You are on page 1of 8

BINCANGKAN TRANSFORMASI DALAM POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL YANG

DILAKSANAKAN DALAM GERAKAN MENGUATKAN DIRI DI CHINA PADA 1861


HINGGA 1895

PENGENALAN

Menjelang pertengahan abad ke-19, kuasa-kuasa Barat ingin mengukuhkan kedudukan dan pengaruh di China.
Perkembangan ini telah memberi kesedaran kepada pegawai-pegawai istana dan pemimpin-pemimpin wilayah
seperti Putera Kung, Tseng Kuo-fan, Li Hung-chang dan Tso Tsung Tang mengenai keperluan untuk memodenkan
China. Kesedaran mengenai keperluan untuk memodenkan China telah melahirkan rancangan pemodenan yang
dikenali sebagai Gerakan Menguatkan Diri. Idea ini telah dicetuskan oleh tokoh Feng Kuei-fen kerana beliau
berpendapat bahawa China harus memperoleh ilmu daripada negara-negara Barat untuk memodenkan China. Oleh
itu, Gerakan Menguatkan Diri telah dilaksanakan mulai tahun 1861 hingga tahun 1895.

ASPEK HURAIAN

POLITIK - Kerajaan China telah mengambil langkah-langkah untuk menjalinkan hubungan


diplomatik dengan negara-negara Barat untuk menguasai ilmu pengetahuan dan
teknologi
- Pada tahun 1861, sebuah jabatan yang dikenali sebagai Tsungli Yamen telah
ditubuhkan untuk menguruskan hubungan diplomatik kerajaan China dengan
negara-negara Barat
- Jabatan ini diketuai oleh Putera Kung dan telah dibantu oleh seorang pegawai
British, iaitu Horatio Nelson
- Hubungan diplomatik China dengan negara-negara Barat telah dieratkan melalui
penubuhan pejabat perwakilan asing di negara China
- Pada tahun 1866, kerajaan China telah menghantar perwakilan ke negara Barat
- Contoh negara-negara Barat tersebut ialah Britain, Perancis, Amerika Syarikat,
Belgium, Denmark, Sweden dan Belanda
- Kerajaan China juga telah menubuhkan pejabat kedutaan seperti di London (1877),
Berlin (1977), Perlis (1878), Washington (1878) dan St.Petersburg (1879)
- Selain itu, kerajaan China juga telah meneruskan inisiatif mereka dengan melantik
pesuruhjaya perdagangan bagi mengendalikan hal ehwal perdagangan dengan orang
Barat
- Pegawai –pegawai ini ditempatkan di pelabuhan Nanking dan Tientsin

EKONOMI - Kerajaan China menghadapi masalah dalam membangunkan ekonomi negara


tersebut oleh kerana dibebankan oleh hutang yang banyak dan terpaksa membayar
ganti kepada kuasa-kuasa Barat
- Hal ini telah menyebabkan kerajaan untuk mengambil pelbagai langkah untuk
membangunkan ekonomi negara
- Dalam pada itu, kerajaan China telah menubuhkan pelbagai jenis industri secara
kecil-kecilan untuk meningkatkan pendapatan negara
- Oleh itu, projek ekonomi berasaskan prinsip ‘penyeliaan kerajaan dan pengelolaan
saudagar-saudagar’ telah dilaksanakan
- Berdasarkan prinsip ini, industri berorientasikan keuntungan akan dimiliki oleh
kerajaan manakala pengurusan bakal dikendalikan oleh saudagar-saudagar yang
berada di bawah kawalan kerajaan
- Contoh projek yang telah dilaksanakan di bawah prinsip ini ialah ‘Merchants Steam
Navigation Company’ yang telah ditubuhkan pada tahun 1872 dan syarikat
perlombongan arang batu yang di Kaiping pada tahun 1877
- Di samping itu, kerajaan China juga telah mengambil pendekatan seperti
menggalakkan petani untuk mengusahakan tanah pertanian yang terbiar, meneroka
kawasan-kawasan baharu untuk tujuan pertanian dan menjual tanah kepada petani
dengan harga yang murah
- Bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian pula, langkah-langkah yang telah
diambil oleh kerajaan China adalah dengan membina sistem aliran dan pengairan
serta mengurangkan cukai pertanian

SOSIAL - Kerajaan China telah mengambil inisiatif dalam membangunkan sistem


perhubungan dan pengangkutan negara tersebut
- Pada tahun 1876, landasan kereta api yang menghubungkan Shanghai dan Tientsin
telah didirikan hasil daripada kerjasama Syarikat Jardine dan Matheson
- Tambahan lagi, kerajaan China juga telah menubuhkan Jabatan Pentadbiran
Telegraf Diraja untuk membangunkan perkhidmatan telegraf pada tahun 1881
- Seterusnya, pada tahun 1861 sebuah Maktab Bahasa yang dikenali sebagai Tung-
wen Kuan telah ditubuhakan di Peking
- W.A.P Martin telah dilantik sebagai Presiden Tung-wen Kuan
- Tujuan maktab ini ditubuhkan adalah untuk mengajar bahasa-bahasa Eropah dan
ilmu pengetahuan Barat kepada pegawai-pegawai kerajaan China
- Contoh bahasa asing yang ditekankan di maktab ini ialah bahasa Rusia, Perancis,
Jerman, Jepun dan Inggeris
- Dalam pada itu, mata pelajaran Barat seperti Sains, Astronomi, Ekonomi, Politik,
Matematik dan Undang-Undang juga diajar
- Tambahan pula, maktab ini memainkan peranan sebagai pusat penterjemahan ilmu
pengetahuan Barat di China
- Pada tahun 1893, sebuah sekolah menguatkan diri telah ditubuhkan di Wuchang
oleh Chang Chih-tung
- Selain itu, kerajaan China juga telah mengambil inisiatif dengan menghantar
pelajar-pelajar ke luar negara sebagai langkah untuk memodenkan kerajaan China

KESIMPULAN Negara China telah berusaha keras dalam usaha menguatkan diri untuk membangunkan dan
mempertahankan kedaulatan negara mereka. Oleh sebab itu, mereka telah mengambil
pelbagai langkah untuk melaksanakan visi dan misi mereka termasuklah dari aspek
ketenteraan, pelaksanaan projek ekonomi, diplomatik, pendidikan serta membangunkan
sistem perhubungan dan pengangkutan. Namun, usaha tersebut telah membawa kepada
kejayaan serta membawa kegagalan atas alasan dan sebab-sebab tersendiri.
MENGAPAKAH TRANSFORMASI YANG CUBA DIJALANKAN OLEH KERAJAAN CHINA
PADA ABAD KE-19 MENEMUI KEGAGALAN? SEJAUHMANAKAH KETIADAAN
PEMIMPIN YG CEKAP TELAH MENYEBABKAN GERAKAN MENGUATKAN DIRI CHINA
MENEMUI KEGAGALAN?
PENGENALAN

Kekalahan kepada kuasa Barat telah memberikan kesan yang besar kepada China dimana ia telah menimbulkan
kesedaran dalam kalangan pemimpin-pemimpin negara China untk melindungi kedaulatan negara mereka. Oleh itu,
kerajaan China telah melaksanakan rancangan yang digelar sebagai “Gerakan Menguatkan Diri”. Gerakan ini
merupakan salah satu pendekatan yang telah dicetuskan oleh Feng Kuei-fen dimana pendekatan ini akan membantu
dalam pembaharuan ataupun pemodenan bagi negara China.

FAKTOR HURAIAN

KETIADAAN - Mencapai kejayaan yang terhad kerana tiada pemimpin yang cekap dan cukuo
PEMIMPIN YANG dinamik bagi menerajui gerakan ini
CEKAP - Malah, kerajaan Manchu juga telah gagal dalam melahirkan pemimpin yang
berkaliber untuk memimpin gerakan tersebut
- Tambahan pula, Putera Kung telah disingkirkan daripada istana pada tahun 1875
- Selepas itu, Maharani Dowager telah memegang tumpuk pemerintahan dengan
bersifat antipemodenan

TENTANGAN - Gerakan Menguatkan Diri juga telah mendapat tentangan daripada golongan
GOLONGAN konservatif di istana Ching
KONSERVATIF - Golongan konservatif ini telah menentang usaha untuk memodenkan China selepas
Putera Kung disingkirkan daripada istana
- Pada tahun 1875, Maharani Dowager yang bersifat antipemodenan telah menerajui
pemerintah di negara China
- Oleh itu, wang yang telah dikutip yang bertujuan untuk memodenkan negara China
telah dibelanjakan baginda untuk mengindahkan istana golongan sarjana dan
pegawai-pegawai kerajaan China yang menentang program pemodenan kerana
mereka telah dikongkong oleh adat resam tradisonal dan ajaran Confucious

MASALAH - Negara China telah menghadapi masalah kewangan, ekoran bencana alam seperti
KEWANGAN banjir dan kemarau
- Perbelanjaan untuk menghadapi peperangan dan pemberontak telah menambahkan
beban kewangan kepada kerajaan China
- Selain itu, kerajaan China juga sedang dibelenggu oleh bayaran ganti rugi kepada
kuasa-kuasa Barat selepas Perang Candu Pertama dan Perang Candu Kedua
- Keadaan ini telah menyebabkan program pemodenan bagi negara China tidak dapat
diteruskan

PEMODENAN - Kerajaan China tidak bersedia untuk melakukan pembaharuan-pembaharuan radikal


TERHAD bagi memodenkan negara
- Mereka juga tidak berada dalam keadaan yang bersedia untuk melakukan rombakan
serta menyusun semula institusi-institusi trasidional bagi inisiatif untuk
memodenkan negara China
- Kerajaan China juga hanya meminjam teknologi dari Barat untuk memodenkan
negara berasaskan institusi-institusi tradisional yang sedia ada
- Oleh itu, sikap negara China yang tidak sanggup untuk mengorbankan nilai-nilai
serta institusi tradisional telah menjejaskan pencapaian ini

KESIMPULAN Walaupun kerajaan China telah berusaha untuk memajukan negara bagi menjamin
kedaulatan wilayah, langkah yang telah diaplikasikan kurang berjaya. Kegagalan China
dalam usaha memodenkan negara tersebut tersebut apabila mereka telah berjaya dikalahkan
oleh negara yang lebih kecil seperti Jepun dalam Perang China-Jepun. Kekalahan terhadap
kuasa-kuasa Barat telah memberikan impak yang besar kepada negara China dengan
menimbulkan kesedaran dalam kalangan pemimpin China untuk sentiasa melindungi
kedaulatan negara. Oleh itu, kerajaan China juga telah melaksanakan rancangan yang
dikenali sebagai ‘Gerakan Menguatkan Diri’. Gerakan ini merupakan salah satu usaha
pembaharuan dan pemodenan negara China
JELASKAN TENTANG GERAKAN PEMBAHARUAN CHING (1901 - 1911)
 
PENGENALAN
  
 Kegagalan Pemberontakan Boxer telah menyebabkan kerajaan Manchu mengarahkan pegawai – pegawai  kerajaan
mengemukakan cadangan pembaharuan bagi memodenkan China Pada 29 Januari 1901, Maharani Dowager Tzu
Hsi mengumuman Gerakan Pembaharuan berteraskan ciri – ciri baik peradaban Barat.. Gabenor Jeneral Liu Kun-i
dan Chang Ching tung telah mengemukakan tiga pucuk surat peringatan kepada pihak istana pada bulan Julai 1901.
Hasil daripada cadangan yang dikemukakan oleh Liu Kun – i dan Chang Chih – Tung, pelbagai pembaharuan
dilaksanakan. Kerajaan Manchu melancarkan gerakan pembaharuan bagi memodenkan China pada tahun 1901.
Pembaharan yang dilaksanakan meliputi aspek pendididkan, ketenteraan, perlembagaan, ekonomi, sosial, dan
pentadbiran.

ASPEK PENDIDIKAN

- Matlamat utama pembahauran dalam bidang pendidikan adalah untuk melatih pegawai-pegawai kerajaan
yang lebih cekap
- Pada tahun 1904, sistem pendidikan moden telah diperkenalkan oleh kerajaan Manchu berdasarkan model
pendidikan Jepun
- Sistem pendidikan ini merangkumi empat iaitu, sekolah rendah, sekolah menenggah, sekolah tinggi atau
maktab dan Universiti Peking
- Selanjutnya, pada tahun 1905, Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kerajaan yang berdasarkan kitab-kitab
klasik Cina telah dimansuhkan
- Sukatan pelajaran moden yang mengandungi sejarah China dan Eropah, sistem kerajaan serta ilmu sains dan
teknologi Barat telah diperkenalkan
- Seterusnya, pada tahun 1906 pula, Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan untuk menguruskan
pelaksanaan sistem pendidikan dan menyelia sekolah-sekolah
- Kerajaan Manchu pula telah menghantar ramai pelajar untuk menuntut ilmu pengetahun di luar negara
- Sebagai contoh, ramai pelajar telah dihantar ke Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat bagi tujuan penuntutan
ilmu pengetahuan
- Perkembangan pesar dalam bidang pendidikan telah menyebabkan banyak sekolah dan maktab untuk
didirikan di china
- Menjelang tahun 1909 hingga tahun 1910, terdapat 57 267 buah sekolah telah didirikan di China

ASPEK KETENTERAAN

- Kerajaan Manchu menjalankan pembaharuan dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan sistem
pertahanan negara
- Kerajaan telah melantik Yuan Shih-kai untuk merancang dan melaksanakan program-program ketenteraan
- Terdapat pelbagai langkah pembaharuan yang dilaksanakan oleh Yuan Shih-kai dalam bidang ketenteraan 
- Antaranya, merombak struktur angkatan tentera berdasarkan model ketenteraan Barat, membesarkan dan
memodenkan angkatan tentera Barat, memperkenalkan senjata moden dari negara Barat dan
memperkenalkan pasukan tentera kerahan berdasarkan sistem ketenteraan Jerman
- Selain itu, sekolah-sekolah tentera moden telah ditubuhkan untuk melatih anggota tentera
- Di samping itu, kerajaan juga menggaji pakar-pakar tentera dari Jepun dan Jerman untuk melatih angkatan
tentera negara
- Contohnya, pegawai-pegawai tentera dihantar ke luar negara terutamanya Jepun dan Jerman untuk menjalani
latihan
- Oleh itu, pada tahun 1906, sebuah Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal
ketenteraan
ASPEK PERLEMBAGAAN

- Kerajaan Manchu telah mengambil langkah-langkah untuk memperkenalkan sistem pemerintahaan


berpelembagaan
- Maharani Dowager Tsu Hsi ingin memperkenalkan pemerintahan perlembagan menyekat penjajahan kuasa-
kuasa asing
- Oleh sebab itu, sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang anggota di bawah pimpinan Tsui Tse
telah ditubuhkan untuk mengkaji perlembagaan negara-negara asing
- Anggota jawatankuasa tersebut telah dihantar ke negara-negara luar seperti Jepun, Britain, Perancis,
Belgium, Austria dan Itali untuk mengkaji perlembagaan negara-negara tersebut
- Pada tahun 1908 pula, kerajaan Manchu telah meluluskan undang-undang bagi penubuhan Majlis
Perhimpunan Wilayah
- Majlis Perhimpunan Wilayah yang mengadakan persidangan pertama pada tahun 1909 telah mengemukakan
tuntuan untuk menubuhkan sebuah parlimen
- Ekoran daripada tuntutan tersebut, Perhimpunan Nasional yang terdiri daripada 200 orang ahli telah
ditubuhkan
- Separuh daripada ahli Perhimpunan Nasional telah dilantik oleh Majlis Perhimpunan Wilayah
- Perhimpunan Nasional telah mengadakan mesyuarat pertama pada 3 Oktober 1910
- Menjelang tahun 1913, kerajaan Manchu pula telah menubuhkan parlimen ekoran desakan daripada
Perhimpunan Nasional

ASPEK EKONOMI

- Kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perdagangan di Peking pada tahun 1903


- Nama kementerian tersebut pula telah ditukar menjadi Kementerian Pertanian, Perindustrian dan
Perdagangan
- Maktab-maktab teknikal pula telah didirikan di wilayah untuk memberi latihan kepada penduduk tempatan
dalam bidang perusahaan
- Selain itu, kerajaan telah memberi galakan kepada pengusaha-pengusaha tempatan untuk menubuhkan
kilang-kilang
- Antara tahun 1903 hingga 1908, sebanyak 130 buah kilang telah didirikan oleh pengusaha tempatan di China
- Kerajaan juga telah menggalakkan penggunaan barangan buatan tempatan
- Contohnya, sebuah dewan untuk mempromosikan barangan keluaran tempatan telah didirikan di Peking
- Inisiatif kerajaan ini merupakan salah satu langkah yang telah membawa kepada pembaharuan negara China

ASPEK SOSIAL

- Kerajaan Manchu juga telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam bidang sosial
- Antara pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Manchu adalah dengan larangan ke atas perkahwinan
antara orang Manchu dengan orang China ditarik balik dan larangan terhadap amalan menghisap candu
dalam kalangan kakitangan kerajaan dan orang awam yang berumur di bawah 60 tahun
- Kerajaan Manchu juga telah menghapuskan amalan mengikat kaki dalam kalangan wanita Cina
  
ASPEK PENTADBIRAN

- Kerajaan telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam bidang pentadbiran


- Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan kementerian-kementerian baharu telah untuk menlaksanakan
pemerintahan secara birokratik dan teratur
- Antaranya, pada tahun 1901 Kementerian Luar Negeri, 1905 Kementerian Polis, 1906 Kementerian
Angkatan Tentera Darat dan 1906 Kementerian Kewangan

KESIMPULAN

Kerajaan Manchu telah melancarkan Gerakan Pembaharuan dalam usaha untuk memodenkan negara China
pada 29 Januati 1901. Langkah pembaharuan yang telah dilaksanakan melitupi aspek seperti pendidikan,
ketenteraan, perlembagaan, ekonomi, sosial dan pentadbiran. Pelaksanaan usaha ini telah membangunkan
dan meningkatkan kedudukan China serta melindungi keselamatan serta kedaulatan negara China untuk
menjamin keselesaan dan kesejahteraan masyarakat dan rakyat China. Oleh itu, Pembaharuan Ching telah
berjaya mencapai visi dan misi mereka dalam memodenkan negara dan mengekalkan kedaulatan negara
China.

You might also like