You are on page 1of 1

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

RY87 – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Automasi Elektronik Industri


Dengan Kepujian

Program ini merupakan kombinasi dari pelbagai bidang seperti elektronik, elektrikal, mekanikal,
sistem kawalan, pengatucaraan, sistem rangkaian komputer, sistem integrasi , dan sebagainya.
Kursus ini dibentuk selaras dengan persekitaran industri yang terkini dan memberi penekanan
serta pendedahan kepada sistem automasi elektronik industri pada masa kini.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

 Pegawai Sistem Automasi Elektronik Industri  Pegawai Sistem Integrasi


 Pegawai Sistem Elektronik Industri  Pegawai Sistem Kawalan Kualiti
 Pegawai Sistem Penyelengaraan

RY88 – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik


Dengan Kepujian

Program ini menumpukan pengajian dalam bidang penyelenggaraan sistem elektrik. Pelajar yang
mengikuti kursus ini akan mempelajari pelbagai sistem elektrik khususnya sistem yang
digunakan di industri seperti sistem mesin elektrik, sistem solar, sistem penjanaan, sistem
elektrik bangunan dan sistem kawalan elektrik. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan ilmu
pengurusan tenaga elektrik sebagai persediaan di alam pekerjaan seperti pelaporan teknikal,
analisa sistem, pengurusan penyelenggaraan dan perancangan projek. Secara umumnya, bidang
penyelenggaraan sistem elektrik merupakan bidang yang penting dalam pelbagai sektor industri
kerana program ini merangkumi skop operasi sistem elektrik yang luas.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

 Pegawai Penyelenggaraan Sistem Elektrik  Pegawai Perkhidmatan Elektrik


 Pegawai Pengurusan Projek  Pegawai M&E
 Pegawai Pengurusan Kuasa Elektrik  Pegawai Pengujian

You might also like