You are on page 1of 2

INI CERITA HANGAT….BACA TAU…..

Begini ceritanya… dalam topik yg best ni.. kamu akan tahu cerita pasal 2 negara barat yg cuba telah menjajah T.Melayu,Sabah &
Sarawak (itu pun kalau korang baca sampai habislah cerita ni…)
2 negara barat yg pernah menjajah T.Melayu selain Portugis ialah BELANDA & BRITISH… Pada mulanya British & Belanda
datang ke T.Melayu kononnya utk berdagang jak la… lama kelamaan terus pulak lebih2.. mau pulak mengambil T.Melayu jadi diorang
punya… adalah sebabnya diorang jadi begitu… dalam kes negara British, diorang menjajah T.Melayu sebab berlaku perubahan dlm
kerajaan British di London… apa jugak kena mengena perubahan diorang di London tu dengan T.Melayu?.. begini.. masa tahun 1873,
negara British mengadakan pilihan raya di London.. dalam pilihan raya tu Parti KONSERVATIF (pemerintah lama macam BN) KALAH
dengan Parti LIBERAL (pemerintah baru mcm WARISAN)… jadi kerajaan pun bertukarlah.. kerajaan baru di London diketuai oleh parti
Liberal sudah.. parti Liberal ni pulak kejam sikit tidak seperti parti Konservatif.. diorang ubah dasar British daripada TIDAK CAMPUR
TANGAN kepasa dasar CAMPUR TANGAN terhadap T.Melayu… faham ker korang apa tu CAMPUR TANGAN?? Maksudnya.. daripada
tidak mahu menjajah T.Melayu kepada Menjajah T.Melayu utk menjaga kepentingan ekonomi British (T.Melayu kan kaya dgn
b.timah & getah..)
Macam mana British mau kuasai T.Melayu??.. ha…. Mula2 British tukar ketua diorang di T.Melayu daripada Gabenor Harry Ord
(konservatif yg kalah tu ler..) kepada Andrew Clarke (orang2 Parti Liberal yg menang tu..) korang perasan tak ?? (jawab dalam hati…
ndak perasan pun..) tapi buat2 la perasan… dari tadi kan cerita pasal British jak… mana cerita pasal Belanda?.... hurmmmm ndak
banyak cerita pasal belanda ni di T.Melayu sebab diorang bukan ambil semua negeri pun… negeri Melaka jer… jadi begitulah
ceritanya… kalau korang masih tak faham pasal British tu… sila baca semula ok?? 😊

Topik bawang seterusnya…. Cerita pasal STRATEGI (cara) Belanda & British utk mendapatkan negeri2 di T.Melayu… penat kah
membaca?.. jangan penat lagi ok… ada lagi sambungan yg lebih hangat… perhatikan gambar rajah seterusnya…
STRATEGI NEGARA BARAT MENDAPATKAN NEGERI2 DI TANAH MELAYU
BELANDA BRITISH Maksud strategi yg digunakan
Serangan fizikal Serangan fizikal - Menyerang, diserang dan menangkis serangan dari pihak musuh… (mcm main PUBG tu..
serang menyerang)
Pakatan Pakatan - KERJASAMA antara 2 pihak (lebih pun boleh..) utk mencapai sesuatu perkara... (mcm kamu la
berpakat ke tandas 2 orang.. klu 1 org bukan pakatan la Namanya..)
perjanjian Perjanjian - PERISTIWA SALING BERJANJI antara seseorang dengan pihak lain untuk melakukan sesuatu
hal.. (contohnya si Ali berjanji dgn si Abu utk tidak datang kokurikulum hari sabtu siap ada
surat perjanjian lgi… jgn kamu jadi mcm diorang ya..)
Manipulasi - MENGAMBIL KESEMPATAN terhadap sesuatu perkara untuk mencapai hajat yg diingini…
umpamanya… ambil kesempatan dalam kesempitan ataupun… MEMPERGUNAKAN.
Ugutan/Desakan - MENAKUT-NAKUTKAN (mengasi takut la kunun…) dengan mengugut akan melakukan sesuatu
perkara yg tidak baik… (contohnya kamu bawa handfon ke sekolah lepas tu kawan kamu mau
bagi tahu cikgu pasal hal tu… kamu pun ugut kawan kamu mau tumbuk dia kalau bagi tahu
cikgu)
#JanganTrepKuat
Tipu Helah - MENGGUNAKAN KELEBIHAN & MEMPENGARUHI FIKIRAN pihak lain dgn cara menipu…
(contohnya… kamu racun fikiran kawan kamu supaya tidak hadir ke sekolah hari isnin… tapi
kamu hadir… si kawan yg satu tu tidak hadir… kira tertipu la si kawan… siapa suruh pecaya??
Jgn bkawan dgn penipu mcm tu.
Pajakan - HAK yang diberikan kpd sesuatu pihak utk menggunakan atau menduduki TANAH,BANGUNAN
dan lain2 untuk tempoh masa tertentu dengan bayaran yang dipersetujui.. (ala… mcm smk
libaran diberi hak menggunakan bangunan sk padas… itu HAK ka atau menumpang??? Kira
berkongsi jugakla.. jiran kan 😉

You might also like