You are on page 1of 3

1.

0 Perbezaan antara tamadun Melayu, Cina dan India yang terdapat di Malaysia
dari segi sosiobudaya, ekonomi dan pendidikan.

Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang


majmuk iaitu kaum majoritinya adalah Melayu,Cina dan India. Setiap kaum
mempunyai latar belakang dan budaya yang tersendiri. Pembentukan
masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum pada abad ke-19 adalah
kesan daripada kolonialisme yang mutlak yang berlaku secara tidak sengaja.
Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu.
Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara
beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu. Kesannya,masyarakat majmuk di Malaysia
terdiri dari pelbagai etnik yang berbeza dari sudut sosiobudaya, ekonomi dan
pendidikan. (Wikipedia,2017).

1.1Sosiobudaya

Sosiobudaya merupakan amalan gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu


masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan
dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang
pembangunan hidup masyarakat itu.Sosiobudaya ini meliputi cara hidup, adat
istiadat dan sebagainya.

Kaum Melayu me

1.2Ekonomi

Perbezaan jurang ekonomi yang berlaku di antara rakyat Malaysia adalam


disebabkan dasr pecah perintah oleh penjajah Inggeris hingga menyebabkan
berlakunya jurang ekonomi. Berlakunya jurang ekonomi di antara kaum majoriti
iaitu Melayu,Cina dan India.

Kesan daripada dasar pecah perintah tersebut, kaum Melayu dibiarkan di


kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional. Manakala,
kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti
perniagaan dan perlombongan.Kaum India pula ditempatkan di estet untuk
mengerjakan ladang-ladang British.
Berikutan petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza,
maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Dasar British ini adalah
antara puncanya wujud perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian
setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.

1.3Pendidikan

Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen


dominan bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah pembangunan
masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Terdapat perbezaan antara
kaum utama iaitu antara kaum Melayu, Cina dan India dalam aspek Pendidikan.

Pendidikan bagi kaum Melayu bermula sebelum penjajahan British ke


Tanah Melayu adalah berteraskan kepada agama Islam. Sistem pendidikan
pondok diamalkan dengan kaedah pembacaan kitab, kurikulum adalah
berdasarkan kitab dan tidak mengira had umur.

Namun selepas penjajahan British, dasar pendidikan yang diadakan tidak


berkesan terutama dari dudut perpaduan dan terdapat banyak kelemahan dalam
pelaksanaannya. kerana British hanya mementingkan keuntungan ekonomi dan
kedudukan sendiri sahaja. Semasa Britidh menjajah, pihak Inggeris
telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, dan
sekolah vernakularTamil .Kewujudan sekolah vernakular telah menyebabkan
masyarakat Melayu,Cina, dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan;
dan menyebabkan hubungan mereka semakin renggang kerana setiap sekolah
bermatlmatkan kepentingan kaum masing-masing. British tidak memainkan
peranan dengan adil, terutama dari segi layananyang setaraf kepada semua
bangsa. Contohnya, sekolah vernakular Melayu danTamil hanya terhad untuk
sekolah rendah sahaja, manakala sekolah vernacular Cina mendapat
keistimewaan melalui sekolah rendah (6 tahun), junior middle (3 tahun), dan
senior middle(3 tahun). Lulusan untuk sekolah Melayu hanya setakat memenuhi
keperluan tenaga manusia yang paling rendah.

Rujukan

Wikipedia.(2017). Dasar Ekonomi Baru. Diakses pada 21 Mac 2017 dari


https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru
Khairul Azrin .(2011) Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar,Cabaran dan
Pelaksanan ke Arah Perpaduan Nasional

https://www.academia.edu/1803174/Sistem_Pendidikan_di_Malaysia_Dasar_Caba
ra n_dan_Pelaksanaan_ke_Arah_Perpaduan_Nasional

Chinese Stream.(20018). Pendidikan Cina di Malaysia. Diakses pada 21 Mac 2017


dari https://www.scribd.com/document/7458585/Pendidikan-Cina-di-Malaysia

You might also like