You are on page 1of 3

DEBAT INTERVARSITY SABAH 2010 LAPORAN BAHAGIAN PUBLISITI Sebelum pertandingan: Sebelum bermulanya pertandingan debat intervarsity ini,

bahagian publisiti telah memulakan gerak kerja dengan menampal poster dan flayez pertandingan untuk mewar-warkan mengenai pertandingan ini iaitu seminggu sebelum pertandingan berlangsung dengan rasminya. Reka bentuk poster dan flayez untuk debat ini direka sendiri oleh pengarah program ini iaitu saudara Muhammad Sabrun. Bahagian publisiti telah mencetak dan menampal poster dan flyez tersebut di semua stesen bas yag terdapat di Universiti Malaysia Sabah(UMS) termasuklah stesen-stesen bas di setiap kolej kediaman. baner untuk pertandingan ini pula agak lewat dinaikkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebab utama sekali ialah ketidakpastian tempat pertandingan. Yang mana, tempat pertandingan terutama sekali tempat perlawanan akhir(final) debat ini belum dapat dipastikan kerana tempat yang telah dicadangkan semasa minit mesyuarat sering bertukar atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Atas kesulitan tersebut, bahagian publisiti mengalami sedikit kesulitan disebabkan oleh perkara tersebut kerana, tempat pertandingan perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum baner boleh dicetak agar penonton yang ingin menyaksikan perlawanan sepanjang debat ini berlangsung tidak salah informasi mengenai tempat pertandingan. Setelah tempat bagi perlawanan akhir telah dipastikan, barulah baner pertandingan ini telah dicetak dengan

bantuan pengarah (Muhammad Sabrun) dan pemantau pertandingan ini iaitu Saudara Jass Azlian yang pergi membuat tempahan untuk baner terbabit kerana, wang untuk membuat baner tersebut dipegang sendiri oleh kedua-dua mereka. Reka bentuk baner yang tersergam indah juga telah direka khas sendiri oleh pengarah program ini. bahagian publisiti telah difahamkan bahawa baner tersebut berharga RM200. Semasa Pertandingan: Semasa pertandingan debat ini berlangsung pada 1-3 oktober 2010, bahagian publisiti tidak terlalu sibuk kerana baner, poster dan flyez telah ditampal sebelum pertandingan.

Selepas Pertandingan: Sebaik sahaja pertandingan ini tamat pada 3 oktober 2010, baner pertandingan ini telah dibuka semula dan disimpan oleh pemantau program ini yang merangkap sebagai penyimpan harta kelab debat bahasa melayu Universiti Malaysia Sabah.

Masalah: a) Ketidakpastian tempat pertandingan terutamanya untuk pertandingan akhir. b) Kekangan kewangan yang gagal diberikan kepada bahagian publisiti pertandingan ini.

Cadangan: a) Memastikan bahawa tempat pertandingan ditempah lebih awal agar kes kelewatan baner ditampal untuk tontonan umum tidak berlaku lagi kelak. b) Berikan belanjawan yang sepatutnya kepada bahagian publisiti untuk melaksanakan tugas.

Disediakan oleh: _______________ HABIBIH BIN SYAMSUDDIN 890911-12-6657 Pengarah Bahagian Publisiti Debat Intervarsiti Sabah 2010.

You might also like