You are on page 1of 2

Siapakah Ainon Mohd

Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti
Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah
mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan
pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya.
Memulakan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan telah berkhidmat di DBP dari
tahun 1973 hingga tahun 1988. Sepanjang berkhidmat di DBP, beliau telah memegang pelbagai
portfolio termasuk Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera,
Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sekali sebagai Ketua Bahagian Terjemahan.

Selain daripada itu, beliau juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Malaya dan
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada tahun 1988, beliau telah menubuhkan syarikatnya sendiri, PTS Consultants Sdn Bhd
(‘holding company’ kepada PTS Publications & Distributors Sdn Bhd) dan memulakan
perkhidmatan konsultansi dan kejurulatihan dalam bidang kreativiti. Antara yang pernah menjadi
pelanggan beliau termasuklah Bank Negara Malaysia, Shell, ESSO, BP, Amway, Malayan
Banking, Perwira - Habib Bank, Telekom, Kementerian Pertahanan, Badan Pencegah Rasuah
dan banyak lagi.

Selain itu, syarikat beliau juga terlibat dalam pembangunan perisian penyemak ejaan dan
tatabahasa bersama MIMOS dan Microsoft Corp.

Beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan,
komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah
Hassan yang kini merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan merupakan
tokoh yang amat dikenali dalam bidang bahasa melayu dan sering dipanggil membentangkan
kertas kerja berkaitan bahasa melayu di serata dunia. Antara buku hasil tulisan beliau sendiri
dan juga hasil tulisan bersama suami beliau yang terkenal termasuklah Mendorong Kreativiti
Kanak-kanak, Pemikiran Lateral, Teori & Teknik Terjemahan, Psikologi Kejayaan, Belajar
Berfikir, Teori Motivasi Di Tempat Kerja, Teori & Teknik Kepimpinan, Komunikasi Di Tempat
Kerja, Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah dan pelbagai siri kamus bahasa melayu yang
merupakan rujukan utama para pelajar dan guru-guru di sekolah.

Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa melayu berkembang sebagai
bahasa ilmu dan bangsa melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka pada tahun
2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications & Distributors
yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa melayu yang
ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan melayu.

Kini, selain menyelia kerja-kerja di bahagian editorial, beliau juga terlibat secara aktif dan proaktif
dalam memberi konsultansi, latihan dan bimbingan bagi menjayakan projek PTS dengan Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) bagi menterjemah pelbagai buku bahasa asing
yang bermutu tinggi untuk bacaan dan rujukan rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu.

Selain menjadi rujukan pelbagai pihak dalam bidang terjemahan, komunikasi, motivasi, kerja-
kerja sosial dan kaunseling di mana rumah beliau sendiri dijadikan pusat latihan dan program
latihan fasilitator untuk program-program motivasi dan kerja-kerja sosial, beliau juga sering
dipanggil untuk memberi ceramah dan bimbingan motivasi di pelbagai jabatan kerajaan dan
swasta.

Selain daripada itu, beliau juga terlibat dalam banyak kerja sosial dan kebajikan terutamanya
dalam menjaga kebajikan kaum orang Asli di Janda Baik, Pahang di mana beliau sering
dijadikan tempat aduan. Rumah beliau kini dijadikan pusat pengumpulan pelbagai sumbangan
untuk kaum orang asli Janda Baik. (less)
Tajuk: Psikologi Kejayaan(2003)/Psikologi Orang Berjaya(2008)
Harga: RM 27.00
Isi Kandungan:
Milik siapa kejayaan?
Psikologi Pejaya
Prestasi di sekolah dan Kejayaan
Konsep diri dan Kejayaan
Estim dan kejayaan
Orientasi waktu dan kejayaan
Menangguhkan kepuasan dan kejayaan
Sikap optimis dan kejayaan
Pemantauan diri dan kejayaan
Efikasi dan Kejayaan
Dorongan dari dalam
Halangan dari dalam
Penampilan dan kejayaan
Karisma dan Kejayaan
Kreativiti dan kejayaan
Ganjaran sebagai pendorong kejayaan
Masalah dan kejayaan
Pengaruh psikologi ketua keatas kejayaan
Daya pengaruh dan kejayaan
Menjadi ketua yang berjaya
Kesalahan dan kejayaan
Apa itu yang dinamakan kejayaan.

You might also like