You are on page 1of 13

Pengenalan

Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha untuk memastikan setiap lapisan

masyarakat mampu mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik. 1 Sebelum adanya

Klinik 1 Malaysia, masyarakat hanya dapat bergantung kepada hospital-hospital besar dan

klinik-klinik swasta yang hanya terdapat di bandar besar. 2 Jarak perjalanan pesakit dari

kampung ke hospital yang jauh serta kos yang tinggi menyukarkan kehidupan para pesakit

untuk mendapatkan rawatan.3 Namun perubahan masa telah membawa kepada penyelesaian

terhadap masalah ini. Semua golongan masyarakat sudah boleh mendapatkan perkhidmatan

kesihatan sama ada menggunakan kemudahan kesihatan statik seperti klinik kesihatan, klinik

pergigian dan klinik desa ataupun kemudahan kesihatan bergerak seperti klinik bergerak darat,

air dan udara.4 Selain itu, kerajaan telah mengasaskan konsep Klinik 1 Malaysia. Konsep

Klinik 1 Malaysia adalah bermula dari cetusan idea daripada Y.A.B Perdana Menteri dan

diumumkan pada 23 Oktober 2009 semasa Pembentangan Bajet 2010. 5 Konsep Klinik 1

Malaysia ini telah diadaptasi daripada Konsep 1 Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan.6 Konsep ini telah mendapat sambutan yang baik dari seluruh negeri termasuk

Sabah atau lebih spesifik di Bandar Leila, Sandakan. Justeru, penubuhan Klinik 1 Malaysia ini

diharap dapat meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat di bandar terutamanya daripada

golongan berpendapatan rendah. Oleh itu, pengkaji akan memfokuskan sejarah awal

penubuhan Klinik 1 Malaysia di Bandar Leila, Sandakan dan sumbangannya dari tahun 2010

hingga tahun 2015.

1
Sejarah awal penubuhan Klinik 1 Malaysia

Perkhidmatan Kesihatan Malaysia telah bermula sejak sebelum era kemerdekaan bagi

merawat pelombong-pelombong bijih timah.7 Mereka dikenakan bayaran sebanyak lima puluh

sen setahun bagi mendapatkan rawatan. 8 Oleh kerana industri perlombongan bijih timah

berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak

hospital iaitu lima belas buah. 9 Perkhidmatan Kesihatan di Malaysia telah diiktiraf di

peringkat antarabangsa sebagai antara yang terbaik dan berpatutan di dunia mendahului negara

maju yang lain seperti New Zealand, Itali, Ireland dan Spain. 10 Pengiktirafan tersebut

diberikan berikutan kos perubatan di Malaysia yang berpatutan serta berkualiti perkhidmatan

kesihatan yang diberikan. 11 Selain itu, faktor lain seperti bilangan individu per doktor,

bilangan katil per 1000 orang, peratusan penduduk dengan akses air yang selamat, kadar

kematian bayi, jangka hayat penduduk serta peratusan perbelanjaan untuk kesihatan awam dari

GDP.12

Klinik ialah suatu kemudahan kesihatan awam kecil yang ditubuhkan untuk memberikan

rawatan kepada pesakit luar. 13 Lazimnya, klinik hanya merawat penyakit-penyakit ringan

seperti demam dan sebagainya, manakala kes-kes yang lebih teruk dirujuk kepada hospital

manakala klinik 1 Malaysia pula merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Flet Kampung Kerinchi, Kuala

Lumpur.14 Perasmian lima puluh klinik 1 Malaysia di seluruh Malaysia memberi makna besar

tanggungjawab kerajaan kepada penduduk miskin di Malaysia. 15 Kehadiran klinik ini

bertepatan dengan gagasan 1 Malaysia iaitu ‘ Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.

50 klinik telah dibuka dengan peruntukan RM10 juta - Bajet 2010.16 Tidak dapat dinafikan

bahawa penubuhan Klinik 1 Malaysia membawa banyak kebaikan kepada rakyat di seluruh

2
negara. Untuk mengekalkan dan memantapkan lagi kualiti perkhidmatan di setiap Klinik 1

Malaysia, penambahbaikan atau penaiktarafan harus dilakukan. Di Klinik 1 Malaysia, Bandar

Leila, terdapat beberapa perkembangan yang berlaku sepanjang tempoh klinik itu beroperasi.

Antaranya, ialah penambahan blok bangunan. Ini kerana peningkatan jumlah pesakit yang

datang untuk memerlukan rawatan dimana memerlukan lebih banyak ruang untuk

menyenangkan pelaksanaan perkhidmatan.17 Mereka juga memerlukan ruang yang lebih besar

kerana mereka mempunyai lebih banyak pakar ubat yang memerlukan farmasi yang lebih besar.

Selain itu mereka juga mempunyai sebuah makmal.18

Klinik 1 Malaysia di Bandar Leila telah dibina pada tahun 2010 dan mula beroperasi

pada tarikh tanggal 11 bulan Januari tahun 2010 serta dirasmikan oleh Datin Linda Tsen Thau

Lin.19 Terdapat tujuh buah klinik 1 Malaysia yang ada di Sandakan.20 Kewujudan tujuh Klinik

1 Malaysia di daerah ini membolehkan masyarakat mencapai akses rawatan kesihatan dengan

mudah.21 Tujuh klinik itu terletak di Bandar Leila, Bandar Labuk, Bandar Letat, Karamunting,

Taman Seletar, Program Perumahan Rakyat (PPR), Taman Murni dan Gum-Gum di Batu

16.22 Klinik 1 Malaysia di Bandar Leila merupakan Klinik 1 Malaysia yang pertama dibina di

Sandakan.23 Oleh sebab klinik ini merupakan yang pertama, klinik ini telah dijadikan sebagai

permulaan atau kajian dengan menaik taraf klinik ini secara sementara kepada Klinik

Kesihatan.24 Ini kerana Klinik 1 Malaysia tersebut menerima kunjungan pesakit yang ramai.25

Tetapi klinik ini kemudiannya ditukar kembali kepada Klinik 1 Malaysia memandangkan lesen

penubuhan adalah atas nama Klinik 1 Malaysia.

Masa operasi Klinik 1 Malaysia berbeza di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan

Sarawak.26 Klinik 1 Malaysia di Semenanjung Malaysia beroperasi pada jam 10 pagi hingga

10 malam dalam tempoh tujuh hari seminggu. Walaubagaimanapun, hanya empat orang staf

3
akan bekerja pada hari Sabtu dan Ahad kerana kedatangan pesakit ke klinik adalah tidak

seramai pada hari bekerja. 27 Terdapat dua pasukan yang ditubuhkan mengikut keperluan

anggota petugas tetap di Klinik 1 Malaysia pada waktu bukan pejabat (syif). Namun begitu,

penyelia daerah akan menubuhkan pasukan ketiga mengikut keperluan. Pasukan ini staf Klink

Kesihatan yang akan menggantikan anggota di Klinik 1 Malaysia jika ada yang bercuti atau

berkursus serta tersenarai dalam jadual tugas Klinik 1 Malaysia. Penjawatan Anggota

Kesihatan di Klinik 1 Malaysia adalah berdasarkan Skop Perkhidmatan yang telah

disediakan. 28 Perkhidmatan yang pertama ialah Perkhidmatan Asas. Perkhidmatan ini

dilaksanakan oleh Penolong Pegawai Perubatan U29/ U32 yang berpengalaman, Jururawat

Terlatih U29/ U32 yang berpengalaman dan Pembantu Perawatan Kesihatan.29 Perkhidmatan

seterusnya ialah Perkhidmatan Rawatan Penyakit Tidak Berjangkit Kronik (NCD) yang

dilaksanakan Pegawai Perubatan (bagi Klinik 1 Malaysia dengan Pegawai Perubatan) dan

Penolong Pegawai Farmasi yang berpengalaman.30 Selain itu, Perkhidmatan Kesihatan Ibu

dan Anak (MCH) yang diselia oleh Pegawai Perubatan (bagi Klinik 1 Malaysia dengan

Pegawai Perubatan).31 Jururawat terlatih (dengan latihan kebidanan) yang berpengalaman dan

Jururawat Masyarakat (JM) yang berpengalaman.32 Bagi Klinik 1 Malaysia yang menjalankan

kedua-dua perkhidmatan NCD dan MCH, penempatan Pegawai Perubatan dan Penolong

Pegawai Farmasi adalah secara gunasama.33

Jumlah staf di Klinik 1 Malaysia di Bandar Leila pula ialah sebelas orang yang terdiri

daripada seorang doktor, seorang Pembantu Perawatan Perubatan Kanan, dua orang Pembantu

Perawatan Perubatan Biasa, tiga orang jururawat terlatih, dua orang Pembantu Pegawai

Farmasi dan dua orang Pembantu Perawatan.34 Objektif Klinik 1 Malaysia ditubuhkan adalah

untuk meningkatkan akses masyarakat untuk mendapatkan rawatan perubatan sesuai dengan

pendekatan kerajaan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. 35 Selain itu, untuk

4
mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan sedia ada serta menyediakan perkhidmatan

kesihatan di luar waktu pejabat. Di samping itu, dapat mengurangkan waktu menunggu,

khususnya bagi kes ringan.36

Pemilihan lokasi untuk membina Klinik 1 Malaysia haruslah mematuhi beberapa

kriteria.37 Antaranya ialah, ia mesti dibina di kawasan bandar serta pinggir bandar mengikut

keperluan masyarakat setempat.38 Selan itu, majoriti penduduk sesuatu kawasan itu perlulah

terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah serta ia boleh

ditempatkan di dalam kawasan operasi klinik kesihatan dengan beban pesakit luar yang tinggi

untuk mengurangkan kesesakan klinik sedia ada.39 Bagi caj rawatan Klinik 1 Malaysia, ia

adalah berbeza bagi penduduk warganegara dan bukan warganegara.40 Bagi waganegara, caj

adalah RM1 bagi setiap lawatan sama seperti klinik kerajaan yang lain manakala bukan

warganegara pula dicaj sebanyaj RM15.41 Pengecualian caj rawatan untuk warganegara adalah

tertakluk kepada Akta Fi semasa manakala caj penuh akan dikenakan kepada penduduk bukan

warganegara sepertimana Surat Pekeliling Ketua Malaysia Bil 8/2015 bertarikh 6 November

2015.42

5
Sumbangan Klinik 1 Malaysia, Bandar Leila kepada penduduk setempat dari tahun

2010 hingga 2015

Sehingga 31 Disember 2015, terdapat 957 Klinik Kesihatan, 104 Klinik Kesihatan Ibu

dan Anak; 1810 Klinik Desa dan 232 Klinik Begerak. Lebih dari 60% daripada klinik kesihatan

terletak di kawasan luar bandar.43 Justeru itu, penubuhan Klinik 1 Malaysia di kawasan bandar

dapat membantu meningkatkan akses masyarakat bandar yang berpendapatan rendah kepada

perkhidmatan penjagaan kesihatan asas.44 Kebanyakan klinik kesihatan di kawasan bandar

mempunyai beban kerja yang tinggi. 45 Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan untuk

penyakit ringan terpaksa menunggu giliran yang agak lama. Oleh yang demikian, kewujudan

Klinik 1 Malaysia dapat mengurangkan beban kerja di klinik kesihatan sedia ada. Hasil

urbanisasi pesat sedekad lalu, menyebabkan kawasan pinggir bandar yang dahulunya

merupakan perkampungan telah menyumbang kepada ledakan penduduk dalam tempoh yang
46
singkat. Perkhidmatan Klinik 1 Malaysia dilihat dapat menangani isu ini dengan
47
pelaksanaannya yang bersifat “fast track”. Perkhidmatan Klinik 1 Malaysia turut

menyumbang terhadap pengukuhan kesihatan di bandar (Urban health). 48 Klinik 1 Malaysia

juga dapat mengurangkan kebergantungan orang ramai terhadap klinik dan hospital swasta

yang mengenakan bayaran yang tinggi.49 Oleh itu, Klinik 1 Malaysia memberikan banyak

sumbangan kepada penduduk setempat antaranya pelanggan Klinik 1 Malaysia dan kakitangan

Klinik 1 Malaysia.

Secara umum, antara sumbangan yang diberikan kepada pelanggan di Bandar Leila

sekitar tahun 2010 hingga tahun 2015 meliputi tiga skop. 50 Skop pertama adalah Skop

Perkhidmatan Asas. Skop ini merangkumi perkhidmatan rawatan ringan seperti batuk,

demam, selesema dan penyaki-penyakit ringan yang lain. 51 Skop ini juga menjalankan

6
rawatan lain seperti prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan,

menyambung pelan rawatan susulan kes stabil, rawatan DOTS bagi pesakit TB stabil,

menjalankan saringan kesihatan, menjalankan saringan kesihatan, menjalankan intervensi

faktor risiko kesihatan pesakit, memberi khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan kepada

pesakit, pendispensan ubat, membuat notifikasi bagi sebarang penyakit berjangkit dan

menstabilkan pesakit sebelum dirujuk ke hospital berdekatan bagi kes kecemasan. 52 Skop

kedua pula ialah, Skop Perkhidmatan Penyakit Kronik dimana mereka menjalankan

saringan, penilaian faktor risiko dan intevensi penyakit tidak berjangkit (NCD), memberi

rawatan kes Baru Diabetes dan Hipertensi Tinggi bagi K1M dengan Pegawai Perubatan,

memberi rawatan susulan kes Diabetes dan Hipertensi dan menghantar rujukan kes penyakit

tidak berjangkit (NCD) yang tidak terkawal ke klinik kesihatan atau hospital. 53 Skop yang

ketiga pula merupakan Skop Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak (MCH).54

Skop ini memberi perkhidmatan MCH di Klinik 1 Malaysia tanpa Pegawai Perubatan seperti

Klinik Desa dan di bawah pengawasan Klinik Kesihatan Induk terdekat termasuk untuk

rujukan kes dan memberi perkhidmatan MCH di Klinik 1 Malaysia dengan Pegawai Perubatan

berfungsi seperti sebuah Klinik Kesihatan.55

Klinik 1 Malaysia, Bandar Leila menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan

ringan kepada penduduk setempat.56 Terdapat 361 buah Klinik 1 Malaysia di seluruh negara

dan kesemuanya terletak di kawasan yang strategik berdekatan dengan kawasan perumahan.57

Klinik ini memberi tumpuan kepada penduduk berpendapatan rendah dan yang tinggal

berjauhan seperti di kawasan luar bandar daripada pusat rawatan lain yang ingin mendapatkan

rawatan. 58 Ini dapat memudahkan pesakit-pesakit ini untuk mendapatkan rawatan dengan

mudah dan effisien.59 Selain itu, disebabkan kepadatan pesakit di hospital, Klinik 1 Malaysia

7
ini akan membantu dalam mengurangkan pesakit-pesakit sekaligus meringankan beban

hospital.60

Sekitar tahun 2010 hingga tahun 2015, Klinik 1 Malaysia di Bandar Leila memberi

perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selesema, gastrik dan pening kepala.61

Mereke juga menyediakan prosedur ringan seperti mencuci luka dan menjahit luka-luka

kecil.62 Jika terdapat pesakit yang memerlukan rawatan yang intensif, mereka akan terlebih

dahulu menstabilkan keadaan pesakit tersebut lalu menghubungi ambulans untuk dihantar ke

pusat kecemasan.63 Seterusnya, mereka juga melaksanakan ujian makmal ringkas untuk

menguji air kencing pesakit, menguji perhamilan, memeriksa tulang dan menguji kandungan

kolesterol dalam tubuh badan. 64 Kesemua rawatan ini hanya memerlukan proses saringan

kesihatan dimana spesimen darah dari pesakit akan diambil dari hujung jari lalu dihantar

kepada Jabatan Pesakit Luar di Batu 2 untuk melakukan ujian menggunakan mesin khas kerana

Klinik 1 Malaysia di Bandar Leila tidak mempunyai makmal.65 Ujian saringan kesihatan juga

boleh dijalankan kepada pesakit tibi dengan mengambl sampel kahak mereka.66

Selain itu sekitar tahun 2010 hingga tahun 2015, mereka juga menjalankan ujian

saringan kesihatan untuk mengesan faktor-faktor masalah mental.67 Pesakit tersebut akan

dikehendaki untuk menjawab beberapa buah soalan yang diuji oleh Pembantu Perubatan atau

Jururawat Terlatih untuk menilai tahap masalah mental pesakit tersebut. 68 Perkhidmatan

rawatan untuk penyakit-penyakit yang tidak berjangkit atau dikenali sebagai (Non

Communicable Diseases) seperti kencing manis, darah tinggi, tibi dan asma juga disediakan di

sana.69 Kebiasaanya pesakit-pesakit yang mengalami keadaaan yang kritikal, mereka akan

rujuk kepada Klink Kesihatan untuk menangani masalah tersebut.70 Perkhidmatan ubat-ubatan

juga disediakan di klinik tersebut. 71 Perbezaan Klinik 1 Malaysia di Bandar Leila dengan

klinik-klinik 1 Malaysia yang lain adalah mereka satu-satunya Klinik 1 Malaysia yang

8
mempunyai petugas khas untuk farmasi. Mereka juga mempunyai 3 tiga Jururawat Terlatih

manakala Klinik 1 Malaysia yang lain hanya mempunyai dua Jururawat Terlatih. Hal ini

kerana, hanya Klinik 1 Malaysia di Bandar Leila yang mempunyai sebuah makmal yang

dipanggil sebagai ‘Makmal Terapung’ yang memerlukan seorang lagi Jururawat Terlatih.

Disamping itu, Klinik 1 Malaysia, Bandar Leila merupakan satu-satunya Klinik 1

Malaysia yang mempunyai Panel Penasihat.72 Panel Penasihat ini merupakan satu aktiviti

khas buat penduduk setempat yang melibatkan masyarakat sekeliling dan anggota klinik

tersebut.73 Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar

tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang ditwarkan oleh Klinik 1 Malaysia.74 Antara aktiviti

yang dianjurkan dari Panel Penasihat ini ialah Program Saringan TB dengan masyarakat.75

Aktiviti ini mengajar masyarakat tentang maksud penyakit TB, cara penyebaran penyakit TB
76
dan cara untuk membuak kahak dengan betul. Panel Penasihat ini juga haruslah

dipengerusikan dalam kalangan masyarakat kerana aktiviti ini adalah untuk masyarakat

sendiri.77 Pengersi Panel Penasihat yang terkini adalah Puan Haksa Wong.78 Terdapat juga

beberapa peralatan-peralatan canggih yang digunakan dalam Klinik 1 Malaysia. Sebagai

contoh, ECG Machine atau dikenali sebagai Electrocardiogram Machine.79 Alat ini digunakan

untuk memeriksa jikalau pesakit mengalami masalah jantung. Alat yang kedua pula adalah

Nebulizer Machine.80 Alat ini digunakan untuk membantu pernafasan pesakit yang mengalami

serangan asma. 81 Alat ini akan menyalurkan oksigen melalui alat pernafasan yang akan

masuk ke dalam paru-paru pesakit.82

Bagi kemudahan pelanggan dalam Klinik 1 Malaysia, mereka menyediakan tempat

duduk yang cukup buat para pelanggan di ruang menunggu. Mereka juga menyediakan alat

pendingin hawa untuk memastikan pelanggan dalam keadaan yang selesa. Seterusnya, dalam

9
Kliinik 1 Malaysia, Bandar Leila juga terdapat sebuah televisyen buat tontonan para pelanggan

sementara menunggu giliran mendapatkan rawatan mereka. Selain itu, Klinik 1 Malaysia turut

memberikan sumbangan kepada kakitangan Klinik 1 Malaysia. Antaranya ialah, menghantar

kakitangan mereka menghadiri kursus untuk menimba pengalaman dan kemahiran yang dapat

meningkatkan kualiti perkhidmatan di Klinik 1 Malaysia. Mereka juga menyediakan program

atau aktiviti seperti hari keluarga dan jamuan untuk semua kakitangan Klinik 1 Malaysia

meluangkan masa bersama-sama. Bagi menghargai sumbangan kakitangan yang telah banyak

berjasa atau menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, mereka akan dianugerahi Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang.

10
Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Klinik 1 Malaysia adalah satu inisiatif kerajaan untuk

membantu rakyat yang memerlukan rawatan dengan mudah. Memang tidak dapat dinafikan

bahawa Klinik 1 Malaysia telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia dalam meringankan

beban rakyat yang memerlukan perkhidmatan. Sepanjang tempoh Klinik 1 Malaysia

beroperasi, mereka telah mengalami beberapa perkembangan untuk meningkatkan lagi kualiti

perkhidmatan mereka agar dapat membantu rakyat yang memerlukan rawatan. Klinik 1

Malaysia juga telah menyumbangkan jasa bukan sahaja kepada masyarakat setempat, tetapi

juga kepada kakitangan Klinik 1 Malaysia itu sendiri. Futuristiknya, Klinik 1 Malaysia, Bandar

Leila sepanjang tempoh pengoperasiannya dari penubuhan pada tahun 2010 hingga masa kini

telah mengalami banyak perkembangan dan memberikan sumbangan kepada masyarakat

setempat serta kakitangan mereka. Pengkaji berharap agar Klinik 1 Malaysia, Bandar Leila

akan berusaha dalam membantu para pesakit yang memerlukan rawatan serta meningkatkan

kualiti perkhidmatan mereka.

11
Nota Hujung
1
(t.p.). 2010. Buku Manual Operasi Klinik 1 Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian
Kesihatan Malaysia.
2
Ibid
3
Ibid
4
Ibid
5
Ibid
6
Zahir Zainudin. “Persepsi Masyarakat Terhadap Klinik 1 Malaysia.” (2016).
http://www.zahirzainudin.blogspot.com (diakses pada 12 Januari 2018).
7
(t.p.), Public Health Malaysia Evolusi Perkhidmatan Kesihatan Malaysia,
“https://m.facebook.com (diakses pada 15 Februari 2018)
8
Ibid
9
Ibid
10
Ibid
11
Ibid
12
Hanum Hassan. (2011). Conference Paper: “Kajian Persepsi Masyarakat Terhadap
Pelaksanaan Klinik 1 Malaysia.” Perlis : Universiti Malaysia Perlis,
http://www.researchgate.net. (diakses pada 9 Januari 2018).
13
Grogan, Martha. 2012. Healthy Heart for Life. Minnesota: Rochester, Mayo Clinic.
14
Jaunic Solom, 48 tahun, Penolong Pegawai Perubatan, Taman Indah Jaya
15
(t.p.). 2010. Buku Manual Operasi Klinik 1 Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian
Kesihatan Malaysia.
16
Ibid
17
Irene Bolen, 31 tahun, Jururawat Terlatih, Taman Mesra
18
Ibid
19
Jaunic Solom, 48 tahun, Penolong Pegawai Perubatan, Taman Indah Jaya
20
Irene Bolen, 31 tahun, Jururawat Terlatih, Taman Mesra
21
(t.p.), Tujuh Klinik 1 Malaysia di Sandakan, “https://www.bharian.com.my (diakses pada 15
Februari 2018)
22
Ibid
23
Irene Bolen, 31 tahun, Jururawat Terlatih, Taman Mesra
24
Ibid
25
Ibid
26
(t.p.). 2010. Buku Manual Operasi Klinik 1 Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian
Kesihatan Malaysia.
27
Irene Bolen, 31 tahun, Jururawat Terlatih, Taman Mesra
28
Ibid
29
Ibid
30
Ibid
31
Ibid
32
Ibid
33
Ibid
34
Irene Bolen, 31 tahun, Jururawat Terlatih, Taman Mesra
35
Ibid
36
Ibid
37
(t.p.). 2010. Buku Manual Operasi Klinik 1 Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian
Kesihatan Malaysia.

12
38
Ibid
39
Ibid
40
Ibid
41
Ibid
42
Ibid
43
Ibid
44
Ibid
45
Ibid
46
Ibid
47
Ibid
48
Ibid
49
Ibid
50
Ibid
51
Ibid
52
Ibid
53
Ibid
54
Ibid
55
Ibid
56
Irene Bolen, 31 tahun, Jururawat Terlatih, Taman Mesra
57
(t.p.). 2010. Buku Manual Operasi Klinik 1 Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian
Kesihatan Malaysia.
58
Ibid
59
Ibid
60
Rowland, Malcolm., et al. 1994. Farmakokinetik Klinikal. (Terjemahan). Washington
Square: Philadelphia.
61
Irene Bolen, 31 tahun, Jururawat Terlatih, Taman Mesra
62
Ibid
63
Ibid
64
Ibid
65
Ibid
66
Ibid
67
Ibid
68
Ibid
69
Ibid
70
Ibid
71
Ibid
72
Ibid
73
Ibid
74
Ibid
75
Sylvia Lauri Francis, 47 tahun, Taman Indah Jaya, Batu 4, Pengunjung Klinik 1 Malaysia
76
Ibid
77
Ibid
78
(t.p.), Public Health Malaysia Evolusi Perkhidmatan Kesihatan Malaysia,
“https://m.facebook.com (diakses pada 15 Februari 2018)
79
Jaunic Solom, 48 tahun, Penolong Pegawai Perubatan, Taman Indah Jaya
80
Ibid
81
Ibid
82
Bell, David. 2004. Home Doctor. London: Dorling Kindersley Ltd.

13

You might also like