You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat


Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Telefon : 07-4342201
JKR BP 2350 (P), Jalan Zaharah,
Faks : 07-4343226
83000 Batu Pahat,Johor. Laman Web : ppdbp.edu.my

Ruj.Kami: JPA0002.PEMB/100-15/3/14 ( 47 )
Tarikh : 23 NOVEMBER 2021

Melalui,
Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Daerah Batu Pahat.

Tuan,

WEBINAR SYOKNYA! DELIMa : JOM! TEROKA CLOUD/DRIVE.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP) bersama Jurulatih
Delima Daerah Batu Pahat, selaku urusetia inisiatif DELIMA di peringkat daerah akan mengadakan
webinar seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh: 25 November 2021 (Khamis)


Masa: 2.30 ptg.
Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=dH-c9F7SbD4

3. Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk menghantar semua Guru Penolong Kanan
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah untuk menyertai webinar seperti ketetapan di atas.

4. Kerjasama pihak tuan amat kami hargai. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Zainal
bin Mohtar Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan, PPDBP ditalian 0137661410.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah.

(HAMIDAH BINTI RADIN HUSIN)


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran
b.p Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah BatuPahat

SINERGI MEMACU TRANSFORMASI


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Telefon : 07-4342201
JKR BP 2350 (P), Jalan Zaharah,
Faks : 07-4343226
83000 Batu Pahat,Johor. Laman Web : ppdbp.edu.my

Senarai keperluan.

Id delima: sekolah-10078-cm4@moe-dl.edu.my (contoh)


CM4 - Penolong Kanan Pentadbiran/Kurikulum
CM5 - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
CM6 - Penolong Kanan Kokurikulum
(sila berhubung dengan penyelaras delima mengenai id tersebut)

SINERGI MEMACU TRANSFORMASI

You might also like