You are on page 1of 1

SOALAN

Negara-negara anggota ASEAN termasuk Malaysia telah mencapai kesepakatan


dan berikhtiar untuk menggerakkan pelbagai usaha dalam meningkatkan tahap
keselamatan serantau. Bincangkan.

KEHENDAK SOALAN
Usaha Asean Dalam Meningkatkan Tahap Keselamatan Serantau

1. Mewujudkan ZOPFAN
Bertujuan untuk menjamin keamanan dan kestabilan politik serantau,
menyelesaikan sebarang pertikaian secara aman.
Untuk mengelakkan campur tangan kuasa besar ke atas negara Asia Tenggara dan
mengelakkan daripada melibatkan diri dalam pertikaian kuasa besar.
2. Mewujudkan Zon Bebas Senjata Nuklear AsIA Tenggara (SEANWFZ)
Persidangan Menteri -Menteri Luar ASEAN di Singapura pada tahun 1987.
Berjaya membebaskan Asia Tenggara daripada pencaturan politik kuasa besar,
mengelakkan sebarang perlumbaan senjata nuklear dan menjamin keselamatan
perairan serantau.
3. Mengadakan Forum Serantau ASEAN (ARF)
Bertujuan untuk mengukuhkan hubungan diplomasi sedia ada dan
menyelesaikan konflik bersama .
Satu-satunya forum keselamatan pelbagai hala di Asia Pasifik .
Persidangan di Kuala Lumpur 2006 menekankan tumpuan bagi menangani
keganasan, bukan sahaja secara fizikal bahkan melalui ruang siber .
Pendirian tegas menteri luar ASEAN bahawa keganasan tidak patut dikaitkan
dengan sebarang anutan agama, budaya, bangsa dan kewarganegaraan .
4. Bertukar Maklumat Dan Risikan
Pertukaran maklumat an risikan telah membawa kepada penangkapan anggota
pertubuhan yang berkaitan dengan keganasan sama ada di Malaysia, Indonisia
dan Singapura .
Walaupun pendekatan berbeza antara negara dalam menangani keganasan,
tetapi maklumat dan risikan membolehkan setiap negara melakukan tindakan
sewajarnya .
Kesepakatan juga menjadikan gerakan keganasan terbantut .
5. Mewujudkan Piagam ASEAN
Antara prinsip yang disepakati ialah untuk mengekalkan dan meningkatkan
keamanan dan keselamatan serta memastikan dapat mengukuhkan demokrasi
dan mempromosikan hak asasi manusia .
Bersepakat menghormati kemerdekaan , kedaulatan dan integrasi kawasan serta
identiti nasional semua negara anggota .

Disediakan oleh ,
Halimah Binti Abdul Wahab ( 6 ADIL)
Nurul Aqilah Lee Binti Amir Hamzah (6 ADIL)

You might also like