You are on page 1of 9

ABPG1103

SARJANA MUDA PENGURUSAN DENGAN KEPUJIAN

MEI/2020

ABPG 1103

PENGENALAN PSIKOLOGI
(PEPERIKSAAN AKHIR (SEQ))

NO. MATRIKULASI : 920220095112001


NO. KAD PENGENALAN : 920220095112
NO. TELEFON : 0192632617
E-MEL : nuralily@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SRI RAMPAI LEARNING CENTRE

1
ABPG1103

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Soalan 1 2

Soalan 2 2-3

Soalan 3 4-5

Soalan 4 5

Soalan 5 6

Soalan 6 6

Soalan 7 6-7

Soalan 8 7

Soalan 9 7

Soalan 10 8-9

2
ABPG1103

BAHAGIAN A

Soalan 1 : Jelaskan dengan terperinci psikologi biologi

Istilah biologi berasal dari perkataan Greek bios yang bermaksud hidup dan logos yang
bermakna kajian. Biologi merupakan kajian saintifik organisma hidup. Psikologi biologikal
menggunakan biologi sebagai pendekatan dalam memahami tingkah laku manusia dan
haiwan. Psikologi biologikal dinyatakan sebagai kajian tingkah laku dan pengalaman dari
segi genetik, evolusi, dan fisiologi terutama berkaitan sistem saraf menurut American
Heritage Dictionary. Ia juga merupakan kajian saintifik berkaitan hubungan diantara peoses-
proses psikologi dan asas peristiwa fisiologikal atau fenomena minda dan badan. Juga
dikenali sebagai psikologi fisologikal, psikobiologi, biopsikologi atau ntingkah laku neuro
sains.

Faktor-faktor bilogikal dan badan memang mempengaruhi tingkah laku, emosi serta kognisi
seseorang. Psikologi biologikal merupakan merupakan kajian menyeluruh dalam meneroka
sistem saraf pusat serta fungsi otak yang berkaitan dengan tingkah laku. Merupakan satu
bidang penting dalam memahami tingkah laku manusia dan binatang, kita dapat menghargai
diri kita sebagai seorang individu. Psikologi biologikal juga penting dalam memahami
tingkah laku dan proses minda seseorang. Terdapat dua kajian yang digunakan dalam
emahami psikologi biologikal iaitu aspek fisiologikal yang menekankan fungsi otak dan
sistem saraf terhadap aktiviti seperti pemikiran, pembelajaran, perasaan, merasa dan melihat
yang merupakan ciri-ciri yang terdapat dalam manusia dan haiwan. Satu kajian lagi adalah
aspek genetik yang bergantung kepada pemindahan ciri-ciri daripada ibu bapa kepada anak
melalui gen dan unit-unit fungsional keturunan yang terdapat dalam semua sel hidup.

Soalan 2 : Analisis peranan sel Photoreceptor dalam sistem penglihatan kita

Sel-sel protoseptor dalam retina menangkap cahaya (tenaga) dan mengubahnya ke dalam
bentuk impuls elektrik kepada korteks visual untuk ditafsirkan. Maka terhasilnya persepsi
visual. Disini saya jelaskan lebih dekat dimana perana sel photoreseptor;

a) Kornea
Merupakan filem telus yang bertindak sebagai penutup pelindung di bahagian
hadapan mata kita. Kanta dan kornea bertindak bersama-sama membiaskan cahaya.
b) Iris

3
ABPG1103

Merupakan bahagian mata yang berwarna yang mengawal jumlah cahaya yang
memasuki mata dengan mengawal saiz pupil.
c) Pupil
Titik hitam di tengah-tengah iris yang membenarkan cahaya ke dalam mata. Kelihatan
hitam kepada kita kerana tisu di dalam mata menyerap kebanyakan cahaya yang
masuk pupil.
d) Retina
Permukaan dalaman mata di mana imej dunia visual dinyatakan
i) Sel Photosreseptor
Retina mengandungi beratus-ratus photoreseptor yang apabilad iransang
oleh cahaya (tenaga), menghantar maklumat dalam bentuk impuls
elektrik ke otak. Terdapat dua jenis photoreseptor iaitu rod dan kon. Rod
membantu melihat dalam gelap manakala kon membolehkan kita melihat
warna. Kon kurang sensitif kepada cahaya berbanding rod, menjadikan
lebih beroperasi di siang hari. Terdapat perbezaan antara rod dan kon :

Rod Kon
Banyak terdapat dalam retina Lebih tertumpu kepada fove
Pengaktifan berlaku pada ambang Pengaktifan berlaku pada ambang
lebih rendah lebih tinggi
Mempunyai ketajaman lebih Mempunyai ketajaman lebih
rendah tinggi
Tidak memproses warna Memproses warna

ii) Fovea
Lubang dalam retina yang terletak di tengah-tengah macula, yang
membolehkan kita melihat objek dalam fokus langsung secara terperinci. Hal
ini kerana ketumpatan terbesar kon terletak di fovea.

Soalan 3 : Mengapa kita bermimpi. Justifikasikan.

Mimpi merupakan pengalaman mental yang dilalui semasa tidur yang kebanyakan berkaitan
diri sendiri dan bukannya orang lain. Sigmund Freud yakin bahawa kita berusaha untuk
memenuhi keperluan yang tidak dipenuhi oleh keinginan kita dari dunia nyata melalui angan-

4
ABPG1103

angan dalam mimpi. Hal ini dinyatakan tujuan utama mimpi adalah memuhi hasrat. Contoh
yang dinyatakan jika nafsu tidak dipenuhi dalam kehidupan nyata, anda kerap bermimpi
tentang seks.

Rosalind Cartwright pula menyatakan tujuan mimpi untuk memberi kita peluang dalam
menyelesaikan masalah harian dengan melibatkan diri dalam pemikiran kreatif mengenai
masalah tersebut. Hal ini kerana mimpi tidak dihalang oleh logik dan sebab. Contohnya jika
wanita yang melalui proses penceraian sering bermimpi tentang masalah perhubungan
mereka. Tetapi kritikan utama teori yang diberikan adalah hanya disebabkan bermimpi
tentang masalah mereka tidak bermakna mereka bermimpi dalam mendapat penyelasaian
kepada masalah tersebut.

Hobson dan McCarley pula menyatakan bahawa impi adalah produk letusan aktiviti otak.
Model pengaktifan-sintesis mereka mencadangkan bahawa mimpi adalah kesan sampingan
aktiviti otak yang dihasilkan semasa tidur. Tembakan neuron dalam otak menghantar isyarat
rawak kepada korteks serebrum. Kritikan utama kepada model ini adalah tidak boleh
digunakan bagi menjelaskan mimpi diluar tidur dan kandungan mempi adalah lebih
bermakna daripada apa yang model ini cadangkan.

Eksperimen menunjukkan bahawa kandungan mimpi kita boleh dipengaruhi oleh ransangan
luaran yang dialami semasa kita bermimpi. Salah satu eksperimen adalah subjek disembur
dengan air semasa berada di peringkat tidur. Dan terdapat subjek yang bagun pada ketika itu,
manakala yang lain terus tidur dan dibangunkan oleh fasilitator eksperimen selepas beberapa
ketika. Hasilnya empat puluh peratus bermimpi berkaitan air seperti banjir, hujan dan sungai.
Hal ini menunjukkan integrasi ransangan luar ke dalam mimpi menujukkan terdapat
hubungan antara mimpi dan kehidupan nyata.

Soalan 4 : Terangkan dengan ringkas empat elemen dalam pelaziman klasik

Stimulus tidak lazim (UCS) adalah peristiwa yang secara automatic mencetuskan tindakbalas
refleks, yang merupakan respon tidak lazim (UCR). Dalam eksperimen Pavlov menyatakan
makanan di mulut adalah UCS dan air liur adalah UCR.

Stimulus terlazim (CS) adalah peristiwa berulang kali digandingkan dengan UCS. Dalam
eksperiman Pavlov, deringan loceng adalah CS dan tindak balas yang dipelajari – merembes
air liur selepas bunyi loceng merupakan respon terlazim (CR).

A) Stimulus tidak lazim (UCS)\

5
ABPG1103

B) Respon tidak lazim (UCR)


C) Stimulus terlazim (CS)
D) Respon terlazim (CR)

Soalan 5 : Terdapat beberapa jenis ingatan. Bezakan diantara ingatan primacy dan
ingatan regency dengan satu contoh.

Primasi adalah apabila kita menerima sesuatu maklumat dan maklumat yang pertama
diterima adalah lebih cenderung untuk dikenang.

Manakala recency adalah terkini merupakan maklumat yang dilihat ke arah bahagian
akhir (terkini) yang lebih cenderung diingat. Hal ini seperti maklumay yang disampaikan
di tengah seolah dilupakan dan kurang diingati dan mungkin dilupakan.

Soalan 6 : Terangkan bagaimana kita berfikir mengikut Teori dual – coding


hypothesis

Kita berfikir dengan pengekodan maklumat menggunakan sistem imej serta sistem lisan.
Setiap sistem berfungsi secara bebas. Sistem imej digunakan untuk memproses perkara
yang benar dan konkrit serta gambaran seperti gajah terbang dan lukisan syurga di bumi.
Sistem lisan pula untuk perkara yang lebih abstrak seperti perkataan lisan atau tulisan dan
konsep seperti kebebasan dan kasih sayang. Sistem tersebut saling berkaitan rapat.
Contohnya maklumat lisan mengenai seorang wanita cantik boleh dipindahkan ke dalam
sistem imej. Penyelidik terkenal dalam imej mental menyatakan imej visual mental
menghasilkan pengalaman sedar melihat tetapi dengan mata minda dan bukan dengan
yang sebenarnya. Hal seperti menghidu bau dengan hidung minda kita, mendengar
dengan telinga minda. Contohnya seperti membayangkan memasukkan pasir dalam pasir
lembut yang panas. Kita juga boleh mengalami visual, tetapi juga pendengaran, sentuhan,
rasa dan bau imej.

Imej boleh menjadikan kita berfikir tentang sesuatu yang bukan lisan. Kita akan dapati
lebih mudah untuk memahami konsep rumit dengan satu lakaran mudah.

Soalan 7 : Dalam pengajian perkembangan manusia, terangkan dengan ringkas


lima peringkat orang menghadapi kematian.

1) Penafian

6
ABPG1103

Individu enggan mempercayai bahawa dia sedang mati, dan hanya menerima
pendapat yang berlainan.
2) Kemarahan
Individu menerima keadaan realiti, tetapi sangat marah kerana ia berlaku kepada
mereka dan tidak kepada orang lain.
3) Rundingan
Individu dengan seberapa daya upaya cuba untuk membeli masa dengan berunding
dengan doktor, ahli keluarga dan Tuhan.
4) Kemurungan
Apabila semua rundingan gagal dan masa semakin suntuk, individu tiba-tiba menjadi
tertekan
5) Penerimaan
Individu menjadi letih dan lemah, lalu memasuki keadaan harapan yang tenang, serta
berserah kepada takdir.

Soalan 8 : Jelaskan perbezaan Teori Pengurangan Dorongan dan Teori Merangsang

Teori pengurangan dorongan meupakan keadaan dalaman tidak akan berasa selesa sehingga
keinginan dipenuhi. Contohnya apabila lapar, kita akan mencari makanan untuk
mengurangkan kelaparan. Oleh itu terdapat dorongan yang memberi motivasi kepada kita
untuk melakukan sesuatu seperti membeli makanan untuk mengurangkan keadaan tidak
selesa tersebut. Keinginan tersebut dipanggil dorongan. Dorongan boleh membantu dalam
mewujudkan apa yang dipanggil sebagai keadaan terdorong dalam memenuhi keinginan
biologikal kita.

Teori rangsangan adalah dimana setiap individu mempunyai tahap rangsangan fisiologi di
mana kita beroperasi dengan baik dan boleh terangsang ke tahap optimum. COntohnya
pemain badminton melakukan dengan baik kerana sokongan yang diberikan oleh penyokong
di dalam stadium. Maka jika anda ingin berjaya, anda perlu medapat rangsangan seperti
cabaran oleh orang lain. Terdapat jugak orang yang ingin mendapatkan tahap rangsangan
fisiologi dengan melibatkan diri dalam pengalaman yang merangskan seperti mendaki
gunung.

Soalan 9 : Terangkan pengaruh sosial normatif dengan contoh

Merupakan tingkah laku yang mencerminkan keinginan anda untuk mematuhi dan kuasa
pengaruh norma sosial. Norma dinyatakan sebagai cara kita harus berkelakuan dalam

7
ABPG1103

masyarakat. Pengaruh norma sosial merujuk kepada kepatuhan pada tekanan kumpulan untuk
keperluan memperolehi persetujuan dan penerimaan oleh sesuatu kumpulan tersebut.
Contohnya jika anda bertanya kepada rakan anda apa yang dia pakai untuk satu majlis Atau
melihat apa yang dilakukan oleh orang lain dalam majlis tersebut supaya anda juga boleh ikut
sama.

Soalan 10 : Jelaskan dengan ringkas empat jenis kecelaruan kebimbangan

Gangguan Penerangan
Keresahan  Tahap keresahan yang ketara dan kronik yang tidak dikaitkan
Umum dengan sebarang ancaman tertentu
 Keresahan yang tetap terhadap kesilapan lalu dan masalah masa
depan
 Keresahan yang kerap terhadap isu kecil berkaitan dengan
keluarga, wang, kerja dan penyakit
 Simptom fizikal seperti ketegangan otot, pening kepala dan jantung
berdebar adalah biasa dengan tahap keresahan tinggi
Phobic  Ketakutan berterusan yang ketara dan tidak rasional terhadap
sesuatu objek atau situasi yang tidak menimbulkan bahaya yang
realistik
 Menganggu kehidupan seharian. COntohnya Hilda mempunyai
ketakutan yang luar biasa terhadap hujan yang menghalang beliau
keluar rumah semasa hujan
 Orang ramai boleh membina tindak balas fobia terhadap hampir
apa-apa. Orang yang mempunyai gangguan fobia mempunyai
keresahan yang tidak rasional tetapi masih tidak mampu bertenang
apabila berhadapan objek yang mereka fobia. Dengan melihat
gambar mampu menjadikan mereka keresahan.
Panik  Ditunjukkan dengan kekerapan serangan keresahan teruk yang
biasanya berlaku tiba-tiba tanpa disangka.
 Biasanya terdapat simptom keresahan fizikal. Selepas beberapa
serangan panik, mangsa menjadi sangat bimbang terhadap
serangan seterusnya hingga takut meningggalkan rumah. Hal ini

8
ABPG1103

dipanggil agorafobia
Kompulsif  Dikenali sebagai OCD
keterlaluan  Ciri berterusan, pencerobahan tidak terkawal terhadap pemikiran
tidak diingini iaitu obses dan mendesak untuk melibatkan diri
dalam perkara tidak masuk akal
 Obses yang berkaitan dengan perkara yang membahayakan orang
lain, perbuatan seksual atau membunuh diri. Individu tersebut
seperti mempunyai kawalan terhadap minda mereka.
 Contohnya, perkara-perkara sementara yang membantu melegakan
keresahan seperti membasuh tangan secara berterusan,
membersihkan objek berulangkali dan memeriksa jika ntu rumah
sudah dikunci berulang kali.
 Kebanyakan orang OCD menunjukkan tanda obses dan kompulsif,
tetapi terdapat sebahagian yang mempunyai salah satu sahaja.

You might also like