Gardenia turut memiliki subsidiari syarikat Gardenia di Singapura iaitu
Gardenia Foods (S) Pte Ltd dan di Filipina iaitu Gardenia Bakeries

15
Philippines Incorporated. Oleh itu, sebagai syarikat multinasional Gardenia
peka terhadap persekitaran perniagaan di lokasi di mana ia beroperasi.
Persekitaran perniagaan terbahagi kepada dua iaitu persekitaran umum dan
persekitaran tugas.

5.3.1 Persekitaran Umum

5.3.1.1 Persekitaran teknologi

J. K. Galbraith (2005) mentakrifkan teknologi sebagai aplikasi


sistematik yang saintifik atau pengetahuan dan kaedah yang teratur untuk
melakukan tugasan tertentu. Syarikat-syarikat asing yang ingin menubuhkan
kilang pengeluaran di negara luar perlu membawa teknologi, pengetahuan
teknikal, jentera dan peralatan, pengurusan, kemahiran pemasaran dan lain-
lain ke negara tuan rumah. Mereka perlu melatih pekerja tempatan dalam
menjalankan pelbagai operasi terutama pengeluaran. Mereka perlu mereka
bentuk proses teknologi dan produk di negara asal atau negara di tuan rumah
(Rao, 2008).

Anak syarikat Gardenia di Singapura telah mencipta dan merupakan


pemilik hak harta intelek kepada penyelesaian Information Technology (IT)
yang inovatif iaitu Business to Business (B2B) Electronic Data Exchange
yang dikenali sebagai "Paperless Mobility Solution" (PMS) yang memberikan
kebaikan kepada perniagaan dan persekitaran (Lampiran 9). PMS ini ialah
proses digital automatik untuk penghantaran, invois dan pengesahan
penghantaran atau pembelian yang berfungsi melalui Inter Alia, sebuah
aplikasi yang boleh dipasang pada peranti mudah alih elektronik penjual
Gardenia di mana ia membolehkan penjual Gardenia berkomunikasi secara
elektronik dengan peranti dan sistem komputer pihak peruncit. Penyelesaian
IT ini yang merangkumi e-invois, menghapuskan keperluan untuk mencetak
invois kertas salinan keras dan mengurangkan ralat transkripsi yang timbul
semasa proses penghantaran atau pengumpulan antara Gardenia dan
peruncitnya yang telah membawa kepada percanggahan antara rekod masing-

16
masing. PMS membolehkan data e-invois untuk dihantar secara lancar dan
secara elektronik serta secara digital ke dalam sistem komputer peruncit
(http://www.qaf.com.sg/wp-content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.pdf).

Inisiatif ini diambil oleh Gardenia untuk menangani isu-isu yang


sebelum ini ditemui berkaitan dengan pengumpulan maklumat penuh dan
jumlah invois kepada peruncitnya. Pencetakan invois menjana pengeluaran
kertas yang melibatkan masa dan sumber. Dengan pelaksanaan PMS, pihak
Gardenia telah berjaya membantu peruncit mereka mengamalkan sistem
seperti rantaian pasar raya utama untuk mengurangkan penggunaan kertas
dengan ketara. Kecekapan pentadbiran juga dipertingkatkan, membolehkan
fokus yang lebih besar terhadap aspek lain dalam perniagaan
(http://www.qaf.com.sg/wp-content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.pdf).

Anak syarikat pengeluaran utama iaitu Gardenia Bakeries (KL) Sdn.


Bhd. menggunakan pasukan untuk mengawasi Sistem Pengurusan Alam
Sekitar. Sistem ini menguruskan pematuhan terhadap undang-undang dan
peraturan alam sekitar, mengenal pasti risiko alam sekitar dan penjanaan
tenaga, serta menasihati kumpulan operasi mengenai isu-isu utama. Pada
tahun 2017, sistem ini terus mengembangkan pangkalan datanya untuk
merekodkan penggunaan tenaga dan air. Sistem ini merekodkan pelbagai data
untuk membantu memantau dan membuat keputusan penting. Selain itu,
pihak pengurusan perdagangan dan logistik Gardenia telah memulakan fungsi
kerja tertentu secara elektronik melalui penggunaan tablet. Inisiatif ini yang
melibatkan bidang kerja seperti jaminan kualiti dan audit keselamatan
makanan, telah dilaksanakan pada tahun 2017 untuk meningkatkan kecekapan
kerja, dan mengurangkan proses manual seperti pencetakan kertas dan
pemfailan serta mengurangkan penggunaan kertas
(http://www.qaf.com.sg/wp-content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.pdf).

5.3.1.2 Persekitaran persaingan dan jaringan

Dalam sistem ekonomi kapitalis, organisasi perniagaan sering menghadapi


persekitaran persaingan yang dinamik. Pesaing ialah organisasi perniagaan
lain yang mengeluarkan barang niaga atau perkhidmatan yang sama atau baru
dalam pasaran. Pesaing boleh menentukan daya tahan dan kreativiti, kemajuan

17
dan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi dalam dunia perniagaan
(Rao, 2008).

Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. menghadapi persaingan dengan The


Italian Baker Sdn. Bhd iaitu pengeluar roti Massimo. Roti Massimo telah
memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2011. Hal ini menyebabkan pasaran
roti mempunyai pelbagai pilihan untuk dipilih berdasarkan pilihan harga, nilai
kesihatan dan rasa. Pada tahun 2012, kempen boikot produk yang berasaskan
kaum dan politik di Malaysia berlaku (Lampiran 10). Kempen ini dilancarkan
oleh sebuah kumpulan Facebook yang menggesa pencinta roti Malaysia
menjadikan kaum dan politik ke senarai pilihan mereka. Bermula pada bulan
Januari, kempen dalam talian menggesa pengguna memboikot roti Gardenia.
Kumpulan Facebook tersebut mendakwa selepas Padiberas Nasional Bhd
(Bernas) membeli syarikat Gardenia, syarikat tersebut berhenti membeli
tepung daripada Federal Flour Mills Bhd (FFM) yang dimiliki oleh hartawan
Malaysia yang berasal dari Hong Kong, Tan Sri Robert Kuok, atas alasan
perkauman. Bernas merupakan syarikat dimiliki oleh Tan Sri Syed Mohktar
Al-Bukhary yang merupakan usahawan bumiputera-Islam di Malaysia.
Kempen itu juga menggesa pengguna untuk beralih kepada roti baru iaitu
Massimo dihasilkan oleh The Italian Baker Sdn. Bhd. yang merupakan
subsidiari syarikat FFM. Kempen tersebut menyebabkan jualan Gardenia
merosot, lalu mendorong syarikat itu meletakkan pengiklanan di media cetak
untuk menafikan tuduhan-tuduhan kumpulan tersebut, Gardenia turut
memberikan alasan mengapa mereka berhenti membeli tepung daripada FFM.
Dalam iklan tersebut, Gardenia Bakeries menegaskan bahawa ia membeli
tepung daripada Malayan Flour Mills Bhd. dan Performance Flour Mills (M)
Sdn. Bhd. semata-mata kerana alasan komersial. Ia juga menambah walaupun
Bernas mempunyai kepentingan dalam kilang tepung lain, ia tidak pernah
diarahkan atau dipaksa untuk berhenti membeli tepung daripada FFM. Sebagai
balasan, kumpulan FFM juga telah menghasilkan pengiklanan sendiri di media
cetak untuk menolak sebarang penglibatan dalam kempen boikot terhadap
Gardenia. Kumpulan FFM mendakwa ia adalah sebuah syarikat yang selalu
percaya bahawa perniagaan harus beroperasi secara adil dan saksama yang
membolehkan persaingan bebas berlaku. "Kami bernasib baik kerana dapat

18
bersaing dalam pasaran yang berkongsi nilai-nilai ini," kata FFM.
(https://www.thestar.com.my/news/nation/2012/01/08/when-bread-has-race/).

5.3.2 Persekitaran tugas

5.3.2.1 Pelanggan

Menurut P. Subba Rao (2008), pelanggan merupakan pihak yang


membeli barangan atau perkhidmatan daripada sesebuah organisasi
perniagaan. Pelanggan akan memberi pulangan kepada perniagaan, hasil
daripada jualan. Hal ini membolehkan perniagaan berfungsi dan berkembang.

Pasaran di Malaysia adalah kompleks. Hal ini dikatakan demikian


kerana pasaran di Malaysia melibatkan peralihan pilihan pengguna dan
demografi. Perubahan ini menimbulkan cabaran, namun perubahan ini juga
membangkitkan peluang perniagaan baru. Pengguna secara aktif, mencari
pilihan produk yang berkhasiat dan sihat serta sesuai dengan gaya hidup
mereka yang sibuk dan aktif. Hal ini mendorong Gardenia menjalankan
penyelidikan dan pembangunan terhadap produknya untuk meningkatkan
manfaat nutrisi dan kesihatan produk mereka serta mempromosikan gaya
hidup yang sihat. Hal ini menyebabkan Gardenia dapat mengatasi pilihan
pelanggan yang sentiasa berubah dan kekal relevan di pasaran
(http://www.qaf.com.sg/wp-content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.pdf).

Gardenia mempunyai bahagian penyelidikan dan pembangunan yang


memberi tumpuan bukan sahaja terhadap keselamatan makanan, tetapi juga
terhadap nilai nutrisi pemakanan. Contohnya, Gardenia melakukan inovasi
terhadap produknya dan peka terhadap perubahan dalam keperluan pengguna.
Dengan populasi yang pesat di Malaysia, Gardenia mengenal pasti permintaan
pengguna terhadap roti bertekstur lembut, berukuran kecil dan bernutrisi yang
sesuai untuk warga emas. Gardenia berusaha untuk menghasilkan pelbagai
produk Gardenia yang bernilai untuk wang dan memenuhi pelbagai keperluan
dan cita rasa pemakanan pengguna. Gardenia menghasilkan roti dengan
Glycemic Indeks ("GI") yang rendah sesuai untuk pesakit diabetes
(http://www.qaf.com.sg/wp-content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.pdf).

19
Sebagai pengeluar makanan, Gardenia menganggap keyakinan
pelanggan terhadap produknya sangat penting. Ia merupakan keutamaan
Gardenia dalam menghasilkan makanan yang memenuhi semua piawaian
keselamatan makanan serta konsisten terhadap kualiti dan nutrisi produknya.
Gardenia mengambil langkah untuk memastikannya produk dan proses
pengeluaran mereka adalah selamat, bersih dan mematuhi spesifikasi yang
ditetapkan oleh peraturan kerajaan. Di samping itu, Gardenia turut memenuhi
piawaian ketat sistem pengurusan makanan tertentu, seperti Analisis Bahaya
dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) yang merupakan pensijilan
antarabangsa. HACCP ialah alat pengurusan keselamatan makanan yang
menyediakan rangka kerja kepada syarikat-syarikat makanan untuk mencegah
dan mengawal bahaya makanan. Pensijilan HACCP menunjukkan komitmen
Gardenia untuk mengeluarkan produk mengikut prosedur keselamatan
makanan yang ketat. Operasi Gardenia mengikuti satu set prosedur operasi
standard yang ketat dengan objektif untuk memastikan bahawa produk dan
proses pengeluaran mematuhi peraturan dan kualiti yang berkaitan dengan
piawaian. Di Malaysia, pekerja sentiasa dihantar ke kursus latihan berkaitan
keselamatan makanan. Gardenia telah mencapai ISO 9001: 2008 dalam
akreditasi keselamatan makanan dan kawalan kualiti. Di samping itu, operasi
Gardenia turut mematuhi Gardenia Good Manufacturing Practice (GMP) yang
merupakan prosedur pengurusan bahaya untuk memastikan produknya
dihasilkan secara konsisten dan dikawal mengikut standard kualiti. Operasi
Gardenia adalah tertakluk kepada audit kualiti tahunan untuk memeriksa
prestasi kebersihan makanan dan piawaian keselamatan makanan. Operasi
Gardenia juga diaudit oleh badan undang-undang tempatan seperti Agri-Food
& Veterinary Authority (AVA). Gardenia mencapai status Gred A dalam Skim
Kecemerlangan Keselamatan Makanan di bawah AVA untuk tahun ke-23
berturut-turut pada tahun 2017. Pada tahun yang sama, Gardenia telah diiktiraf
dengan BizSAFE Tahap 3 oleh Majlis Keselamatan & Kesihatan Tempat
Kerja. Pada tahun 2015, Gardenia telah dianugerahkan Anugerah Platinum
yang berprestij oleh AVA kerana mencapai status Gred A dalam Skim
Kecemerlangan Keselamatan Makanan selama 20 tahun berturut-turut.
Gardenia merupakan syarikat pengeluar roti tempatan pertama yang menerima
anugerah ini, pengiktirafan terhadap Gardenia yang konsisten terhadap

20
piawaian dalam kebersihan makanan, sanitasi dan pemprosesan (Lampiran 11)
(http://www.qaf.com.sg/wp-content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.pdf).

5.3.2.2 Masyarakat

Masyarakat merupakan komuniti yang berada di lokasi organisasi


perniagaan beroperasi. Ahli masyarakat mempunyai kepentingan dan
matlamat yang sama. Organisasi perniagaan perlu mewujudkan hubungan baik
dengan komuniti yang berada di sekitar perniagaan mereka (Rao, 2008).

Kumpulan Operasi Gardenia memainkan peranan aktif dalam inisiatif


promosi kesihatan untuk menyebarkan kebaikan diet dan gaya hidup yang
sihat kepada masyarakat (Lampiran 12). Sejak tahun 1992, Gardenia telah
menjadi rakan kongsi bersama HPB dalam program inisiatif promosi kesihatan
di seluruh negara. Pada tahun 2017, Gardenia menyumbang sebagai Rakan
Emas dalam dua kempen utama untuk mempromosikan rotinya dalam diet
harian rakyat Malaysia iaitu kempen “Eat, Drink, Shop Healthy” dan
“Healthy Lifestyle Festival Malaysians” (“HLFM”) (Rajah 38, Lampiran 12).
Gardenia juga mengambil bahagian dalam 10 pameran bergerak interaktif di
pelbagai pasar raya bagi mendidik pengguna memilih produk dengan simbol
‘Pilihan Sihat’. Bagi kempen HLFM, Gardenia mengambil bahagian dalam
tiga pameran bergerak. Empat demonstrasi resipi telah dijalankan di pameran
bergerak tersebut untuk menggalakkan orang ramai untuk membuat makanan
berkhasiat dengan menggunakan produknya (Rajah 39, Lampiran 12). Selain
itu, Gardenia menaja Bulan Pemakanan Malaysia 2017 yang merupakan
karnival kesihatan dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia,
Persatuan Dietitians Malaysia dan Persatuan Malaysia untuk Kajian Obesiti.
Tema kempen tersebut ialah “Eat Smart + Move More = Recipe for Healthy
Families. Kempen ini bertujuan untuk mengajar tabiat pemakanan sihat
dengan cara yang menyeronokkan dan berkesan (Rajah 40, Lampiran 12). Di
samping itu, Gardenia berkerjasama dengan pakar pemakanan dari Universiti
Kebangsaan Malaysia untuk menganjurkan bengkel memasak untuk kanak-
kanak dan remaja (Rajah 41, Lampiran 13). Para peserta telah diajar
bagaimana memasak makanan yang sihat untuk keluarga dengan

21
menggunakan roti Gardenia. Pada tahun 2017, Gardenia bekerjasama dengan
Institut Diabetes Negara dan Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan
menyediakan roti yang rendah GI kepada peserta Kem Diabetes. Kem itu
dianjurkan untuk membantu peserta menghadapi penyakit itu
(http://www.qaf.com.sg/wp-content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.pdf).

Untuk menyebarkan mesej makanan yang sihat kepada anak muda,


inisiatif jangkauan sekolah yang dijalankan di Malaysia Gardenia bekerja
dengan vendor luar iaitu Rise & Shine untuk pertunjukan sarapan pagi yang
sihat kepada kira-kira 25,000 pelajar dari 20 sekolah rendah (Rajah 42,
Lampiran 13). Pertunjukan ini memberi tumpuan kepada mesej kesihatan
yang disokong oleh HPB, seperti konsep "Pinggan Sihat", yang mengajar
kepentingan makan makanan seimbang
(http://www.qaf.com.sg/wp-content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.pdf).

Sebagai sebahagian daripada jangkauannya kepada komuniti yang


lebih besar, Gardenia menyediakan lawatan percuma ke kilang rotinya (Rajah
43, Lampiran 13). Pengunjung dapat mempelajari proses pengeluaran roti,
menghadiri ceramah pemakanan dan mencuba sampel produk Gardenia.
Sepanjang tahun, lebih kurang 30,000 pelawat, termasuk pelajar, belia dan
warga tua melawat kilang Gardenia. Pelancongan pendidikan ini
membolehkan pelawat memahami kepentingan diet yang sihat
(http://www.qaf.com.sg/wp-content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.pdf).

Gardenia berusaha untuk menggunakan capaian dan pengaruh mereka


untuk mencipta nilai positif kepada komuniti di lokasi mereka beroperasi.
Gardenia memainkan peranan dalam komuniti setempat dengan menjana
peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung dan menyumbang melalui
pelbagai inisiatif sosial yang lebih luas. Gardenia telah mendermakan lebih
kurang 300,000 unit produk roti untuk tujuan amal. Gardenia menyasarkan
kepada kanak-kanak sekolah daripada 300 keluarga yang kurang bernasib
baik. Gardenia turut menderma kepada 65 rumah amal, inisiatif ini dilakukan
sejak 1991. Gardenia turut menjalankan program pengedaran beg sekolah
melalui program “Beg-to-School” kepada 500 orang pelajar” (Rajah 44,
Lampiran 14). Sepanjang tahun 2017, Gardenia menyumbang keuntungan ke

22
arah kebajikan golongan yang kurang bernasib baik melalui sokongan
pelbagai dermawan dan masyarakat. Pada bulan Ramadan, Gardenia
menjemput anak-anak yatim dari dua sekolah kejiranan iaitu Sekolah
Kebangsaan Seksyen 16 dan Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, untuk lawatan
istimewa ke kilang Gardenia. Permainan telah dianjurkan untuk kanak-kanak
dan setiap kanak-kanak telah diberikan duit raya (http://www.qaf.com.sg/wp-
content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.pdf).

Gardenia turut mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti


kemasyarakatan untuk memupuk hubungan yang erat dan hubungan yang kuat
dengan komuniti di lokasi ia beroperasi. Di bawah usahasama kumpulan di
Malaysia, Gardenia menyediakan latihan industri kepada pelajar yang berbeza
bidang pendidikan dari universiti tempatan untuk memberi mereka
pengalaman kerja yang sebenar yang akan mempersiapkan mereka untuk
pekerjaan masa depan. Gardenia terus memupuk hubungan erat dengan ketua
komuniti di lokasi ia beroperasi. Pada tahun 2017, Gardenia menganjurkan
acara rumah terbuka untuk meraikan perayaan Hari Raya di Malaysia. Acara
ini meningkatkan hubungan antara pekerja Gardenia dan komuniti setempat.
Gardenia turut mengambil pendekatan proaktif untuk mengekalkan
komunikasi terbuka dengan ketua komuniti di lokasi ia beroperasi. Hal Ini
telah menyumbang kepada pembentukan imej syarikat Gardenia
(http://www.qaf.com.sg/wp-content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.pdf).

5.4 Campuran Pemasaran

Campuran pemasaran ialah satu konsep yang digunakan oleh pemilik


perniagaan dalam mengaplikasikan strategi produk, harga, pengedaran dan
promosi dalam perniagaan yang dijalankan (Kotler & Amstrong, 2015).

5.4.1 Produk

Menurut Kotler dan Amstrong (2015) produk ialah barang,


perkhidmatan atau idea yang ditawarkan oleh usahawan untuk dibeli oleh
pelanggan. Produk yang ditawarkan bertujuan untuk memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggan. Usahawan harus menghasilkan produk yang dapat
menarik perhatian dan menepati kehendak pengguna meliputi aspek

23
kepelbagaian produk, kualiti, reka bentuk, ciri–ciri, jenama, pembungkusan,
saiz, perkhidmatan, jaminan dan pulangan.

5.4.1.1 Klasifikasi Produk

Terdapat dua jenis produk dalam pasaran, iaitu produk pengguna dan
produk industri. Pemasar lazimnya akan mengklasifikasikan produk
berdasarkan kaedah produk tersebut dibeli, kuantiti produk yang akan dibeli,
dan jangka masa yang digunakan oleh pengguna untuk membuat pilihan
(Kotler & Amstrong, 2015). Produk Gardenia Bakeries Sdn. Bhd. di kategori
sebagai produk pengguna. Produk pengguna terdiri daripada barangan mudah
beli, barangan beli belah, barangan istimewa dan barangan tidak dicari (Kotler
& Amstrong, 2015). Produk Gardenia ialah produk mudah beli. Produk mudah
beli ialah barangan yang boleh diperoleh dalam jangka masa yang singkat dan
kerap dibeli oleh pengguna. (Kotler & Amstrong, 2015). Gaya hidup serba
moden di bandar khususnya menyebabkan pengguna mencari pilihan produk
roti yang berkhasiat dan sihat serta sesuai dengan gaya hidup mereka yang
sibuk dan aktif sebagai menu utama. Pada tahun 2017, Gardenia mencatatkan
hasil jualan sebanyak RM341,000,000. Hal ini menunjukkan produk roti
Gardenia sesuai dikategorikan sebagai barangan asas kepada rakyat Malaysia,
Singapura dan Filipina
(http://www.qaf.com.sg/wp-content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.pdf).
Biasanya, rakyat Malaysia lebih gemar nasi berbanding roti sebagai makanan
ruji. Tidak seperti negara-negara Barat, rakyat Malaysia hanya menjadikan roti
sebagai menu sarapan pagi. Namun begitu, trend pemakanan rakyat Malaysia
sudah berubah ke arah pemakanan yang lebih sihat, lalu roti menjadi pilihan
kedua selepas nasi. Ramai pengguna kini menjadikan roti sebagai alternatif
makanan sihat kerana pengguna di Malaysia semakin cakna terhadap fakta dan
maklumat nutrisi pemakanan pada pelabelan roti. Peningkatan jualan
Gardenia turut didorong oleh kempen Gaya Hidup Sihat yang dilancarkan oleh
kerajaan. Kesedaran terhadap pemakanan yang sihat telah mengubah
permintaan pasaran roti Gardenia. Gardenia bertindak balas terhadap trend ini
dengan memperkenalkan pelbagai pilihan produk yang sihat di pasaran
(https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://portal.unim
ap.edu.my/portal/page/

24
portal30/75B8C223F45635D5E0540010E05DA1DE&ved=2ahUKEwjO4fjlr_
DjAhUW6nMBHf1aDCk4FBAWMAJ6BAgHEAE&usg=AOvVaw0uaJJ2PY
mAyT9B09MVwXy2). Gardenia telah melakukan yang terbaik dalam
menghantar rotinya kepada pelanggan. Untuk memastikan produk Gardenia
boleh diakses oleh pengguna, setiap hari, roti Gardenia dihantar oleh 1,400
buah van dan trak kepada hampir 50,000 pasar raya, kedai serbaneka dan
saluran perdagangan umum di seluruh Singapura, Filipina dan Malaysia
(Lampiran 15). Di Malaysia, kira-kira 280 mesin layan diri roti (vending
machine) yang terletak dalam kawasan perumahan yang berkepadatan tinggi
yang terpilih (Lampiran 16). Gardenia merupakan syarikat roti pertama di
Malaysia yang menyediakan perkhidmatan ini (http://www.qaf.com.sg/wp-
content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.pdf).

5.4.1.2 Atribut Produk

Pembangunan produk atau perkhidmatan melibatkan penentuan


manfaat yang akan ditawarkan. Manfaat ini dikomunikasikan dan
disampaikan oleh atribut produk seperti kualiti, ciri dan reka bentuk
produk (Kotler & Amstrong, 2015).

5.4.1.2.1 Kualiti Produk

Kualiti produk ialah salah satu alat utama pemasar. Kualiti


mempengaruhi prestasi produk atau perkhidmatan. Kualiti produk
mempunyai dua dimensi iaitu tahap dan konsistensi. Pemasar mesti
memilih tahap kualiti yang akan menyokong kedudukan produk di
pasaran (Kotler & Amstrong, 2015). Gardenia menubuhkan Jawatankuasa
Halal Khas untuk meneliti setiap aspek peraturan-peraturan halal dan
memastikan semua keperluan halal dipatuhi dengan ketat. Sebagai
langkah tambahan untuk mengawal dan melindungi status halal, Gardenia
telah melantik penasihat Syariah bebas untuk rujukan berkaitan dengan
Syariah (Lampiran 17). Semua produk Gardenia telah disahkan halal oleh
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). Pemeriksaan kilang secara kerap
dijalalankan oleh pegawai dari JAKIM untuk memantau dan memastikan
operasi Gardenia mengikut garis panduan yang ditetapkan
(http://www.gardenia.com.my/halal.html). Merujuk kepada tahap produk,

25
Gardenia memberikan pengalaman kepada para pelanggan mereka bukan
sahaja sekadar memakan roti tetapi juga diet yang sihat. Contohnya, roti
Original Classic membantu pesakit diabetes mengawal penyakit mereka
melalui kandungan Glycemic Indeks ("GI") yang rendah. Kandungan GI
yang rendah membantu mengekalkan paras gula stabil dalam darah.
Semua produk Gardenia tidak mempunyai perasa dan pengawet tiruan.
Selain itu, Gardenia menawarkan harga yang berpatutan kepada
pelanggannya. Bagi jaminan keselamatan, Gardenia sentiasa menyimpan
roti di tempat kering. Gardenia juga menghantar kakitangan ke American
Institute of Baking untuk menjalani latihan
(https://www.scribd.com/document/419015695/OBJEKTIF-1-PROSES-
PENGELUARAN-docx).

5.4.1.2.2 Ciri-ciri Produk

Produk boleh ditawarkan dengan pelbagai ciri. Ciri-ciri produk ialah


alat kompetitif digunakan untuk membezakan produk syarikat dengan
produk pesaing. Syarikat yang menjadi pengeluar pertama
memperkenalkan ciri baru yang berharga dalam pasaran merupakan salah
satu cara paling berkesan dalam persaingan. Syarikat dapat mengenal pasti
ciri-ciri baru dan memutuskan langkah penambahbaikan dengan meninjau
maklum balas pembeli terhadap produk mereka. Roti Original Classic
mempunyai nutrisi yang tinggi dengan kandungan vitamin penting seperti
vitamin A, vitamin B1, B2, B3, C dan mineral seperti kalsium, iodin, zat
besi dan folat (https://www.scribd.com/document/34823842/1-Gardenia-
docx). Ia juga mengandungi Beta Glucan yang membantu merendahkan
kolestrol. Hal ini telah diuji di makmal dan disahkan Diet Friendly oleh
Gylemic Index Research Institute. Ia turut disahkan Diabetic Friendly
kerana mengandungi Low Adipose Tissue Fat-Storing Capacity yang
membantu mengawal obesity dengan mengekalkan paras gula dalam
darah menjadi stabil. Roti ini turut mengandungi 38% karbohidrat, 3 kali
ganda dietrary fibre, 15% rendah kalori, 39% protein, rendah GI, rendah
lemak dan tiada lemaktrans. Hal ini menunjukkan roti Gardenia
mempunyai nutrisi yang tinggi berbanding produk pesaing, selain roti
yang lembut dan rasa yang hebat (https://phdessays.com/gardenia-

26
marketing-plan/). Satu temu bual dijalankan oleh badan bebas semasa
kempen Gardenia Vs Massimo terhadap orang ramai menunjukkan
Gardenia dipilih kerana rotinya lebih lembut, lebih berperisa, lebih sihat,
lebih segar dan harga yang berpatutan (Lampiran 18)
(https://m.youtube.com/watch?v=pVW2kTDXdhA&t=91s).

5.4.1.2.3 Reka bentuk Produk

Reka bentuk produk menggambarkan gaya dan fungsi produk


seperti menarik, selamat dan mudah digunakan. Reka bentuk yang baik
dapat menarik minat pengguna, mengurangkan kos pengeluaran dan
meningkatkan daya saing produk dalam pasaran sasaran (Kotler &
Amstrong, 2015). Untuk memenuhi keperluan pelanggan, Gardenia telah
menghasilkan beberapa saiz roti yang berbeza dalam pasaran. Bagi roti
Original Classic, roti ini mempunyai tiga pilihan saiz iaitu 300g, 400g dan
600g (http://www.gardenia.com.my/product_delicia.html).

5.4.1.3 Penjenamaan

Kemahiran yang paling unik bagi pemasar profesional ialah


keupayaan mereka membina dan menguruskan jenama. Jenama ialah nama,
istilah, tanda, simbol atau reka bentuk atau kombinasi kesemuanya yang
memberikan identiti kepada pembuat atau penjual produk atau
perkhidmatan. Pengguna melihat jenama sebagai bahagian penting produk
dan penjenamaan boleh menambah nilai terhadap setiap pembelian
pengguna (Kotler & Amstrong, 2015). Gardenia telah mancapai status
“Jenama Roti No.1 Singapura” dan mengetuai industri roti dalam kategori
roti berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh The Nielsen Company
dari Oktober 2016 hingga September 2017 (Rajah 49, Lampiran 19).
Prestasi ini dicapai melalui pelancaran produk baru dan aktiviti
penjenamaan strategik, bersama dengan kecekapan pengurusan operasi.
Pada tahun 2017, Gardenia dianugerahi “Jenama Paling Berpengaruh”
(Rajah 50, Lampiran 19) dan “Superbrands Status” bagi kategori roti
(Rajah 51, Lampiran 19)
(http://www.qaf.com.sg/wpcontent/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.pd
f).

27
5.4.1.4 Pembungkusan

Pembungkusan melibatkan merancang dan menghasilkan bekas atau


pembungkus untuk produk. Fungsi utama pembungkusan adalah untuk
memegang dan melindungi produk. Walau bagaimanapun, pembungkusan
telah menjadi alat pemasaran yang penting. Pertambahan persaingan pada
rak-rak di kedai runcit bermaksud pembungkusan yang menarik perlu
untuk menarik pembeli dan menyampaikan kedudukan jenama. Oleh hal
yang demikian, pembungkusan menjadi medium promosi utama (Kotler &
Amstrong, 2015). Gardenia telah bekerjasama dengan Australia
Packaging Covenant (APC) iaitu vendor pembungkusan yang mencipta
pembungkusan saiz mikron sambil memastikan kualiti roti Gardenia tidak
terjejas. Pembungkusan Gardenia menggunakan plastik yang dapat
melindungi produknya, mudah dibuka, tahan lasak serta boleh dikitar
semula
(http://www.qaf.com.sg/wp-content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.
pdf).

5.4.1.5 Pelabelan

Label merupakan tag mudah yang dilampirkan pada produk melalui


grafik kompleks yang menjadi sebahagian daripada pembungkusan
(Kotler & Amstrong, 2015). Mengikut Akta Makanan 1983, butir-butir
yang perlu ada pada label ialah jenama dan logo syarikat, teks, nama
produk, senarai ramuan, maklumat nutrien, kuantiti atau berat, nama dan
alamat pengeluar, penandaan tarikh, kod jalur (barcode), logo halal, logo
buatan Malaysia, kata-kata tarikan, warna, cara penggunaan, tanda harga,
informasi alam sekitar, amaran bahaya dan simbol lain-lain
(https://www.gs1my.org/sites/default/files/presentation/Guidelines%20on
%20Packaging%20%26%20Labelling-SIRIM-Part4-1.pdf). Pihak
Gardenia meletakkan maklumat mengenai pengeluar, tarikh luput, logo
maklumat pemakanan dan warna G-lock yang berbeza pada label
produknya (Lampiran 20) (https://www.academia.edu/34205964/Prakata).

5.4.1.6 Khidmat Sokongan

28
Perkhidmatan pelanggan adalah satu lagi elemen strategi produk.
Langkah pertama dalam mereka bentuk perkhidmatan sokongan adalah
untuk meninjau pelanggan secara berkala untuk menilai perkhidmatan
semasa dan mendapat idea baharu. Apabila syarikat telah menilai kualiti
pelbagai perkhidmatan sokongan terhadap pelanggan, syarikat dapat
mengambil langkah menyelesaikan masalah pelanggan dan menambah
perkhidmatan baharu yang akan memuaskan pelanggan, lalu
menghasilkan keuntungan kepada syarikat. Banyak syarikat kini
menggunakan gabungan telefon, e-mel, Internet, suara interaktif dan
teknologi data untuk menyediakan perkhidamatan sokongan yang sebelum
ini adalah mustahil. Pengguna boleh memberi maklum balas terhadap
produk Gardenia melalui e-mail syarkat iaitu
customer_service@gardenia.com.my, no. telefon syarikat +(6)03-
5543228, no. bebas tol 1-800-88-3228 dan borang maklum balas di pautan
ini http://form.jotform.me/form/31022670362443. Bagi membuat
tempahan secara pukal, pengguna boleh melayari laman sesawang ini
http://www.gardenia.com.my/bulk_purchase.php. Selain itu, pengguna
boleh melayari laman sesawang ini http://gardenia.com.my/wordpress/
sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai produk Gardenia.

5.4.1.7 Keputusan Lini Produk

Lini produk ialah barisan produk yang berkait rapat antara satu sama
lain kerana mereka berfungsi dengan cara yang sama, dijual kepada
kumpulan pelanggan yang sama, dipasarkan melalui jenis cawangan yang
sama atau mempunyai julat harga yang sama. Syarikat boleh
mengembangkan produknya melalui kelebaran dan kedalaman produk.
Kedalaman produk ialah penambahan lebih banyak item produk dalam
julat semasa, manakala kelebaran produk merujuk kepada barisan produk
yang berlainan yang ditawarkan oleh syarikat (Kotler & Amstrong, 2015).
Kedalaman produk bagi roti Original Classic mempunyai sebanyak tiga
pilihan iaitu saiz 300g, 400g dan 600g (Lampiran 21).

5.4.2 Promosi

29
Promosi ialah aktiviti menyampaikan merit produk dan memujuk
pengguna untuk membelinya. Campuran promosi terdiri daripada
pengiklanan, promosi jualan, publisiti, perhubungan awam dan jualan
bersemuka (Kotler & Amstrong, 2015).

Pengiklanan merupakan sebarang bentuk persembahan atau


komunikasi berbayar yang ditujukan kepada kumpulan sasaran bertujuan
mempromosi, memperkenal dan meningkatkan atau melariskan jualan
sesuatu produk, perkhidmatan atau idea oleh pengeluar (Kotler &
Amstrong, 2015). Gardenia mengiklankan produknya melalui televisyen,
radio dan akhbar. Pengiklanan melalui televisyen merupakan medium
utama yang digunakan oleh Gardenia dalam mempromosikan produknya.
Dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK),
Gardenia menggunakan pemasaran digitala untuk mempromosikan
produknya. Gardenia telah memasarkan produknya melalui Facebook,
Youtube, Twitter, Instagram, laman sesawang rasmi dan blog korporat
(Lampiran 22). Pemasaran digital ini membolehkan Gardenia meluaskan
pengiklanan produknya dengan kos yang rendah, mendapatkan maklum
balas pelanggan dan menyebarkan maklumat tentang produknya
(https://www.scribd.com/doc/289477682/Gardenia-Marketing).

Promosi jualan merupakan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan


jualan pemasar dalam jangka masa pendek. Oleh hal yang demikian,
beberapa tawaran insentif dilakukan untuk mendorong pengguna
membuat keputusan pembelian (Kotler & Amstrong, 2015). Gardenia
telah menjalankan peraduan pada tahun 2018 (Lampiran 24). Pelanggan
yang membeli Gardenia Original Classic sama ada saiz 300g, 400g atau
600g berpeluang memenangi mesin pembuat kopi bernilai RM 360.00
(https://www.scribd.com/doc/289477682/Gardenia-Marketing).

Akhir sekali, Gardenia turut menjalankan perhubungan awam dalam


mempromosikan produknya. Perhubungan awam bermaksud syarikat
membina hubungan baik dengan pelbagai pihak awam untuk membina
imej korporat yang baik (Kotler & Amstrong, 2015). Gardenia telah
menderma rotinya kepada mangsa banjir di Kuala Terengganu pada tahun

30
2013. Selain itu, bermula pada tahun 1991, Gardenia memberikan peluang
mengadakan lawatan kilangnya kepada masyarakat awam. Seterusnya,
Gardenia telah menderma rotinya kepada 45 organisasi amal sejak 1993.
Gardenia turut menyertai kempen melawan obesiti di Malaysia pada
setiap tahun (https://www.scribd.com/doc/289477682/Gardenia-
Marketing).

6.0 PENUTUP

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap Gardenia Bakeries (KL)


Sdn. Bhd., pengkaji telah mengenal pasti proses pengeluaran, perancangan
pengeluaran, persekitaran perniagaan dan campuran pemasaran yang diaplikasikan
terhadap produk utama syarikat iaitu roti Original Classic. Pengkaji mendapati
bahawa bahan utama dalam pembuatan roti Original Classic ialah tepung gandum.
Selain itu, kesemua teknologi Gardenia adalah automatik sepenuhnya yang
dikendalikan oleh sistem komputer. Bagi meningkatkan operasi pengeluaran
produknya, Gardenia telah membuka kilang di luar negara seperti di Singapura dan
Filipina. Jumlah pekerja Gardenia adalah seramai 2500 orang. Bagi proses
transformasi, terdapat 11 langkah utama dalam pembuatan roti Original Classic.
Gardenia menawarkan tiga variasi saiz roti Original Classic bagi membolehkan
pelanggan membuat pilihan. Pengkaji mencadangkan kepada pihak syarikat sentiasa
memeriksa kualiti roti Original Classic dengan menyediakan borang maklum balas
elektronik di laman sesawang syarikat untuk mendapat pandangan orang ramai
terhadap tekstur dan rasa roti tersebut dengan lebih mudah dan meluas agar setiap
pelanggan mendapat roti yang segar tanpa dicemari oleh bendasing.

Dari aspek perancangan pengeluaran, Gardenia mengaplikasikan pengeluaran


secara massa bagi jenis pengeluaran dan susun atur produk untuk susun atur
pengeluaran. Melalui perancangan pengeluaran tersebut, Gardenia dapat memenuhi
permintaan masyarakat Malaysia yang semakin meningkat ekoran amalan gaya hidup
sihat. Pengkaji mencadangkan pihak syarikat mengekalkan perancangan pengeluaran
sedia ada kerana perancangan pengeluaran yang diaplikasikan oleh Gardenia amat
bersesuaian disebabkan roti Original Classic ialah produk makanan harian.

Selain aspek proses pengeluaran dan perancangan pengeluaran, pengkaji turut


membincangkan aspek persekitaran perniagaan roti Original Classic dari segi

31
persekitaran umum dan persekitaran tugas. Bagi persekitaran umum, pengkaji
mendapati pihak Gardenia telah menggunakan aplikasi Inter Alia untuk memudahkan
urus niaga antara pihak syarikat dengan peruncit. Aplikasi ini turut mengurangkan
penggunaan kertas yang dapat mengurangkan perbelanjaan operasi syarikat. Selain
itu, pihak Gardenia menghadapi persaingan dengan roti Massimo. Hal ini berlaku
disebabkan Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk, terdapat pelanggan yang
mengutamakan kaumnya sebagai pilihan utama semasa membuat pembelian. Bagi
persekitaran tugas pula, pihak Gardenia mempunyai bahagian penyelidikan dan
pembangunan (R&D) tersendiri untuk meningkatkan keselamatan makanan dan nilai
nutrisi dalam memastikan produknya selamat dan berkhasiat kepada pelanggan.
Gardenia juga telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat domestik dan
antarabangsa berkaitan kualiti makanan. Di samping itu, Gardenia telah membina
hubungan baik dengan masyarkat dengan mengadakan kempen, lawatan percuma,
program amal, program sekolah dan aktiviti kemasyarakatan. Oleh hal yang demikian,
pengkaji mencadangkan pihak Gardenia menaja pelajar cemerlang untuk melanjutkan
pelajaran di dalam dan luar negara dengan pemberian biasiswa khususnya kepada
pelajar miskin.

Bagi campuran pemasaran dari segi produk, Pengkaji mendapati bahawa roti
Original Classic ialah produk fizikal yang diklasifikasikan sebagai produk pengguna
iaitu produk mudah beli. Bagi meluaskan lagi pasaran produk Gardenia, pengkaji
mendapati pihak Gardenia telah menambah nilai nutrisi dalam roti Original Classic
untuk memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat yang ingin hidangan sihat.
Seterusnya, dari segi promosi, pengkaji mendapati bahawa Gardenia telah
menggunakan pemasaran digital dalam mengiklanan produknya kerana bentuk
pemasaran ini lebih murah dan meluas. Syarikat juga menjalankan promosi jualan
dengan mengadakan peraduan kepada pembeli yang membuat pembelian roti
Original Classic. Pengkaji mencadangkan kepada pihak Gardenia, syarikat perlulah
mengadakan aktiviti promosi jualan dengan lebih kerap agar produk Gardenia
menjadi pilihan utama masyarakat di Malaysia.

Kesimpulannya, pengkaji berharap Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. akan


terus mengembangkan perniagaannya di negara-negara Asia Tenggara seperti di
Thailand, Myammar, Laos dan sebagainya. Melalui peluasan pasaran di negara-
negara tersebut, Gardenia dapat menjadi jenama yang terkenal dan menjadi pemain

32
industri utama roti di peringkat serantau. Selain itu, pengkaji berharap Gardenia akan
menjadi syarikat pengeluaran roti tempatan yang terus berdaya saing serta dapat
memenuhi cita rasa masyarakat yang sentiasa berubah. Gardenia juga perlu
menitikberatkan penjagaan alam sekitar dengan menguruskan sisa-sisa industri secara
berhemah dan tidak mencemarkan kawasan setempat.

33

You might also like