You are on page 1of 1

Contoh Karangan Kebaikan Membaca

                 Membaca merupakan suatu amalan yang mulia. Banyak kebaikan yang


dapat diperoleh dengan membaca. Kerajaan menerusi pelbagai kempennya
sentiasa menggalakkan masyarakat mengamalkan tabiat suka membaca.

                 Membaca dapat meluaskan pengetahuan kita. Hal ini demikian kerana
membaca merupakan jambatan ilmu. Banyak ilmu yang dapat kita peroleh
dengan membaca buku, surat khabar, atau novel. Kita juga dapat mengetahui
perkara-perkara baru dalam pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik,
sejarah, dan sastera.

                Kita dapat mengetahui tentang isu semasa yang berlaku di seluruh dunia.
Misalnya masalah kegawatan  ekonomi,  pencemaran alam sekitar,  pergolakan
politik,  serangan pengganas, sukan, dan sebagainya. Dengan demikian, kita akan
lebih peka terhadap perkembangan semasa dan tidak lagi menjadi seperti katak di
bawah tempurung.

                Satu lagi kebaikan membaca ialah kita dapat mengisi masa lapang
dengan aktiviti yang berfaedah.  Masa tidak  lagi terbuang begitu sahaja.
Menyedari hakikat bahawa masa itu emas,  maka amalan membaca memang
wajar dilakukan setiap kali ada masa terluang.

               Selain itu,  membaca  juga  dapat  meningkatkan pencapaian bahasa


dalam  kalangan  murid-murid.  Dengan membaca pelbagai  bahan bacaan
berbahasa Melayu dan Inggeris,  murid-murid dapat  menguasai  bahasa tersebut
dengan baik.  Mereka juga akan terdedah kepada pelbagai  gaya penulisan seperti
berita, rencana, dan cerpen.  Hal ini dapat membantu mereka dalam menulis
karangan  yang baik.

              Sikap suka membaca wajar  diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat
untuk  mencapai  taraf negara maju  menjelang tahun 2020.  Jika tidak,  kita akan
jauh  ketinggalan di  belakang dan tidak mampu bersaing  dengan negara-negara
lain.

You might also like