You are on page 1of 1

Aster Netballers,

Pasukan Bola Jaring,


Felda Pasoh 4,
72300 Simpang Pertang,
Negeri Sembilan. 019-295 6541

Kepada,
Pengerusi,
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK),
Felda Pasoh 4,
72300 Simpang Pertang,
Negeri Sembilan.

Tuan,
Memohon Sumbangan bagi Kejohanan Bola Jaring Malaysia Sport League (MSL)
Kebangsaan Peringkat Daerah Jelebu.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, pasukan bola jaring Aster Netballers akan menyertai
Kejohanan Bola Jaring Malaysia Sport League (MSL) Kebangsaan Peringkat Daerah Jelebu
anjuran Pejabat Belia dan Sukan daerah Jelebu seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Mei 2022 (Sabtu)


Tempat : Kompleks Sukan Komuniti Simpang Pertang

3. Sehubungan itu, kami ingin memohon sumbangan seperti berikut:

3.1 Yuran Penyertaan : RM50.00

3.2 Sarapan Pagi : RM3.00/11 Orang

3.3 Makan Tengah Hari : RM7.00/11 orang.

4. Segala sumbangan dari pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

……………………………..
(MAZNAH BINTI AHMAD)
Pengurus Pasukan.

You might also like